Anda di halaman 1dari 5

Mata Pelajaran : Pendidikan Moral

Kelas : Tahun 2

Tema : Kasih Sayang

Tajuk : Keluarga Bahagia

Masa : 10.00 – 11.00 pagi (60minit)

Standard Pembelajaran : 7.1.1, 7.1.3, 7.1.4

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat:

a) Menceritakan 3 cara menyayangi ahli keluarga


b) Menyatakan 2 perasaan kasih sayang sesama ahli keluarga
c) Menyanyikan lagu kasih sayang

Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran:

1) Menyanyikan lagu berkaitan kasih sayang berpandukan muzik dan bimbingan


guru.
2) Membincangkan seni kata lagu yang berkaitan dengan kasih sayang.
i) Perasaan
3) Guru menerangkan dan membincangkan tentang tajuk kasih sayang.
4) Pertandingan menyanyikan lagu kasih sayang antara kumpulan.
5) P & P diakhiri dengan berpantun sambil menyanyikan lagu.

EMK:

1) TMK
2) Kreativiti

Bahan Bantu Belajar:

Laptop, LCD, lagu, pantun, lembaran kerja dan pensel warna

Penilaian P dan P:

1) Lembaran kerja (warnakan gambar yang menunjukkan nilai kasih sayang).


2) Lembaran kerja (isikan nama ahli-ahli keluarga dalam petak yang disediakan).

Refleksi:
Lampiran 1: Nyanyian Lagu.

Keluarga Bahagia.

Sayang ibu, sayang ayah,

Sayang adik, abang dan kakak,

Kami semua sungguh gembira,

Riang ria keluarga bahagia.

Hati senang hidup riang,

Kami semua sayang menyayangi,


Ayah, ibu , raja dan Rasul.

Yang selalu membelai daku.


Lampiran 2 : Pantun kasih sayang.

Pergi berburu di Tanjung Jati,

Dapat seekor si anak rusa,

Berkasih sayang saling menyayangi,

Nanti kita dipandang mulia.

Sungguh indah Si Gunung Daik,

Nampak jauh di Pulau Bahagia,

Berkasih sayang amalan baik,

Kita tidak dipandang hina.

Hati girang tidak terkata,

Pelita dipasang setiap masa,

Ibu, bapa menjaga kita,

Sayangilah mereka setiap masa.


Warnakan gambar yang menunjukkan kasih sayang.
Isi petak-petak kosong di bawah ini dengan nama ahli-ahli keluarga
kamu.

Datuk Nenek Datuk Nenek

Bapa Ibu

Abang Kakak Saya Adik

Anda mungkin juga menyukai