Anda di halaman 1dari 2

Doa Kem Membaca 1 Malaysia

,
.


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Di pagi yang mulia ini, kami hamba-hambaMu berkumpul dan berhimpun
bagi menjayakan Program Kem Membaca 1Malaysia bagi tahun 2014. Kami
memohon padaMu Ya Allah agar Engkau berkatilah majlis kami ini. Engkau
jadikanlah ia sebagai amalan yang mendapat ganjaran pahala disisiMu.
Ya Allah Ya Fattahu Ya Aliim .
Jadikanlah perhimpunan kami sempena Program Kem Membaca 1Malaysia
pada hari ini sebagai penggerak dan titik tolak bagi memupuk dan
menyemarakkan minat membaca dikalangan generasi kami kerana bangsa
yang berjaya didahului dengan bangsa yang minat membaca, sesuai dengan
ayat pertama yang Engkau turunkan kepada RasulMu Iqra bismi Rabbikallazi
khalaq ; Bacalah, dengan nama TuhanMu yang menciptakan sekalian
Makhluk.
Allumma Ya munzilal kitaab,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, campakkanlah kedalam hati dan diri
kami sikap membudayakan buku sebagai sahabat dan merasai tidak lengkap
tanpa buku walau di mana kami berada.
Ya Allah, Seandainya di dalam majlis kami ini terdapat perkara yang
mengundang kemurkaanMu, maka ampunkanlah kami. Sesungguhnya
Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Jadikanlah kami diantara
hamba-hambaMu yang sentiasa mendengar dan mengikut perkataan yang
baik.

Anda mungkin juga menyukai