Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih, saudara pengacara majlis.

Assalamualaikum dan selamat pagi

Yang Berusaha, Encik Stanley Aba, Guru Besar SKPK Miri.

Cik Bong Yien Chiew, Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Encik Haldy Bin Abdul Hamid, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid

Encik Asdey Bin Ludin, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Guru-guru, Ibu bapa serta murid-murid yang saya kasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada


pihak sekolah kerana menjemput kami ibu bapa ke “Majlis Restu
Ilmu” untuk murid Tahun 6 yang akan menduduki PASR dan UPSR
minggu hadapan.

Saya selaku wakil dari pihak ibu bapa dengan rendah hati
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah khususnya
cikgu-cikgu. Cikgu tidak berputus asa mendidik dan memberi tunjuk
ajar dengan penuh kesabaran kepada anak-anak kami.

Sesungguhnya pengorbanan dan jasa baik cikgu-cikgu sangat


bernilai untuk membentuk anak-anak kami menjadi insan yang
berilmu, berpengetahuan dan mampu berdikari pada masa depan.
Hanya tuhan sahaja yang mampu membalas jasa baik cikgu-cikgu
semua. Apa yang dapat kami lakukan adalah berdoa agar cikgu-cikgu
diberkati tuhan dan sentiasa dilindungi oleh tuhan.

Akhir kata dari saya, kami selaku ibu bapa memohon maaf andai
anak-anak kami ini ada berbuat salah kepada cikgu sepanjang
tempoh 7 tahun bersekolah di SKPK Miri.

Kami memohon agar segala ilmu yang diberikan oleh cikgu diberkati
dan anak-anak ini memperoleh keputusan yang baik dalam UPSR.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai