Anda di halaman 1dari 1

Christine Na Sin Ee Tingkatan 4 Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia, saya ucapkan kepada Yang Berusaha Cik Tan

Soo Soo, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Batu Pahat, Yang dihormati Puan Loh Cher Ting, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Zamilah Ehkwan, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, kaunselor cemerlang, Puan Zamnah Ali, kaunselor-kaunselor, guru-guru yang dikasihi dan rakan seperjuangan sekalian.Lebih dahulu pada kesempatan yang emas ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah diberi peluang untuk mewakili semua pelajar Tingkatan 4 tahun 2013 bagi menyampaikan ucapan majlis penutup program orientasi khusus untuk semua pelajar Tingkatan 4. Rakan pelajar sekalian, Sepanjang Program Orientasi Tingkatan 4 berlangsung, pelajar-pelajar telah diberi pelbagai jenis taklimat oleh guru kanan mata pelajaran dan kaunselor-kaunselor tentang pendidikan dan kerjaya selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pakej mata pelajaran supaya dapat membantu pelajar mengadaptasikan diri dalam suasana pembelajaran yang baru. Melalui program ini, para pelajar juga telah memahami tentang pakej mata pelajaran dan kerjaya yang berkaitan Bak kata pepatah, Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan, oleh itu, kami haruslah menjauhi diri daripada perkara yang akan menjejaskan nama baik ibu bapa dan sekolah dan sentiasa mengingati tugas kami sebagai seorang pelajar adalah menuntut ilmu kerana ilmu itu pelita hidup. Sehubungan itu, kami perlulah menanamkan nilai-nilai murni serta sahsiah positif terhadap warga sekolah, masyarakat dan negara. Saya, Christine Na Sin Ee mewakili para pelajar Tingkatan 4 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah, ahli jawatankuasa pelaksanaan program orientasi, guru-guru yang senantiasa bertungkus-lumus dan pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak. Kami amat bersyukur atas usaha cikgucikgu yang kami kasihi. Syabas dan tahniah saya ucapkan kerana kami telah menjayakan program orientasi ini dengan lancar dan sempurna. Semoga para pelajar SMK Convent terus cemerlang, gemilang dan terbilang pada bidang kurikulum dan kokurikulum. Sepuluh jari saya susun, kemaafan saya pohon sekiranya sepanjang pengucapan saya ada kata-kata yang menyinggung perasaan atau ada tingkah yang mencolok mata. Saya akhiri ucapan saya pada kali ini dengan serangkap pantun yang amat berbunyi: Berderap seiring berjalan pulang; Mawar disisip hiasan si dara; Remaja kini beripadi cemerlang; Manjadi tunjang aspirasi negara. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai