Anda di halaman 1dari 3

SMK BAWONG

31110 SG.SIPUT (U) PERAK

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


KALI 2 / 2020

Bil. Mesyuarat : 2 Tahun 2020


Tarikh : 16 Jun 2020 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi – 10.35 pagi
Tempat : Google meet, di kediaman masing-masing
Pengerusi : Pn. Nurul Husna Binti Zulkifli

Hadir

1. Guru Kanan Teknik dan Vokasional (Penasihat)


(Pn. Norhanim Binti Ahmad Zamari)

2. Ketua Panitia Pendidikan Islam


(Pn. Nurul Husna Binti Zulkifli)

3. Setiausaha Panitia Pendidikan Islam


(En. Muhammad Azrie Aizuddin Bin Mohamed)

4. Ahli Panitia Pendidikan Islam


(Tn. Hj. Othman Bin Yahya)

Urus Setia:
Panitia Pendidikan Islam

I. PERUTUSAN PENGERUSI MESYUARAT

Memulakan majlis dengan bacaan surah al-Fatihah, dan


ucapan terima kasih kepada semua ahli panitia dan guru
kanan teknik dan vokasional ke mesyuarat panitia
Pendidikan Islam kali ke-2 /2020.

Makluman

II. SEMAKAN RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN (RPT)

2.1 Rancangan pengajaran tahunan tingkatan 1 hingga tingkatan 5


perlu diselaraskan semula bersesuaian pembukaan semula
persekolahan mulai 24 Jun hingga November. Oleh itu silibus perlu
dihabiskan pada akhir November.
Makluman

III. AGIHAN PEMBINA SOALAN (PdP di rumah)

3.1 Pembukaan sekolah semula pasca wabak covid19 ini


hanya pelajar tingkatan 5 sahaja yang dibenarkan untuk ke
sekolah, manakala pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4
akan mengikuti pembelajaran dari rumah sahaja. Oleh itu
guru perlu menyediakan modul pembelajaran dari rumah
kepada para pelajar berikutan pelajar Orang Asli tidak
mempunyai kemudahan untuk mengakses internet bagi
meneruskan pembelajaran dari rumah.

3.2 Agihan pembina soalan untuk pdp di rumah adalah seperti


ketetapan berikut :
Tingkatan 5 : Ust Muhammad Azrie Aizuddin
Tingkatan 4 : Ustz Nurul Husna
Tingkatan 3 : Ustz Nurul Husna
Tingkatan 2 : Ust Muhammad Azrie Aizuddin
Tingkatan 1 : Ust Othman

3.3 Modul pdp ini akan diagihkan kepada pelajar-pelajar


tingkatan 1 hingga tingkatan 4 melalui pelajar tingkatan 5
tiap kali mereka pulang ke kampung, selama dua minggu
sekali, dan diedarkan mengikut pos atau kampung. Setelah
dua minggu, modul ini akan dikumpulkan semula untuk
disemak oleh guru-guru subjek.

3.4 Modul pdp di rumah ini akan diedarkan sebanyak 6 kali


edaran secara berperingkat dan berfokus, mengikut tarikh
yang akan dinyatakan nanti.

IV HAL-HAL LAIN

Penggunaan surau sekolah untuk solat fardu secara individu


sahaja dan tidak dibenarkan berjemaah. Surau perlu
dilabelkan dengan tanda penjarakan sosial dan laluan Pelan
Terarah di surau. Pelajar pula digalakkan membawa sejadah
sendiri.
V UCAPAN PENANGGUHAN

Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah Al-Asr dan ditangguhkan


pada jam 10.35 pagi.

Minit disediakan oleh : Minit disemak oleh:


................................................... ........................................
( NURUL HUSNA BINTI ZULKIFLI ( EN. MOHD AZMI BIN
) JAMALUDDIN
KP Panitia Pend Islam
GK Kemanusiaan

Anda mungkin juga menyukai