Anda di halaman 1dari 4

Minit Mesyuarat Kurikulum Sek Keb Lemoi, 39000 Cameron Highlands Pahang

BIL. 2/2011

Tarikh Hari Masa Tempat Kehadiran

: : : : :

10 Januari 2011 Isnin 2038 Malam Bilik Gerakan Guru & staff 14/14 orang (Lihat Lampiran A) PPD 12 Orang

1.0

PENDAHULUAN

1.1

Mesyuarat dimulakan dengan pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran rombongan Pengarah Pusat Pendidikan Daerah ( PPD ) dan guru-guru pada mesyuarat kali pertama Unit Kurikulum serta seterusnya bacaan surah al-Fatihah. 1.2 Guru-guru memperkenalkan diri masing-masing. 1.3 Menyatakan enrolmen murid seramai 83 orang. 1.4 Bilangan murid yang menduduki asrama dan keadaan penginapan. 2.0 AGENDA MESYUARAT/PERJUMPAAN

2.1.0 Dipengerusikan oleh Guru Besar SK L emoi. 2.1.1 Masalah LCD. LCD tidak dapat digunakan pada siang hari. Begitu juga sound system yang rosak. 2.1.2 Mesin fotostat rosak. Keadaan ini menyebabkan lembaran kerja dan pengurusan terhad. 2.1.3 Bekalan kertas A4 terhad. Faktor, musim hujan menyebabkan bekalan kertas dan lain-lain terhad untuk dibawa. 2.2.1 Guru memperkenalkan diri masing-masing. Seramai 11 orang guru, 3 orang pengurusan asrama dan seorang kerani sekolah. 2.2.2 enrolmen murid. Termasuk pra ialah 83 orang. 2.3.1 Akademik. UPSR di sekolah ini bermula pada tahun 2009. pada tahun 2010 telah mendapat seorang murid lulus sepenuhnya. 2.3.2 LINUS. Pada tahun 2011 ialah 60% dan tegar 7%. 2.3.3 KSSR. Semua guru yang mengajar tahun satu mesti sekurang-kurangnya mendapat kursus atau pendedahan untuk P&P. 2.3.4 Pemulihan hanya layak untuk murid tahun 3 sahaja. Manakala untuk murid tahun 1 & 2 ialah linus manakala tahap 2 ialah Protim. Manakala guru boleh melantik guruguru sedia ada untuk menjadi guru pemulihan dan guru Kafa.

2.4.1 2.4.2

RMT. Bermula 10 Januari RMT sudah tidak diberikan lagi kepada murid-murid. Bekalan makanan asrama terbantut kerana musim hujan. Pengangkutan tidak dapat digunakan. 2.4.3 Menyarankan sekolah meminta bantuan JHEOA untuk menampung makanan murid yang terlibat 2.5.1 Audit. Pada hari jumaat (14 Jan ) akan diperkemaskan. 2.6.1 Kebersihan Kawasan. Kebersihan kawasan tidak memuaskan iaitu rumput panjang. 2.6.2 White board sudah tidak sesuai digunakan di tahun 1. 2.6.3 Atap sekolah dan asrama yang bocor. 2.7.1 Keselamatan. Berjalan dengan baik dan di bawah kuasa penghulu. 2.8.1 Penutup. Perancangan sekolah belum siap sepenuhnya dan akan siap dalam tempoh satu bulan. Diakhiri dengan ucapan sekian terima 3.0 Dipengerusikan oleh Pengarah PPD Tuan Ali Hussin. Mengucapkan terima kasih kerana penerimaan rombongan PPD ke sekolah ini. Di samping itu, memuji kambing yang disembelih dan masakan kari kambing yang disediakan. Tujuan rombongan PPD datang bukan semata-mata untuk mencari kesalahan tetapi selari dengan hasrat Negara iaitu tumpuan melahirkan generasi berkertrampilan 3.1.1 Makanan murid. Memuji makanan yang disediakan oleh pengusaha kerana berkualiti dan sedap. Seterusnya, program sepatutnya diadakan ialah selama 2 hari tetapi disebabkan factor cuaca dan jalan program ini disingkatkan selama sehari sahaja. 3.1.2 Mengharap kepada semua guru dan staff sekolah agar mengenali pegawai PPD. 3.1.3 Sesi memperkenalkan pegawai PPD dan bidang tugas mereka yang hadir seperti Pegawai Sektor Akademik, Pegawai ICT, Pegawai Dadah dan lain-lain. 3.2.1 Calon UPSR. Bilangan 7, pecahan 4 lelaki dan 3 perempuan. Selain itu, target lulus UPSR ialah 3/7. 3.4.1 Cadangan menambahkan katil double decker. Penambahan sekurang-kurangnya 10 ke atas. Pihak asrama diminta membuat surat permohonan tambahan. Selain itu, dibincangkan juga masalah tempat dan keselesaan kerana bilik yang terhad dan keselamatan seperti kipas syiling. 3.5.1 Akademik. KSSR. Guru-guru wajib dipantau terutamanya yang berkaitan dengan persediaan dan perlaksanaan P&P. Beliau menyatakan bahan atau modul KSSR masih lagi dalam proses pemurnian dan medapatkan respons. Oleh itu, setiap pelajar mesti diikuti perkembangannyadaripada awal hingga tamat pengajian. Selain itu, beliau juga berpendapat bahawa KSSR lebih bersifat head count kekuatan dan kelemahan. 3.5.1 Soal jawab dengan guru KSSR mengenai P&P pada minggu pertama dan kedua. 3.5.2 LINUS. Tahun 2 meneruskan aplikasi Linus. 3.6.1 pegawai Sektor Akademik, Encik Zakaria 3.6.2 Ucapan alu-aluan. Beliau mengucapkan tahniah kerana UPSR tahun 2010 telah mendapat seorang lulus.beliau juga mengatakan scenario 4 sekolah pos yang menunjukkan prestasi yang memberangsangkan iaitu melepasi KPI. 3.6.3 P&P. RPT, RPH mesti lengkap iaitu mempunyai tarikh, minggu dan untuk RPH mesti ditulis setaip hari termasuk refleksi. 3.6.4 setiap buku tulis mesti mengandungi latihan yang mencukupi dan mesti diperiksa dalam tempoh yang berpatutan 4.1 Kokurikulum. Unit kokurikulum sekolah meminta kemudahan meja ping-pong. 5.0 Penutup. Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada Pegawai PPD. Sekian terima kasih. pengerusi menangguhkan mesyuarat pada pukul 1105 malam.

Yang menjalankan tugas, (MUHAMMAD ZAHIDI BIN MAT ALI) Setiausaha Sesi 2011 Sek Keb Lemoi.

Disahkan oleh, .. ( OMARDANI BIN MOHD NOOR ) Guru Besar, Sek Keb Lemoi.

Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14.

Lampiran Nama Omardani Bin Mohd Noor Mohd Fadli B. Mohd Yusof Hanisah Binti Mat Husin Mohd Hanif bin Mohamed Asri Khairudin B. Abd Aziz Mohd Shafrizul Amri B. Shafie Mohd Zaki B. Ahmad Jefri Muhammad Zahidi B. Mat Ali Nik Zamri B. Nik Yaakob Noor Afidah B. Ahmad Saipulazhar B. Salleh Tuan Mohd Ridzuan B. Tuan Mohd Norhayati Binti Nordin Wan Zamani B. Wan Musa

Catatan Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir

Anda mungkin juga menyukai