Anda di halaman 1dari 4

Seorang guru bukanlah dikelaskan sebagai pengantar peralihan ilmu di sekolah malah penilaian terhadap variasi faktor perlu

diambil kira. Di antara ciriciri guru Pemulihan Khas yang baik adalah seperti berikut; i. Menunjukkan minat terhadap kerjaya

Ilmu yang dipelajari oleh individual tidak mungkin maju setapak andai tiada minat yang cuba dipupuk. Penilaian imej sedemikian terpampang jelas menerusi pengubahsuaian, hiasan, pengurusan dan objektif yang telah diterapkan di dalam ruang berkenaan. ii. Berpengetahuan tinggi tentang pendidikan pemulihan

Setiap guru yang dilantik rasmi sebagai guru Pemulihan Khas semestinya terlatih di dalam bidang tersebut. Mereka sewajarnya memandang serius terhadap perkembangan sistem pendidikan ini secara dinamik demi menjamin kecemerlangan yang proaktif. iii. Bersedia mevariasikan kaedah pengajarannya

Guru Pemulihan Khas diperuntukkan masa khas iaitu 120 minit seminggu untuk membuat persediaan seperti merancang Bahan Bantu Mengajar yang sesuai. Penyediaan BBM tersebut perlulah memandang aspek kebolehan dan perkembangan kendiri para murid (berpusatkan murid) agar objektif yang telah dipandugarisi tercapai. Set induksi yang diketengahkan seharusnya berkait rapat dengan input yang cuba disampaikan pada detik yang seterusnya. iv. Periang dan menunjukkan sifat kekawanan kepada para murid

Sifat keanak-anakan perlulah ditonjolkan agar perasaan empati akan keperluan murid berada di tahap yang tinggi. Kemesraan yang dipaparkan berkemampuan menarik perhatian mereka untuk menuntut ilmu, mematuhi arahan, memastikan pengubahsuaian tingkah laku afektif dan sebagainya. v. Bersedia bekerjasama dengan Guru Besar dan guru biasa

Salah satu peranan guru Pemulihan Khas adalah di dalam perhubungan (A Liaison Role). Lazimnya, mereka akan berhubung dengan para ibu bapa, pihak atasan, guru-guru kelas perdana, dan lain-lain. Perhubungan yang baik berkemampuan menjamin kestabilan pengurusan program ini. Bahan Bantu Mengajar (BBM) seharusnya dikongsi bersama memandangkan perkongsian membentuk perkembangan pengurusan program ke arah yang lebih baik. vi. Dapat membentuk soalan-soalan diagnostik yang sesuai Pemulihan Khas. Ini membantu guru-guru mengesan daerah

Ujian Diagnostik akan dijalankan setelah para murid yang tercalon sah mengikuti Program kelemahan yang ada dan ditugaskan membasmi kekangan yang tampak jelas agar pendidikan yang berterusan terjamin. Deretan soalan mengambil kira tiga jenis bidang kognitif yakni, Pengetahuan, Pemahaman dan Penggunaan. vii. Dapat menganalisis hasil ujian diagnostik dengan tepat

Ujian-ujian diagnostik yang telah dijawab para murid akan dianalisis oleh guru dan seterusnya membantu mereka merancang strategi pengajaran yang sesuai. Andai dua orang murid mempunyai kelemahan yang sama, maka masa peruntukan pengajaran dapat dijalankan secara berkumpulan. Bilangan ahli kumpulan yang maksimum adalah seramai empat orang. viii. Dapat melaksana program pengajaran dengan berkesan

Guru sewajarnya peka dengan keperluan dan kebolehan murid supaya pemindahan ilmu yang diketengahkan tidak sia-sia. Strategi selangkah demi selangkah perlulah dipraktik secara dinamik agar para murid memahami susunan yang cuba dipaparkan kepada mereka. ix. Mempunyai daya kreativiti yang tinggi

Pemikiran imej guru yang kreatif pastinya menyedari akan ciri-ciri yang mampu menarik perhatian murid dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

Contohnya; kanak-kanak mudah tertarik akan objek (bahan maujud 3 Dimensi) yang berwarna-warni lantas mengambil inisiatif akan info berkenaan. x. Bersimpati

Perasaan simpati dapat membantu murid menerusi aspek sosioemosi lantas mengubah persepsi sekadar mengajar kepada mengambil berat akan setiap perkembangan murid-muridnya. Keprihatinan yang ditunjukkan memandu murid secara automatik untuk berkawan dengan guru tersebut. Impaknya, semangat bersosial tersemai sempurna dek jalinnya perasaan simpati yang tulus ikhlas dari sekeping hati seorang insan yang bernama guru. xi. Berkeyakinan terhadap kemampuan murid-muridnya

Ciri-ciri murid pemulihan di antaranya ialah mereka mampu diajar dan mampu berubah daripada lembam kepada insan yang mampu menerima ilmu seperti murid lain. Tambahan lagi, kelambatan penerimaan ilmu majoritinya berpunca daripada faktor persekitaran; bukannya kognitif. Jadi, guru perlulah yakin akan kebolehan ini dan merespon refleks yang positif daripada para murid. xii. Membentuk Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Peruntukan guru Pemulihan Khas di sesebuah sekolah lazimnya diduduki oleh seorang guru sahaja. Maka, tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebanyak harapan para ibu bapa terhadap perubahan anak-anaknya. Jawatan yang bakal diterima tidak harus dianggap sebagai beban berat yang perlu dipikul malah dilaksanakan dengan penuh rasa amanah dan bertanggungjawab. xiii. Mengadakan latihan perkembangan staf di peringkat sekolah atau daerah

Peranan guru Pemulihan Khas yang lain adalah sebagai Preskriptif (Prescriptive Role). Guru Pemulihan dikenalpasti sebagai guru pakar kerana proses mengajar memerlukan kepekaan akan keperluan murid. Maka, pelbagai motivasi menerusi

pengalaman dan barisan input yang telah diterima sebelum ini wajar dikongsi bersama kepada staf-staf yang lain. xiv. Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid-murid

Generalnya, perkembangan persekitaran para murid condong ke arah negatif; seperti masalah latar belakang yang tidak stabil, masalah kewangan, dan sebagainya. Perbincangan bersama ibu bapa dan proses mengkaji rutin harian murid perlu dilaksana secara teliti agar masalah mereka dapat diketengah dan dibantu secara beransur-ansur. Teknik ini dikenalpasti sebagai motivasi intrinsik yang membolehkan kesediaan belajar dapat diterap secara beransur-ansur.

Anda mungkin juga menyukai