Anda di halaman 1dari 19

BELAJAR CARA BELAJAR (BCB) Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup.

Kemahiran ini perlu dikembangkan kepada semua murid supaya mereka peka dengan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan. Dengan kemahiran ini juga, murid dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam proses belajar mereka dan seterusnya mereka boleh mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memperbaiki sesuatu kelemahan. Justeru, pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah perlu mengambil kira kebolehan dan minat murid yang pelbagai dan guru harus memberikan penekanan pada teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid mereka. Belajar cara belajar di sini akan cuba memberikan berberaapa cadangan dan idea untuk menjalankan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang menyerapkan belajar cara belajar. Untuk mencapai matlamat ini, beberap objektif seperti:

pengaruhi pembelajaran murid

pembelajaran. -pembelajaran untuk guru.

RASIONAL BELAJAR CARA BELAJAR Belajar cara belajar yang diperkenalkan dalam pendidikan adalah berdasarkan kepada beberapa sebab:

g diterima oleh murid di dalam kelas juga terhad.

pelajari sesuatu.

belajar seumur hidup di kalangan murid..

OBJEKTIF BELAJAR CARA BELAJAR Objektif Belajar Cara Belajar adalah seperti berikut: yang berupaaya belajar sendiri tanpa guru.

pembelajaran.

ikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi lain, sama ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan.

APAKAH BELAJAR CARA BELAJAR? Pengertian Belajar Cara Belajar Belajar cara belajar ialah proses untuk memperolehi teknik belajar sama ada bersama guru ( formal ) atau tanpa guru ( non-formal ).

KEMAHIRAN BELAJAR Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk menambah ilmu pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan. Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Kemahiran itu termasukla:

a. Kemahiran Mendengar dengan Berkesan. Kemahiran mendengar ialah sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia. Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar. Kemahiran mendengar melibatkan beberapa proses. 1. Apa yang didengar. 1.1 Terdapat pelbagai bahan yang kita dengar seperti teks puisi, muzik, ucapan, arahan, lakonan, lagu, berita, pengumuman, syarahan dan pelbagai lagi. 2. Mengapa perlu mendengar. 2.1 Mendengar untuk mendapatkan maklumat, fakta,data dan pengetahuan dari apa yang didengar. 2.2 Perlunya mendengar juga adalah untuk menghayati keindahan bahasa dan muzik. 2.3 Untuk mengetahui perkembangan semasa. 2.4 Untuk mendengar penjelasan guru tentang sesuatu. 3. Siapa yang didengar.

3.1Sesiapa sahaja yang dapat memberikan maklumat, memberikan penjelasan, membuat pertanyaan dan mereka yang memberikan pendapat. 4. Bagaimana mendengar dengan berkesan. 4.1 Seseorang yang mendengar dengan teliti dan penuh perhatian terhadap apa yang disampaikan. 4.2 pendengaran dengan berkesan adalah dalam suasana yang tenang dan selesa. 5. Bagaimana meningkatkan kemahiran mendengar. 5.1 kemahiran mendengar dapat ditingkatkan dengan cara memotivasikan diri untuk memberikan sepenuhnya tumpuan dan perhatian kepada pembelajaran hari itu. 5.2 mendengar dan memandang kearah guru atau penyampai. 5.3 Menumpukan perhatian kepada apa yang diperkatakan, ditunjukkan dan ditulis. b. Kemahiran Membaca. Kemahiran membaca ialah penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan, dan fakta mengenai sesuatu perkara. Membaca ialah proses kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca. Biasanya terdapat empat gaya bacaan, iaitu: 1. Skimming / Luncuran. Skiming ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat. Ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen. Dalam proses bacaan ini juga ialah bertujuan untuk membuat pandangan umum mengenai dokumen dengan segera. Bacaan skimming boleh dilakukan dengan cara membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan sesuatu bahan atau dokumen, begitu juga dengan membaca menggunakan pergerakan mata yang cepat dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang dibaca. 2. Scanning / Imbasan. Imbasan ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada skimming. Antara tujuannya ialah untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawaban kepada sesuatu persoalan. Membaca secara imbasan adala membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam, membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang dinyatakan. 3. Bacaan intensif Bacaan intensif ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci. Bacaan intensif memerlukan penumpuaan yang teliti terhadap bahan atau dokumen yang dibaca. Ketekunan dalam

pembacaan juga mesti tinggi dan selalunya bacaan secara intensif ini mengambil masa yang lebih panjang untuk mendapatkan makna apa yang dibaca. Tujuan bacaan secara intensif adalau sematapmata untuk mendapatkan semua maklumat dengan mendalam dan catatan perlu dibuat untuk mengumpulkan maklumat tersebut. 4. Bacaan Laju. Bacaan laju ialah teknik bacaan yang memerlukan kebolehan seseorang membaca dengan laju dan mampu memahami dengan serentak apa yang dibaca. Membaca laju menumpukan perhatian pada pemikiran atau idea utama. Ini boleh dibuat dengan membaca cepat seluruh buku, membaca cepat senarai bab, membaca cepat semua bahagian dan membaca cepat semua perenggan. Tujuan bacaan laju adalah untuk menggunakan masa terhad dengan lebih produktif, dapat menjimatkan masa, dan untuk memperolihi maklumat tambahan pada kadar yang cepat. c. Kemahiran Mencatat Nota. Mencatat nota ialah aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar. Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti kuliah, ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku atau bahan lain. Perlunya mencatat nota adalah untuk mendapatkan isi-isi penting sebagai bahan rujukan. Daripada isi-isi penting ini dapatlah ia dikembangkan kepada fakta asas. Catatan nota yang telah dikumpul akan dapat membantu sebagai bahan rujukan tambahan pada masa hadapan. d. Kemahiran Menulis Menulis Laporan Pada umumnya untuk menyediakan laporan adalahseperti yang berikut:

pasti sumber yang dipetik.

Kemahiran Menulis Cepat Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis dengan kepantasan yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca oleh orang lain. Oleh itu , memerlukan kreteria seperti berikut:

Seseorang yang boleh menulis dengan cepat dapat menulis lebih banyak maklumat. Dalam peperiksaan dengan jangka masa yang terhad tetapi memerlukan banyak isi jawapan yang boleh ditulis. Kebolehan menulis cepat juga dapat menjimatkan masa. Syarat pra-menulis cepat bagi ia akan dapat membantu untuk menyampaikan banyak maklumat atau fakta dalam ingatan semasa menjawab soalan peperiksaan. Murid juga boleh mengingat kembali fakta atau maklumat dengan cepat. Penyediaan alat tulis yang baik juga penting dalam penulisan cepat seperti pensel yang tajam atau pen yang sempurna. e. Kemahiran Mengingat mengigat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik. Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa lama. Jenis ingatan adalah ingatan jangka pendek dimana maklumat yang diterima akan hanya diingat dan tersimpan dalam jangka masa yang singkat sahaja manakala ingatan jangka panjang adalah maklumat yang disimpan dan kekal dalam ingatan. Proses ingatan dapat dibahagikan kepada tiga langkah iaitu:

KEMAHIRAN MAKLUMAT Keupayaan mengumpul maklumat secara berkesan ialah satu aspek kemahiran belajar cara belajar yang pentinh. Mengenal pasti sumber pembelajaran , cara mendapatkan maklumat dari temu ramah, membuat rujukan , mengenal maklumat dalam buku, dan cara merujuk kamus, direktori dan ensiklopedia ialah sebahagian daripada kemahiran maklumat yang perlu dikuasi oleh murid. Maklumat ialah pengetahuan, data, butiran, fakta, keterangan, maklumat atau cerita tentang sesuatu perkara atau seseorang. Manakala kemahiran maklumat ialah keupayaan seseorang mengenalpasti keperluan maklumat mencari dan mengumpulkan, mengurus dan mengolah maklumat dan membekalkan maklumat bagi memenuhi keperluan tertentu.

STRATEGI METAKOGNISISI

Metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Strategi Metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari. Murid boleh menggunakan strategi metakognitif dan mengawal pembelajarannya melalui proses seperti berikut:

Proses Metakognitif a. Proses Merancang Proses ini memerlukan murid meramalkan apakah yang akan dipelajari, bagaimana perkara itu dikuasai dan kesan daripada perkara yang dipelajari. Murid perlu menyediakan diri secara fizikal, mental dan psikologi. Murid juga perlu membuat perancangan dari semasa ke semasa cara terbaik untuk mendapatkan sesuatu perkara. b. Proses Memantauan Dalam proses pembelajaran murid perlu bertanya kepada diri sendiri dari semasa ke semasa perkara perkara seperti: - Apakah soalan yang perlu saya kemukakan? - Adakah ini membawa makna kepada saya? - Bagaimanakah perkara ini boleh dijelaskan? - Mengapakah saya tidak memahami cerita ini? c. Proses Menilai Melalui proses ini, murid membuat refleksi untuk mengetahui: - Bagaimana sesuatu kemahiran, nilai dan pengetahuan dikuasai oleh saya? - Mengapakah saya mudah / sukar menguasainya? - Apakah tindakan / pengubahsuaian yang harus saya ambil? Dengan pengetahuan seperti ini, murid dapat memeikirkan strategi yang lebih sesuai untuk menguasai pelajaran baru. RUMUSAN Belajar cara belajar yang telah diperkenalkan ini adalah kerana disebabkan oleh keadaan yang memaksa .Sepertimana yang diketahui umum masa dalam bilik darjah adalah amat terhad bagi setiap murid untuk mendapatkan pengetahuan. Maklumat yang diterima dalam masa yang terhad juga adalah sangat kurang.

Belajar cara belajar juga mendidik murid untuk merasa lebih bertanggungjawab dalam pelajaran mereka. Mereka akan belajar untuk mendapatkan maklumat di luar waktu persekolahan. Selain daripada itu, belajar cara belajar juga dapat menggalakkan murid supaya meningkatkan keupayaan mereka dalam mempelajari sesuatu. Kemahiran belajar cara belajar sejajr dengan matlamat pendidikan untuk menyemai kemahiran belajar seumur hidup di kalangan murid. Belajar cara belajar telah mengariskan tiga komponen utama dalam perlaksanaan kemahiran belajar iaitu:

Ia merangkumi dari segi cara belajar murid, mencatat maklumat dan strategi metakognitif yang mana murid dapat meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku.

RUJUKAN Ee Ah Meng. Pedagogi Satu Pengenalan, edisi ketiga. Kuala Lumpur. Siri Pendidikan Fajar Bakti. 1992 Ee Ah Meng. Seri Pendidikan Guru, Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1995 Kementerian Pendidikan Malaysia. Modul Belajar Cara Belajar. http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/10/belajar-cara-belajar-bcb.html http://mfariz.wordpress.com/2007/12/22/belajar-cara-belajar-bcb/

http://www.slideboom.com/presentations/14352/Belajar-Cara-Belajar

BELAJAR CARA BELAJAR Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Julai 2001 KANDUNGAN Pengenalan Objektif Modul Rasional Belajar Cara Belajar Apakah Belajar Cara Belajar ? Peranan Guru dan Murid Kemahiran Belajar Cara Belajar Kemahiran Maklumat Strategi Metakognitif Pengurusan Masa Persediaan Peperiksaan Contoh Rancangan Pelajaran

1. OBJEKTIF MODUL Menjelaskan konsep BCB. Memahami faktor yang mempengaruhi pembelajaran. Membimbing guru mengenal pasti strategi pembelajaran. Membantu guru mengaplikasi BCB dalam p & p Membantu guru melatih guru lain BCB Menyediakan contoh rancangan p & p

2. RASIONAL BELAJAR CARA BELAJAR Murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran. Melatih murid memperoleh maklumat tambahan di luar waktu sekolah. Belajar Cara Belajar sejajar dengan matlamat pendidikan untuk belajar seumur hidup.

3. OBJEKTIF BELAJAR CARA BELAJAR Murid berupaya belajar sendiri tanpa guru. Murid menggunakan pengetahuan rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran.

Murid menilai tahap pembelajaran sendiri.

4. APAKAH BELAJAR CARA BELAJAR Belajar Cara Belajar adalah proses teknik pembelajaran sama ada bersama guru atau tidak Kemahiran Belajar Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan. Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran seperti: o Kemahiran Belajar o Kemahiran Mendengar o Kemahiran Membaca o Kemahiran Menulis o Kemahiran Mengambil Nota o Kemahiran Mengingat

a. Kemahiran Mendengar Apa yang didengar ..........pelbagai teks seperti: Arahan Lakonan Puisi Berita Ucapan Syarahan Lagu Taklimat Pengumuman Penerangan

Mengapa perlu didengar.... untuk mendapatkan: Maklumat Fakta Data Pengetahuan Penjelasan Penghayatan muzik, puisi, bunyi

Siapa yang didengar . Sesiapa sahaja yang memberi maklumat memberi penjelasan membuat pertanyaan memberi pendapat

b. Kemahiran Membaca Skimming Untuk maklumat ringkas dan pantas Baca tajuk, pendahuluan dan rumusan Scanning/ Imbasan Untuk maklumat lebih dalam daripada skimming Baca pendahuluan, rumusan dan bab Perhatikan kata kunci, konsep, rajah, grafik, data

Bacaan Intensif Untuk Maklumat Terperinci strategi : SQ3R o Survey - pendahuluan, tajuk, ringkasan o Question tajuk jadi soalan jawab o Read baca perenggan untuk maklumat

o o Baca Laju

Recite ringkaskan, refrasakan perenggan Review lihat nota semula, pastikan ingat isi

Boleh baca laju dan faham kandungan Tumpuan sepenuhnya masa membaca Kesan isi penting melalui tanda: tulisan condong/ bergaris/tebal graf/gambar rajah/peta minda Membuat catatan nota

Menulis Cepat Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis dengan kepantasan yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca oleh orang lain. Oleh itu, menulis cepat memerlukan unsur: Kelajuan menulis Tulisan yang boleh dibaca

Mencatat Nota Mencatat nota adalah aktiviti merekod fakta,maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar. Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti semasa kuliah, ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku atau bahan lain.

Mengingat Mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria dengar dan deria lihat yang baik. Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa jam.

Bagaimana meningkatkan kemahiran mendengar Motivasikan diri untuk memberi sepenuh tumpuan dan perhatian kepada pembelajaran hari itu Menumpukan perhatian pada apa yang diperkatakan, ditunjukkan dan ditulis Memandang ke arah guru.

KEMAHIRAN MAKLUMAT KEMAHIRAN MAKLUMAT Keupayaan mengumpul maklumat secara berkesan ialah suatu aspek kemahiran belajar cara belajar yang penting.

Definisi Maklumat Maklumat ialah pengetahuan,data,butiran,fakta, keterangan, atau cerita tentang sesuatu perkara atau seseorang

Definisi Kemahiran Maklumat Keupayaan seseorang mengenal pasti keperluan maklumat mencari dan mengumpulkan, mengurus dan mengolah maklumat dan membekalkan maklumat bagi memenuhi keperluan tertentu.

Kemahiran maklumat terdiri daripada: Kemahiran perpustakaan Kemahiran belajar Kemahiran penyelidikan Kemahiran komunikasi dan penyampaian

SUMBER MAKLUMAT Bahan bercetak Contohnya buku, majalah, monograf,surat khabar, jurnal dan laporan. Bahan audiovisual Contohnya filem, video, aset, cakera laser, mirofilem, mikrofis, pita magnetik Sumber berasaskan komputer Contohnya dalam talian dan luar talian, cakera padat, dan internet. Sumber berasaskan manusia Contohnya ibu bapa, guru, pakar bidang, tokoh dan sebagainya.

JENIS SUMBER/BAHAN Jurnal Laporan /Statistik Kertas Kerja Paten Standard/Piawaian Tesis/Disertasi Katalog Perdagangan Ensiklopedia Kamus Tesaurus Atlas/Peta Gazetiar Brosur/risalah Akhbar Majalah/Buletin Buku teks/rujukan 17. Buku Tahunan 18. Monograf 19. Buku log/diari 20. Kitab suci/Hadith 21. Almanak 22. Indeks 23. Abstrak 24. Bibliografi 25. Ulasan/Resensi 26. Direktori 27. Biografi 28. Buku Panduan /Manual 29. Pangkalan Data Dalam Talian 30. Internet 31. CD-ROM MENGENAL PASTI MASALAH DAN MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN Memahami tugasan Menggunakan pelbagai sumber rujukan Membaca (secara imbasan dan luncuran) pelbagai maklumat Membina soalan asas Menentukan maklumat yang diperlukan Mengenal pasti skop sumber Membuat sumbang saran untuk mentafsir dan mentafsir semula masalah

MENILAI DAN MENGUMPULKAN MAKLUMAT Gunakan teknik imbasan dan luncuran Pilih bahan, baca, dengar dan tonton

Pastikan sumber sama ada sumber primer atau sekunder Mentafsir maklumat visual seperti graf, peta dan carta. Kumpulkan bukti., alasan dan butiran yang dapat menyokong pandangan/hujah Menilai sumber maklumat dan laman web untuk mendapatkan yang tepat, boleh dipercayai, diperakui, dan sesuai dan pandangan.

Kemahiran Menemu Ramah Maklumat boleh didapati dengan menemu ramah individu tertentu seperti tokoh, pakar dalam bidang berkenaan, orang kenamaan atau orang yang terlibat secara langsung dalam sesuatu peristiwa. PERSEDIAAN MENEMU RAMAH Tentukan maklumat yang diperlukan. Kenal pasti tokoh atau orang yang hendak ditemu ramah. Selidik kesesuaian tokoh tersebut dengan maklumat yang dikehendaki (latar belakang tokoh, bidang pekerjaan dan sebagainya). Buat janji temu dengan tokoh (tarikh, masa dan tempat). Sediakan dan susun soalan untuk mencungkil maklumat yang dikehendaki. Sediakan alat perakam, kamera dan sebagainya mengikut keperluan.

SEMASA MENEMU RAMAH Tepati janji temu Beradab dan gunakan bahasa yang santun (memperkenalkan diri, menggunakan gelaran dan ganti nama diri yang betul, menyatakan tujuan, dan mengucapkan terima kasih). Bersikap ramah dan menunjukkan minat ketika tokoh bercerita atau menyampaikan maklumat. Adakan hubungan mata dan mendengar dengan teliti. Kemukakan soalan yang telah disediakan; ubah suai soalan jika perlu. Gunakan alat perakam dan catat butiran dalam buku catatan. Dapatkan bahan tambahan daripada tokoh (gambar foto dan lain-lain).

KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN Dalam era ledakan maklumat, terlalu banyak maklumat yang perlu diingati. Oleh itu, kita perlu mengetahui cara mengesan maklumat dengan cekap tanpa perlu mengingat semuanya. KAEDAH MENGESAN MAKLUMAT DAN MERUJUK KEPADA BAHAN DI PSS menggunakan kad katalog dengan pembaca mikrofis dengan komputer OPAC

MENGGUNAKAN LACI KAD KATALOG Ada tiga jenis laci kad katalog :

Laci kad pengarang Laci kad perkara Laci kad judul Anda boleh menggunakan satu daripada lacI tersebut berdasarkan maklumat yang anda ada seperti maklumat pengarang, perkara dan / atau judul. Pada amnya, pusat sumber sekolah menggunakan Sistem Perpuluhan Dewey. Berdasarkan sistem ini, terdapat sepuluh kelas maklumat iaitu: o 000-099 Karya Am o 100-199 Falsafah o 200-299 Agama o 300-399 Sains Kemasyarakatan o 400-499 Bahasa o 500-599 Sains Tulen o 600-699 Teknologi o 700-799 Kesenian dan Hiburan o 800-899 Kesusasteraan o 900-999 Geografi, Sejarah dan Biografi

Mengenal Maklumat Bahagian Dalam Buku Setiap bahagian buku iaitu kulit hadapan, kulit belakang, halaman judul, halaman kandungan, indeks, bibliografi dan daftar kata/glosari menawarkan maklumat yang tertentu . KEMAHIRAN MERUJUK KEPADA ENSIKLOPEDIA Terdapat dua jilid ensiklopedia: Jilid maklumat umum atau jilid makro Jilid maklumat terperinci jilid mikro Pilih jilid yang mengandungi perkataan atau huruf yang pertama yang dicap dengan huruf besar yang berkaitan dengan maklumat yang hendak dikesan seperti SUNGAI, TOKOH, TEMPAT, dan KEJADIAN KEMAHIRAN MERUJUK KEPADA KAMUS Kamus ialah bahan koleksi perkataan dan maklumat tentang perkataan dalam satu atau lebih daripada satu bahasa seperti definisi atau makna, asal usul, ejaan, sebutan, silabikasi, penggunaan dan kedudukan semasa yang disusun mengikut urutan abjad. Terdapat dua jenis kamus: kamus umum kamus khas atau kamus istilah. MAKLUMAT YANG TERDAPAT DALAM KAMUS Pecahan makna bagi entri dan subentri (literal dan idiomatik) Jenis kata Maklumat etimologi Label penggunaan Rujuk silang Varian Ejaan Sebutan Istilah Peribahasa

Contoh ayat

MENGESAN MAKLUMAT DARIPADA KAMUS 1. Perkataan atau kata masukan disusun mengikut abjad. 2. Pada sudut atas kiri setiap halaman dalam kamus tertulis kata pertama. 3. Pada sudut atas kanan tertulis kata terakhir bagi halaman tersebut. 4. Buka terus halaman yang bermula dengan huruf pertama kata yang ingin dicari maknanya. Setelah dapat halaman, cari perkataannya. Fabulous fabulous wonderful a fabulous day It was a fabulous week. Everything went well entri frasa ayat Keterangan makna Senarai enjin pencarian: Infoseek (http://www.go.com) Alta Vista (http://www.altavista.com) Yahoo (http://www.yahoo.com) Google (http://www.google.com) Lycos (http://www.lycos.com) Cari (http://www.cari.com.my)

CONTOH ENJIN PENCARIAN 1. Pergi ke mana-mana pelayar Internet seperti Netschape, Internet Explorer dan sebagainya yang tertera pada skrin utama. 2. Taip enjin pencarian yang dikehendaki pada ruang yang ditetapkan. 3. Taip kata carian (search word/search term) yang berkait dengan perkara , topik atau tugasan yang dicari. 4. Sebagai contoh jika anda ingin membuat tugasan tentang keris taipkan keris jika enjin carian yang dipilh menyediakan versi Bahasa Melayu atau taip dagger sekiranya tiada pilihan Bahasa Melayu. Selepas kata carian ditaip, skrin akan memaparkan laman-laman web yang akan memberikan rangkaian yang berkaitan dengan kata carian yang dimasukkan. 4. Klik halaman web (web page) yang dipaparkan untuk menentukan sama ada kandungannya sesuai dengan maklumat yang dikehendaki. 5. Cuba kata carian yang lain sekiranya anda masih tidak memperoleh maklumat yang sesuai atau kurang lengkap. Selamat Mencuba! STRATEGI METAKOGNISI Pengertian Metakognisi Metakognisi ialah kesedaran tentang hal yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Kesedaran diri mengenai fikiran dan pembelajaran merupakan perkara penting dalam aspek metakognisi. Apabila kesedaran ini wujud, murid dapat mengawal fikirannya untuk merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari .

STRATEGI METAKOGNISI i.Merancang apa yang ingin dipelajari. Ii. Memantau kemajuan pembelajaran diri. Iii Menilai apa yang dipelajari. Pelajar mengawal pembelajarannya dengan: KEMAHIRAN MERANCANG Meramal Menyediakan diri Membuat perancangan

KEMAHIRAN MEMANTAU Kemahiran ini memerlukan: Murid bertanya soalan seperti: Adakah ini membawa makna kepada saya? Bagaimanakah perkara ini boleh dijelaskan? Apakah soalan yang harus saya tanyakan? KEMAHIRAN MENILAI Murid perlu membuat refleksi: Mengapa kemahiran, nilai dan pengetahuan dapat dikuasai ? Bagaimanakah sesuatu dapat dijalankan ? Dengan pengetahuan itu pelajaran baru dipelajari dengan strategi yang sesuai. CARA MENGAJAR METAKOGNISI Metakognisi tidak perlu diajar sebagai satu mata pelajaran. Metakognisi perlu disisipkan dalam kaedah mengajar, perkembangan staf dan proses penyeliaan.

STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN METAKOGNISI MERANCANG Sebelum aktiviti pembelajaran dimulakan, guru mengajarkan peraturan yang patut dipatuhi , strategi untuk menanangi masalah dan hala tuju yang harus diikuti. Semasa aktiviti itu dilaksanakan, guru perlu memberi peluang kepada murid untuk berkongsi kemajuan, proses pemikiran dan pandangan tingkah laku mereka. Selepas aktiviti pembelajaran, guru perlu meminta murid menilai sejauh mana peraturan itu dipatuhi .

KEPENTINGAN MENYOAL PADA SEMUA PERINGKAT METAKOGNISI Menyoal ialah satu teknik penting untuk menjelaskan fikiran. Galakkan murid menimbulkan soalan kepada diri mereka sendiri sebelum, semasa dan selepas membaca, mendengar, melihat dan menonton sesuatu. PEMILIHAN SECARA PERSETUJUAN BERSAMA Bincang dengan murid tentang pemilihan mereka dari segi kesan baik dan buruk sebelum keputusan dibuat. Ini akan membantu pelajar mengikuti proses metakognisi .

MENILAI DENGAN PELBAGAI KRITERIA Guru harus memberikan peluang kepada murid untuk membuat refleksi dan mengkategorikan tindakan mereka mengikut dua atau lebih kriteria penilaian sama ada - membantu atau menghalang; - yang disukai dan tidak disukai; atau - baik dan buruk sesuatu aktiviti. MENGAMBIL KREDIT Guru harus meminta pelajar mendapatkan maklum balas daripada rakan dengan mengajukan soalan seperti: Bagaimanakah tindakan itu harus diberikan pengiktirafan? Apakah tindakan yang membanggakn diri anda? MENINGKATKAN KEYAKINAN PELAJAR Pelajar harus menanyakan beberapa soalan: Apakah informasi yang diperlukan? Apakah alatan yang diperlukan? Apakah kemahiran yang diperlukan untuk melakukan tingkah laku berkenaan? Soalan ini akan memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada pelajar tentang batasan yang diketahui dan apa yang perlu diketahui. Justeru, keyakinan murid dapat dipertingkatkan. MENGGALAKKAN IDEA DARIPADA MURID Guru boleh membantu murid dalam metakognisi dengan mengemukakan frasa-frasa tertentu atau memparafrasa pernyataan pelajar untuk menggalakkan mereka berfikir dengan lebih mendalam. Contohnya GURU: Apa yang ingin anda nyatakan saya ialah GURU: Saya rasa anda ingin memberitahu saya tentang MEMBERIKAN LABEL BAGI SESUATU TINDAKAN Guru boleh menyedarkan pelajar tentang tingkah laku kognitif mereka dengan memberikan label bagi tindakan itu dengan memuji dan memberi kan pengiktirafan seperti: Bagus, kamu sedang membuat satu rangka tindakan yang baik bagi Apa yang kamu semua buat adalah satu eksperimen yang baik. Kamu sangat memberi kerjasama dan bantuan kepada rakan dan itu adalah satu sifat yang baik. MENERANGKAN MAKSUD PERKATAAN Biasanya murid mengeluarkan perkataan sepertitidak adil, tidak baik, sangat tegas. Guru perlu bertanya dan menjelaskan apakah yang dimaksudkan tidak adil, tidak baik, atau sangat tegas kepada murid. MAIN PERANAN DAN SIMULASI Dengan kaedah main peranan murid dapat membayangkan diri mereka dalam sesuatu watak dan membuat modifikasi secara metakognitif tingkah laku dan sifat peranan tersebut. Simulasi memberi mereka peluang untuk memikirkan bagaimana seseorang itu akan bertindak dalam situasi berlainan.

MENULIS JURNAL

Murid perlu digalakkan mencatat dan mengilustrasikan sesuatu pengalaman dalam buku log/ harian sepanjang pengalaman itu. Ini membantu murid: - Mensintesiskan dan menterjemahkan fikiran dan kelakuan mereka dalam bentuk simbolik / grafik. - Melihat kembali persepsi asal mereka dan membandingkan persepsi asal dengan keputusan baru. - Mencatatkan proses pemikiran tentang strategi tersebut dan cara membuat keputusan. - Mengenal pasti kelemahan dalam tindakan yang diambil dan mengingat kembali kejayaan dan kesulitan yang dialami. MEMBERIKAN TELADAN Contoh teladan oleh guru dan menjadi ikutan oleh murid adalah proses sangat berkesan. Untuk tujuan ini, guru hendaklah menunjukkan dengan jelas bagaimana guru merancang, mengenal pasti dan menilai sesuatu tingkah lakunya supaya murid dapat mencontohinya. PENGURUSAN MASA Murid yang berjaya biasanya mempunyai: 1. Jadual waktu 2. Perancangan yang tersusun dan sistematik. Apakah jadual waktu dan Perancangan ? Jadual Waktu Pembahagian masa hari ke hari yang terperinci dan merangkumi: 1. Sesi pembelajaran 2. Aktiviti-aktiviti lain. Perancangan Pandangan menyeluruh tentang sesi pembelajaran dan aktiviti-aktiviti lain.

Bagaimana menghasilkan jadual waktu persendirian? Tentukan masa untuk sesuatu mata pelajaran. Pilih keutamaan. Tumpuan kepada topik sukar. Pembahagian sama rata hari ke hari. Pilih masa yang paling sesuai. Peruntukan masa untuk aktiviti-aktiviti lain.

Selain belajar, masa harus diperuntukkan untuk : Berehat. Membuat kerja rumah. Bersukan. Membantu ibu bapa Aktiviti yang diminati Kelas tambahan

Apakah kelebihan mempunyai jadual waktu? Mengurangkan pembaziran waktu. Fokus pada pelajaran. Teratur. Mengambil kira semua mata pelajaran. Keutamaan. Melatih diri supaya tidak menangguhkan kerja.

GAYA PEMBELAJARAN Mengapa perlu mengenal pasti gaya pembelajaran? Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Fokus terhadap apa yang diperlajari Memaksimumkan hasil pembelajaran.

Apakah Gaya Pembelajaran? Gaya pembelajaran VAK Gaya pembelajaran Dunn & Dunn

1. Gaya pembelaran VAK VISUAL AUDITORI KINESTETIK

2. Gaya Dunn & Dunn Berasaskan beberapa aspek : Alam Sekitar Emosi Sosiologi Fizikal Psikologi

Alam Sekitar Emosi Motivasi Ketabahan Tanggung jawab Struktur Bunyi Cahaya Suhu Pola

Sosiologi Fizikal Persepsi Makan Waktu Gerakan Sendiri Pasangan Rakan Sebaya Pasukan Guru Pelbagai cara

Psikologi Global atau Analitik Otak Kiri atau Otak Kanan Impulsive atau Refleksif

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN Peperiksaan memberikan pelbagai pengalaman RISAU SUKA DUKA KECEWA dan sebagainya.

SEBELUM PEPERIKSAAN Bersedia Latihan Tidur secukupnya Yakin Makan secukupnya Awal Tenang Jangan mengulang kaji pada saat-saat akhir

SEMASA PEPERIKSAAN Baca arahan dengan teliti Anggarkan masa Teruskan kepada soalan yang lebih mudah Jangan panik releks

GURU PERLU:

Bantu murid tekun belajar. Tingkatkan minat murid terhadap kerja sekolah. Bantu murid memberi perhatian. Ajar murid teknik belajar yang betul

Anda mungkin juga menyukai