Anda di halaman 1dari 5

MINIT MESYUARAT HEM KALI KEDUA BAGI TAHUN 2013

MESYUARAT PERSEDIAAN HEM MENJELANG PEPERIKSAAN PMR, SPM DAN


STPM 2013

Tarikh : 19 SEPTEMBER 2013


Hari : Khamis
Masa : 12.00 Tengah hari
Tempat : Bilik Gerakan SMK Keningau
Agenda :
i. Ucapan Pengerusi
ii. Pembentukan ahli jawatankuasa
iii. Senarai tugas
iv. Jadual bertugas
v. Hal-hal lain

KEHADIRAN

01. Cik Rosnah Sangkar - Penolong Kanan HEM


02. Ust. Harun Abd Rahim - Penolong Kanan Petang
03. Pn. Angeline Sebin
04. Pn. Henerita Ray Awah
05. En. Jerry Ubin
06. En. Adrian Francis
07. En. Jafar Jam
08. En. Ahmad Alam
09. En. Mohd Faizal Hussain
10. Pn. Ramlah Hj. Abd. Razak
11. Pn. Norishah Hj. Mohd Zain

1
BIL PERKARA TINDAKAN

01. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran para guru Cik Rosnah
dalam mesyuarat kali ini. Sangkar

1.2 Cik Rosnah Sangkar memaklumkan bahawa mesyuarat kali ini akan
membincangkan persediaan unit-unit di bawah HEM menjelang
peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Tujuannya adalah untuk
memastikan sekolah selamat dan kondusif semasa peperiksaan itu
berlangsung.

1.3 Peperiksaan PMR akan berlangsung pada 2 hingga 9 Oktober 2013.


Manakala peperiksaan SPM dan STPM pula bermula pada 6 November
2013.

1.4 Pengerusi mengingatkan agar kawasan-kawasan seperti kelas, kantin Semua guru
dan kawasan larangan perlu dipantau bagi memastikan tiada perkara
yang tidak diingini berlaku sepanjang peperiksaan berjalan.

1.5 Antara kawasan-kawasan larangan adalah seperti bilik pengawas Semua guru
peperiksaan, makmal, surau dan tempat-tempat lain yang berada dalam
pengawalan. Pelajar yang tinggal di asrama juga tidak dibenarkan balik
ke asrama jika selang masa rehat dengan kertas yang akan diduduki
seterusnya adalah pendek bagi memastikan tidak ada pelajar asrama
yang tertidur dan gagal menduduki peperiksaan.

1.6 Sepanjang peperiksaan berlangsung, ketua panita dan guru-guru mata Guru bertugas,
pelajaran yang terlibat dikehendaki berada bersama-sama dengan Ketua Panitia,
pelajar di tapak perhimpunan sebelum peperiksaan bermula untuk Guru Disiplin
bersama-sama membaca doa. Ustaz Abdul Rahman perlu diingatkan
untuk mengatur jadual untuk bacaan doa.

02. Pembentukan Ahli Jawatan Kuasa

2.1 Antara AJK yang terlibat ialah:


i. Setiausaha Peperiksaan PMR, SPM, & STPM
ii. Ketua Warden
iii. AJK Unit Disiplin (K)
iv. AJK Unit Keselamatan (K)
v. AJK Unit Kebajikan (K)
vi. AJK Unit Kesihatan (K)
vii. AJK Unit Kebersihan dan Keceriaan (K)
viii. AJK Unit Bimbingan dan Kaunseling (K)
ix. AJK Unit Pencegahan Pendidikan Anti Dadah (K)

2
2.2 Unit Disiplin
2.2.1 Jadual bertugas sepanjang peperiksaan perlu disediakan bagi Unit disiplin
memastikan peperiksaan berjalan dengan lancar. Guru disiplin juga
perlu berada di tapak perhimpunan bersama-sama dengan guru UBK,
dan guru bertugas sepanjang peperiksaan sebelum peperiksaan
bermula.
2.2.2 Unit disiplin perlu buat pemeriksaan kekemasan diri pelajar sebelum
peperiksaan berlangsung bagi memastikan pelajar sentiasa mematuhi
peraturan sekolah walaupun semasa peperiksaan.

2.3 Unit Kesihatan


2.3.1 Unit kesihatan perlu menyampaikan sedikit taklimat kepada pelajar Unit kesihatan
tentang aspek kesihatan yang perlu dititikberatkan oleh pelajar
sepanjang peperiksaan berlangsung.
2.2.3 Peti kecemasan perlu disediakan dan ubat-ubatan juga harus
mencukupi.

2.4 Unit Kebersihan dan Keceriaan


2.4.1 Satu gotong royong membersihkan bilik peperiksaan sehari sebelum Unit kebersihan
peperiksaan berlangsung. dan keceriaan

2.5 Unit Asrama


2.5.1 Tempat kepada pelajar yang akan menumpang sepanjang peperiksaan Unit Asrama
perlu disediakan terutamanya bagi pelajar yang menghadapi masalah
kenderaan untuk ke sekolah.
2.5.2 Pelajar yang akan tinggal di asrama perlu diberi taklimat lebih awal
tentang peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelajar.
2.6.3 Uztaz Harun Abd Rahim mencadangkan agar semua pelajar yang akan
menduduki peperiksaan perlu tinggal di asrama bagi memudahkan
pelajar dan melakukan persiapan terakhir sebelum peperiksaan seperti
perbincangan dalam kumpulan.
2.6.4 Pelajar yang tinggal di asrama sepanjang peperiksaan perlu membayar
bayaran makan dan cagaran.

2.6 Unit Pencegahan Pendidikan Anti Dadah


2.6.1 Terdapat kes pelajar sekolah terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Oleh itu, Persatuan Anti Dadah ingin mengadakan ceramah Anti Dadah Unit PPDa
di sekolah dan seterusnya melakukan ujian air kencing.
2.6.2 Terdapat dua cadangan berkaitan dengan tarikh dan masa yang sesuai
untuk mengadakan ceramah dan ujian tersebut.
2.6.3 Cadangan pertama: Ceramah dan ujian perlu dilakukan sebelum
peperiksaan PMR kerana pelajar yang mempunyai kecenderungan
untuk terlibat dalam penyalahgunaan dadah dijangka hadir ke sekolah
pada saat-saat akhir sebelum peperiksaan PMR. Ini dapat memudahkan
pihak sekolah untuk memanggil dan memastikan pelajar mengikuti
ceramah dan ujian air kencing. Jika ceramah dan ujian dijalankan
selepas PMR, kemungkinan pelajar yang menjadi sasaran untuk
menjalani ujian tidak akan hadir ke sekolah (ponteng)

3
2.6.4 Cadangan kedua: Ceramah dan ujian perlu diadakan selepas PMR
kerana jika dijalankan sebelum PMR, ia dapat mengganggu emosi
pelajar yang akan menghadapi peperiksaan. Saat-saat akhir sebelum
peperiksaan sepatutnya diisi dengan program berbentuk akademik

03. Senarai Tugas Semua unit


- Rujuk Lampiran yang terlibat

04. Jadual Bertugas


Setiausaha
4.1 - Jadual bertugas semasa peperiksaan akan ditampal di papan peperiksaan
kenyataan guru. Guru boleh merujuk jadual tersebut.

05. Hal-Hal Lain

5.1 Cikgu Ramlah (Unit UBK) memaklumkan bahawa Majlis restu untuk
pelajar tingkatan 3 (PMR) akan dijalankan pada 26 September 2013. Unit UBK
Manakala, pelajar SPM dan STPM akan dijalankan pada 30 Oktober
2013 (Rabu) dan 31 Oktober 2013 (Khamis).

5.2 Cikgu Henerita (Setiausaha Peperiksaan SPM) memaklumkan bahawa S/U


tiada senarai nama calon persendirian SPM pada tahun ini diterima. Peperiksaan
SPM
5.3 Cikgu Jafar Jam menyuarakan masalah berkaitan dengan tempat untuk S/U
pelajar yang mengulang (pelajar kohort 1) bagi kertas 1 dan kertas 2 Peperiksaan
kerana semua kelas akan digunakan untuk peperiksaan STPM penggal 1 STPM
(pelajar Kohort 2).

5.4 Cikgu Ahmad Alam akan memberikan senarai nama pelajar yang Unit Disiplin
bermasalah disiplin untuk tindakan dan program ceramah Anti Dadah.

5.5 Cikgu Faizal memaklumkan bahawa gotong-royong menyusun kerusi Setiausaha


akan diadakan pada 1 Oktober 2013. Pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 peperiksaan
tidak perlu hadir ke sekolah pada hari tersebut. Oleh itu, surat makluman PMR
kepada ibu bapa akan dikeluarkan sebelum tarikh tersebut.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.40 petang.

Minit disediakan oleh : Disemak oleh :

( ANGELINE SEBIN ) ( MAZRINA @ ROSNA SANGKAR )


Setiausaha Mesyuarat HEM Penolong Kanan HEM SMK Keningau

4
Disahkan oleh:

(JEMIRA EKONG)
Pengetua,
SMK Keningau

Pengesahan minit mesyuarat :

Minit dicadangkan oleh : ............................................


( )

Minit disokong oleh : ............................................


( )

Minit disahkan oleh : ...........................................


( )

Tarikh : ..............................

SK : Fail

Anda mungkin juga menyukai