Anda di halaman 1dari 1

DOA PERHIMPUNAN PAGI SEBELUM PEPERIKSAAN SPM

Alhamdulillahirabbil ‘alamin. Wassola ti wassalamu ‘ala asyrafil anbiya I wal mursalin.


Wa’ala alihi wasohbihi ajmain. Allahumma solli ‘ala saiyidina muhammad. Wa ‘ala alihi
wasohbihi wasallam.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah
Mu ya Allah. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa
kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua
kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah Ya Ghofur Ya Raouf
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia
yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya
Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang
diterima Mu.
Ya Allah Ya Ghani Ya Hamid
Hari ini kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah dan permudahkanlah untuk kami
menjawab kertas peperiksaan SPM bagi matapelajaran . sebentar lagi. Jauhilah kami daripada
perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati kami
untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun ini. Makbulkanlah
permintaan kami agar dapat mencapai sasaran . bagi kualiti dan .bagi kuantiti sekolah kami.
Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, sebagai pembuka jalan untuk kami
menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri kepada Mu. Jadikanlah kami pelajar
yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.
Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim
Perkenankanlah doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami.
Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada
Mu kerana Engkaulah yang Maha memakbulkan doa doa kami Ya Allah..
‫رب‬rabbana
َ atina fidunya hasanah. Wa fil akhiroti hasanah waqina ‘azabannar. Wasollahu’ala
saiyidina muhammad. Wa ‘ala alihi wasohbihi wasallam. Walhamdulillahi rabbil ‘alamin.

Anda mungkin juga menyukai