Anda di halaman 1dari 2

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan
hidayah Mu ya Allah. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kau ampunkanlah dosa kami, dosa
kedua ibu bapa kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru
guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah Ya Ghofur Ya Raouf

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami
manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang
sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini
sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah Ya Ghani Ya Hamid

Hari ini kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah dan permudahkanlah untuk
kami menjawab kertas peperiksaan SPM bagi matapelajaran
…………………………………. sebentar lagi. Jauhilah kami daripada perasaan resah dan
gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati kami untuk
menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun ini. Makbulkanlah
permintaan kami agar dapat mencapai sasaran cemerlang untuk sekolah kami.
Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, sebagai pembuka jalan
untuk kami menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri kepada Mu.
Jadikanlah kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang
di akhirat.

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim

Perkenankanlah doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan
kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami
merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha memakbulkan doa doa kami Ya
Allah……..

Anda mungkin juga menyukai