Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah
Mu ya Allah. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa
kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa
semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah Ya Ghofur Ya Raouf


Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia
yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya
Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang
diterima Mu.

Ya Allah Ya Ghani Ya Hamid


Hari ini kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah dan permudahkanlah untuk kami
menjawab kertas peperiksaan UPSR bagi matapelajaran …………………………………….
sebentar lagi. Jauhilah kami daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan
peperiksaan. Dorongkanlah hati kami untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema
jawapan.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami


Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun ini. Makbulkanlah
permintaan kami agar dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Mudah-mudahan
dengan keputusan yang cemerlang ini, sebagai pembuka jalan untuk kami menjadi hamba
Mu yang soleh dan menghampirkan diri kepada Mu. Jadikanlah kami pelajar yang cemerlang
ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim


Perkenankanlah doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami.
Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada
Mu kerana Engkaulah yang Maha memakbulkan doa doa kami Ya Allah……..

Anda mungkin juga menyukai