Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN BINA INSAN GURU KURSUS ETIKET DAN PROTOKOL

Pada 23 Februari 2013 yang lalu, para guru pelatih PISMP Semester 3 telah terlibat dengan Program Bina Insan Guru (BIG) iaitu Kursus Etiket dan Protokol. Kursus ini telah berlangsung di Dewan Seri Budiman, IPG Kampus Tun Hussein Onn. Kursus ini bertujuan untuk melatih guru-guru pelatih dalam soal etika di meja makan dan tatatertib semasa makan. Kursus tersebut telah bermula pada pukul 2 petang dan dikendalikan oleh Puan Rohana Mohamad dari Nur Beauty Academy. Para guru pelatih telah mendaftar nama pada pukul 1.45 petang dan seterusnya mengambil tempat masing-masing di dalam dewan. Kursus ini telah dilaksanakan melalui dua slot iaitu, yang pertama, etika di meja makan, dan yang kedua adalah pengurusan majlis. Bagi slot pertama iaitu etika di meja makan, Puan Rohana telah menjelaskan definisi etika, etika ketika menghadiri majlis makan rasmi, susunan napkin dan pinggan serta perkakasan di meja makan. Melalui slot ini, guru pelatih dapat memahami konsep etika di meja makan serta tatacara yang perlu diamalkan semasa di meja makan. Selain itu, kami juga mendapat peluang untuk membuat bentuk napkin dan menyusunnya. Para guru pelatih juga telah didedahkan dengan cara penggunaan alatan seperti pisau, garpu, sudu dan lain-lain lagi. Bagi hal ini, sebuah meja besar serta peralatan telah disediakan untuk memudahkan para guru pelatih faham tentang penjelasan yang diberi. Bagi slot kedua pula, iaitu pengurusan majlis, guru-guru pelatih telah didedahkan dengan jenis-jenis majlis dan perancangannya. Perancangannya termasuklah susunan tempat duduk, penyambut tetamu, kesesuaian pakaian, kad jemputan dan aturcara majlis. Melalui slot ini, guru-guru pelatih mendapat pengetahuan dan kemahiran asas yang cukup dalam bidang pengurusan majlis dan bimbingan bagaimana caranya menguruskan majlis dengan cekap serta sempurna dengan mengikut protokol majlis.

Secara keseluruhannya, para guru pelatih mendapat peluang yang baik untuk menguruskan diri dalam bidang pengurusan majlis dan etika di meja makan. Hal ini dapat membantu kami untuk menjadi seorang guru yang terurus, cemerlang dan berkaliber dalam memberi sumbangan dalam bidang pendidikan untuk menjamin masa depan yang baik.

Laporan disediakan, .., (ROHINI A/P SUPRAMANIAM) AJK DOKUMENTASI, PISMP PSV SEM 3.

Anda mungkin juga menyukai