Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada guru-guru dan rakan-

rakan. Sempena menjelangnya minggu peperiksaan, kami ingin


mendeklamasikan pantun sebagai ingatan dan panduan kepada kita
semua agar lebih bersedia menghadapinya. Dengar Ya…

Buah markisa di ujana orang,


Dipetik datuk dari Kangar;
Musim periksa sekolah tenang,
Suara batuk berbatu pun dengar.

Paluan kompang serta gendang,


Tandanya sambut ucap selamat;
Menjawab dengan hati tenang,
Usah berbincang lepas tamat.

Musim panas musim hujan,


Sentiasa peka dan beringat;
Jangan meniru dalam ujian,
Percaya diri teguh semangat.

Mengajak rakan masuk gua,


Hendak jatuh berpaut dahan;
Ulangkaji buku serta berdoa,
Agar hasil diberkati Tuhan.

Tunggu adik seberang jalan,


Singgah kedai membeli arang;
Teliti membaca setiap soalan,
Jawapan ditulis dengan terang.
Minggu berlalu diganti bulan,
Tanam sayur moga bercambah;
Ajak belajar dalam kumpulan,
Idea dikongsi makin bertambah.

Ikan haruan si ikan bilis,


Di tepi lilin atas tongkang;
Soalan ujian hanya ditulis,
Diulang salin depan belakang.

Rasa manis tebu serumpun,


Udah diasap dahan menyemak;
Masa diberi tak digunakan pun,
Udah jawab bukan nak semak.

Timbul sesalan tak naik lancang,


Tiada sajian di dalam perahu;
Klon soalan sudah dibincang,
Masa ujian cakap tak tahu.

Ayam rendang dipotong lapan,


Di dalam gudang simpanan sagu;
Sekali pandang panjangnya jawapan,
Dua kali pandang naik darah cikgu.

Bertudung purdah sopan melangkah;


Merajuk teruna di hujung muara;
Ulangkaji sudah doa pun sudah;
Ke dewan periksa keyakinan membara.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN


KEPADA SEMUA PELAJAR SMK TIWA
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai