Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum w.r.b.t dan selamat pagi..

      Yang berusaha puan guru besar, puan zalina binti mohd dan, guru penolong kanan
pentadbiran, puan rohayu binti nordin, guru penolong kanan hal ehwal murid, encik
Mohamad hisham bin salleh, guru penolong kanan kokurikulum, encik ashraf bin chik, guru
penolong kanan kokurikulum,guru penolong kanah Pendidikan khas puan wan syarizan binti
wan Mohamad, yang diraikan puan maznah binti ismail, guru guru serta rakan2 sekelian.

       Bersyukur kita ke hadrat illahi kerana kita dapat berkumpul dan berhimpun di pagi yang
mulia ini sempena majlis persaraan Puan Maznah binti Ismail. Di kesempatan ini,saya ingin
mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.

para hadirin sekalian,


sempena majlis persaraan ini,saya wakil pelajar mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih atas segala sumbangan cikgu maznah sepanjang berkhidmat di sk padang
pohon tanjung ini. saya percaya segala pengalaman suka duka dan pengetahuan yang
diperolehi menjadi memori dan panduan dalam menjalani hidup kita di masa hadapan. segala
sumbangan dan pengorbanan cikgu di sekolah ini akan sentiasa dikenang. terima kasih atas
segala curahan ilmu cikgu kepada kami dari kami prasekolah hingga lah ke tahun 6.

        syabas diucapkan kepada cikgu atas komitmen yang begitu padu demi memastikan
kecemerlangan anak-anak didikmu. semoga semangat ini akan berterusan pada masa-masa
hadapan.di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam apa jua bidang
yang cikgu ceburi. anggaplah perjalanan yang cikgu sedang lalui ini adalah satu cabaran baru
dan diharap cikgu terus cemerlang. curahkanlah bakti cikgu demi kesejahteraan negara. saya
juga berharap agar hubungan silaturrahim cikgu dengan warga sk padang pohon tanjung akan
terus terjalin erat.sesungguhnya jasa dan budi yang ditabur tidak dapat dibalas dan tentunya
akan dikenang sampai bila-bila.

tenang-tenang air di laut,


sampan kolek mudik ke tanjung,
hati terkenang mulut menyebut,
budi yang baik rasa nak dijunjung.

patah dahan bunga kemboja,


pucuk paku subur di titi,
budi cikgu kami tak lupa,
sudah terpaku di dalam hati.

     akhir sekali,kami berharap cikgu sentiasa sihat sejahtera dan berbahagia di samping
keluarga.

terima kasih cikgu.


sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai