Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT KALI KEDUA 2020

KEBERSIHAN, KECERIAAN DAN KESELAMATAN (3K) DAN BENCANA

Tarikh : 13 Mei 2020 (Selasa)


Masa : 1.35 petang
Tempat : BILIK GERAKAN

Kehadiran:
1. Pn. NORLIZA BT SAHLAN - Pengerusi
(PK HEM)
2. Pn. Siti Norbaya Binti Ghazali - Setiausaha
3.

1. Ucapan Aluan Pengerusi


1.1Pengerusi memulakan majlis dengan ucapan terima kasih kepada AJK yang sudi
hadir pada mesyuarat kali ini
1.2 GPK Hem Pn.Rozilah Bt. Sulaiman selaku pengerusi Program 3K meminta
semua guru kelas menyediakan buku kesihatan terutamanya tahun 1 supaya
tidak berlaku kemusykilan semasa pemeriksaan/rawatan jururawat sepanjang
hari persekolahan
Tindakan: Makluman

Tindakan: Makluman

2. Pembentangan dan pengisian minit mesyuarat yang lalu.


2.1 Dicadang oleh : Pn.Noor Yani Bt. Md Isa
Disokong oleh : Pn.Nor Hazani Bt. Mahamud

3. Perkara berbangkit
3.1. Pada perkara 4.1.1 tentang keceriaan kelas masih terdapat kelas yang belum
menceriakan kelas sepenuhnya. Diharap guru kelas mengambil tindakan segera
3.2. Perkara 4.1.3 Berkaitan gotong royong masih tidak dapat dijalankan kerana
kekangan masa namun akan dilaksanakan sebelum hujung tahun

4. Perkara yang dibincangkan


4.1 Laporan Program Latihan Kebakaran Kali Pertama 2020
4.1 Pegawai RNT membuat ulasan dan nasihat kepada semua warga sekolah.
Lapor n Pegawai RNT :
4.1.1 Masa yang diambil untuk mengosongkan bangunan ialah 3 minit 10 saat. Perlu

1
tingkatkan kepantasan menyelamatkan diri
4.1.2 Semua warga perlu lebih peka dengan bunyi loceng kecemasan dengan berlari pantas ke
padang
4.1.3 Pujian kepada En.Bashir kerana memberi arahan kepada murid-murid cara menuruni
tangga dengan selamat
4.1.4 Demonstrasi cara menggunakan pemadam api dengan betul
4.1.5 Tiada mangsa yang cedera dan harta benda dalam keadaan selamat

4.1.6 Kekuatan Program :


*Mendedahkan kepada murid pengalaman langsung menghadapi bahaya kebakaran
*Melatih murid kaedah terbaik untuk menyelamatkan diri ketika kecemasan/kebakaran
berlaku di sekolah
*Menjalin hubungan erat sesama agensi keraajaan dengan agensi luar dalam menjaga
keselamatan dan pencegahan kebakaran
4.1.7 Kelemahan Program :
* Murid kurang peka dengan isyarat loceng kecemasan. Ini kerana loceng tidak dapat
didengari di kawasan belakang sekolah terutamanya di surau, namun ini dapat diatasi
dengan suasana kecemasan di mana setiap pelajar akan memanggil pelajar lain supaya
menyelamatkan diri.
* Masa yang diambil untuk semua warga menyelamatkan diri melebihi 3 minit. Pada masa
akan datang pihak AJK akan mempastikan masa yang diambil kurang daripada 2 minit.
Tindakan : Makluman

5. Hal-Hal Lain
5.1 Penyelaras mengharapkan semua kakitangan sekolah menjalankan
tugasan dengan menitik beratkan perkara yang dibincangkan .
5.2 Pengerusi berharap aktiviti yang tidak dapat dijalankan pada penggal
pertama persekolahan akan dapat diteruskan pada pengaal kedua nantu

6. Penutup

6.1 PK HEM hem meminta semua guru mengemaskinikan buku rekod kesihatan
murid.

2
6.2 Beliau meminta semua setiausaha memantau semua kawasan
Sekolah supaya selamat dari segi wabak penyakit denggi.
6.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan
mesyuarat ditangguhkan pada jam 3:30 petang

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………… …………………………...
(Pn. Siti Norbaya Binti Ghazali ) (Pn. Rozilah Binti Sulaiman)
Setiausaha PK HEM
Program 3K Sekolah Kebangsaan Darulaman
Sekolah Kebangsaan Darulaman

Tarikh: 20 Mei 2020

Anda mungkin juga menyukai