Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KUALA

08500 KOTA KUALA MUDA, KEDAH DARULAMAN

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID BIL 1 /TAHUN 2021


(KEMASUKKAN KE SEKOLAH MENENGAH DAN ASRAMA)

Tarikh : 03 Mac 2021

Masa : 1.15 pm

Tempat : Bilik mesyuarat

Pengerusi : Pn Sarizan Bt Md Saad

Kehadiran : Semua AJK Unit HEM SK Seri Kuala

Tidak hadir : Tiada

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah.


1.2 GPK HEM mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran
semua guru untuk mesyuarat HEM kali ini.

2.0 PERKARA – PERKARA BERBANGKIT

2.1 GPK HEM meminta AJK dapat memberi perhatian yang khusus kepada murid
tahun 6 yang bakal melangkah ke alam sekolah menengah terutama dalam
pemilihan untuk ke sekolah berasrama penuh walaupun UPSR tidak dilaksanakan.

3.0 FOKUS MESYUARAT

3.1 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TUGAS AJK

3.1.1 GPK HEM mengingatkan kepada semua guru untuk mengadakan


mesyuarat 3 kali setahun samada bersemuka atau atas talian
memandangkan situasi Covid 19 yang melanda negara pada masa kini.

3.1.2 Guru-guru perlu menulis masalah disiplin murid ketika berada di dalam
kelas supaya tindakan lanjut boleh di ambil oleh pihak sekolah sekiranya
berlaku perkara berbangkit daripada pihak ibu bapa.

1
3.1.3 Setiap guru kelas harus melengkapkan maklumat murid terutam Tahun 6
dalam APDM dari semasa ke semasa mengikut keperluan bagi mengelak
keciciran maklumat murid yang akan melangkah ke sekolah menengah.

3.1.4 Guru-guru kelas juga diingatkan supaya mengumpul dan memasukkan


borang SSM ke dalam fail peribadi murid untuk memudahkan pihak lain
apabila memerlukan maklumat berkaitan murid.

3.1.5 Guru kelas Tahun 6 juga diingatkan supaya melengkapkan maklumat


sekolah feader (SMKKKM) apabila diarahkan oleh pihak PPD melalui
APDM.

Tindakan: Semua guru kelas

3.2 TAKWIM

3.2.1 Takwim HEM adalah mengikut pindaan semasa sekiranya berlaku


perubahan program dan tarikh yang akan dilaksanakan.
Tindakan: Semua guru.

4.0 HAL-HAL LAIN

4.1 GPK HEM memaklumkan setiap guru kelas perlu membantu guru kelas Tahun 6
dalam setiap perkara yang melibatkan murid Tahun 6 sebelum melangkah ke
sekolah menengah.

PENUTUP
a. Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah Al- Ash.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 pm.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….
( SAZLINA BT MAN) (PN SARIZAN BT MD SAAD)
Setiausaha Tahun 6 GPK Hal Ehwal Murid
Sk Seri Kuala Sk Seri Kuala.

Tarikh : 10 Mac 2021

Anda mungkin juga menyukai