Anda di halaman 1dari 10

Pedagogi permata untuk awal

kanak-kanak
Pengenalan
• Pedagogi PERMATA merupakan pendekatan serta
teknik pembelajaran dan bimbingan semasa
melaksanakan kurikulum PERMATA negara.
• Pedagogi PERMATA dibina dengan mengambil
kira ciri-ciri perkembangan kanak-kanak,
perbezaan individu seperti jantina, tingkahlaku,
minat, cara kanak-kanak belajar, pengalaman
hidup, budaya dan keperluan khas kanak-kanak.
Belajar melalui bermain
• Merupakan kaedah yang paling berkesan untuk menggalakkan
pembelajaran kanak-kanak
• Bermain merupakan fitrah kanak-kanak yang melibtakan pengalaman
langsung mengendali dan memanipulasi alat mainan dan bahan dalam
persekitarannya
• melalui pendekatan ini, kanak-kanak dapat:
- Meluahkan perasaan dan rasa gembira yang boleh mengurangkan tekanan
- Melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti dan dapat menyelesaikan
masalah
- Membentuk sahsiah diri yang positif melalui kerjasama, berkongsi,
berinisiatif, sukarela serta berkeyakinan diri
- Mengembangkan kemahiran deria motor
- Meningkatkan kecergasan badan dan mengurangkan tenaga berlebihan
- Mengimbangkan aktiviti pasif dan aktif dan menanamkan tabiat suka
melakukan aktiviti fizikal
- Meningkatkan/mengukuhkan kebolehan kognitif seperti membuat
pengelasan, meramal, membanding dan mengenalpasti sebab-akibat
MAIN
BEBAS
MAIN MAIN
TRADISIONAL MANIPULATIF

Aktiviti MAIN
MAIN permainan di FIZIKAL
KREATIF taska PERMATA

MAIN
BAHASA
MAIN
KOGNITIF
MAIN
SENSORI
MAIN BEBAS
• Berdasarkan pilihan kanak-kanak
• Kanak-kanak diberi peluang memilih barang permainan
dan sudut yang disukai
• Memberi peluang kanak-kanak meneroka,
mengeksperimen, memperkembangkan kreativiti
• Dapat meningkatkan kebolehan dalam bidang yang
diminati
• Merupakan salah satu peluang memupuk potensi
kecerdasan tertentu kerana di ruang main kanak-kanak
akan bermain mengikut minatnya sendiri.
• Contoh: blok, pezzle
Main manipulatif
• Permainan yang melibatkan kanak-kanak
memanipulasi bahan atau objek semasa bermain.
• Kaedah bermain dengan barang mainan
menggalakkan kanak-kanak melahirkan idea,
fantasi dan kreativiti sendiri
• Memberikan keseronokkan dan meningkatkan
daya tumpuan dan perhatian kanak-kanak
• Contoh: permainan blok dan binaan, puzzle,
menguntai manik, bermain bahan dari
persekitaran seperti kayu, ranting dan lain-lain
Main fizikal
• Diajalankan di luar atau di dalam bangunan
• Melibatkan pergerakan fizikal yang membolehkan kanak-kanak
menggunakan tenaga dan meneroka ruang luar kelas
• Meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus, koordinasi
deria dan menyumbang kepada kesihatan dan kecergasan tubuh
badan kanak-kanak
• Memberi peluang kanak-kanak memahami dunia persekitaran
melalui penerokaan, pemerhatian dan pengalaman
• Mengurangkan masalah obesiti kanak-kanak
• Contoh aktiviti:
- Memanjat
- Merangkak
- Melompat tali
- Berlari dan mengejar
- Menendang bola
Main bahasa
• Menggalakkan kanak-kanak berkomunikasi,
bertutur dan mendengar melalui permainan
seperti perbualan, bercerita, tunjuk dan cerita,
main teka-teki, berpantun, dan berdrama
setelah mendengar cerita drpd guru atau
meniru tingkah laku yg diperhatikan.
• Contoh permainan literasi adalah seperti
permainan kenal abjad
Main sensori
• Melibatkan penggunaan deria kanak-kanak seperti
deria dengar, lihat, sentu dan rasa.
• Lebih tertumpu kepada bayi dan kanak-kanak kecil
• Aktiviti permainan sensori bayi ialah permainan
berkaitan tekstur dan berbunyi apabila disentuh
• Aktiviti sentuhan-meramas, mengguli, menggentel,
membentuk-main kanji, main pasir, main air.
• Permainan sensori dpt meningkatkan kebolehan
kawalan jari dan kepekaan deria sentuk kanak-kanak.
• Contoh: kereta mainan, alat muzik,permainan ketuk
seperti tukul, buku, bola dan mainan yg pelbagai
bentuk ,warna dan tekstur

Anda mungkin juga menyukai