Anda di halaman 1dari 3

Menurut Gardner (1983), manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan.

Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanakkanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang
istimewa (special population). Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah
semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut
IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian
terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya
ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah professional.
Sesetengah orang mungkin mencapai tahap yang tinggi dalam setengah
kecerdasan dan tahap yang rendah dalam yang lain, manakala ada orang yang
mempunyai kecerdasan tinggi dalam hampir kesemua lapan kecerdasan ini. Hampir
semua

orang

boleh

diperkembangkan

dalam

kelapan-lapan

kecerdasan

yang

disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika keadaan-keadaan seperti penggalakan,


pengkayaan dan pengajaran adalah sesuai (Armstrong, 1994).
Kelapan-lapan kecerdasan adalah saling berkait secara kompleks bila seseorang
melakukan sesuatu aktiviti. Tambahan pula, bagi sesuatu kecerdasan itu, seseorang
mungkin

berbeza

dalam

tahap

pencapaian

kebolehannya.

Contohnya,

dalam

kecerdasan linguistik, seorang murid mungkin tidak pandai membaca tetapi dapat
bercerita dengan baik. Kecerdasan-kecerdasan yang dikemukakan oleh Gardner adalah
seperti Kinestetik, Interpersonal, Intrapersonal, Logik-Matematik, Muzik, VerbalLinguistik, Visual-Ruang, dan Naturalis.
Menurut Confucius, pendidikan adalah satu proses memupuk kesempurnaan
tingkah laku manusia yang boleh dicapai melalui amalan-amalan seperti bersopan
santun, bertimbang rasa, ikhlas, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih
muda serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara. Di sekolah, guru memainkan
peranan yang besar dalam mengajar murid-murid agar mereka dapat mengaplikasikan
apa yang mereka belajar disekolah untuk diaplikasikan di dunia sebenar. Oleh itu, guru

seharusnya kreatif dan kritis dalam merancang P&p agar murid dapat memahami apa
yang diajar oleh guru serta dapat menerapkan nilai murni di dalam diri mereka.
Seorang guru yang imaginatif, kreatif dan kritis semestinya dapat menggunakan
elemen-elemen

seperti

Pendidikan

Seni

Visual,

Muzik

dan

Pergerakan

bagi

menghasilkan P&p yang berkesan dengan menggabungjalinkan elemen ini dengan mata
pelajaran lain disekolah. Sebagai contoh yang boleh diutarakan ialah dalam pengajaran
Bahasa Malaysia. Guru menggunakan elemen Muzik sebagai permulaan atau set
induksi. Set induksi atau permulaan merupakan salah satu langkah penting dalam P&p.
Langkah ini dapat menarik minat murid dan juga sebagai salah satu langkah untuk
murid bersedia sebelum pembelajaran bermula. Contohnya, guru menggunakan lagu
ABC sebagai set induksi dan menyuruh murid menyanyikan lagu tersebut bersamasama.
Semasa langkah perkembangan pula, guru boleh menggunakan aktiviti
berkumpulan. Guru menggunakan elemen pergerakan yang membolehkan murid
bergerak dan tidak hanya berdiam diri ditempat duduk masing-masing. Ini juga
membolehkan sesuatu P&p berjalan dengan lancar dan berkesan. Semua murid dapat
mengambil bahagian dalam P&p. Sebagai contoh, guru menyediakan beberapa soalan
dengan menggunakan Slaid murid dikehendaki berlari ke hadapan dan menekan
lonceng untuk menjawab soalan.
Disamping itu, elemen Pendidikan Seni Visual juga boleh digunakan dalam
langkah perkembangan. Selepas aktiviti kuiz yang dijalankan oleh guru, murid
dikehendaki melukis semula jawapan yang betul di dalam buku nota mereka. Hal ini
membolehkan murid dapat mengingati pembelajaran pada hari itu dengan mudah.
Sebagai kesimpulan, guru seharusnya berfikiran kreatif dan kritis dalam
merancang P&p agar lebih berkesan. Elemen seperti pergerakan, muzik serta
Pendidikan Seni Visual boleh digunakan sebagai medium dalam mendidik murid-murid
dalam apa juga mata pelajaran yang diajar oleh guru. Menurut Mok Soon Sang, dalam
Pendekatan dan Strategi Pengajaran, main merupakan satu teknik mengajar yang

memberi peluang kepada murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di


dalam keadaan terkawal. Melalui elemen seperti Muzik, Pergerakan dan Seni Visual
murid dapat belajar secara bermain dan tanpa mereka sedari. Murid sememangnya
mempunyai sifat dan keinginan untuk bermain yang amat tinggi.

Anda mungkin juga menyukai