Anda di halaman 1dari 14

SKRIP PENGACARA MAJLIS

PROGRAM KEIBUBAPAAN (PARENTING)


PROGRAM MOTIVASI 3
28 JUN 2014, DEWAN SUARAH
PERKARA
0730
0800

TEKS PENGACARA
Pendaftaran peserta / Ibu bapa
- Minum Pagi
Kata-kata aluan pengacara majlis

CATATAN

Ketibaan,
Yang Di Pertua PIBG SKDMM
En. Sofhi Bin Jebal
Yang Berusaha Guru Besar SKDMM
En. Yusof Bin Putit
Yang Berusaha PK 1 SKDMM
En. Jameri Bin Daud
Yang Berusaha PKHEM SKDMM
En. Didi Bin Udin
Yang Berusaha PKKK SKDMM
En. Isharuddin Bin
Yang Berusaha PK PPKI SKDMM
En. Majidi Bin Daud
Jawatankuasa PIBG
Guru-guru serta ibu bapa ,murid-murid Tahun 6
dan hadirin hadirat sekalian.
Selamat Datang ke Majlis Program Keibubapaan
SKDMM bagi tahun 2014.
Senja gemilang bayu berpuput,
Gugur kenanga di celah jerami,
Besarlah hati kami menyambut ;
Tuan bertamu ke majlis kami.

Salam muhibbah salam 1 malaysia


Salam perpaduan

0805

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi menyemarakkan rasa taat setia kepada
negara tercinta, dengan hormatnya berdiri tegak

Lagu
Kebangsaan
dan Ibu
Pertiwiku

untuk menyanyikan lagu Kebangsaan negara kita


MalaysiaNegaraku dan lagu negeri Sarawak Ibu
Pertiwiku dengan penuh bersemangat bagi
menyemaikan semangat patriotisme.
(Nyanyian Lagu, Negaraku & Ibu Pertiwiku).
Terima kasih
Para barisan PIBG SKDMM guru-guru , murid-murid
dan hadirin-hadirat dipersilakan duduk.

0815

Bacaan Doa
Bagi memulakan majlis pada pagi ini dijemput Al
Fadil Ustaz Mohd bin Omar untuk memimpin
bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
..Bacaan doa
Amin Ya rabbal Alamin. Semoga majlis
mendapatkan kecerahan kerahmatan dan
keberkatan daripada Allah S.w.t.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al
Fadil Ustaz Mohd bin Omar atas bacaan doa itu

0820

tadi.
Ucapan alu-aluan daripada Guru Besar Sekolah
Encik Yusof Bin putit.

Ucapan alualuan GB
SKDMM

Seterusnya majlis beralih ke acara ucapan


2

Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan
Yang Berusaha GB SKDMM Encik Yusof Bin Putit
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
.UCAPAN GB
Bersarang lebah dipohon palas
burung kelicap di pohon selasih
Pengetahuan bertambah penerangan jelas
Majlis mengucapkan terima kasih.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Yang Berusaha GB SKDMM Encik Yusof Bin Putit
atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.
0820

Ucapan Yang Di Pertua PIBG En. Sofhi Bin Jebal

Ucapan Yang Di
Pertua PIBG

Meneruskan agenda kita pada pagi yang mulia ini,


Majlis dengan takzimnya mempersilakan
Yang Berbahagia Yang Di Pertua PIBG Encik Sofhi
Bin Jebal, menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(Ucapan YDP PIBG)
Hadirin yang dimuliakan,
Terima kasih Yang Berbahagia Encik Sofhi Bin Jebal
Selaku YDP PIBG di atas kesudian menyampaikan
ucapan yang bermakna.
Pohon sirih pohon selasih
Tumbuh merimbun di hujung laman
Kalungan budi junjungan kasih
menjadi kenangan sepanjang zaman
3

0830

Bagi memanfaatkan lagi majlis Program ini

Ceramah

dengan segala hormatnya,

Dadah

Kita memaniskan suasana sebagai halwa telinga


dengan ceramah yang akan disampaikan oleh
Puan Anny Chau (Kaunselor Bimbingan dan
Kaunseling SKDMM).
Ceramah yang disampaikan sebentar lagi adalah
berkaitan dengan dadah.
Dengan segala hormatnya kita mempersilakan Pn.
Anny Chau.
..Ceramah Dadah.
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Anny Chau di
atas ceramah yang disampaikan tadi.
0930

Ceramah Pendidikan
Kita membekalkan kita sebagai panduan
berterusan dengan ceramah yang akan
disampaikan oleh Penceramah Jemputan Dr.
Safiee Bin Lugom.
Tajuk Ceramah yang disampaikan adalah
Membentuk Psikososial dan kesejahteraan Mental
serta Kecemerlangan Anak-anak.
Pantun Dahulu bermadah,
Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan
Sayangkan anak tangan-tangankan

Namun Pantun Peralihan Generasi bersms,


Sayangkan isteri jadikan peneman
Sayangkan anak berikan perhatian
Dengan segala hormatnya kita mempersilakan Dr.
Shafiee Bin Lugom untuk melebarkan
pengetahuan.
..Ceramah Jemputan.
Segala Terima kasih diucapkan kepada Dr. Shafiee
Bin Lugom di atas kesudian menyampaikan
ceramah yang disampaikan tadi.
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan.

1035

Anak haruan berlima-lima

Penyampaian

Mati ditimpa ponggor berdaun

Cenderahati

Cenderahati sudilah terima

Kepada

Tanda penghargaan pengorbananmu tuan

penceramah

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih


dipersilakan Yang Berusaha Guru Besar SKDMM
En. Yusof Bin Putit mengiringi Yang Di-Pertua PIBG
SKDMM Encik Sofhi Bin Jebal untuk
menyampaikan cenderamata kepada para
penceramah.
Dipersilakan tuan
.PENYAMPAIAN Cenderahati
5

PENCERAMAH
Dipersilakan penceramah pertama
Puan Anny Chau
Penceramah Jemputan
Dr. Shafiee Bin Lugom
Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang
Berusaha GB En. Yusof Bin Putit dan Yang DiPertua PIBG En. Sofhi Bin Jebal kerana sudi
menyampaikan Cenderamata itu tadi.
Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata
itu tadi maka berakhirlah Program Keibubapaan
( Parenting) bagi tahun 2014.
Ampun maaf dipinta adat kita berbahasa
Sekiranya terpancul salah dan silap serta
timbulnya sebarang kekhilafan di sepanjang majlis
diadakan.
Dan tidak lupa juga majlis mengucapkan
berbanyak penghargaan terima kasih kepada
semua yang hadir serta pihak yang terlibat
termasuklah barisan PIBG dan warga SKDMM yang
telah berusaha dengan penuh kesabaran dan
kegigihan di dalam menjayakan program yang
serba sederhana ini.
Demi nusa bangsa, semua ditempuhi
1040

Demi kejayaan lapisan generasi


Program keibubapaan sudah diakhiri

Jamuan Makan

Tangan ditatang menjemput mari


6

Nikmati jamuan yang dihampiri


Auklah.rezeki sikboh lah ditolak, bala sikboh
dicari
Esok kita membuka lebaran
Bermula pula Salam Ramadhan
Ucapan Selamat Berpuasa mengambil
kesempatan
Berlalu Sebulan Syawal menjelang , Selamat Hari
Raya diraikan.
Namun gia, sama-sama kita posalah dolok esok
nak..ucapan kami warga SKDMM.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


GB SKDMM Encik Yusof Bin Putit mengiringi
tetamu utama dan dif-dif jemputan ke
.. untuk menikmati jamuan yang
disediakan.
*
Dipersilakan para tetamu ke
untuk menikmati jamuan.
Sekian wassalamualaikum w.b.t.
1100

Majlis Bersurai

Pantun Nasihat - Membentuk Generasi Berwawasan


Koleksi Puisi Klasik Dan Moden Yang Segar Sepanjang Zaman ~
Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati
Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa
Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk
Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi
Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu

Sebarang kerja hendak difikir


Supaya jangan mendapat malu
Kemumu di tengah pekan
Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah
Tumbuh melata si pokok tebu
Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu
Bagai rumah tidak berdinding
Tulis surat di dalam gelap
Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap
Jikalau silap awak yang bencana
Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat
Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu
Lagu bernama serampang laut
Ditiup angin dari Selatan
Layar dikembang kemudi dipaut
Kalau tak laju binasa badan
Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.
Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya
Jangan pergi mandi di lombong
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci
Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia
Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang

Asam kandis mari dihiris


Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
Kayu bakar dibuat arang
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri
Selasih tumbuh di tepi telaga
Selasih dimakan si anak kuda
Kasih ibu membaa ke syurga
Kasih saudara masa berada
Masuk hutan pakai sepatu
Takut kena gigitan pacat
Kalau kita selalu bersatu
Apa kerja mudah dibuat
Bandar baru Seberang Perai
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan tulang berkecai
Budi yang baik dikenang juga
Encik Dollah pergi ka Jambi
Pergi pagi kembali petang
Kalau Tuhan hendak membagi
Pintu berkancing rezeki datang
Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak
Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah
Terang bulan di malam sepi
Cahya memancar kepangkal kelapa
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada ibu dan juga bapa
Kapal kecil jangan dibelok
Kalau dibelok patah tiangnya
Budak kecil jangan di peluk
Kalau dipeluk patah tulangnya
Asal kapas menjadi benang
Dari benang dibuat kain
Barang yang lepas jangan dikenang
Sudah menjadi hak orang lain

10

Tengahari pergi mengail


Dapat seekor ikan tenggiri
Jangan amalkan sikap bakhil
Akan merosak diri sendiri
Kapal Anjiman disangka hantu
Nampak dari Kuala Acheh
Rosak iman kerana nafsu
Rosak hati kerana kasih
Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa
Anak Siti anak yang manja
Suka berjalan di atas titi
Orang yang malas hendak bekerja
Pasti menyesal satu hari nanti
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak ditaati
Mana yang dapat jangan dilupa
Parang tajam tidak berhulu
Buat menetak si pokok Ru
Bila belajar tekun selalu
Jangan ingkar nasihat guru
Hari malam gelap-gelita
Pasang lilin jalan ke taman
Sopan santun budaya kita
Jadi kebanggaan zaman berzaman
Pergi berburu sampai ke sempadan
Dapat Kancil badan berjalur
Biar carik baju di badan
Asalkan hati bersih dan jujur
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik di kenang juga
Ramai orang membeli jamu
Di bawah pokok cuaca redup
Bersungguh-sungguh mencari ilmu
Ilmu dicari penyuluh hidup
Apa guna berkain batik
Kalau tidak dengan sucinya?
Apa guna beristeri cantik
Kalau tidak dengan budinya
Berakit-rakit ke hulu

11

Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian
Buah cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
Dalam semak ada duri
Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi
Macam anjing dengan bayang
Baik-baik mengirai padi
Takut mercik ke muka orang
Biar pandai menjaga diri
Takut nanti diejek orang
Ke hulu membuat pagar
Jangan terpotong batang durian
Cari guru tempat belajar
Supaya jangan sesal kemudian
Mari kita tanam halia
Ambil sedikit buat juadah
Usia muda jangan disia
Nanti tua sesal tak sudah
Padi muda jangan dilurut
Kalau dilurut pecah batang
Hati muda jangan diturut
Kalau diturut salah datang
Cuaca gelap semakin redup
Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
Barulah kekal dihormati orang
Orang Daik memacu kuda
Kuda dipacu deras sekali
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali
Dayung perahu tuju haluan
Membawa rokok bersama rempah
Kalau ilmu tidak diamalkan
Ibarat pokok tidak berbuah
Kalau kita menebang jati
Biar serpih tumbangnya jangan

12

Kalau kita mencari ganti


Biar lebih kurang jangan
Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah
Pantai Mersing kuala Johor
Pantainya bersih sangat mashyur
Pohonkan doa kita bersyukur
Negara kita aman dan makmur
Orang tua patut disegani
Boleh mendapat ajarnasihat
Ular yang bisa tidak begini
Bisa lagi lidah yang jahat
Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat
Tuan Haji memakai jubah
Singgah sembahyang di tepi lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung
Patah gading serpih tanduk
Mari diletak di atas papan
Jika tahu ganja itu mabuk
Buat apakah ia dimakan
Anak rusa masuk ke taman
Puas sudah orang memburu
Kalau muda jadikan teman
Kalau tua jadikan guru
Berakit ke hulu dengan bergalah
Buluh pecah terbelahdua
Orang tua jangan dilangkah
Kelak biadap dituduhnya pula
Rusa betina berbelang kaki
Mati terkena jerat sembat
Orang yang muda kita sanjungi
Orang yang tua kita hormat
Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan awak makan
Suruh mengaji awak tak mahu
Adik ke kedai membeli halia
Emak memesan membeli laksa

13

Jadilah insan berhati mulia


Baik hati berbudi bahasa

14

Anda mungkin juga menyukai