Anda di halaman 1dari 30

AMALAN TERBAIK

PRASEKOLAH
SK PEKAN PAGOH
Amalan terbaik : A word a day.
◦ Setiap hari satu perkataan Bahasa Inggeris mudah diperkenalkan kepada murid.
◦ Papan “a word a day “diwujudkan. Perkataan yang dipilih akan ditampalkan pada papan tersebut.
◦ Semasa perbualan pagi guru akan mengulang sebut perkataan tersebut dan menerangkan maksudnya
kepada murid.
◦ Perkataan yang diperkenalkan adalah bertema. Contoh : tema haiwan, makanan, tumbuhan atau warna.
◦ Jika ada lagu kanak-kanak yang berkaitan dengan perkataan guru akan perdengarkan kepada murid di
sekolah dan galakkan murid mendengar lagu tersebut di rumah.
◦ Hasil Pembelajaran : Murid akan menguasai kosa kata Bahasa Inggeris sedikit demi sedikit.
Amalan terbaik : Bijak Nombor
◦ Sediakan ruang bijak nombor di bahagian luar kelas.
◦ Letakkan kad nombor dalam sebuah bekas.
◦ Sebelum masuk ke kelas,setiap hari minta murid cabut satu kad dan sebut nombor tersebut di hadapan
guru.
◦ Jika murid menyebut nombor dengan betul ganjaran akan diberikan.Jika murid salah menyebut nombor
murid tidak mendapat ganjaran.
◦ kad nombor yang diperkenalkan adalah secara berperingkat. Dimulakan dengan nombor 1 hingga 20 dan
seterusnya mengikut tahap penguasaan murid.
◦ Hasil Pembelajaran : Murid akan menguasai nombor 1 hingga 100 sedikit demi sedikit.
Amalan terbaik : Khidmat Komuniti
Prasekolah
◦ Ibubapa banyak terlibat dengan aktiviti sekolah seperti:
◦ Menyertai rombongan sekolah.
◦ Terlibat dalam sambutan hari lahir murid-murid dua kali setahun ataupun sambutan hari lahir anak
secara individu.
◦ Melibatkan diri dalam pembelajaran murid seperti membantu guru mengajar anak membaca
menggunakan teknik FONIK berpandukan taklimat yang telah diberikan.Murid telah dibekalkan setiap
seorang dengan kit bacaan dari A- Za, I – Zi, U – Zu, O – Zo, E – Ze, E – Ze.
◦ Melibatkan diri dalam aktiviti sukaneka sekolah.
◦ Hasilnya pencapaian murid dapat dipertingkatkan lagi secara tidak langsung dengan bantuan dari
ibubapa.
Amalan terbaik : Sambutan hari lahir dua
kali setahun
◦ Guru dan Pembantu Pengurusan Murid menyediakan kek dan jamuan ringan dua kali setahun untuk
meraikan sambutan hari lahir murid.
◦ Pembantu Pengurusan Murid dengan dibantu oleh “Birthday Planner” akan menyediakan buffet table
yang cantik dan meriah.
◦ Ibu bapa turut diminta menyumbangkan makanan ringan secara “potluck”.
◦ Hasilnya murid berasa gembira dan rasa dihargai oleh guru untuk memastikan murid-murid terus
bersemangat untuk menimba ilmu.
Amalan terbaik : Al-Quran Time
◦ Setiap pagi sebelum memulakan sesi pembelajaran,murid-murid bersama guru akan membaca doa
penerang hati dan membaca surah lazim seperti Al-Fatihah, dan 3 Qul.
◦ Amalan ini dilaksanakan untuk membantu murid-murid menghafaz ayat-ayat lazim serta membantu
murid melazimi bacaan Al-Quran setiap kali sebelum mula belajar agar pencapaian murid dapat
dipertingkatkan dengan izin dan rahmat dari Allah SWT.
Amalan terbaik : Sentuhan Selamat
Datang
◦ Sudut sentuhan selamat datang disediakan di luar kelas.
◦ Setiap hari semasa menyambut murid datang ke sekolah murid boleh memilih mana-mana sentuhan yang
mereka suka, kemudian guru dan murid akan bersama-sama melakukan sentuhan tersebut.
◦ Tujuan sentuhan selamat datang dilaksanakan adalah untuk guru menunjukkan kasih sayang kepada
murid-murid agar mereka berasa gembira dan selamat sebaik sahaja mereka tiba di sekolah
Amalan terbaik : Penggunaan ICT
◦ Guru Prasekolah menggunakan teknologi dengan sebaik-baiknya untuk melaksanakan PDP di dalam
kelas ataupun di rumah ketika cuti kawalan pergerakan dahulu.
◦ Guru menggunakan dengan sebaiknya Kumpulan Whatsapp Ibu Bapa dan mewujudkan google
classroom untuk memberikan latihan / kerja sekolah untuk murid.
◦ Guru turut menggunakan LCD, Laptop serta Smart TV semasa PDP dengan menyangkan video mahupun
slide Powerpoint kepada murid-murid agar sesi pembelajaran lebih menyeronokkan.
◦ Hasilnya sesi PDP lebih menarik dan menggembirakan, hasil pembelajaran juga dapat dicapai untuk
kemenjadian murid.
Amalan terbaik : Gigiku Sayang.
◦ Setiap hari selepas makan pada waktu rehat murid-murid akan menggosok gigi.
◦ Misi Pergigian juga akan datang ke sekolah dua kali setahun untuk menununjukkan cara menggosok gigi
dengan betul kepada murid-murid.
◦ Hasilnya murid-murid dapat mengekalkan kebersihan gigi dan mulut, maka murid akan lebih
bersemangat untuk belajar.
Amalan Terbaik : Teknik bacaan FONIK.
◦ Pertama sekali, murid akan diperkenalkan dengan suku kata sahaja. Bermula A- Za, I – Zi, U – Zu, O –
Zo, E – Ze, dan akhir sekali E – Ze. Huruf A- Z tidak akan diperkenalkan murid akan kenal sendiri
huruf tersebut setelah menguasai bacaan suku kata a – za.
◦ Ibubapa dijemput untuk hadir ke sekolah untuk menghadiri bengkel teknik membaca Fonik. Taklimat ini
wajib dihadiri.
◦ Murid dibekalkan kit bacaan dari A- Za, I – Zi, U – Zu, O – Zo, E – Ze, E – Ze untuk dibaca di rumah
bersama dengan ibu bapa.
◦ Setiap suku kata tersebut mempunyai gaya badan tersendiri. Murid dan ibubapa perlu menghafal gaya
tersebut untuk membaca dengan lebih berkesan. Jika murid terlupa suku kata tersebut ibubapa atau guru
boleh membuat gaya tersebut untuk membantu murid mengingat.
Amalan Terbaik: Teknik bacaan
KALAM.

Anda mungkin juga menyukai