Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN


PERINGKAT SMK BAWONG, SG. SIPUT UTARA, PERAK

PENGENALAN

Ilmu merupakan asas penting dalam kehidupan manusia. Bagi menjana


kecemerlangan hidup, setiap insan perlulah mempunyai keseimbangan dari segi rohani dan
jasmani. Di samping itu pengetahuan akademik dan ilmu agama juga perlu digabung jalinkan
bagi melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak mulia.

Justeru itu diharap agar Program Ihya’ Ramadhan yang akan diadakan di peringkat
sekolah ini akan dapat merealisasikan matlamat negara dan wawasan sekolah, sekaligus dapat
mendidik para pelajar menghayati bulan Ramadhan dan mencungkil bakat terpendam dalam
kalangan para pelajar sekolah ini.

1. TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk memohon kebenaran dan persetujuan
daripada pihak tuan agar membenarkan Panitia Pendidikan Islam sekolah ini
mengadakan Program Ihya’ Ramadhan bagi peringkat sekolah pada tarikh dan waktu
yang akan dinyatakan pada butiran yang akan datang.

2. MATLAMAT

Matlamat utama Program Ihya’ Ramadhan ini diadakan untuk memberi kesedaran
tentang pentingnya ilmu agama dan mengimarahkan bulan Ramadhan dengan
penghayatan yang sebaik-baiknya sebagai persediaan mereka selepas zaman
persekolahan.

3. RASIONAL

Pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang individu itu tidak akan bererti jika ia tidak
disertakan dengan pengajaran dan penyampaian kepada orang lain. Oleh itu
keberanian dan penampilan diri yang cemerlang perlulah ditunjukkan oleh seseorang
individu itu bagi melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Kombinasi akhlak, akidah dan ilmu perlulah digarap bersama bagi menjayakan
wawasan yang diimpikan.

4. OBJEKTIF

4.1 Melahirkan pelajar yang mengenal rukun Islam serta mencintai Islam.
4.2 Dapat mengamalkan budaya-budaya Islam dalam kehidupan seharian.
4.3 Dapat mengubah sikap supaya lebih positif dan pro aktif dalam mencapai tahap
ketakwaan kepada Allah.
4.4 Para pelajar dapat memuhasabahkan dirinya sendiri.
4.5 Para pelajar dapat memperuntukan masa tertentu untuk memberi komitmen
sepenuhnya terhadap ibadah dan muamalat serta ilmu pengetahuan.
4.6 Para pelajar dapat mengetahui tentang kemuliaan dan keberkatan bulan
Ramadhan.

1
5. LATAR BELAKANG

Dalam perbincangan secara sebulat suara semua guru Pendidikan Islam sekolah ini
telah bersetuju untuk mengadakan Program Ihya’ Ramadhan peringkat sekolah pada
masa dan tarikh tertentu.

6. KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bawong, Sg. Siput Utara, Perak.

7. TARIKH
23 April – 21 Mei 2020

8. TEMPAT DAN AKTIVITI


Sila rujuk lampiran 1

9. PIHAK YANG TERLIBAT


Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama warga SMK Bawong

10. JAWATANKUASA PENGELOLA


Sila rujuk lampiran 2

11. ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN


Sila rujuk lampiran 3

12. PERSIAPAN DAN URUSAN

Segala persiapan untuk majlis sebelum, semasa dan selepaas akan dikendalikan oleh
ahli jawatankuasa kerja yang terdiri daripada pelajar dan panitia Pendidikan Islam.

13. PENUTUP

Dikemukakan kertas kerja ini agar pihak tuan dapat memberi kelulusan dan
pertimbangan yang sewajarnya. Segala komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh
pihak tuan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh :

.....................................................................
(NURUL HUSNA BINTI ZULKIFLI)
Ketua Panitia Pendidikan Islam
SMK Bawong, Perak.

LAMPIRAN 1

2
TEMPAT DAN AKTIVITI

BIL AKTIVITI TARIKH/MASA TEMPAT

1 Pelancaran Mahabbah Ramadhan 23 April 2020 Dataran Sek.

2 Solat Dhuha & Tazkirah Ringkas Sepanjang Ramadhan Dewan Sekolah

3 Tadarus al-Quran Waktu Amali Solat Surau

4 Solat Tarawih Sepanjang Ramadhan Surau

5 Pertandingan : Kuiz, Hafazan, Melukis Waktu PdP Kelas yang


Poster dan Rekacipta Kad Raya, Azan, Pendidikan Islam berkenaan
Menulis Esei dan Menulis Jawi, Tadabbur
Al-Quran

6 Solat Zohor berjamaah & Kuliah Zohor Isnin - Khamis Surau

7 Ceramah Nuzul Al-Quran 11 Mei 2020 Dewan

8 Bacaan Yaasin dan Tahlil Jumaat: 7.40 – 8.15 Dataran Sek.

9 Tazkirah 5 minit Perhimpunan Pagi Isnin Dataran Sek.

10 Kelas Tafaqquh Staf Jumaat: 7.40 – 8.15 Bilik Mesyuarat

11 Siaran Bacaan Al-Quran Setiap pagi sebelum -


PdP

12 Iftar Jama’ie 20 Mei 2020 Dewan Makan

13 Majlis Khatam Al-Quran & Sumbangan 21 Mei 2020 Dewan Sekolah


Fakir Miskin*

LAMPIRAN 2

3
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM IHYA’ RAMADHAN
PERINGKAT SMK BAWONG, PERAK
TAHUN 2020

Penaung : Tuan Haji Anuar Bin Mamat


Pengetua SMK Sanglang Perlis

Penasihat : En. Mohd Noor Bin Junid (PK Pentadbiran)


En. Zamziba Bin Zabidi (PK HEM)
En. Zaini Safaren Bin Mat (PK Ko Kurikulum)

Penyelaras : En. Muhammad Nizam Bin Abdul Karim (GK Kemanusiaan)

Pengerusi : Ustazah Nurul Husna Binti Zulkifli (K. Panitia Pend. Islam)

Setiausaha : Ustaz Othman Yahaya


Pen. Setiausaha : Ustaz Mohd Azrie Aizuddin Bin Mohamed

Bendahari : Pn. Nor Hafizah Binti Mohd Hasni


Pen. Bendahari : Pn. Nurul Aishah Binti Sabri

Ahli Jawatankuasa: Semua Guru dan Staff (Beragama Islam)

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi Majlis : Ustaz Othman Bin Yahaya


(Penutup)

Penyertaan Pelajar : Semua Guru Agama SMK Bawong, Perak

Hadiah & Cenderamata: Pn. Suzza Rehan Binti Alias

Ceramah/Tazkirah/
Bacaan Yaasin : Ustaz Othman Bin Yahaya
Ustaz Mohd Azrie Aizuddin bin Mohamed
Ustazah Nurul Husna Binti Zulkifli

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

....................................................................
(OTHMAN BIN YAHAYA)
Ketua Panitia Pendidikan Islam
SMK Bawong, Perak

LAMPIRAN 3

4
BIL. PENDAPATAN
1 Peruntukan Panitia RM 350
2 Kegiatan Pendidikan Islam RM 600
3 Hasil Kutipan (Sumbangan) RM 1110*
JUMLAH RM 2060.00

BIL. PERBELANJAAN
1 Saguhati Penceramah Nuzul Quran RM 150
2 Hadiah

a) Khatam Al-Quran RM 100


b) Kuiz RM 100
c) Melukis Poster RM 100
d) Merekacipta Kad Raya RM 100
e) Hafazan RM 100
f) Pertandingan Azan RM 100
g) Menulis Esei RM 100
h) Menulis Jawi RM 100

3 Majlis Berbuka (Masjid Bawong) RM 1110


JUMLAH RM 2060.00

Disediakan oleh: Diluluskan oleh :

-----------------------------------------------------------
(OTHMAN BIN YAHAYA)
Ketua Panitia Pendidikan Islam
SMK Bawong, Perak

Anda mungkin juga menyukai