Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN KEM KEPIMPINAN 2017

1. Nama program : Kem Kepimpinan SKPT2 2017


2. Tarikh : 9 Mac 2017 hingga 10 mac 2017
3. Hari : Khamis dan Jumaat
4. Tempat : Dewan Tertutup SK Perumahan Tampoi 2

5. Obkjektif :
5.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pengawas dan mengenali kawan-kawan.
5.2 Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
5.3 Memahami dan mampu mengendalikan perbincangan secara yang betul.
5.4 Mewujudkan kumpulan pengawas yang bekerja di dalam satu pasukan.
5.5 Meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.
5.6 Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.
5.7 Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak
sekolah.
5.8 Menyedari bahawa mereka adalah pemimpin kecil di sekolah.

6. Sasaran :
Semua pengawas dan ketua kelas serta penolong ketua kelas tahap 2 dan tahun 3.

7. Butiran Aktiviti :
i. 12.00 tengahari pendaftaran peserta
Murid mendaftar kehadiran di kantin sekolah untuk memastikan kehadiran mereka
mengikuti kem kepimpinan.
ii. 1.00 tengahari taklimat program dan pembahagian kumpulan
Ustaz Katiman Bin Jamiran memberikan taklimat program kepada peserta
berkenaan kem dan peraturan sepanjang kem. Peserta dibahagikan mengikut
kumpulan.
iii. 3.00 petang Modul 1 : Emosi Ceria Bersama
Sesi suai kenal dengan barisan fasilitator daripada Kem Kepimpinan Muda untuk
menimbulkan ciri-cira dan kreativiti seorang pemimpin muda.
iv. 4.00 petang LDK 1: Tiru Macam Saya
Para peserta telah didedahkan tentang gaya kepimpinan serta peranan seorang
pemimpin bagi mengikis rasa malu dan memupuk kerjasama dalam kumpulan.
v. 5.00 petang Modul 2: Tulusnya Hatiku
Para peserta ditayangkan contoh seorang pemimpin dan ciri-ciri yang perlu ada
sebagai seorang pemimpin. Para peserta juga menilai diri mereka sama ada layak
menjadi pemimpin atau sebaliknya.
vi. 5.45 petang Modul 3: Saya Yakin, Saya Boleh
Melatih peserta keyakinan untuk melahirkan pendapat di khalayak serta memupuk
semangat bekerjasama sesama ahli kumpulan serta memupuk sifat berani membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah.
vii. 9.00 malam Modul 4 : Aku Khalifah Hebat
Para peserta diminta berkongsi cara kepimpinan di sekolah dan aktiviti penyelesaian
masalah jika terdapat murid melakukan kesalahan disiplin sekolah.
viii. 8.00 pagi Modul 5: Cermin Personaliti
Para peserta diajar kemahiran komunikasi dan membuat keputusan sebagai seorang
pemimpin dalam membentuk peribadi pemimpin bersifat positif.
ix. 10.00 pagi Modul 6 : Membina Matlamat.
Para peserta memainkan peranan sebagai pembantu guru dan pemimpin di sekolah
dalam kalangan murid
x. 11.00 pagi - Majlis Penutup

8. Penilaian Program:
8.1 Kekuatan Program :
a) Memupuk kerjasama dalam kalangan peserta
b) Memupuk sifat kepimpinan dalam melaksanakan tanggungjawab dan peranan
sebagai pemimpin
c) Membina disiplin murid sepanjang aktiviti kem.

8.2 Kelemahan Program :


a) Penglibatan para peserta semasa sesi pembentangan kurang aktif.

8.3 Cadangan penambahbaikan :


a) Imbuhan atau ganjaran untuk para peserta yang aktif dan menonjol sifat
kepimpinan sepanjang kem.
9. Dokumentasi bergambar

Disediakan: Disemak:

.. .

(CIK FADLIN SHARINA BT ZAHARIMAN) ( UST KATIMAN BIN JAMIRAN)

SETIAUSAHA UNIT DISIPLIN PENYELARAS UNIT DISIPLIN

Disahkan:

..

(PN HJH S.HANIM BT ABD RAHMAN)

GURU BESAR SKPT2

Anda mungkin juga menyukai