Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

BIDANG: Perkembangan Kreativi dan Estetika

Nama Peserta Nur Adreen Yasmeen Bt Pukoha @ Mohd Asri


No. matrik 20222301DPAK018
Tarikh:
Hari
Masa: 9.30pagi -11.00pagi
Umur kanak-kanak: 5 Tahun
Bilangan 4 Orang
Kanak-kanak
Tema: Mengenali Warna
Tajuk: Wah Seronoknya Tengok Pelangi
Bidang Perkembangan Kreativiti dan Estetika
Pembelajaran fokus
Pengetahuan Sedia Kanak-kanak boleh menyebut beberapa asas warna dan
Ada: melakukan gerakkan kreatif.

Objektif 1) Menggalakkan kanak-kanak melakukan pergerakan


bukan lokomotor seperti simulasi pergerakan
“Pelangi”- (Pergerakan Kreatif.)
2) Meningkatkan kemahiran motor halus serta
koordinasi mata tangan dan merangsang kanak-kanak
menjalankan aktiviti.
3) Kanak-kanak dapat meningkatkan perbendaharaan
kata kanak-kanak- (bahasa.)
4) Kanak-kanak berasa seronok dapat menyanyi lagu
“Pelangi” sambil membuat pergerakan-
(Sosioemosi).
5) Mengenal dan mengecam padanan warna.
Senarai bahan/alat 1) kotak
2) water colour.
3) Berus cat air
4) Cotton buds
5) Marker Pen
6) Gunting
7) Laptop
8) Speaker
9) Gambar Pelangi

Ruang aktiviti Ruang aktiviti kanak-kanak

Langkah-langkah 1.Permulaan pengajaran


perlaksanaan 1. Pendidik mengumpulkan kanak-kanak pada ruang
aktiviti.
2. Pendidik memberi salam dan bertanya khabar
kepada kanak-kanak.
i. “Assalamualaikum adik-adik?”
ii. “Adik-adik sihat?”
3. Pendidik bersoal jawab dengan kanak-kanak.
i. “Ok. Cikgu nak tanya sapa pernah
tengok pelangi ?”
ii. “Siapa nak menyanyi dan bermain
dengan cikgu hari ini?”
iii. “Cikgu nak, adik-adik menyanyi
sambil menari dengan cikgu?”
2. Kandungan pengajaran dan pembelajaran untuk
mencapai objektif.
4. Pendidik menunjukkan gambar pelangi pada kanak-
kanak sambil bersoal jawab dengan kanak-kanak
mengenai gambar pelangi.
i. “Ada berapa warna dekat pelangi?”
ii. “Siapa tahu dekat pelangi ada warna
apa?”
iii. “Siapa nak mewarna dan susun
warna pelangi?”
5. Pendidik memperdengarkan lagu “Pelangi” terlebih
dahulu kepada kanak-kanak.

“PELANGI”

Indahnya pelangi muncul lepas hujan

Penuh warna warni di sebalik awan


Indahnya pelangi gembiranya hati
Tujuh warna warni jom kite menyanyi
Ada warna merah ada warna jingga
Kuning hijau biru indigo ungu
Ada warna merah ada warna jingga
Kuning hijau biru indigo ungu

6. Pendidik melakukan demostrasi tentang pergerakan


lagu yang akan dilakukan oleh kanak-kanak.
7. Pendidik meminta kanak-kanak menyanyi lagu
“Pelangi” sambil membuat pergerakan.

8. Kanak-kanak menyanyi lagu “Pelangi” sambil


membuat pergerakan bersama dengan pendidik.
9. Pendidik meminta kanak-kanak membuat bulatan.
10. Pendidik menunjukkan gambar pelangi di atas
kotak kepada kanak-kanak.
11. Pendidik menyediakan water colour, berus cat air
dan cotton buds yang telah diwarnakan kepada
kanak-kanak.
12. Pendidik meminta kanak-kanak mewarnakan
gambar pelangi dekat kotak mengikut gambar
pelangi.
13. Pendidik memastikan kanak-kanak tidak
mencederakan rakan seperti mencucuk
menggunakan berus sepanjang aktiviti mewarna.
14. Pendidik membimbing kanak-kanak yang tidak
tahu memegang berus air.
15. Pendidik membantu kanak-kanak menebuk lubang
pada kotak menggunakan gunting yang sesuai.
16. Pendidik meminta kanak-kanak memasukkan
cotton buds ke dalam lubang mengikut warna.
17. Pendidik bertanya kepada kanak-kanak tentang
aktiviti yang dilakukan.
i. “Adik-adik seronok tak nyanyi lagu?”
ii. “Seronok tak mewarna dan susun
warna?”
iii. “Adik-adik boleh buat tak pergerakan
yang cikgu ajar?”
18. Jika kanak-kanak tidak dapat mengenali warna,
menyanyikan lagu dan pergerakan tersebut,
pendidik akan mengajar kembali langkah-langkah
yang perlu diikut oleh kanak-kanak.
19. Pendidik dapat mengawal kanak-kanak semasa
melakukan aktiviti tersebut.

4.Penutup

1. Pendidik memberi pujian kepada kanak-kanak.


2. Pendidik meminta kanak-kanak mengemaskan
peralatan yang digunakan pada tempat yang
disediakan.
3. Pendidik mengucapkan ucapan terima kasih.

5.Perhatian

a) Kesihatan
o Kanak-kanak hendaklah dipastikan sihat
sebelum melakukan aktiviti
b) Keselamatan
o Memastikan barang-barang dan peralatan
yang digunakan selamat untuk digunakan
oleh kanak-kanak
c) Kebersihan
o Memastikan ruang aktiviti yang digunakan
bersih, kemas dan teratur selepas aktiviti
Refleksi

Anda mungkin juga menyukai