Anda di halaman 1dari 4

BBM3411 KETRAMPILAN BAHASA

1


Teks Ucapan Majlis Perpisahan Guru


Terima kasih saudara Pengerusi Majlis.
Yang Berusaha Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Puan Ainon Ahmad,
Yang Dihormati Guru-guru Penolong Kanan,
Guruguru dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Selamat pagi, salam hormat dan salam satu Malaysia saya ucapkan.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi saya peluang
untuk menyampaikan sepatah dua kata di dalam majlis yang amat bermakna bagi diri saya
pada hari ini.

Hadirin sekalian,

Sudah menjadi lumrah alam bahawa setiap yang bermula pasti akan berakhir dan setiap
pertemuan pasti ada perpisahan. Saya telah berkhidmat di sekolah ini hampir enam tahun.
Begitu banyak kenangan pahit dan manis yang saya alami bersama guru-guru serta pelajar-
pelajar yang pasti akan saya ingati serta kongsikan bersama anak-anak serta cucu-cucu di
masa hadapan.

Para hadirin sekalian,

Sebenarnya, saya telah lama berniat untuk melanjutkan pelajaran bagi meningkatkan kemajuan
diri, lebih-lebih lagi pada zaman siber ini. Syukur kepada Tuhan, doa saya telah pun
dimakbulkan. Maka dengan itu, mulai bulan hadapan saya akan bergelar mahasiswi semula
dengan memulakan pengajian di peringkat sarjana selama 2 tahun di Universiti Putra Malaysia,
Serdang, Selangor.


BBM3411 KETRAMPILAN BAHASA

2

Hadirin yang dihormati sekalian,


Selama berada di sekolah ini, saya telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa
Malaysia serta Pendidikan Moral. Ingin saya tekankan di sini bahawa saya berasa sungguh
gembira kerana para pelajar memberikan tumpuan yang baik ketika saya mengajar. Pelajar
juga sering berjumpa dengan saya jika mereka berhadapan dengan masalah dalam
pembelajaran mereka. Hasilnya, mereka seringkali menunjukkan keputusan yang
membanggakan dalam ujian serta peperiksaan akhir. Jesteru itu, saya menyeru kepada para
pelajar sekalian untuk belajar dengan lebih tekun lagi dan sentiasa mempertingkatkan usaha
bagi membolehkan diri memetik bintang kecemerlangan demi kejayaan pada masa akan
datang.

Guru-guru serta pelajar-pelajar yang dikasihi,

Dalam kegembiraan untuk melanjutkan pelajaran, saya juga berasa sedih untuk mengucapkan
selamat tinggal kepada guru-guru, pelajar-pelajar dan khususnya kepada sekolah ini. Seperti
yang saya katakan tadi, terlalu banyak pengalaman telah saya tempuhi selama bertugas di
sekolah ini. Pengalaman manis akan sentiasa diingati, tidak kurang juga dengan pengalaman
yang kurang menyeronokkan yang sentiasa membuatkan saya berfikiran positif serta
mematangkan saya dalam melakukan sesuatu tindakan. Segala pengalaman yang saya himpun
ketika berkhidmat di sekolah ini juga akan saya jadikan sebagai obor dalam membantu saya
menempuh perjalanan kehidupan selepas ini.

Hadirin Sekalian,

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kakitangan
sekolah ini terutamanya kepada Tuan Guru Besar, Puan Ainon Ahmad, Guru-Guru Penolong
Kanan dan guru-guru atas tunjuk ajar, kerjasama serta bantuan yang telah dihulurkan. Kepada
para pelajar pula, terima kasih kerana memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang saya
bertugas di sini. Sekali lagi ingin saya menyeru kepada pelajar-pelajar sekalian agar
BBM3411 KETRAMPILAN BAHASA

3

meneruskan usaha dalam pembelajaran serta kokurikulum demi kejayaan pada masa hadapan
kerana menuntut ilmu itu tiada noktahnya.

Akhir kata, ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan kepada pelajar-pelajar kelas
Tahun 6 atas kesudian mereka mengadakan majlis perpisahan ini untuk saya. Saya tahu kamu
semua telah bersusah payah di dalam persiapan majlis ini, saya sangat terharu. Saya juga
berasa kagum bahawa kamu semua dapat bekerjasama sebagai satu pasukan bagi
memastikan majlis pada hari ini dapat berjalan dengan lancar. Sekali lagi saya mengucapkan
setinggi-tingg terima kasih dan mendoakan yang terbaik bagi masa hadapan kamu semua.

Guru-guru serta pelajar-pelajar sekalian,

Sebelum saya mengundurkan diri, saya menyusun sepuluh jari meminta maaf atas segala
kesalahan dan kesilapan yang telah saya lakukan secara sedar atau tidak sedar sepanjang
saya berkhidmat di sekolah ini.

Sekian dan terima kasih.















BBM3411 KETRAMPILAN BAHASA

4

BIBLIOGRAFI

Halimah Abdul Rahman (2008). SPOT ON Contoh Karangan Terbaik Bahasa Malaysia
SPM. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin ( 1988 ). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur : Longman.

Mohd Khir Kassim dan Marzukhi Nyak Abdullah (2010). Panduan KBSM Karangan Gred A.
Shah Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai