Anda di halaman 1dari 40

Fakta: Cara-cara Memperoleh Kejayaan Cemerlang Dalam Pelajaran.

Setiap pelajar mempunyai impian untuk berjaya dalam pelajaran. Bagaimanapun, ramai pelajar gagal
menggunakan cara-cara yang sesuai untuk mencapai hasrat tersebut.
Antara cara untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran ialah membuat jadual aktiviti harian.
Jadual ini akan memudahkan pelajar menguruskan aktiviti harian dan membolehkan mereka
memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin.
Selain itu, para pelajar perlulah rajin mengulang kaji pelajaran bagi memastikan mereka terus
mengingati dan memahami topik pelajaran yang telah dipelajari. Mereka juga harus rajin membaca
kerana membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan pembendaharaan kata.
Di samping itu, pelajar juga mestilah menghadiri aktiviti-aktiviti kecemerlangan yang diadakan oleh
pihak sekolah seperti kelas tambahan, kelas motivasi dan sebagainya. Aktitivi seperti ini akan
memantapkan pemahaman dan kemahiran para pelajar dalam pelajaran.
Seterusnya pelajar juga hendaklah menumpukan perhatian kepada pengajaran guru di kelas bagi
mengelakkan ketinggalan dalam pelajaran. Jika kurang faham akan sesuatu topik, pelajar harus
segera bertanyakan guru supaya masalah tersebut dapat diselesaikan segera.
Kesimpulannya, setiap pelajar inginkan kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, pelajar
haruslah bijak memilih cara-cara yang sesuai, selain berusaha dengan tekun dan gigih demi
mencapai impian tersebut.

kemahiran belajar
DEFINISI KEMAHIRAN BELAJAR
Sebelum kita merujuk definisi kemahiran belajar, kita terlebih dahulu boleh merujuk kepada definisi
kemahiran dan definisi belajar. Menurut Kamus Dewan Bahasa(Edisi ke3) kemahiran diertikan
sebagai kecekapan atau kepandaian manakala definisi bagi belajar diertikan sebagai memperolehi
ilmu pengetahuan dan kemahiran iaitu dengan adanya rangsangan-rangsangan,pemilihan
rangsangan yang yang sesuai oleh organ deria,pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam
otak,membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan dan mengamalkan dalam situasi yang sepadan
dan perubahan tingkah laku.
Definisi bagi kemahiran belajar adalah proses untuk memperolehi teknik belajar sama ada guru atau
tanpa guru. Terdapat pelbagai kajian dan pendapat terhadap kemahiran belajar yang telah
diketengahkan. Menurut Abdul Razak Habib(2002) kemahiran belajar merujuk kepada gaya
pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi
memperolehi hasil pembelajaran tertentu.
Dunn dan Dunn (1992) menyatakan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang
lebih cemerlang,lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang positif apabila mereka mempunyai
teknik belajar yang berkesan.Justeru itu,kaedah dan pendekatan kemahiran belajar yang lebih
praktikal adalah wajar untuk diketengahkan kepada para pelajar.

JENIS-JENIS KEMAHIRAN BELAJAR


1. Kemahiran dalam proses belajar. Ia yang melibatkan kemahiran membaca, memahami, mengingat
dan mengaplikasi. Pelajar harus tahu dan mengamalkan langkah belajar berikut semasa belajar:
i. Menerima dan mendaftar data atau maklumat:
ii. Memahami apa yang diterima:
iii. Mengingat apa yang telah dipelajari:
iv. Mengaplikasi apa yang telah dipelajari
2. Kemahiran menguruskan masa. Kemahiran ini adalah kemahiran menyediakan jadual waktu
belajar. Pembelajaran cemerlang bergantung kepada masa yang diperlukan untuk belajar dan
menguasai sesuatu. Pelajar lemah memerlukan lebih banyak masa untuk menguasai sesuatu
berbanding dengan pelajar cerdas. Pelajar harus boleh menyediakan jadual waktu belajar di rumah.
Pelajar yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran harus memberi lebih masa belajar untuk mata
pelajaran itu.
3. Kemahiran perpustakaan. Ini melibatkan kemahiran mencari maklumat yang dikehendaki.
Kemahiran perpustakaan akan membolehkan mereka mencari maklumat yang dikehendaki di
perpustakaan. Kemahiran perpustakaan melibatkan pengetahuan sistem klasifikasi bahan rujukan,
kemahiran dalam merujuk melalui kad katalog atau komputer, dan mendapat bahan rujukan
daripada rak-rak.
4.Kemahiran memperoleh maklumat. Ini melibatkan kemahiran mengenal pasti,
mengumpul,membuat analisa, dan menyampaikan maklumat. Dalam p&p untuk pembelajaran
masteri, anda harus melatih pelajar menjadi pelajar berdikari supaya mereka mahir memperoleh
maklumat atau menyelesaikan sesuatu masalah dengan sendiri.
5.Kemahiran membaca: Pelajar seharusnya dapat menguasai kemahiran membaca kerana ia akan
membantu pelajar memilih maklumat yang dikehendaki dan mengenal pasti idea utama atau idea
yang penting.
Pada asasnya, pelajar anda harus menguasai lima langkah berikut (SQ3R):
i. Skim: Baca sepintas lalu.
ii. Question: Menyoal
iii. Read: Membaca
iv. Recite: Menyebut kembali
v. Review: Menyemak Untuk menyemak idea utama yang telah dicatatkan supaya dapat
memahaminya.
Terdapat 4 gaya pembacaan iaitu Skimming ( luncuran ) Imbasan
(scanning )Bacaan intensif & Bacaan laju .

6. Kemahiran membuat nota: Guru selalu meminta para pelajar untuk menyalin nota tetapi mereka
tidak diajar bagaimana membuat nota. Kemahiran ini penting untuk menguasai sesuatu maklumat
dan membantu mereka membuat ulang kaji dengan cepat serta mengingat maklumat itu.Mencatat
nota bermakna pelajar mencatat maklumat ringkas dan penting sahaja Dengan pelbagai cara seperti
perkataan penting, singkatan, simbol, akronim, lakaran, dan pelbagai bentuk seperti objektif, jadual,
carta aliran, gambar rajah Venn & peta minda.
7. Kemahiran memotivasi: Kemahiran yang melibatkan pelajar dirangsang dengan ganjaran atau
hukuman.
8. Kemahiran berfikir. Proses menggunakan minda samada untuk mencari makna dan pemahaman
terhadap sesuatu,membuat pertimbangan atau keputusan dan menyelesaikan masalah.Terdapat
beberapa kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir kreatif &kritis, membuat keputusan serta
induktif dan deduktif.
9. Kemahiran mengingat: Para pelajar selalu tidak dapat mengingati pelajaran yang telah diajar untuk
jangka masa panjang.Pada asasnya, cara untuk mengingat ialah mengulang kaji: kerap kita ulangkaji
lebih lama ingatan. Pelajar yang berbeza dalam kecerdasan memerlukan bilangan ulang kaji yang
berbeza. Paling penting pelajar selalu mengulang kaji bagi mengingat .Mengulang nota yang telah
disediakan dengan berulang kali,kerja amali atau eksperimen.
10. Kemahiran menulis : Terdapat 2 jenis iaitu menulis laporan dan menulis cepat.
11. Kemahiran mendengar: Mendengar merupakan sebahagian daripada proses komunikasi antara
manusia yang melibatkan aktiviti kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar.
12. Kemahiran maklumat : Keupayaan seseorang mengenal pasti keperluan maklumat mencari dan
mengumpulkan, mengurus dan mengolah maklumat dan membekalkan maklumat bagi memenuhi
keperluan tertentu. Maklumat tersebut boleh diperoleh dari banyak sumber.
13. Kemahiran Menjawab Soalan Pepeperiksaan Kemahiran menjawab soalan peperiksaan berbentuk
objektif dan subjektif. Kemahiran menjawab soalan peperiksaan adalah penting untuk pelajar
mendapat markah yang lebih tinggi dan mempunyai keputusan peperiksaan yang baik.

KEPENTINGAN MEMPELAJARI KEMAHIRAN BELAJAR


Pelbagai kepentingan yang boleh pelajar perolehi dari kemahiran belajar. Antaranya ialah pelajar
akan dapat menggunakan celik akal untuk menyelesaikan masalah-masalah yang wujud, pelajar akan
dapat mengaitkan pengalaman yang sedia ada dengan pembelajaran yang baru, membangkitkan
kesediaan pelajar terhadap isi pelajaran yang akan dipelajari, dan melatih pelajar menggunakan
persepsi dengan tepat untuk membina jalan pemikiran yang rasional.
Selain itu, objektif kemahiran belajar adalah menyediakan pelajar berupaya belajar tanpa guru,
membolehkan pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain sebagai sumber
pembelajaran, membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri,
membolehkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi lain, sama ada dalam
mata pelajaran lain dan pergaulan. Teknik-teknik dalam kemahiran belajar juga dapat meningkatkan

pemahaman dan pencapaian pelajar. Antara teknik-teknik belajar yang dikemukakan oleh Francis
P.Robinson (1961),Walter Pauk (1962) dan Peter Edward (1973) adalah seperti teknik STUV
1. S-sumarize [ringkaskan nota penting]
2. T-test your self [uji diri anda]
3. U-use [gunakan]
4. V-visualize [bayangkan selalu]

Teknik Belajar 5R
1. Recopy [salin semula]
2. Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
4. Recheck [semak semula]
5. Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]
Faktor-faktor beberapa jenis kemahiran belajar di kalangan pelajar
Setiap individu adalah berbeza daripada individu yang lain. Hal ini kerana setiap individu adalah unik
adan tidak ada individu lain yang seratus peratus sama dengannya, walaupun individu-individu
tersebut adalah kembar seiras.
Seterusnya, terdapatnya beberapa jenis kemahiran belajar di kalangan pelajar. Antaranya adalah
setiap individu mempunyai kebolehan yang berbeza. Contohnya,seorang guru dapat mengesan
kebolehan dan kelemahan pelajarnya ketika proses pembelajaran. Seorang pelajar yang mahir
mengira,belum tentu mampu mengingat fakta sejarah.Hal ini menunjukkan kebolehan dan
kelemahan dalam diri individu.
Ketika dalam pembelajaran dan pengajaran(P&P)dilaksanakan, tidak semua pelajar mampu
memahami dan mengingat pengajaran dalam masa yang singkat. Faktor yang seterusnya adalah
setiap pelajar mempunyai 2 cara penerimaan ilmu iaitu penerimaan yang laju atau penerimaan yang
lambat. Kemahiran belajar yang banyak membantu para pelajar mengikut tahap penerimaan masingmasing dalam proses memahami dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan.
Setiap pelajar mempunyai kecenderungan yang berbeza. Terdapat sesetengah pelajar yang gemar
belajar menggunakan kemahiran-kemahiran yang berbeza mengikut tahap diri dan minat terhadap
kemahiran yang boleh memberi pemahaman dengan lebih berkesan.

KEMAHIRAN BELAJAR YANG MEMBERI KESAN POSITIF


Pernyataan mengenai dengan mempelajari kemahiran belajar akan memberi kesan yang positif
kepada pencapaian pelajar sememangnya benar. Saya bersetuju dengan pernyataan tersebut dengan
cara kita melihat beberapa kesan yang baik kepada seorang pelajar.
Kemahiran belajar mampu meningkatkan daya belajar dan daya intelek seseorang individu . Dengan
adanya kemahiran belajar ,seorang pelajar mampu belajar dengan cara yang betul dan
mengaplikasikan serta proses pembelajaran akan berterusan dalam diri pelajar tersebut.
Kemahiran belajar juga dapat memupuk disiplin belajar. Kemahiran belajar yang memupuk disiplin
seperti kemahiran mengurus masa yang melibatkan pelajar membuat jadual waktu belajar untuk
pembahagian masa belajar. Hal ini akan mendisiplinkan pelajar untuk belajar pada masa yang
dijadualkan mengikut jadual waktu belajarnya. Pelajar juga akan dapat mengurus masa dengan lebih
berkesan.
Pelajar juga akan dapat mengumpul dan memproses maklumat dengan tepat dan dari semasa ke
semasa akan meningkatkan daya ingatan akibat mempelajari kemahiran belajar. Kemahiran belajar
membuat suatu maklumat dari proses pembelajaran akan mudah difahami dan ingati oleh pelajar.
Pembelajaran kemahiran belajar juga akan dapat meningkatkan pencapaian individu dan sekaligus
mencapai matlamat pelajar tersebut. Beberapa jenis kemahiran belajar yang dipelajari dapat
meningkatkan pencapaian individu dengan membantu mereka ketika proses pembelajaran dengan
cara yang betul dan berkesan. Akhirnya,seorang pelajar akan dapat membina budaya belajar yang
berkesan dan membawa kecemerlangan.
PERBEZAAN PERANAN GURU DAN PELAJAR DALAM MENGAPLIKASIKAN KEMAHIRAN BELAJAR DALAM
BILIK DARJAH
PERANAN GURU
PENGAJAR
Guru berperanan sebagai pengajar yang bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan dan
kemahiran kepada orang lain. Dalam bilik darjah,guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada
muridnya mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Guru memberi panduan, bimbingan dan
tunjuk ajar kepada seorang individu dan sekelompok manusia.
MERANCANG PENGAJARAN
Seterusnya guru berperanan sebagai merancang pengajaran. Proses pengajaran melibatkan pelajar,
bahan pengajaran dan kaedah pengajaran. Guru menentukan objektif pembelajaran dalam bilik
darjah. Guru akan menyediakan bahan pengajaran dengan menggunakan pelbagai aktiviti atau
kaedah pengajaran yang sesuai.
PEMUDAH CARA
Maksud pemudah cara dalam aspek peranan bagi seorang guru adalah melicinkan perjalanan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah. Guru akan menyampaikan ilmu
pengetahuan tetapi bagi konteks pemudah cara, guru berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan

dengan baik dan berkesan dalam bilik darjah. Seorang guru mempunyai tanggungjawab bukan
sekadar mengajar tetapi seorang guru akan memastikan P&P berkesan.
PEMBIMBING
Guru berperanan sebagai pembimbing membawa maksud membimbing pelajar dalam pelbagai aspek
seperti membantu dalam mengembangkan potensi pelajar, menyedari kelemahan atau kebolehan
pelajar dan memberi latihan agar mempertingkatkan prestasi pelajar sekaligus guru akan dapat
membuat penilaian pencapaian pelajar dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.Guru juga
perlu berbincang dengan pelajar tentang masalah atau persoalan pelajaran yang belum dikuasai
pelajar.

PERANAN PELAJAR
INDIVIDU DALAM PROSES PEMBELAJARAN
Pelajar adalah individu yang menerima dan mengamalkan pengajaran daripada guru ketika
pembelajaran dalam bilik darjah. Pelajar berperanan menerima ilmu pengetahuan dan kemahiran
yang telah diberikan oleh guru. Dalam bilik darjah, pelajar perlu mendalami ilmu dan membuat
persoalan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar oleh guru.
PELAKSANA PERANCANGAN
Para guru telah membuat perancangan kepada pelajarnya. Pelajar berperanan melaksanakan
perancangan atau objektif pembelajaran dalam bilik darjah. Sekiranya objektif pembelajaran tidak
berjaya, maka para pelajar belum mencapai atau melaksana objektif pembelajaran.
PERANCANG PEMBELAJARAN
Pelajar berperanan sebagai perancang pembelajaran secara teliti. Pelajar adalah individu yang
menerima ilmu pengetahuan harus merancang pembelajaran dengan baik iaitu pelajar perlu
mengurus bagaimana mereka dapat belajar yang berkesan agar dapat agar mengenal pasti
kecenderungan gaya pembelajaran dan meningkatkan pencapaian.
MEMBUAT REFLEKSI DIRI
Selepas selesai membuat suatu bentuk latihan, ujian atau peperiksaan, pelajar berperanan untuk
membuat refleksi diri iaitu dengan mengenal pasti kelemahan, kebolehan, atau persoalan yang ada
dan membuat penilaian pencapaian .Pelajar perlu membuat perbincangan dengan guru dan rakan
sebaya bagi bagi membuat penyelesaian masalah yang ada dan menetapkan matlamat untuk
berjaya.

CARA-CARA MENINGKATKAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PELAJAR


MENGHADIRI PROGRAM MOTIVASI
Para pelajar perlu diberi motivasi agar dapat meningkatkan kemahiran belajar di kalangan pelajar.
Motivasi kepada pelajar dapat membantu mereka memahami kepentingan dan kesan positif kepada
pelajar tersebut.

MEMBUAT JADUAL BELAJAR


Setiap pelajar perlu mempunyai jadual waktu belajar sendiri bagi mengurus masa mereka dan masa
mereka digunakan untuk mengaplikasikan kemahiran belajar dan secara tidak langsung, mereka
dapat memanfaatkan masa dengan lebih berguna dan mendisiplinkan diri untuk belajar.

MENYERTAI BENGKEL
Pelajar perlu menyertai bengkel-bengkel yang boleh meningkatkan kemahiran.
Dengan menghadiri bengkel,banyak aktivti yang boleh disertai yang dapat meningkatkan kemahiran
belajar bagi seorang pelajar.

PENDEDAHAN KEMAHIRAN BELAJAR YANG BERKESAN


Dengan mengetahui kemahiran belajar yang betul, pelajar dapat meningkatkan kemahiran belajar
dan memudahkan mereka untuk mendalami ilmu pengetahuan ketika proses pembelajaran berlaku.
Cara ini akan membantu mereka mempunyai cara belajar yang berkesan dan seterusnya dapat
meningkatkan daya pemikiran pelajar

PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT


OBJEKTIF
1.

Merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran.

2.

Meneroka isu atau masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara sendiri.

3.

Mengumpul dan mengurus maklumat secara kendiri.

PENGENALAN
Kita sebagai manusia, belajar adalah perlu.pembelajaran bermula sejak kandungan ibu lagi. Apabila
dilahirkan prosesnya diteruskan. Bermula daripada komuniti yang kecil iaitu keluarga da seterusnya
hingga dalam kelompok masyarakat yang besar, banyak maklumat yang diterima sepanjang proses
pembelajaran tersebut, namun tidak semua maklumat itu benar dan tidak semua yang benar itu
berguna kepada semua manusia, tetapi mungkin berguna kepada manusia yang lain. PENGURUSAN
MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT dalam konteks pembangunan diri merentas
pelbagai dimensi yang bermula dengan dimensi diri, keluarga , dan masyarakat. Pelajar didedahkan
dengan pemikiran tentang maklumat dan penyaringan maklumat yang benar sehingga mampu
dihayati menjadi ilmu yang berguna kepada diri. Dengan kemantapan dan kefahaman yang benar
tentang ilmu, maka potensi yang ada itu dikembangkan kepada keluarga dan seterusnya kepada
masyarakat. Dalam proses tersebut akan berlaku tindak balas (reflex) dan cabaran yang membentuk
ketajaman berfikir kepada pelajar. Proses pembelajaran tidak hanya melibatkan belajar tetapi juga
mengajar dan berkomunikasi untuk mengesahkan bahawa maklumat dan pendirian yang dipegang
selama ini adalah benar dan mantap.
Ketepatan dan kecekapan maklumat adalah antara faktor utama dalam pembelajaran. Aspek ini
menjadi keutamaan dalam pencapaian matlamat pembelajaran. Perkembangan ini wajar diteruskan
berterusan sepanjang kehidupan seorang individu itu terutama semasa tempoh pendidikan formal
yang dilalui mereka.

KEPENTINGAN KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT


Kepentingan pengurusan maklumat memang tidak dinafikan. Pada peringkat individu, ia boleh
membantu individu merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran untuk
meningkatkan kerjaya mereka. Alam kerjaya adalah berbeza daripada alam universiti. Banyak
kemahiran dan pengetahuan yang baru perlu dipelajari oleh setiap manusia. Justeru, kemahiran
pengurusan maklumat amatlah penting untuk menguasai pelbagai kemahiran terkini. Pada peringkat
organisasi, pengurusan pengetahuan juga dapat membantu organisasi dalam memperbaiki
keberkesanan dan kecekapan, memperbaiki kedudukan pasaran, memperbaiki komunikasi antara
pekerja, meningkatkan sinergi antara pekerja dan membolehkan pembelajaran menjadi lebih
berkesan dan cekap (Beijerse 1999).
Pada abad ke-21 ini, perkembangan teknologi dan pelbagai perkara yang berkait rapat dengan
kehidupan kita berlaku dengan amat pesat. Kita perlu sentiasa mengikuti perkembangan isu semasa
bagi menghasilkan keputusan yang betul mengenai isu-isu yang penting sama ada berkaitan kerjaya,

keluarga, masyarakat, atau Negara. Jadi, kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajran
sepanjang hayat amat relevan dalam aspek ini.
Menurut Zahiyah dan Abdul Razak (2010), PSH ialah satu proses pencarian ilmu pengetahuan samada
untuk kepribadian atau golongan profesional yang berlaku sepanjang masa, bersifat sukarela dan
atas motivasi kendiri. PSH berupaya mengembangkan potensi seseorang itu melalui proses
pembelajaran berterusan yang dapat memotivasi dan membolehkan seseorang individu itu
menguasai ilmu, menghayati nilai murni, dan memperluaskan pengalaman hidup supaya individu itu
berupaya menangani pelbagai cabaran hidup dengan yakin serta kreatif.penguasaan PSH adlah
sejajar dengan kehendak sosial dan ekonomi semasa yang mendorong individu supaya menjadi aktif
demi kebaikan diri sendiri.

PENGURUSAN MAKLUMAT
Definisi dan Konsep Maklumat
Menurut beberapa kamus umum, maklumat ialah data, bahan dan pengetahuan. Selain itu,
maklumat juga adalah data yang tersusun dalam satu struktur yang mempunyai makna.
Ciri-ciri Maklumat
1.

Relevan

2.

Boleh dipercayai

3.

Boleh difahami

4.

Lengkap

5.

Tepat

6.

Membantu mengurangkan ketidakpastian

Maklumat iaitu pengetahuan diperoleh menerusi proses mengetahui atau mengumpul maklumat
yang akan mengembangkan kemampuan kita dalam berinteraksi dengan dunia sekeliling. Proses
pengumpulan maklumat ini akan berterusan sepanjang hayat. Sepanjang kehidupan setiap individu
akan mengalami pelbagai bentuk permasalahan yang membuatkan dirinya mempelajari sesuatu dan
mendapat maklumat yang baru.
Konsep Literasi Maklumat
Literasi dari sudut bahasa bermaksud celik atau berpengetahuan. Dari segi istilah, literasi maklumat
adalah keupayaan mencari dan menggunakan maklumat yang menjadi kunci pembelajaran sepanjang
hayat (Byerly et al. 1999). Pelajar yang celik maklumat seharusnya bukan sekadar mampu mengakses
sumber maklumat dengan cekap semasa proses pengumpulan maklumat, bahkan mampu menilai
maklumat secara kritis dan menggunakan maklumat tersebut dengan tepat dan kreatif (Byerly et al.
1999).

Menurut Mackenzie (1997), dalam garis panduan mengenai literasi maklumat untuk Pembelajaran
Sepanjang Hayat(PSH) yang telah disediakan ole Lau (2006), orang yang celik maklumat berkebolehan
dalam :
Menggali : berkeupayaan mengesan maklumat yang berkaitan, menyaring, menyisih, dan
mimilih maklumat.

Mentafsir : berupaya untuk menterjemahkan data dan maklumat kepada pengetahuan,


wawasan, dan kefahaman.

Mencipta idea-idea baru : berkeupayaan membangunkan wawasan-wawasan baru.

Literasi maklumat adalah satu set kemahiran yang boleh dipelajari. Set kemahiran itu termasuk
sikap tertentu terhadap pembelajaran itu sendiri, penggunaan alatan, seperti tutorial dalam talian ;
penggunaan teknik,seperti bekerja dalam kumpulan; dan penggunaan kaedah,seperti pergantungan
kepada mentor; pembimbing ; dan omsbudman (Lau 2006).
Tiga komponen asas sebagai piawaian literasi maklumat
1.

Akses

2.

Penilaian

3.

Penggunaan maklumat

Akses : Pengguna berkebolehan mengakses maklumat dengan cekap dan berkesan

Definisi dan Pernyataan Keperluan Maklumat

i)

Kebolehan untuk mendefinisi atau mengenal pasti keperluan maklumat.

ii)

Kebolehan untuk memutuskan untuk berbuat sesuatu bagi mencari maklumat.

iii)

Kebolehan untuk menyatakan dan mendefinisi keperluan maklumat

iv)

Kebolehan untuk memulakan proses pencarian.

Pengesanan maklumat

i)

Kebolehan untuk mengenal pasti dan menilai sumber-sumber maklumat berpotensi.

ii)

Kebolehan untuk menghasilkan strategi pencarian.

iii)

Kebolehan untuk mengakses sumber-sumber maklumat terpilih.

iv)

Kebolehan untuk memilih dan mendapatkan semula maklumat yang dikesan.

Penilaian : Pengguna menilai maklumat dengan cekap dan kritis.

Pentaksiran maklumat

i)

Kebolehan untuk menganalisis, memeriksa, dan mengekstrak maklumat.

ii)

Kebolehan untuk membuat tanggapan umum dan mentafsir maklumat.

iii)

Kebolehan untuk memilih dan mensintesis maklumat

iv)

Kebolehan untuk menilai ketepatan dan kerelevanan maklumat yang didapatkan semula.

Penyusunan maklumat

i)

Kebolehan untuk menyusun dan mengkategorikan maklumat.

ii)

Kebolehan untuk mengelompokkan dan menyusun maklumat yang telah diperoleh.

iii)

Kebolehan untuk menentukan maklumat mana yang terbaik dan paling berguna.

Penggunaan : Pengguna berupaya mengaplikasikan / menggunakan maklumat dengan tepat dan


kreatif

Penggunaan maklumat

i)
Kebolehan untuk mencari cara-cara baru untuk berkomunikasi,mempersembah dan
menggunakan maklumat.
ii)

Kebolehan untuk menggunakan maklumat.

iii)

Kebolehan untuk mempelajari atau mendalami maklumat.

iv)

Kebolehan untuk memperssembahkan produk.

Komunikasi dan penggunaan beretika maklumat


I.
II.

Kebolehan untuk memahami penggunaan beretika maklumat.


Kebolehan untuk menghormati perundangan berkaitan penggunaan

maklumat.
III.

Kebolehan untuk memperkatakan tentang produk pembelajaran.

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT


Konsep
Proses pembelajaran manusia bermula melalui persekitaran keluarga. Pembelajaran sepanjang hayat
ialah pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau profesion yang dilakukan sepanjang masa,
sukarela, dan atas motivasi sendiri. Ia juga pembangunan potensi manusia melalui proses
pembelajaran berterusan yang memotivasi dan mengupayakan individu menguasai ilmu, menghayati
nilai murni yang diperlukan sepanjang hayat dan meluasi pengalaman hidup supaya individu
mengambil tanggungjawab dalam berbagai peranan dan keadaan dengan yakin serta kreatif
menghadapi segala cabaran hidup. Ini bermakna seseorang akan menghadapi perubahan dalam
peringkat kehidupan maka keperluan belajar akan menjadi penting tetapi jenis maklumat, ilmu dan
fokusnya adalah berbeza pada setiap peringkat. PSH selari dengan kehendak sosial dan ekonomi
sezaman yang memaksa individu menjadi aktif untuk kebaikan diri sendiri. PSH adalah proses
sepanjang hayat yang terdiri daripada latihan, pembangunan diri dan pembelajaran.

PSH dilaksanakan dalam beberapa konsep dan konteks berikut iaitu :


Home schooling yang berkonsep tidak formal dan dijalankan di rumah.
Pendidikan dewasa yang berkonsep formal untuk mendapatkan kemahiran dan sijil yang diperlukan
untuk memulakan kerjaya.
Pendidikan lanjutan yang berkonsep formal dan dijalankan di institusi pengajian tinggi.
Latihan dalam perkhidmatan yang berkonsep formal atau tidak formal untuk meningkatkan
profesionalisme dan kemahiran melalu bengkel atau kursus yang dianjurkan oleh organisasi.
Pembelajaran maya yang berkonsep formal dan tidak formal berasakan pembelajaran kendiri
menggunakan alat multimedia dan sumber dalam talian.

RUMUSAN
Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat adalah saling berkait antara
satu sama lain. Kebolehan individu menggarap pengetahuan dari masa ke semasa dengan
kebijaksanaan menguasai pelbagai kaedah dan teknik komunikasi yang mudah dan mampu
menganalisi segala maklumat yang datang, serta berkebolehan mencerakinkan pada tempatnya yang
wajar membuktikan potensi sebagai insan kian terserlah. Insan sebagai khalifah ALLAH SWT sebenar
menggunakan maklumat bukan untuk dicemarkan hubungan sesama manusia dan melakukan fitnah
serta mengaibkan manusia, tetapi sebaliknya mengharmonikan suasana dan menjelaskan realiti
kebenaran sebagai seorang insan yang bermaruah dan bertanggungjawab untuk mewujudkan
kebaikan dan kesejahteraan bersama di dunia dan selanjutnya di akhirat.

Literasi dan Kemahiran Maklumat

Ilmu

Ilmu adalah alat utama untuk hidup. Dengan ilmu kita dapat mencari rahsia
alam demi kesempurnaan dan kemajuan hidup kita.Oleh itu setiap orang
diwajibkan menuntut ilmu dan mencari pengetahuan. Sesungguhnya Islam
amat memuliakan ilmu dan ilmu yang dituntut mesti memberi manafaat kepada
diri dan masyarakat.Setiap umat Islam dituntut agar berusaha mencari
kepentingan dan kebahagiaan masyarakat dan diri sendiri dengan ilmu.

Sayidina Ali pernah berkata bahawa segala keranjang dapat dipenuhi keculi
keranjang ilmu, kian diisi,kian minta ditambah. Menurut Hukama pula, Setiap
barang kalau dibelanjakan bertambah kurang, air laut ditimba akan kering.
Tetapi lautan ilmu,kian ditimba kian banyak airnya.Sesungguhnya ilmu dapat
membersihkan hati dan menguatkan keyakinan. Ilmu menerangi akal untuk kita
melaksanakan sesuatu pekerja;kemajuan akan bertambah dan hasilnya akan
diperolehi. Walaupun jalan yang kita tempuhi itu sulit, namun kerana ada ilmu,
hati kita akan tabah, kekuatan semangat akan bertambah seterusnya kejayaan
akan dicapai.Kebangkitan sesuatu umat dan kemajuan sesuatu bangsa adalah
kerana ramai masyarakat bangsa itu berilmu.Namun demikian ilmu harus lebih
dahulu daripada amal dan ilmu perlu diamalkan.Ilmu akan meninggikan darjat
orang alim sehingga mereka menjadi bintang dalam masyarakat. Kematian
orang yang berilmu akan diratapi oleh seluruh masyarakat untuk beberapa
ketika. Ilmu yang tidak diikuti dengan amal tidak ada gunanya untuk
kehidupan.

Pada masa dahulu, ibubapa berusaha dengan gigih menggumpul harta seberapa
banyak yang boleh untuk kesenangan hidup dan diwarisi oleh anak-anak. tetapi

pengalaman dan sejarah membuktikan bahawa meninggalkan harta tanpa ilmu


kepada anak-anak, kerap menimbulkan masalah yang merosakkan anak-anak
dan keluarga. Tetapi ibu bapa kini semakin berlumba-lumba untuk memberi
pelajaran kepada anak-anak sehingga sanggup menggadaikan harta demi
kesempurnaan ilmu anak-anak untuk masa hadapan. Ibu bapa yang
mengabaikan pelajaran anak-anaknya bererti menyediakan dunia kekecewaan
untuk anak-anaknya pada masa hadapan.Dalam berbendaharaan sastera
terdapat syair yang memartabatkan ILMU iaitu;
Martabat ilmu amat tingginya,
Emas dan intan bukan bandingnya
Barang siapa mendapat ianya,
Nikmat sejahtera jua kiranya

Berkata ilmu akulah sultan


kuasa perintahku laut daratan
Jahil berseru akulah syaitan
Ikutlah aku merata hutan
_______________________________________________________________
___
Literasi Maklumat

Teknologi maklumat (IT) telah mengubah cara kita bekerja (aspek ekonomi),
berkomunikasi (aspek sosial), dan berfikir (aspek psikologi). Walaupun
Malaysia masih belum mencapai status masyarakat maklumat, kita sudah
merasai bahang dan gelora Zaman Maklumat. Kita tidak dapat menguasai
teknologi dengan hanya menekan butang komputer. Kita perlu mempunyai
kemahiran mengakses maklumat. Hanya dengan adanya literasi komputer dan
literasi maklumat yang tinggi, barulah kita dapat bekerja, dalam persekitaran
maya, yang dirangkaikan menjadi pangkalan data sejagat. Literasi maklumat
atau celik maklumat adalah kemahiran melakukan perkara-perkara seperti
mengenal pasti dan mencari sumber maklumat daripada sumber yang boleh
dipercayai. Selepas itu, kita perlulah menilai kualiti dan menyusun maklumat
dengan betul serta dapat menggunakan maklumat itu dengan
efektif. Kecekapan utama ataupun teras dalam celik maklumat berdasarkan
a. Pemahaman luas berkenaan sifat maklumat

Seseorang perlu memahami sifat maklumat dalam pelbagai subjek atau disiplin
ilmu.Kesedaran berkaitan kewujudan pelbagai jenis sumber rujukan dan
kegunaannya perlu diketahui.
b. Kebolehan mencapai maklumat
Mengenal pasti sumber-sumber maklumat yang akan digunakan bagi sesuatu
tujuan. Selain itu, keupayaan bagi memastikan berapa banyak maklumat yang
diperlukan juga penting. Dalam mencapai makluamat eletronik, mengetahui
kaedah carian yang berkesan adalah penting. Carian maklumat dalam
pangkalan data ataupun internet memerlukan kemahiran khusus.

Kebolehan Menilai Kebenaran Maklumat


Maklumat yang diperoleh perlu dipastikan kesahihannya. Ia dapat dilakukan
dengan beberapa cara seperti meneliti pengarang, penerbit, tahun penerbitan
dan isi kandungan sumber maklumat.

Kebolehan menganalisis dan merumus maklumat.


Seseorang perlu tahu memilih maklumat yang relevan dan sesuai sahaja bagi
memenuhi sesuatu keperluan.
Sejak tahun 1960-an, pelbagai istilah telah digunakan untuk mengungkap
sesuatu yang bermaklumat. Antaranya ialah Automasi Perpustakaan,
Pengajaran Perpustakaan, Pengajaran Bibliografik dan Pendidikan Pembaca.
Tapi pada tahun 1990-an, ia mula dikenali dengan nama Kemahiran Maklumat,
Pengajaran Kemahiran Maklumat dan Literasi Maklumat. Oleh sebab kuasa,
kawalan, dan minat juga dikaitkan dengan maklumat dan IT, sesiapa yang
menguasai maklumat juga menguasai yang lain. Daripada kuasa dan kawalan
itulah lahirnya perbezaan kelas dalam masyarakat yang menjadi faktor utama
penyebaran, pengaksesan, dan juga kapasiti masing-masing dalam
menggunakan maklumat yang sedia ada.

Konsep konsep literasi maklumat

Konsep literasi maklumat mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980


oleh American Library Association (ALA). ALA membentuk Forum Kebangsaan
Mengenai Literasi Maklumat (National Forum on Information Literacy) yang
dianggotai 65 organisasi bagi menggembangkan konsep literasi maklumat atau

celik maklumat. Pada tahun 1989, ALA mengeluarkan definisi literasi maklumat
yang diterima dan diguna pakai oleh umum sehingga sekarang.
Jika dilihat secara terperinci, literasi bermaksud keupayaan untuk membaca
dan mendapatkan makna daripada perkataan. Selain itu, literasi juga
didefinisikan sebagai mempunyai pengetahuan yang secukupnya untuk
menggunakan sesuatu. Manakala, maklumat pula ialah hasil daripada
pemprosesan , pengumpulan dan penganalisaan data yang dapat menambah
pengetahuan kepada penerima maklumat. Secara ringkasnya, maklumat
merupakan konteks apabila data digunakan. Tambahan lagi, maklumat ialah
sesuatu penerangan yang diperolehi daripada pelbagai sumber terutamanya
dalam bentuk data, pengetahuan atau kebijaksanaan. Maklumat juga
merupakan proses menambah pengetahuan secara langsung atau tidak
langsung melalui pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain seperti
pengetahuan yang disimpan dalam bentuk bahan cetak, bahan tayang dan
bahan tiga dimensi.
Jadi, literasi maklumat boleh digambarkan sebagai keupayaan mendapat makna
daripada maklumat. Menurut Rader (1991), literasi maklumat ialah satu
keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat dengan berkesan bagi
menyelesaikan sesuatu masalah dan mengambil keputusan. Doyle,C (1994)
pula merujuk kepada keupayaan untuk mengakses, menilai dan mengguna
maklumat daripada pelbagai sumber.

Ciri Ciri Orang Berliterasi Maklumat


Orang yang berliterasi maklumat merupakan orang yang celik maklumat di
mana mereka dapat menguasai semua kemahiran yang diperlukan. Mereka
sering dijadikan bahan rujukan oleh semua orang kerana mereka boleh
didibaratkan sebagai kamus bergerak. Terdapat 7 ciri ciri yang dapat
dinyatakan. Antaranya ialah mereka mengakses maklumat secara berkesan dan
efisien, mereka dapat menilai maklumat secara kritis dan cekap , mereka dapat
menggunakan maklumat secara betul dan bersesuaian dengan apa yang
dikehendaki, mereka sering berusaha mendapatkan maklumat berhubung
pelbagai aspek kehidupan yang berkait rapat dengan mereka, mereka juga
menghargai bahan bahan sastera yang kreatif, mereka berusaha sedaya
upaya untuk mendapatkan maklumat dan penjanaan ilmu, mengamalkan
tingkah laku dan etika yang baik berhubung maklumat dan IT, dan mereka suka
mengambil bahagian dalam kumpulan untuk menjadi pencari maklumat yang

baik. Selain itu, orang yang berliterasi maklumat mampu untuk bersaing dengan
ledakan maklumat pada zaman serba teknologi menuju wawasan 2020 kelak.

Kepentingan Literasi Maklumat Dalam Kehidupan


Literasi maklumat amat penting dalam kehidupan terutamanya buat seseorang
pelajar. Literasi maklumat juga memberikan banyak impak dalam kehidupan
seharian kita semua tidak mengira jantina mahupun kaum.
Dari aspek dasar pembangunan negara, celik maklumat dapat membangunkan
ekonomi berasaskan k ekonomi dan k masyarakat. K ekonomi ialah satu
cabang ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Ekonomi ini adalah satu sistem
ekonomi dimana penjanaan dan eksploitasi ilmu dan pengetahuan memainkan
peranan yang dominan didalam usaha untuk membina kekayaan. Bagi negara
ekonominya maju, lebih daripada 70% tenaga manusia adalah pekerja berilmu .
Manakala, k masyarakat pula ialah masyarakat yang berasaskan
pengetahuan. Jadi, disini jelaslah sudah bahawa literasi maklumat amat penting
dalam membangun ekonomi dan melahirkan individu yang berdaya saing
selaras dengan arus pemodenan dan globalisasi yang terlalu bergantung kepada
teknogi maklumat amnya.
Tambahan lagi, literasi maklumat amat bertepatan dengan Matlamat Pendidikan
Negara yang ingin melahirkan generasi ulul-albab yang celik maklumat selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara. Manakala, dari aspek sosial, maklumat
yang sudah diproses akan menjadi ilmu yang akan menjadikan kita lebih
pandai, proaktif, produktif,kreatif,dan inovatif , iaitu syarat yang dituntut oleh
era baru. Dari segi pendapatan negara, menggunakan lebih banyak maklumat
bukan sahaja boleh meningkatkan pengeluaran perkhidmatan dan barangan
baru, malahan pengeluarannya dapat dilakukan dengan lebih murah, kualiti
yang tinggi, dan dalam tempoh jangka masa yang lebih singkat. Contohnya,
sistem penempahan tiket kapal terbang. Selain membolehkan prosesnya
berjalan lancar, syarikat penerbangan juga dapat memantau dan mengawal
perjalanan penumpang di seluruh dunia pada tiap tiap hari. Daya saing
syarikat meningkat, keuntungan bertambah dan kos operasi berkurang.
Dalam erti kata yang lain, semakin banyak maklumat yang digunakan, semakin
kuranglah tenaga manusia dan bahan mentah konvensional lain yang
diperlukan. Hal ini dapat diperhatikan di Jepun dan Singapura. Walaupun
mereka tidak mempunyai sumber alam dan galian, negara mereka dapat
mengeksport barangan dan perkhidmatan ke negara lain. Negara ini hanya

memanfaatkan sumber yang ada dengan memberikan pendidikan yang baik


kepada rakyatnya dengan maklumat dan ilmu terkini. Daripada maklumat dan
ilmu itulah, banyak produk baru dapat dihasilkan dan dieksport.

Literasi maklumat amat penting dalam mengejar arus ledakan maklumat yang
serba canggih sekarang. Semua manusia haruslah mempunyai ilmu
pengetahuan yang luas dalam bidang IT untuk menjadi orang yang berliterasi
maklumat.
Dari aspek pendidikan, ia membawa perubahan ke arah sistem pendidikan
bestari. Pembestarian sistem pendidikan di sekolah perlu mengambil kira aspek
pembinaan minda/kognitif pelajar maklumat. Program literasi maklumat
membantu membina intelek pelajar dan ianya hendaklah dilaksanakan untuk
menjana modal insan yang mempunyai minda kelas pertama (RMK9). Literasi
maklumat perlu dikuasai oleh semua pelajar. Kemahiran yang sama perlu
digunakan di semua peringkat pembelajaran dengan skop yang berbeza.
Kemahiran ini penting diajarkan dalam konteks kurikulum sebagai satu proses
untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Oleh sebab kuasa, kawalan,
dan minat juga dikaitkan dengan maklumat dan IT, sesiapa yang menguasai
maklumat juga menguasai yang lain. Daripada kuasa dan kawalan itulah
lahirnya perbezaan kelas dalam masyarakat yang menjadi faktor utama. dalam
perkembangan sosioekonominya.

BIBLIOGRAFI

http://books.google.com.my/books
apps.emoe.gov.my/pkgtbb/
Ambigapathy Pandian. Literasi Maklumat dikalangan guru pelatih bahasa.
Computer literacy, Universiti Sains Malaysia 2005ISBN9833391214
Irma Indayu Omar & Yushiana Mansor(2005). Siri Teknologi Maklumat,
Panduan Mencari Maklumat. PTS Professional Publishing
Sdn.Bhd (678274-D) 2005.

_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

______________________________________________

MENCARI MAKLUMAT(CARIAN)

Ke manakah anda boleh pergi ?


Apakah sumber yang terdapat?
Bagaimana ia mudah diperolehi?
Bagaimanakah kesesuaian setiap bahan?
Kemanakah harus pergi dahulu?

LOKASI DAN AKSES (MENGGUNA)


Bahan mana yang harus digunakan?
Bagaimanakah harus memilih bahan?
Bahan-bahan jenis apakah yang ada?
Bagaimanakah boleh anda ketahui bahan tersebut berguna?

MENGGUNA MAKLUMAT(MENCATAT)
Bagaimana merekod maklumat?
Apakah yang penting?
Bagaimana harus merekodnya?
Bagaimana harus menyusunnya?

SINTESIS MAKLUMAT
Bagaimana anda harus sampaikan maklumat?
Dalam bentuk apakah boleh anda persembahkan?
Siapakah audien anda?
Apakah langkah-langkah persembahan saya?Definisi Sumber

Satu set bahan atau sistem yang diwujudkan dengan bertujuan untuk membolehkan
pembelajaran seseorang pelajar. Sumber terbahagi 3 iaitu sumber primer, sumber sekunder
dan sumber tertier.

Sumber primer
Sumber primer bermaksud hasil kerja asal yang memberikan pengetahuan baru atau
meningkatkan kemajuan ke atas pengetahuan sedia ada terhadap sesuatu perkara merupakan
asas kepada sumber sekunder atau tertier dan contohnya ialah tesis, jurnal dan prosiding.

Sumber sekunder
Sumber sekunder bermaksud sumber yang memberikan akses kepada sumber primer melelui
perkhidmatan melalui perkhidmatan abstrak dan indeks. Rujukan adalah dalam format
bibliografi yang diterbitkan dan contohnya adalah nota kaki dan juga glosari.

Sumber tertier
Dikenali sebagai sumber umum. Ia merupakan maklumat yang telah diterima umum dari
sumber-sumber primer. Boleh didapati dalam bentuk buku teks, data, ulasan artikel dan juga
laman web.

KEMAHIRAN MENGESAN MAKLUMAT

Menggunakan bahan buku, rujukan umum dan khusus


Bahan rujukan menyediakan maklumat-maklumat asas yang tulen atau boleh dipercayai
mengenai beberapa perkara. Ianya memberi penerangan ringkas dan gambaran keseluruhan
mengenai sesuatu idea . Ada juga mengandungi maklumat tentang sumber-sumber rujukan
seperti buku, majalah, serial, dokumen, akhbar dan bahan pandang dengar.

Bahan rujukan umum iaitu Kamus, Ensiklopedia, Kamus Biografi, Almanak / Buku Tahunan,
Direktori dan Gazetir

i. Kamus
Buku yang mengandungi kata-kata yang disusun menurut abjad dengaan keterangan tentang
perkataan dinyatakaan dalaam bahasa yang sama ataaau dalam bahasa yang lain. Bahan yang
menerangkan tentang perkataan-perkataan, sebutan, ejaan, asas perkataan, penggunaan
perkataan tersebut dalam ayat, imbuhan, makna seerti, terjemahan dan jenis perkataan.
Contoh-contoh Kamus ialah Kamus Dwibahasa, Kamus Dewan, Kamus Inggeris-Melayu
Dewan, Kamus Arab dan sebagainya.

Kamus Khas

Kamus khas memberi maklumat khas sahaja mengenai sesuatu perkara atau bidang. Antara
kamus ini adalah seperti berikut;
- Kamus Sinonim/Antonim
- Kamus kategori ini hanya seperti makna yang sama dan makna berlawanan untuk setiap
perkataan.
- Kamus Simpulan Bahasa
- Kamus Komputer.

ii. Ensiklopedia
Bahan yang mengandungi pelbagai maklumat dalam semua bidang ilmu pengetahuan.
Menjelaskan prinsip-prinsip umum yang asas serta penerangan ringkas mengenai definisi,
gambaran, penjelasan, sejarah, kedudukan semasa, statistik dan bibliografi. Bertujuan untuk
menjadi bahan rujukan: mengandungi artikel-artikel penyelidikan, bibliografi bidang-bidang
tertentu, data-data ringkas seperti nama orang, tarikh lahir, tempat-tempat geografi dan
peristiwa-peristiwa. Bibliografi di akhir setiap artikel adalah bertujuan untuk pembaca
membuat rujukan lanjut. Contoh-contoh Ensiklopedia ialah Encylopedia Britannica, The World
Book Encyclopedia dan The Encylopedia of Psychology.

Ensiklopedia Khusus
Ia terdiri daripada satu jilid atau beberapa jilid dan mengandungi keterangan yang lebih
khusus atau mendalam bagi satu-satu perkara atau bidang yang berkenaan.

iii. Kamus Biografi


Merupakan sketsa riwayat hidup yang disusun mengikut abjad menggunakan nama keluarga
(surname). Maklumat yang diberi adlah keterangan ringkas mengenai tokoh-tokoh terkenal
seperti kehidupannya, minat, pendidikan, latarbelakang, kedudukan dan alamat yang
dinyatakan secara gabungan. Jenis-jenis kamus Biografi: Universal (tidak terbatas kepada
negara atau profesion) Kebangsaan (meliputi negara tertentu bagi semua profesion)
Profesional (terhad kepada tokoh-tokoh di dalam bidang tertentu sama ada universal atau
kebangsaan)

iv. Almanak / Buku Tahunan


Almanak ialah satu komponen data-data dan statistik penting mengenai negara, tokoh-tokoh,
peristiwa dan sebagainya. Diterbitkan tiap-tiap tahun atau dua tahun sekali. Almanak lebih
umum dan Buku Tahunan lebih khusus (mengendalikan perkara-perkara tertentu sahaja).
Tujuan Buku Tahunan ialah untuk merekodkan aktiviti tahunan nagi negara atau bidang-

bidang tertentu:untuk menunjukkan aliran (trend) perkembangan tamadun sebagai kunci


kepada maklumat tambahan kerana memberikan punca maklumat. Terdapat Buku Tahunan
Khusus yang mencatitkan nama tokoh-tokoh utama dlam sesuatu bidang dengan alamat dan
sejarah hidup ringkas. Contoh-contoh Almanak / Buku Tahunan iaitu Readers Digest Almanac
and Yearbook, World Almanac and Book of Facts, Malaysia Yearbook.

v. Direktori
Suatu senarai mengenai orang atau organisasi yang disusun secara sistematik, mengikut
susunan abjad atau nombor pengkelasan: mengandungi alamat: afiliasi (affiliations) untuk
individu. Ia juga mengandungi alamat, fungsi, staf dan lain-lain data mengenai organisasi.
Contoh-contoh Direktori The Foundation Directory, American Universities and Collages,
Direktori Telefon, Directory of Special Libraries and Information Centres, alamat e-mail
pendidikan dan lain.

vi. Gazetir
Sejenis kamus mengenai tempat-tempat. Memberikan maklumat-maklumat tentang sejarah,
statistik, kebudayaan dan lain-lain yang berkenaan mengenai tempat-tempat. Ia juga
memberikan sebutan nama-nama. Edisi baru memberikan maklumat semasa dan edisi lama
memberikan maklumat sejarah mengenai tempat-tempat itu. Biasanya terdapat di dalam atlas
dan ada juga dibuat berasingan. Merupakan indeks tidak langsung untuk mengesan maklumat
mengenai tempat-tempat. Contoh Gazetir Columbia-Lippincott Gazzetter of the World.

Jurnal
Sumber penulisan ahli akademik. Jurnal biasanya ramai editor yang menilai dan memperakui
artikel tersebut.(editor- adalah orang yang pakar dalam bidang tersebut).Terbitan jurnal
adalah berkala atau bersiri.

Bahan rujukan khusus iaitu Bibliografi, Indeks, Abstraks dan Katalog


i. Bibliografi
Merupakan satu senarai nama buku atau daftar penerbitan yang di susun mengikut nama
pengarang,judul atau subjek dan disusun dalam susunan berabjad. Ia terdapat di bahagian
akhiran sesebuah bahan penerbitan bercetak.Bibliografi mengandungi judul buku, nama
pengarang, tempat dan tahun terbitan. Bibliografi terdiri daripada beberapa jenis. Bibliografi
Umum tidak terhad kepada seseorang pengarang, perkara, negara atau jangka masa.
Bibliografi Pengarang adalah senarai karya-karya yang dihasilkan oleh seseorang pengarang.
Bibliografi perkara pula terhad kepada suatu perkara sahaja. Bibliografi Kebangsaan atau

Wilayah pula mengandungi bahan berkaitan dengan sesebuah negara atau wilayah. Dan
Bibliografi Perdagangan tertumpu kepada perniagaan buku dan membekalkan maklumat
untuk membeli dan menjual buku.

ii. Indeks
Satu senarai petunjuk yang disusun secara berabjad mengenai sesuatu maklumat seperti
perkataan atau topik.Tidak memberikan maklumat tetapi menunjukkan di manakah maklumat
itu boleh didapati. Contoh Indeks buku menunjukkan muka surat yang mengandungi
maklumat yang dicari, indek akhbar atau majalah.

Indeks untuk bahan berkala terdiri daripada:


Indeks am: meliputi banyak jenis bahan berkala (umum atau khusus)
Indeks perkara: mengandungi bahan bukan sahaja dari bahan berkala tetapi juga buku,
risalah, laporan dan lain-lain dokumen.
Indeks surat khabar
Indeks Serials
Indeks bahan dalam koleksi sajak, drama, fiksyen, lagu-lagu dan lain-lain.
Indeks online: CD ROM

iii. Buku Laporan Tahunan


Buku Laporan tahunan merupakan rujukan yang berguna dan mudah tentang negara dan
industri. Memuatkan maklumat-maklumat pentadbiran, pengurusan, peristiwa, aktiviti-aktiviti
yang sebagainya tentang sesebuah negara, pertubuhan dan industri yang dijalankan
sepanjang tahun itu. Segala maklumat mutakhir dibuatkan secara jelas dan tepat untuk
memudahkan pembaca memanfaatkannya. Buku ini biasanya diterbitkan oleh dewan
perniagaan, jabatan kerajaan atau syarikat perniagaan. Maklumat yang terkandung di dalam
Buku Laporan Tahunan termasuklah: Information Malaysia Year Book dan Buku Rasmi
tahunan Malaysia dan Buku Tahuanan Perangkaan Malaysia

iv. Buku Panduan / Direktori


Buku Panduan atau Direktori lebih terkenal sebagai buku alamat. Buku ini memuatkan
maklumat tentang orang ramai, tempat, organisasai individu, keahliannya, data organisasi,
alamat dan nombor telefonnya sekali. Maklumat disusun secara sistematik berdasarkan
urutan abjad atau kelas.

v. Peta / Atlas

Peta ialah gambaran alam yang sebenar tetapi telah dikecilkan dalam bentuk yang mudah
dikaji melaui penggunaan grafik. Atlas pula ialah kumpulan peta yang telah dijilid dalam
bentuk buku. Peta merupakan sumber maklumat terperinci yang mengguinakan simbol-simbol
dan gambaran grafik untuk menerangkan sesuatu idea, kedudukan bandar, sungai, jenis
tumbuh-tumbuhan, taburan penduduk dan sebaginya. Ada berbagai-bagai jenis peta yang
boleh didapati dari perbagai sumber. Peta boleh didapti dalam ensklopedia, laporan, buku
panduan dan sebaginya.

Abstrak
Sesuatu ringkasan tentang isi kandungan sesuatu dokumen serta mengikut gaya penulisan
yang sama dengan dokumen asal. Ia merupakan senarai rekod bahan-bahan maklumat
beserta ringkasan ataupun keterangan deskriptif isi kandungan sesuatu bahan.

Glosari
Merupakan satu senarai keterangan tentang istilah atau perkataan tertentu mengikut tajuk
atau bidang berserta takrifnya yang disusun menurut abjad, khusus bagi sesuatu bidang
pengetahan.Halaman glosari diakhiran buku mengandungi penerangan maksud perkataan
yang penulis anggapkan baru kepada pembaca atau perkataan yang mempnyai makna yang
tertentu di dalam bku yang ditulis oleh pengarang.

Istilah
Perkataan yang mempunyai makna khas dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan.

___________________________________________________________________________
______

KEMAHIRAN BELAJAR
Di dalam kontek Literasi Maklumat, kemahiran belajar meliputi kemahiran membaca dan
mencatat nota yang berkesan.

Kemahiran Membaca
Kemahiran ini adalah penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan dan fakta
mengenai sesuatu perkara . Membaca ialah proses kompleks yang melibatkan proses
komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang di baca. Biasanya terdapat
empat gaya pembacaan iaitu;

a. Luncuran(Skimming)
Merupakan kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai
sesuatu bahan atau maklumat. Tujuannya adalah untuk mendapatkan;
- Maklmat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen.
- Pandangan umum tentang bahan dengan segera.
Bagai mana membuat Skimming
- Membaca tajuk,pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen
- Membaca dengan menggunakan pergerakan mata dengan cepat
- Memberi tumpuan sepenuhnya kepada bahan yang dibaca.
b. Imbasan (Scanning)
Membaca untuk mendapatkan maklumat lebih mendalam daripada skimming. Ia bertujuan
untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan.
Cara membuat scanning
- Membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam
- Membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang
dinyatakan.
- Memberi perhatian kepada rajah dan grafik yang ada.
c. Bacaan Intensif
Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat dengan terperinci.Ianya memerlukan
tumpuan, ketekunan dan masa yang lebih panjang untuk mendapat makna. Tujuan bacaan
intensif adalah untuk mendapatkan semua maklumat dengan mendalam dan catatan perlu
dibuat untuk mengumpulkan maklumat tersebut.

d. Bacaan Laju
Memerlukan kebolehan laju membaca dan kefahaman serentak semasa membaca. Tujuan
bacaan laju adalah untuk;
- Menggunakan masa terhad dengan lebih produktif
- Menjimatkan masa
- Memperoleh maklumat tambahan pada kadar cepat

Kemahiran Mencatat Nota


Mencatat nota adalah aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi penting daripada bahan bacaan
atau dilihat atau didengar.
Tujuan mencatat nota adalah untuk;
- mencatat isi utama penting sebagai rujukan
- daripada isi penting boleh di kembangkan kepada fakta asas

- catatan nota dikmpulkan untuk keperluan rujukan tambahan masa depan


Ciri nota yang baik;
- mengandungi rangka kasar sahaja
- terdiri daripada idea utama
- dicatat dalam buku atau kertas catatan khas
- catatan terang dan mudah dibaca
- menggunakan kata kunci,simbol(yang = yg,dengan = dgn)
- ada lakaran dan grafik menyokong teks
- catatan disebelah kanan dan kiri NOTA sebagai nota dan maklumat tambahan.
- tanda bulatan dan garisan dibuat pada isi penting.
- Nota disemak semula supaya tidak tertinggal isi penting.
Cara mencatat nota
- beri perhatian pada maklumat yg di dengar, dibaca dan dilihat.
- Maklumat tersebut dipilih atau ditafsirkan sebelum dibaca
- hanya faktar baru dicatatkan kerana ini merupakan pembelajaran baru
- Baca dan susn semula catatan
- Catatan nota boleh dibuat dalam bentuk grafik seperti anak
panah,garisan,bulatan dan sebagainya.

Panduan Membina Peta Minda


- Kenal past konsep atau idea utama
- Gunakan pen atau pensel bewarna
- Gunakan kertas kosong
- Tulis tajuk utama ditengah-tengah kertas
- Kurungkan tajuk utama dengan menggunakan bentuk-bentuk yang disukai
seperti bulatan,segitiga dan lain-lain.
- Bentuk cabang dari tajuk utama. Satu cabang untuk satu isi utama.
- Guna warna berlainan bagi setiap cabang utama.
- Tulis dengan huruf besar kata kunci atas setiap cabang
- Lakar cabang-cabang kecil dari cabang utama. Tuliskan maklmat tambahan.
- Gunakan lambang-lambang yang sesuai atau simbol-simbol untuk menjelaskan
lagi peta minda.
- Tulis isi utama lebih besar dari isi bahan
- Gunakan lambang-lambang yang sesuai dengan diri kita
- Untuk menunjukkan perkaitan gunakan anak panah, warna dan lain-lain
- Bina peta minda yang unik. Cuba rangsang kreativiti kita sebaik-baiknya.

- Bezakan isi-isi dengan menggunakan pelbagai bentuk lambang.


- Bina peta minda dengan mendatar diatas kertas kosong agar ruang mencukupi
- Bina peta minda dengan pantas. Gambaran yang bermakna akan dapat
dihasilkan sekiranya dibuat dengan spontan.

Carian Maklumat Melalui Kemahiran ICT


Pencarian maklumat melalui ICT, dua cara yang sering digunakan iaitu on-line dan off-line.

Enjin Pencarian (Search Engine)


Enjin pencarian merupakan program atau pengkalan data dan ia merupakan satu cara yang
paling digemari dalam internet kerana anya paling cepat dan mudah tanpa perlu mengetahui
alamat laman web yang dicari. antara enjin caran yang paling popular ialah
- Google (www.google.com)
- Yahoo (www.yahoo.com)
- Altavista (www.altavista.com)

OPAC (On line Public Access Catalogue)


Membenarkan pengguna untuk mencari semua jenis bahan (buku, majalah,video,CD, tesis dan
lain-lain) yang terdapat dalam koleksi sesuatu perpstakaan melalui atas talian. Melalui OPAC
juga kita dapat mengetahui secara terperinci berkenaan bahan tersebut samada lokasi,
rujukan pinjaman, rizab dan lain-lain. Pencarian bahan biasa digunakanialah dengan
menggunakan punca pencarian;
- Tajuk buku
- Nama Pengarang
- Tajuk perkara (Bidang)
Melalui cara ini, sistem OPAC akan membantu memudahkan pencarian dengan memberi
butiran maklumat bahan dan lokasi bahan iaitu nombor panggilan bahan tersebut.
Antara butiran bahan yang diambil kira ialah;
- Nama pengarang
- Judul buku
- Edisi
- Tempat terbit, penerbit dan tahun terbit
- Tajuk perkara dan
- Kenyataan Fizikal buku.
___________________________________________________________________________
__

KEMAHIRAN KEMAHIRAN MEMPEROLEHI MAKLUMAT DAN MENENTUKAN KETEPATAN


MAKLUMAT
Secara amnya,pencarian maklumat dapat didefinisikan sebagai aktiviti terancang bagi mencari maklumat
bertujuan memenuhi sesuatu matlamat.Pencarian maklumat adalah proses asas yang berkait rapat
dengan proses pembelajaran dan penyelesaian masalah..Maklumat selalunya diperlukan bagi memenuhi
kehendak ataupun menangani masalah.Secara semula jadi,pencarian maklumat adalah sebahagian besar
daripada aktiviti penting bagi manusia sejak dahulu lagi.Sekiranya difikirkan daripada perspektif
sejarah.walaupun tanpa teknologi canggih,manusia tetap berjaya menangani pelbagai masalah dan
cabaran hidup sehingga mencapai tahap keselesaan dan ketamadunan yang dicapai pada hari ini.

Walaupun terdapat pelbagai cara untuk memperolehi maklumat tidak semestinya maklumat yang telah
kita perolehi tersebut mempunyai kebenarannya.Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kebenaran
maklumat.Ini termasuk sifat berat sebelah penulis atauptn penerbit,kebolehpercayaan bahan rujukan
yang digunakan oleh penulis dan faktor masa.Sebagai penerima dan pengguna maklumat,kita perlu tahu
menilai dan membezakan antara maklumat yang benar dan tidak.
Keperluan maklumat dalam banyak situasi hanya diketahui apabila kita diberitahu ataupaun didedahkan
kepada suatu maklumat.Kita biasanya mencari maklumat apabila mempunyai tujuan tertentu seperti
ingin menyelesaiakan masalah.Selain itu,apabila timbul situasi bermasalah iaitu keadaan dimana
pengetahuan seseorang tidak mencukupi bagi mencapai sesuatu tujuan, maka maklumat memerlukan
maklumat apabila tahap pengetahuannya mencukupi sesuatu masalah ataupun keadaan.

Kesimpulannya,maklumat diperlukan apabila seseorang itu berada dalam keadaan anomali;iaitu keadaan
di mana seseorang rasa tidak tahu ataupun tidak pasti.Keadaan seperti ini menyebabkan seseorang
mencari maklumat bagi memenuhi keperluan itu.

KEMAHIRAN KEMAHIRAN MEMPEROLEHI MAKLUMAT

Enam kemahiran utama yang digunakan oleh pengguna maklumat yang dikenali juga sebagai Big Six
Skills yang dicipta oleh dua orang warga Amerika Syariakt iaitu Micheal B.Eisenberg dan Robert
Berkowitz pada tahun 1987. Enam kemahiran utama ini telah diikhtiraf sebagai kurikulum celik
maklumat bagi sekolah sekolah di Amerika Syarikat. Secara umumnya, ia adalah proses pembelajaran
melalui penyelesaian masalah.Ia mengajar pelajar cara mencari dan menggunakan maklumat secara
efektif bagi menyelesaiakn masalah dalam setiap subjek di sekolah.Ini mendedahkan pelajar pelbagai
sumber, teknik mencari maklumat dan cara mempersembahkan maklumat dalam bentuk yang berkesan

dan menarik.Antara enam kemahiran yang akan dibincangkan ialah definisi maklumat,strategi mencari
maklumat, lokasi dan capaian, penggunaan maklumat, pengumpulan maklumat dan penilaian.

Definisi maklumat

Maklumat adalah satu fenomena yang unik.Contohnya, perkara X mungkin dianggap maklumat kepada
seorang individu, tetapi tidak bagi individu lain.
Maklumat ialah data yang telah diproses atau data yang memberi makna dan difahami. Contoh bilangan
murid yang telah lulus dalam peperiksaan yang dijalankan mengikut gred yang telah ditetapkan .
Berdasarkan data itu dapat dibuat kesimpulan mengenai kelemahan murid-murid tersebut dan tindakan
susulan dapat dibuat bagi meningkatkan prestasi.

Strategi memperolehi maklumat

Strategi memperolehi maklumat adalah kemahiran yang kedua daripada enam kemahiran utama yang
berikut di mana mengenal pasti maklumat itu boleh didapati.Sumber maklumat boleh didapati dalam apa
saja bentuk asalkan ia mampu memenuhi keperluan maklumat.Manusia sendiri adalah satu sumber
maklumat yang penting.
Terdapat banyak maklumat tersendiri yang diketahui oleh individu yang direkodkan oleh individu yang
tidak direkodkan.Membuat rujukan daripada orang yang pernah mengalami masalah yang sama dapat
member banyak maklumat berguna.Sumber maklumat yang direkodkan pula mungkain terdapat dala
pebagai format seperti teks dalam bentuk cetakan biku,majalah, manuskrip dan sebagainya.Terdapat
juga sumber maklumat yang direkodkan dalam bentuk elektronik dan dipakejkan menggunakan
teknologi CD-ROM ataupun internet.
Terdapat beberapa sumber maklumat yang dapat membantu pengguna maklumat untuk mencari
maklumat tentang permasalahan yang timbul.Antaranya ialah seperti OPAC,ERIC,BOOLEAN dan
INTERNET.Sumber sumber tersebut merupakan contoh pangkalan data yang digunakan pada masa kini
oleh pengguna maklumat.Sumber sumber maklumat tersebut mempu memberi banyak maklumat yang
luas dan tepat kepada para pengguna maklumat.

1. OPAC (On-line Public Access Catalog )


Sistem OPAC adalah salah satu sumber yang digunakan oleh para pengguna maklumat pada masa kini
bagi carian maklumat .OPAC atau dikenali sebagai kad catalog atas talian merupakan gantian kepada
kad katalog pada ketika dahulu.Pada kad katalog dalam talian ini terdapat banyak punca capaian yang
disimpan iaitu nama,tajuk,subjek ataupun perkara,penrbit,tempat terbitan,siri dan nombor
panggilan.Punca capaian digunakan bagi mencapai dan mencari maklumat yang dikehendaki.

2. BOOLEAN
Boolean juga merupakan satu carian maklumat yang digunakan untuk mencari maklumat oleh para
pengguna maklumat.Boolean ini sebenarnya dicipta pada awal abad ke-19 oleh seorang ahli matematik
Inggeris bernama George Boolean.Boolean ini diambil sempena nama beliau.Boolean ini terbahagi
kepada tiga iaitu AND, OR dan NOT berdasarkan system logik binari.
Boolean AND digunakan bagi mencari frasa ataupun terma yang berkaitan.Penggunaan AND akan
menyempitkan carian.Lebih banyak AND dimasukkan ,lebih sedikit dan terperinci hasil
pencarian.Perkataan ataupun istilah yang digabung menggunakan operator Boolean AND diperoleh
secara bersama dalam carian.Sekiranya salah satu perkataan ataupun istilah tidak ada dalam dokumen
ataupun teks yang dicari,ia tidak akan diperoleh dalam hasil pencarian.Dengan itu,operator AND sesuai
digunakan bagi mencari maklumat yang spesifik.Penggunaan AND mengelakkan daripada mendapat hasil
pencarian yyang terlalu banyak dan tidak relevan.
Boolean OR digunakan bagi mencari maklumat lebih banyak dan luas.Konsepnya bertentangan dengan
AND.Dengan menggunakan Boolean OR,semua perkataan ataupun istilah yang digunakn akan diperolehi
dalam hasil carian.Dengan menambahkan frasa atau perkataan lain, lebih banyak maklumat akan
diperolehi.Semua dokumen yang mengandungi perkataan dalam carian akan diperolehi termasuklah
perkataan yang membawa maksud yang sama tetapi ejaan yang berbeza.Boolean NOT pula,digunakan
supaya tidak memasukkan sesuatu perkataan.istilah ataupun frasa dalam pencarian.Ia mencari semua
dokumen yang mengandungi perkataan,istilah ataupun frasa pertama mengecualikan semua dokumen
yang mengandungi perkataan kedua.Boolean perlu digunakan seacara berhati hati kerana ia mungkin
mengeluarkan dokumen yang relevan.

3. ERIC ( Education Resources Information Center )


ERIC (Education Resources Information Center ) merupakan contoh abstrak iaitu suatu ringkasan yand
diambil daripada pangkalan data. ERIC mengumpulkan maklumat dalam bidang pendidikan
sahaja.Maklumat itu termasuk dalam buku, artikel dalam jurnal,kertas persidangan dan
sebagainya.Pelbagai maklumat dalam bidang pendidikan boleh didapati dalam pangkalan data abstrak
ini.

4. Internet Poster
Poster Internet merupakan sumber maklumat yang biasa pengguna maklumat gunakan untuk mencari
maklumat penting atau diperlukan oleh mereka.Internet adalah rangkaian komputer yang merangkaikan
satu komputer dengan komputer yang lain menggunakan protokol kawalan pengantaraan yang direka
khas iaitu TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol).Semua komputer yang membentuk
rangkaian itu menggunakan perisian yang berfungsi memberi capaian bagi mendapatkan

maklumat.Dibawah penggunaan internet terdapat beberapa enjin pencari yang membantu dalam
pencarian maklumat seperti yang biasa digunakan ialah Google.

Lokasi dan capaian


Lokasi dan capaian ini bermaksud dimana mendapatkan sumber maklumat yang sudah dipilih dan
mencari maklumat didalamnya.Sebagai contoh,mencari maklumat menggunakan internet akan
memaparkan alamat seperti ini http:// dimana maklumat itu berada.Dengan mengetahui lokasi dan
capaian maklumat tersebut pengguna maklumat akan lebuh mudah untuk mencari maklumat yang
diinginkan dan ia akan member kemudahan kepada para pengguna maklumat tersebut.

Penggunaan maklumat
Penggunaan maklumat bermaksud menbaca,mendengar dan melihat maklumat yang sudah dicari dan
mengambil maklumat yang relevan.Walaupun teknologi sekarang semakin meningkat tetapi sebagai
pengguna maklumat ynag bijak seharusnya tidak terlalu malas untuk membaca,memdengar dan melihat
maklumat yang telah diperolehi tersebut.Sebaiknya pengguna maklumat harus meneliti maklumat
tersebut agar lebih faham.
Selain membaca,mendengar dan melihat pengguna maklumat harus memgambil maklumat yang relevan
mengikut kehendak dan cirri ciri yang diperlukan sahaja.

Pengumpulan maklumat
Pengumpulan maklumat ini merupakan kemahiran yang kelima dimana segala maklumat yang telah
diperolehi dari mana mana sumber yang digunakan akan dikumpulkan.
Maklumat-maklumat yang diperlukan sahaja harus dikumpulkan mengikut keutamaan.Maklumat yang
telah dikumpulkan perulah disusun agar maklumat tersebut nampak lebih menarik atau mudah difahami
oleh penguna maklumat.
Maklumat yang difahami akan member jawapan bagi permasalahan yang dihadapi.Oleh itu,pengguna
maklumat akan mudah memperolehi maklumat tersebut dan mereka boleh membuat keputusan yang
tepat.

Penilaian Maklumat
Penilaian merupakan satu tahap dimana pengguna maklumat harus nenilai maklumat tersebut samada ia
boleh dipercayai ataupun tidak.Tidak semua maklumat yang diperolehi mempunyai kebenarannya.Oleh
itu,pengguna maklumat harus bijak menilai maklumat itu dari segi pengarangnya,tahun terbitan,penerbit
atau gaya penulisannya.
Kesimpulannya,untuk mencari maklumat bukanlah suatu perkara yang remeh ia memerlukan kemahiran
kemahiran yang betul agar segala maklumat yang diperolehi terdapat kesahihannya.

MENENTUKAN KETEPATAN MAKLUMAT


Menentukan ketepatan membawa maksud yang sama dengan membuat penilaian terhadap maklumat
tersebut.Di bawah subtopik ini akan membincangkan tentang cara yang dapat membantu dalam proses
penilaian.Antara caranya ialah berdasarkan analisis mudah dan analisis mendalam.
1. Analisis mudah
Dalam analisis mudah terdapat perkara perkara yang perlu diteliti seperti pengarang buku.Pengarang
buku ini dapat dipastiakn berdasarkan latar belakang pendidikan,pengalaman,hasil tulisan terdahulu
sekiranya ada dan di mana pengarang itu bekerja.Biasanya latar belakang ini terdapat pada biodata
pengarang.Selain itu,tahun penerbitan sesebuah buku juga perlu kita teliti samada ia penulisan pada
zaman dahulu atau pada masa sekarang.Kemungkinan penerbitan pada masa yang sudah lama tidak
boleh digunakan lagi kerana masa demi masa berlakunya perubahan.
Seterusnya,adalah penerbit samada ia merupakan penerbit universiti atau ia bersifat akademik dan isi
kandungannya boleh dipercayai ataupun tidak.Begitu juga dengan penerbit-penerbit yang
berwibawa.Kebiasaannya penerbit seperti ini selalunya memastikan karya terbitannya berkualiti.

2. Analisis mendalam
Analisis mendalam melihat isi kandungan bahan maklumat.Di bawah analisis mendalam ini terdapat
perkara yang perlu diketahui antaranya golongan sasaran pengarang tersebit samada untuk santapan
umum atau untuk sesuatu golongan tertentu seperti pelajar.Selain itu,perkara yang perlu diteliti dalam
analisis mendalam ini adalah seperti liputan,keobjektifan iaitu maklumat yang dieri berbentuk fakta atau
pebdapat seseorang.Biasanya maklumat yang berbentuk fakta lebih mudah dipercayai berbanding
dengan maklumat yang berbentuk pendapat kerana ia hanyalah berdasarkan pendapat orang orang
tertentu sahaja

KEPERLUAN MAKLUMAT

Kepeluan maklumat dalam banyak situasi hanya diketahui apabila diberitahu ataupun didedahkan
kepada suatu maklumat. Biasanya carian maklumat mempunyai tujuan tertentu seperti ingin
menyelesaiakn masalah. Selain itu,apabila timbul situasi bermasalah iaitu keadaan di mana pengetahuan
seseorang tidak mencukupi bagi mencapai sesuatu tujuan, maka maklumat adalah diperlukan.Dengan
itu, manusia memerlukan maklumat apabila tahap pengetahuannya tidak mencukupi bagi menghadapi
sesuatu masalah ataupun keadaan.
Selain itu,maklumat juga diperlukan oleh manusia untuk membuat sesuatu keputusan yang muktamad
yang akan memberi kepuasan hati seseorang.Maklumat akan memberi gambaran sesuatu yang
dikehendaki oleh pengguna maklumat untuk membuat pilihan.Pengguna semestinya akan memilih

sesuatu yang terbaik dari pilihan yang baik agar maklumat yang dipilih tersebut memenuhi
kehendaknya.Seterusnya ialah maklumat diperlukan untuk pada masa hadapan.Kemungkinan maklumat
yang diperolehi akan menjadi satu rujukan bagi mereka yang memerlukan pada masa yang
panjang,Malah maklumat maklumat tersebut berguna untuk generasi akan dating sebagai contoh
sejarah Malaysia.
Pengguna memperolehi maklumat yang lebih tersusun melalui enam kemahiran utama carian maklumat
tersebut.Maklumat yang diperolehi akan disusun supaya pengguna mudah memahami sesuatu maklumat
itu apabila ia tersusun dengan rapi dan teratur mengikut keutamaannya.

RUJUKAN
1.

Panduan Mencari Maklumat. 2006. Irma Idayu dan Yusyiana mansor.Terbitan PTS Profesional.Sdn. Bhd.

2.

Eisenberg,Mike A Big Six Skills Overview Fayetteviile,NY:Big6 Associates,LLC,2003.http://www.big six


skills.com

3.

ERIC.www.eric.ed.gov

4.

Backer,Joe.Boolean Searching For the Web.Berkeley,CA:University of


Califofnia,2002.http://www.lib.bekeley.edu/Teaching/Guides/Internet/Boolean.pd

KEMAHIRAN BELAJAR
Strategi Dan Teknik Pembelajaran Berkesan
Pengenalan :
Setiap manusia dikurniakan otak yang sama bijak. Bergantung kepada manusia tersebut menggunakan otaknya
dengan sebaik mungkin. Teknik belajar yang baik dapat membantu orang yang berkebolehan sederhana
mencapai keputusan yang
cemerlang berbanding dengan orang yang berkebolehan baik tetapi mempunyai teknik yang lemah.
Sesuatu teknik / strategi belajar yang baik akan menjimatkan masa, memudahkan kerja, menambat minat dan
boleh kita menguasai pelajaran kita. Semua orang ingin mencapai keputusan yang cemerlang tetapi tidak tahu
bagaimana untuk mencapainya ? Seringkali ramai penuntut yang beranggapan bahawa keputusan cemerlang
hanya untuk orang yang bijak pandai sahaja. Dengan demikian, mereka tak perlu lagi berusaha mencapai
kecemerlangan kerana mereka bukan dari orang yang bijak pandai..
2. Bagaimanakah caranya mencapai keputusan yang cemerlang ?
Kebanyakan orang bukan bijak pandai, tetapi mereka masih boleh berjaya , mengapa ?
Kita perlulah mempunyai perkara-perkara berikut untuk berjaya dalam pelajaran :
2.1 Suatu sistem yang teratur lagi tepat.
2.2 Keazaman yang tinggi untuk mencapai kejayaan..
2.3 Pegangan hidup Kerjanya minima tetapi hasilnya maximum.
2.4 Peraturan yang teliti dan cekap.
Ramai pelajar yang membuat jadual waktu untuk belajar tetapi tidak kurang juga yang hanya sekadar membuat
jadual waktu untuk hiasan dinding tanpa dipatuhi. Bagi yang mematuhinya pula mereka lebih cenderong untuk
membuat diri sibuk dengan membuat pelbagai ulangkaji dan sebagainya dalam jadual waktu itu. Keadaan seperti
ini boleh kita ibaratkan seperti mendulang bijih timah. Banyak kerja yang hendak dilakukan tetapi perkara pokok
yang dikehendaki di sana ialah bijih
timah sahaja, bukannya tanah, batu, pasir, air dll yang terdapat dalam tanah yang telah digali tadi. Ramai pelajar
gagal mencari bijih timah ini tetapi lebih gemar mengali tanah yang mempunyai banyak bijih timah. Keadaan

seperti ini telah menyebabkan mereka tidak mampu mendapat keputusan yang baik kerana mereka merasakan
pelajaran tersebut terlalu berat untuk di bawa bersama. Untuk berjaya dalam pelajaran, jawab soalan-soalan
berikut kerana ia dapat membantu mencapai kejayaan anda :
Benar-benarkah anda ingin mencapai kejayaan dalam peperiksaan.?
Adakah anda merasakan anda tidak mampu mencapai kejayaan ?
Selalukah anda bertanya tentang masalah-masalah pelajaran anda ?
Adakah anda mempunyai jadual waktu belajar yang jelas dan teratur ?
Adakah anda taat kepada jadual waktu yg telah dibuat ?
Adakah cara anda membaca memberi anda faedah yang sepenuhnya ?
Adakah cara anda mengulangkaji memberi faedah yang sepenuhnya ?
Tahukah anda cara hendak menimbulkan minat dalam pelajaran anda ?
Adakah anda merasakan kerja sekolah dan isi pelajaran anda terlalu banyak ?
Tahukah anda cara hendak mendapat faedah yang sepenuhnya dari perbincangan ?
Pernahkah anda menilai kemahuan diri sendiri ?
2. BERTANYA.
Bertanya adalah perlu di dalam pelajaran
Ia mungkin disebabkan kurang faham, tidak jelas, tidak ketahui dll.
Jangan biarkan apa yang tidak difahami tanpa bertanya atau merujuk kepada
kamus jika tidak fahami.
Jikalau pelajaran bertambah, kekeliruan anda juga akan bertambah dan mula
timbul kekeliruan. Otak mula berkecamuk.
Jika terus dibiarkan akan menyebabkan topik yang dipelajari sudah jauh dan
sukar ditarik balik (guru tidak akan mengulangi).
Ketinggalan ini akan menyebabkan kerja bertimbun untuk dipelajari sendiri.
Sebelum pelajaran melangkah lebih jauh, bertanyalah kepada rakan atau guru
bagi mengelak kekusutan dan ketidakfahaman anda dalam pelajaran
Faedah Bertanya :
Membuat anda berfikir
Penjelasan akan tersemat / kekal dalam fikiran kita.
Menghilangkan perasaan malu dan takut.
Salah satu cara mengulangkaji pelajaran.
Masalah Bertanya:
- Pelajar sememangnya ingin bertanya
TAK TAHU APA NAK TANYA.
membuat persediaan sebelum sesuatu kelas dijalankan.
Baca buku teks dan bina soalan untuk disoal kepada guru / rakan.
Saya takut ?
Cubalah bertanya dengan rakan-rakan dahulu
Bertanya pula dengan guru secara perseorangan
Bertanya dalam kelas dengan yakin.
Ringkasan: Bertanya adalah penting dan jauh kesannya.
Banyak beban masalah dapat diselesaikan segera.
Sediakan pelajaran sebelum kelas dijalankan agar anda ada masa untuk bertanya apa yang tidak difahami.
Anda terpaksa memberanikan diri
Bertanyalah kepada rakan,guru dll asalkan masalah anda diselesaikan.
3. CARA MEMBACA.
Tujuan :- Membaca adalah proses untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai bacaan
atau pelajaran kita itu.

- Dengan membaca bahan-bahan pokok serta keperincian yang penting dapat dipetik
dan akhirnya hanya sedikit sahaja bahan yang mesti dihafal atau diulangkaji.
Pemahaman:- Matlamat membaca ialah untuk mendapatkan pemahaman.
Banyak masa akan terbuang jika apa yang dibaca tidak difahami.
Pelajar sering keliru semasa membaca tetapi tidak berusaha untuk mendapatkan penjelasan.
Keadaan ini menjadikan mereka bosan dan malas membaca(putus asa).
Faedah pemahaman: (jika anda faham apa yang dibaca):
Pemahaman bacaan awak menolong memahami isi berikutnya.
Tahu kedudukan isi pelajaran / fakta penting.
Rasa gembira dan berminat untuk membaca seterusnya.
Seronok dan aktif di kelas.
Mengambil nota dari guru sewaktu mengajar adalah mudah
Sewaktu membaca boleh membina soalan-soalan untuk disoal kepada guru sewaktu mengajar nanti.
Menggalak anda meluaskan lagi bacaan anda.
Cara Membaca:
Menggaris
Membezakan isi-isi penting (Terpenting,penting dan keterangan)
Meneliti rajah-rajah
Membuat nota-nota dari bacaan anda. Ini akan meringankan beban anda.
Mengenal isi sepintas lalu seperti kandungan,tajuk utama,tajuk kecil dll.
Mengulangkaji bacaan anda daripada nota-nota yang dibuat
Mencuba soalan-soalan dan Latihan yang ada contoh jawapan dapat memperbaiki kelemahan diri dengan
membetulkan semula kesalahan itu.
Ringkasan :
Fahaman adalah unsur yang terpenting sekali dalam membaca. Kesulitan anda haruslah mendapat penjelasan
agar bacaan anda tidak membosankan.
Menanda dan membuat nota dari bahan bacaan besar faedahnya.
Ulangkaji bacaan anda. Hadkan kepada rajah-rajah dan nota-nota anda.
Fakta-fakta haruslah kerap diulangkaji ( 2-3 hari sekali).
4. RUJUKAN DAN PERLUASAN PEMBACAAN.
Faedah-Faedah Rujukan :
Meluaskan bacaan dan mendalami kefahaman terhadap sesuatu tajuk.
Proses ulangan dapat mengukuhkan ingatan anda.
Mengetahui topik pelajaran melebihi rakan-rakan.
Ada keyakinan diri pada diri pelajar.
Bilakah Masa Yang Sesuai:
Rujukan pada anda bersedia berbuat demikian
Jangan tangguh bila ingin membuat rujukan.
Ringkasan:
Merujuk meluaskan dan mendalamkan fahaman anda.
Kecerdasan anda akan diasah .
Merujuk mendorong anda untuk terus maju dan kehadapan dalam kelas
Janganlah terlalu detail / mendalam dan menjela-jela untuk mengelakkan
kekeliruan dan kebosanan.
5. MEMBACA SEBELUM KE KELAS.
Membaca sebelum menghadiri ke kelas sering diabaikan oleh pelajar walaupun sedar akan kepentingannya.
Kelebihan Membaca Sebelum Ke Kelas:
Berupaya melihat gambaran pelajaran anda dengan lebih jelas.
Boleh menentukan perkara-perkara uyang kurang difahami dan bersedia dengan soalan untuk menyoal guru.

Merasa lebih aktif dan bersemangat dalam kelas.


Tahu lebih awal topik yang akan dipelajari.
Lebih yakin bila menjawab soalan guru. Mudah memetik / membuat nota dari penerangan guru.
Menambah daya ingatan anda (proses ulangan)
Memudahkan anda memahami sesuatu topik.
Masa dan Cara Membuat Persediaan :Sebaiknya sehari sebelum guru mengajar.
Lihat tajuk besar dahulu dan diikuti dengan tajuk-tajuk kecil agar anda memahami gambaran keseluruhan isi
pelajaran topik berkenaan.
Cuba rujuk rajah, foto, graf dll jika terdapat.
Ulangi bacaan anda dan cuba membuat nota sendiri
Bandingkan nota anda dengan penerangan guru nanti.
Ringkasan :
Anda mesti membaca pelajaran anda sebelum ianya diajar oleh guru.
Anda mesti membaca kertas amali sebelum masuk makmal dan membuat rujukan yang perlu.
Sewaktu membaca dalam persediaan, garis atau catat isi-isi pentingnya.
Sediakan soalan-soalan jika perlu.
Elakkan anda membaca terlalu jauh dari isi sukatan pelajaran bagi menghindarkan kekeliruan.
6. MEMBUAT NOTA.
1. Kejayaan seseorang pelajar banyak bergantung kepada keupayaan / kebolehan membuat nota dengan kemas
dan padat.
2. Susunan nota yang teratur, jelas, menarik serta mudah sangat penting.
3. Nota yang berjela-jela (panjang), berserabut, tidak teratur akan menyebabkan anda juga lemah untuk
membacanya.
Faedah-Faedah Membuat Nota :
Merupakan ulangkaji dan hafalan.
Memaksa anda memetik isi-isi / fakta-fakta penting pelajaran anda.
Nota amat penting dalam proses ulangkaji.
Tujuan membuat nota adalah untuk mengurangkan dan meringankan tugas kita bila membuat ulangkaji nanti.
Nota yang teratur, kemas, menarik dan padat akan menambahkan minat anda untuk belajar / ulangkaji.
Jenis-Jenis Nota :
Nota yang diberi oleh guru semasa pengajaran. Biasanya sudah cukup dan perlu dicatat oleh setiap pelajar bila
guru mengajar.
Nota-nota umun yang anda buat sendiri dari buku teks atau buku rujukan
Nota-nota isi / fakta penting sahaja. Ia berguna untuk rujukan kilat,
menghafal, dan mengulangkaji setiap hari atau 2-3 hari sekali.
Ringkasan :
Membuat Nota adalah penting. Ia membantu fahaman dan meringkaskan jumlah
pelajaran anda kepada isi-isi penting sahaja.
Guna sistem yang mudah, kemas dan pendek tetapi jelas dan menarik.
Nota terbahagi kepada 2 iaitu nota umum dan nota khusus (isi penting sahaja dari sesuatu pelajaran)
Baca dan ulangkaji nota-nota anda selalu terutama nota khusus.
7. JADUAL WAKTU:
1. Ramai pelajar mempunyai jadual waktu tetapi tidak menepatinya. Seringkali terabai begitu sahaja.
2. Ada yang mengikutinya tetapi tidak menyeluruh menjadikan jadual waktu tidak begitu baik / merugikan.
Penyusunan Jadual Waktu Satu Panduan.
Jadual waktu yang baik perlulah disusun di antara membaca, membuat nota, membuat kerja rumah,
mengulangkaji pelajaran lama dan pelajaran baru, melatih menjawab soalan objektif dan subjektif serta
menyediakan pelajaran untuk esoknya.
Perkara-perkara utama yang perlu ada (mengikut keutamaan) dalam jadual waktu adalah seperti berikut :

Kerja Rumah- mesti diutamakan dahulu.


Membaca dan membuat nota sendiri.
Menyediakan pelajaran untuk hari esok.
Mengulangkaji pelajaran lepas / baharu.
Cuba menjawab soalan objektif
Cuba menjawab soalan subjektif / karangan.
Ringkasan :
Sains perlu sebelah malam. Objektif sebelah siang.
Bahasa, matematik, soalan objektif sebelah siang .
Geografi / P.Moral / PAI sebelah siang termasuk objektif.
Kerja rumah sebelah siang.
Latihan Objektif memadai 10 minit satu matapelajaran.
Pengubahsuaian jadual waktu adalah digalakkan .
8. MENGULANGKAJI.
Tujuan mengulangkaji ialah untuk mengingati semula isi pelajaran. Kekerapan mengulangkaji pelajaran
mencerahkan peluang anda untuk berjaya dalam peperiksaan.
Kepentingan Mengulangkaji:
Menguatkan hafalan dan ingatan anda.
Menjadikan isi pelajaran lebih jelas.
Dapat memberi perhatian kepada bahagian-bahagian yang kurang difahami.
Dapat menambahkan fahaman anda secara keseluruhannya.
Jenis-Jenis Ulangkaji:
1. Mengulangkaji pelajaran harian.
-Ia mesti dilakukan pada hari itu juga selepas balik dari sekolah.
Mengulangkaji pelajaran yang telah seminggu atau lebih
- Biasanya pelajaran ini masih bersangkut paut dengan pelajaran terdahulu.
- Ulangkaji ini mustahak bagi membolehkan anda mendapat pandangan secara menyeluh tentang topik tersebut.
- Kita menapis nota-nota yang telah dibuat dan pilih yang terpenting sahaja
- Ia bertujuan untuk menjadikan nota kita tidak banyak dan berat .
- Nota-nota penting inilah yang perlu diulangkaji selalu.
Mengulangkaji pelajaran sepenggal / setahun.
Gunakan nota-nota penting dalam bahagian 2 untuk mengulangkaji beberapa topik sepanjang penggal atau
tahun.
Anda masih boleh menyelidik mana-mana bahagian yang masih kurang difahami dan cuba fahami bahagian
tersebut.
Pembahagian Mata Pelajaran Dalam Mengulangkaji.
Pelajaran Lemah Sering diabaikan oleh pelajar.
Sepatutnya ianya perlu diberi keutamaan semasa membuat ulangkaji kecuali hampir dengan peperiksaan.
Banyak bertanya untuk memudahkan anda memahaminya.
Cuba sedaya upaya untuk memahami dan menguasai pelajaran ini.
Mata Pelajaran Yang Memuaskan:
Jangan mengambil mudah jika anda memahami sesuatu pelajaran dan mas yang lebih juga perlu diberi kepada
pelajaran ini bagi memastikan keayaan anda.
Sewaktu peperiksaan, lebihkan masa untuk pelajaran seperti ini .
Cara-Cara Mengulangkaji / Kesannya :
Mencoret / mengaris rangkaikata penting dari nota.
Mengulangkaji nota dan buku teks.
Kerja Rumah/ Latihan.
Ulangkaji dengan soalan bentuk objektif
Mengulangkaji dengan contoh-contoh jawapan kertas peperiksaan tahun lepas
bersama skima jawapan.

Mengulangkaji melalui ujian-ujian yang diberi oleh guru.


Mengulangkaji secara lisan (soal jawab bersama-sama rakan)
Ringkasan:
Mengulangkaji nota-nota anda mesti dilakukan selalu.
2. Rangkumilah semua mata pelajaran anda dalam sesuatu masa yang tertentu.
Pisahkan antara nota umum dengan nota khusus (terpenting) Nota khusus perlulah diulangi dalam masa sehari
atau dua kerana ianya ringkas dan merupakan kunci kepada topik pelajaran anda.
4. Tekankan fahaman anda terhadap isi-isi pokok pelajaran anda.
9. MENIMBULKAN MINAT
Pelajaran anda akan terasa seronok, mudah dan ringkas sekiranya anda mempunyai minat terhadapnya. Minat
mementukan kejayaan anda.
Kepentingan Menimbulkan Minat:
1. Rajin memperlajari sesuatu pelajaran.
2. Lebih mudah untuk menangkap isi-isi penting sesuatu pelajaran.
3. Bersungguh-sungguh bila berada di dalam kelas.
4. Otak akan sentiasa berjalan. Ingatan akan bertambah kuat.
Bagaimana Menimbulkan Minat:
Sebab 1 :
Banar-benar ingin mengatahuinya contohnya bercinta.
Sebab 2 :
Anda telah biasa atau mempunyai kaitan dengan benda diajar.
Contoh : membuat umai..
Sebab 3 :
Perkara yang diajar itu telah anda ketahui terlabih dahulu.
Contohnya : perusahaan sago.
1. Untuk menimbulkan minat seseorang pelajar perlulah mengenal dahulu apa yang hendak dipelajari terutama
sebelum diajar oleh guru. Anda perlu membaca mengenai topik tersebut lebih awal.
2. Tajuk yang sudah anda ketahui akan menyenangkan anda belajar kerana anda lebih faham daripada rakan
anda.
Anda mempunyai pengetahuan terhadap sesuatu tajuk sudah tentu akan menimbulkan minat dalam diri anda
contohnya perusahaan perikanan.
Tajuk yang anda minati perlulah diperdalami tajuk itu dengan segera sementara minat anda masih ada.
5. Gunakan kemahiran yang anda perolehi di luar kawasan sekolah, seperti memasang wayer eletrik.
Menghadapi Tajuk / Pelajaran Yang Tidak Diminati
1. Mata Pelajaran yang tidak kita minati masih boleh diusahakan untuk lulus dengan cemerlang dengan cara
menimbulkan minat semula .
2. Ubah iktikad / azam kita kepada pandangan yang positif contohnya, mengapa orang lain boleh , aku tak boleh..
3. Hadkan kandungan pelajaran itu kepada isi-isi penting sahaja untuk menghadapi peperiksaan. Ambil topiktopik yang biasa keluar dalam peperiksaan dan belajar dari sana.
Ringkasan :
Anda perlu menambah minat anda terhadap pelajaran anda.
Cara yang paling mudah ialah dengan membiasakan diri dengannya sebelum ia diajar oleh guru anda.
Membiasakan diri mengenai sesuatu perkara itu boleh dilakukan melalui membaca ringkas mengenainya,
melihat, mendengar dan bertanya mengenainya secara penggunaan hari-hari.
4. Luaskan bacaan mengenainya selepas menerima ajaran guru.
10. PERBINCANGAN
Faedah-Faedah Perbincangan:
1. Perbincangan boleh menyelesaikan atau mengurangkan kekeliruan atau keraguan anda dalam pelajaran.
2. Perbincangan juga boleh membetulkan kesalahan kita terhadap sesuatu topik yang kita anggap sudah tepat.

3. Perbincangan juga dapat menghilangkan rasa malu dan memupuk sifat aktif anda.
4. Perbincangan akan mendorong anda bekerja kuat dan menambah minat terhadap pelajaran anda. Persediaan
awal dan bacaan telah menjadikan satu ulangkaji yang berulang.
11. MEMADATKAN SUKATAN PELAJARAN.
1. Ramai pelajar tidak mengetahui akan sukatan pelajaran.
2. Secara umum sukatan pelajaran ialah isi kandungan yang dipelajari dari awal tahun hingga akhir tahun.
3. Soalan peperiksaan akan diambil dari sukatan pelajaran ini.
4. Biasanya muka depan buku teks adalah sukatan pelajaran.
Bagaimana Hendak Memadatkan Sukatan Pelajaran ?
Dapatkan sukatan pelajaran bagi peperiksaan ini (T1-3 / T4-5).
Dapatkan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas (5 tahun atau lebih).
Buat analisa daripada soalan yang pernah ditanya keluar.
Dari sini kita akan dapat melihat pola soalan. Maksudnya bukan semua perkara dalam sukatan pelajaran yang
banyak itu akan keluar dalam peperiksaan.
Hanya sebahagian kecil sahaja.
Kita dapat membuat andaian soalan yang akan keluar semasa pep.
Nota-nota yang berkaitan topik yang biasa soalan keluar perlulah kita perincikan dan fahami betul-betul.
Nota-nota terpenting topik yang jarang keluar, jadikan sebagai simpanan.
Dengan itu, tidak semua topik dalam sesuatu mata pelajaran perlu anda kuasai dengan betul-betul.
Ini bermakna anda telah memadatkan sukatan pelajaran anda. Kita akan merasa selesa apabila mengatahuinya.
Kita hanya akan mengulangkaji topik-topik yang telah dikenalpasti .
Topik-topik simpanan juga perlu diulangkaji tapi jarak masanya adalah berkainan.
12. MENILAI KEMAJUAN:
Menguji kemajuan ,merupakah langkah yang boleh diambil untuk menentukan tahap keupayaan kita. Penilaian ini
boleh memperlihatkan akan maju mundurnya akdemik kita.
Cara Menggunakan Penilaian :
1. Ujian dan Latihan Darjah.
a) Ujian / Peperiksaan yang dijalankan dalam kelas merupakan satu bentuk penilaian terhadap keupayaan kita.
b) Dari keputusan peperiksaan dapat kita tentukan tahap kita terhadap penguasaan pelajaran / mata pelajaran.
c) Bukan setakat penguasaan pelajaran, jawapan yang diberi juga perlukan penilaian.
d) Mungkin kita sudah memahami tetapi cara jawab yang salah menjadikan keputusan kita merosot.
e) Kita masih boleh memperbaiki kelemahan ini (diri / cara menjawab soalan) sebelum peperiksaan sebenar tiba.
2. Penilaian Dari Contoh Jawapan.
a) Kita boleh membuat latihan dari soalan-soalan tahun lepas berpandukan contoh jawapan di dalam buku
rujukan.
b) Cuba jawab soalan dan bandingkan jawapan kita dengan contoh jawapan. Dimanakah kelemahan kita.
c) Penilaian ini perlulah dilakuan secara berterusan dari masa ke semasa hingga hari peperiksaan.
3. Penilaian Secara Lisan
a) Penilaian ini biasanya dijalankan secara tidak formal dan jarang diamalkan oleh pelajar.
b) Ia boleh dilakukan di mana sahaja.
c) Contohnya, seorang pelajar menyoal kawannya dan meminta beliau menghuraikan secara lisan sehingga satu
pihak lagi berpuas hati.
Mengatasi Kelemahan.
Setelah anda menilai diri sendir, sudah pasti anda tahu kelemahan dan kekuatan diri anda dalam pelajaran.
Kelemahan anda boleh diatasi dengan cara :Segera / selalu bertanya kepada guru/rakan tentang masalah anda dalam pelajaran.
Dapatkan jawapan-jawapan / penjelasan yang betul bagi jawapan yang salah.
Kerapkali mengulangkaji dan membaca nota-nota anda.
Mahirkan diri dengan teknik menjawab soalan berpandukan kepada contoh jawapan.

13. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR:


Masalah Cara Mengatasi:
1Takut & Cemas Ikuti langkah-langkah yang telah diterangi sebelum ini.
2Terlalu Banyak Kerja1. Memadatkan sukatan pelajaran, buang topik-topik
yang tidak penting dalam sukatan pelajaran.
Hentikan amalan suka menengguh-nangguh atau membuang masa. Guna waktu
dengan baik. Sewaktu anda malas, tidak tenang buatlah soalan objektif
dan bila sudah tenang- buatlah aktiviti lain seperti mengulangkaji,
membuat nota, latihan karangan dan sebagainya. Tumpuan anda hanya pada
pelajaran.
3 Patuhilah jadual waktu seperti yang telah disarankan dan ubah jadual
waktu jika tidak sesuai.
3Guru Tidak MemuaskanTerima sahaja guru sama ada baik atau tidak.Apa yang
penting sekarang anda sendiri mampu untuk bergerak tanpa bantuan cikgu.
Guru hanyalah sebagai tempat rujukan agar anda tidak tersesat. Lain-lain
hal atas usaha pelajar sendiri.
4Kegiatan Luas Sekolah Yang Banyak.Pelajaran adalah paling utama . Jangan
biarkan kegiatan luar mengganggu anda. Buang kegiatan luar yang tidak
berfaedah.
5Tiada RujukanKamus jarang digunakan dalam kehidupan pelajar. Amalkannya
dan selalu merujuk kamus jika tidak faham.
6Kerunsingan
Ada 2 langkah yang boleh dipraktikan :
1) Bila anda runsing- buat soalan objetkif dan bandingkan denga jawapan
sebenar.
2) Mencoretkan pada sehalai kertas fakta-fakta / perkataan kunci semasa
mengulangkaji / membaca
7Perasaan Rendah Diri1) Membaca sebelum ke kelas. Ini menjadikan anda
lebih mahir daripada rakan kelas anda.
2) Kerap bertanya kepada rakan / guru secara perseorangan.
3) Selalu bergaul dengan rakan-rakan yang lebih pandai dan bersoal jawab
dengan mereka.
4) Mendapat kelulusan peperiksaan yang lebih baik dapat menyakinkan dan
memberanikan diri anda di hadapan rakan anda.
14. MEREHATKAN DIRI
Belajar tanpa rehat akan menyebabkan anda jatuh sakit, otak tidak cergas dan
seterusnya keputusan anda merosot. Disarankan beberapa langkah untuk berehat :-4
1) Melihat keindahan alam semula jadi.
2) Berihat dalam belajar- berhenti sekejap (1-2 minit)
3) Tidur di tengah hari ( 30 minit sahaja).
4) Tidur malam (6-8 jam).
5) Aktiviti agama spt: membaca al-quran, sembahyang dll.
6) Bermain & bersenaman ( 1 jam sehari).

Anda mungkin juga menyukai