Anda di halaman 1dari 4

Laporan Kursus Asas Pertolongan Cemas 2014

Bulan Sabit Merah Malaysia SK Kantan Permai



Pengenalan
Kursus Asas Pertolongan Cemas: Teori dan Praktikal telah dilaksanakan dengan jayanya pada 04
April 2014 (Hari Rabu) yang bermula pada pukul 1.30 sehingga 4.30 petang bertempat di dewan
tertutup SKKP. Kursus asas ini merupakan anjuran Unit Beruniform Bulan Sabit Merah
Malaysia (BSMM) SK Kantan Permai dengan kerjasama Unit Kokurikulum SKKP. Kursus ini
melibatkan ahli unit beruniform tahun empat seramai 100 orang. En. Murugan (Pengerusi
BSMM cawangan Selangor) telah dijemput untuk mengendalikan kursus ini.

Kelebihan
1. Mendedahkan murid khususnya ahli BSMM tentang asas pertolongan cemas dan cara
menanganinya dengan kaedah dan teknik yang betul.
2. Ahli BSMM memberikan kerjasama yang baik kepada penceramah jemputan dan secara
tidak langsung telah melancarkan aktiviti yang dilaksanakan ini.
3. Mengiktiraf ahli BSMM (murid) yang terlibat di dalam kursus ini dengan pemberian sijil
penyertaan.

Kelemahan
1. Terdapat beberapa orang guru penasihat tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dalam
kursus ini kerana terpaksa memberikan komitmen kepada perjumpaan kelab/persatuan
yang bermula pada pukul 2.30 3.30 petang pada hari yang sama.
2. Masa yang diperuntukkan tidak dapat memenuhi keperluan kursus yang sebenar.

Penambahbaikan
1. Melaksanakan aktiviti ini di luar waktu kokurikulum untuk mendapatkan komitmen
sepenuhnya daripada murid dan guru penasihat.
2. Memperuntukkan masa yang lebih lama untuk kursus ini misalnya selama tiga jam
(merangkumi teori dan praktikal).
Penutup

Kursus ini berjalan dengan lancar seperti yang direncanakan. Semua yang terlibat telah
memberikan kerjasama dan komitmen yang jitu demi memastikan kelancaran kursus ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


(CHE ROSLINA BT. CHE OMAR) (PN. CHEN YOON KIN)
Setiausaha Unit Beruniform BSMM, PK Kokurikulum,
SK Kantan Permai. SK Kantan Permai.






























SPSK PK 01/2


LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM KOKURIKULUM
SK KANTAN PERMAI


Tajuk Program : Kursus Asas Pertolongan Cemas (BSMM)
Tarikh Pelaksanaan : 30. 03. 2014 (Rabu)
Masa : 1.30 4. 30 petang
Tempat : Dewan tertutup SKKP
Bil. Peserta : 100 orang murid (tahun 4)

Aktiviti yang dijalankan :
1. Peserta diajar tentang ikatan buku sila dan balutan asas pertolongan cemas
seperti balutan kepala, tangan dan lengan.
2. Peserta juga diajar untuk membuat anduh yang betul dan cpr.
3. Peserta beraktiviti dalam bentuk kumpulan.

Hasil :

1. Dapat dilaksanakan Ya ( ) Tidak ( )

2. Ulasan (Jika tidak dapat dilaksanakan)

..............................................................................................................................

3. Cadangan untuk penambahbaikan :


Disediakan oleh : Disahkan :

......................................................... .........................................................
(CHE ROSLINA BT. CHE OMAR)
Setiausaha Unit Beruniform BSMM,
SK Kantan Permai.



No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
02 01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

Anda mungkin juga menyukai