Anda di halaman 1dari 5

Panduan Menduduki Ujian Terbuka (OBT)

1       Apakah itu Ujian Terbuka (OBT)?

OBT terdiri daripada pelbagai bentuk. Dalam bentuk pertama, calon dikehendaki menduduki
peperiksaan (seperti ujian tradisional) yang ditetapkan masa dan tempat dan calon
dibenarkan menggunakan bahan rujukan. Bentuk OBT yang dicadangkan oleh IPG ialah
bentuk ini. Selain itu, bentuk kedua mempunyai ciri-ciri bentuk pertama tetapi calon
dimaklumkan tentang soalan terlebih dahulu. Bentuk ketiga merupakan ujian bawa pulang
(take home), iaitu soalan diberi kepada calon untuk dijawab di tempat pilihan dan skrip
jawapan dikembalikan dalam masa yang ditetapkan. Bentuk ini hanya boleh dilaksanakan
jika calon mematuhi dan menghormati sistem peperiksaan ini seperti yang diamalkan di
Univeristi Stanford.

2       Apakah objektif OBT?

Antara objektif OBT adalah seperti berikut.

 Melatih pelajar mengaplikasikan pengetahuan untuk menaakul dan menggunakan


pemikiran aras tinggi dalam menyelesaikan masalah,
 Mengurangkan gangguan emosi pelajar semasa peperiksaan,
 Melatih pelajar memilih dan menggunakan maklumat dengan tepat, dan
 Menghubungkaitkan proses pengajaran pembelajaran dengan penilaian secara
berkesan.

3       Apakah format OBT bagi KDPM Semester 2 dan 4?

Butiran penting bagi OBT bagi KDPM adalah seperti berikut:

 Bilangan soalan: 3
 Bentuk soalan: Esei Gerak Balas Terbatas (Jawapan pendek) dan Gerak Balas
Lanjutan (jawapan panjang)
 Aras Kognitif Soalan: Aras 3 – 6 Taksonomi Bloom
 Masa: 2 jam

4       Adakah bahan rujukan dihadkan?

Akses kepada bahan rujukan dihadkan kepada bilangan buku, helaian nota dan formula
yang ditetapkan dan akses yang tanpa had kepada sebarang kuantiti buku, nota dan
formula.

5     Adakah OBT lebih mudah berbanding dengan ujian tradisional (tertutup dan
biasa)?

Biasanya OBT adalah lebih susah dan mengukur aras kognitif yang lebih tinggi berbanding
dengan ujian tradisional. Di pusat pengajian tinggi seperti di maktab-maktab perguruan,
calon harus dilengkapi dengan kemahiran dan kebolehan intelek yang lebih canggih. Dalam
OBT calon harus menunjukkan kebolehan dari segi kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis,
dan penilaian.
6       Apakah kemahiran yang akan diuji dalam OBT?

Kemahiran untuk mengingati isi pelajaran tidak lagi dipentingkan dalam OBT. Apa-apa yang
tersurat dalam buku dan dapat disalin tidak diberi markah. Aspek dan kemahiran yang akan
diuji termasuklah:

 Aplikasi pengetahuan, teori, prinsip, dan formula


 Bukti ‘minda terlatih’ (trained mind) seperti kebolehan menanggap konseptual, pemikiran
kritis dan analisis)
 Keupayaan untuk pembelajaran autonomi (kematangan dan kebebasan pemikiran,
potensi untuk mengaplikasi dan membina pengetahuan),
 Kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi di tempat kerja dan situasi sebenar
(biasanya soalan berbentuk kes kajian dan senario)

7       Apakah implikasi OBT kepada pembelajaran?

Implikasi pertama ialah anjakan paradigma dalam pembelajaran. Pembelajaran tidak lagi
bersifat asimilasi maklumat yang disampaikan semata-mata. Pembelajaran akan beranjak
dari hafalan dan replikasi fakta kepada kemahiran berfikir asas tinggi seperti kefahaman,
sintesis, penilaian, penyelesaian masalah dan penciptaan pengetahuan.

Peranan dan tanggungjawab pelajar turut berubah. Pelajar tidak boleh bergantung kepada
guru sahaja. Pelajar terpaksa melibatkan diri secara aktif dalam semua aspek pembelajaran.
Peranan pelajar termasuk:

 Dekod (menafsir) maklumat,


 Menyiasat,
 Mengaplikasi/mengadaptasi,
 Kolaborasi, dan
 Menjana pengetahuan baru.

Persediaan untuk menghadapi OBT juga berubah. Dari segi persediaan, calon dikehendaki
belajar untuk memperoleh kefahaman dan bukan mengingat apa-apa yang telah dipelajari.
Di samping itu, nota dan bahan rujukan perlu disediakan dan disusun dengan baik agar
mudah dan cepat diperoleh semula.

8       Apakah bentuk rubik untuk soalan OBT?

Rubik atau peraturan memberi markah adalah seperti berikut.

Kriteria
Kefahaman Penguasaan
Marka Gre Penguasaan Persembaha
terhadap kemahiran
h d isi n & gaya
konsep proses
kandungan bahasa
soalan berfikir
90 –
A
100
Cemerlang Cemerlang Cemerlang Cemerlang
80 –
A-
89
75 – B+ Kepujian Kepujian Kepujian Kepujian
79
70 –
B
74
65 –
B-
69
60 –64 C+
55 – Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana
C
59
50 –
C-
54
Lulus Lulus Lulus Lulus
40 –
D+
49
30 –
D Lemah/Gaga Lemah/Gaga Lemah/Gaga
39 Lemah/Gagal
l l l
0 – 29 E

9       Apakah kriteria pemarkahan OBT?

Pemarkahan akan mengambil kira:

 Isi kandungan (fakta huraian dan contoh yang difahami secara mendalam
 Kefahaman konsep (kefahaman calon mengenai idea utama)
 Proses pemikiran calon (apakah jenis-jenis proses berfikir semasa calon menjawab)
 Kemahiran komunikasi/persembahan (sebaik mana calon boleh menyampaikan hujah,
gaya bahasa)

 Wajaran pemarkahan isi kandungan tidak melebihi 60%


 Pamarkahan OBT adalah berdasarkan kaedah holistik

10    Apakah yang patut dielakkan dalam OBT?

10.1          Jangan panik

Jangan terlalu risau kalau anda tidak pernah menduduki OBT. OBT adalah seperti membuat
tugasan di rumah kecuali masa dan tempat dihadkan, serta anda tidak boleh meminta
bantuan daripada orang lain.

10.2          Jangan pandang ringgan OBT

OBT lebih mencabar berbanding ujian tertutup. Menyatakan formula atau fakta sahaja tidak
mendatangkan markah kerana calon dianggap menyalinnya daripada bahan rujukan.
Walaupun anda tidak banyak menghadapi tekanan untuk menghafal dan mengingati fakta
asas, namun anda perlu mengaplikasi, menganalisis, menghasil, dan menilai fakta asas dan
pengetahuan sedia ada.

10.3          Jangan menulis terlalu banyak

Dengan adanya pelbagai sumber rujukan, anda berkecenderungan untuk menulis jawapan
yang panjang lebar. Jawapan yang panjang tidak semestinya jawapan yang baik. Walaupun
OBT adalah lebih mencabar, anda tidak perlu memberi jawapan yang lebih panjang lebar
daripada ujian konvensional. Memasukkan kuantiti informasi yang banyak dalam jawapan
tidak menjamin gred yang lebih baik. Anda juga tidak perlu membuktikan bahawa anda telah
membuat bacaan yang luas atau penyelidikan yang ekstensif. Jawapan yang baik adalah
jawapan yang ringkas dan padat, tepat dan diolah berasaskan piawaian intelek sejagat.

10.4          Jangan bawa terlalu banyak bahan rujukan

Andaian bahawa ‘lebih banyak buku dan nota lebih baik’ adalah salah. Buku rujukan dan
nota yang terlalu banyak hanya akan menggangu fikiran anda, di samping mengambil ruang
meja tulis anda. Ketika menduduki OBT, masa yang diperuntukkan adalah untuk menulis
dan bukan membaca atau merujuk. Adalah lebih berguna jika bahan rujukan anda dikatalog,
diorganisasi, dan dirumuskan terlebih dahulu (contohnya peta minda).

Adalah lebih berfaedah jika anda membawa beberapa helaian nota yang anda sediakan
sendiri. Nota anda haruslah kemas dan ringkas serta mengandungi (i) kesimpulan topik-
topik pelajaran, (ii) topik-topik yang penting dan berkemungkinan besar digunakan.

Dalam proses menyediakan nota, anda perlu memahami, menghubung kait,


mengutamankan isi-isi penting. Merumus dan menulis nota akan membantu anda
mengingati isi dengan lebih baik lagi.

10.5          Jangan ‘Spot’ soalan

Membawa jawapan model tidak berfaedah. Jawapan model tersebut tidak akan menepati
kehendak soalan OBT, kerana jawapan-jawapan yang diharapkan adalah pelbagai dan tiada
satu pun jawapan yang terbaik. Kemungkinan sesuatu soalan diulangi adalah amat tipis
kerana setiap kes kajian dan senario adalah berbeza.

10.6          Jangan cuba meniru

Oleh sebab kemungkinan besar calon akan cuba mengedar nota dan meniru dalam OBT,
pengawas peperiksaan akan mengawal dengan lebih berhati-hati dan rapi. Sebarang
penyelewengan akan diambil tindakan yang tegas.

11    Apakah yang digalakkan dalam OBT?

11.1          Selalu berbincang dengan pensyarah

Sekiranya anda tidak memahami kehendak OBT, selalu bertanya kepada pensyarah anda
tentang kehendak dan peraturan OBT. Dapatkan maklumat tentang bahan bacaan yang
dikehendaki, mahirkan diri menggunakan sumber rujukan, menyusun kumpul (collate) dan
menginterpretasi data, dan membina jawapan yang menyakinkan (cogent).

11.2          Buat persediaan yang rapi

OBT tidak bertujuan memudahkan anda lulus dalam peperiksaan. Anda perlu membuat
ulangkaji dan membuat persediaan yang mencukupi seperti dalam peperiksaan tradisional.
Sekiranya anda tidak memahami mata pelajaran, anda tidak tahu di mana letaknya
maklumat yang dicari. Jika anda tidak membiasakan diri dengan bahan rujukan, anda akan
menghabiskan masa untuk mencarinya ketika peperiksaan berlangsung.

Walaupun tidak berguna untuk membawa jawapan model untuk menduduki OBT, anda perlu
menyediakan kesimpulan umum, kerangka konseptual dan kedudukan falsafah anda,
contohnya peta minda atau peta konsep. Persediaan rapi membantu anda merancang dan
merangka jawapan dalam masa yang singkat.
11.3          Organisasi

Susunkan bahan rujukan yang dibawa agar lebih mesra pengguna. Ini menjimatkan masa
dan tenaga anda ketika mencari maklumat yang diperlukan. Susunkan bahan dengan
menggunakan halaman indeks dan isi kandungan, rumusan di tepi teks, penanda buku yang
jelas, dan senarai rumus yang diperlukan.

11.4          Latihan

Biasanya, pensyarah akan melatih anda untuk menjawab soalan OBT. Jika tidak, tanyalah
pensyarah anda tentang contoh soalan OBT selepas setiap (atau beberapa) tajuk
pengajaran. Contoh soalan OBT boleh didapati di
http://www.lib.nus.edu.sg/guides/liiguid.html.

11.5          Baca soalan dengan teliti

Fahami implikasi dan kehendak soalan. Kehendak-kehendak soalan biasanya lebih


kompleks daripada jenis naratif dan deskriptif serta memerlukan interpretasi yang lebih
mendalam. Analisis soalan dengan baik. Biasanya setiap soalan esei dalam OBT terdiri
daripada bahagian-bahagian. Tanyalah diri sendiri:

 Apakah kata-kata kerja tugasan (task words) bagi soalan ini?


 Apakah kata-kata informasi (rangsangan), iaitu topik/isu yang perlu dikenal pasti dan
dibincangkan?

 Apakah had-had dan syarat-syarat bagi soalan ini?

11.6          Rancang masa dengan baik

Jawablah soalan yang paling anda yakin agar anda tidak membazirkan masa mencari dan
menyemak sumber. Agihkan masa menjawab agar setimpal dengan peruntukan markah.
Sekiranya anda dikehendaki menjawab tiga soalan, jawablah ketiga-tiga soalan walaupun
anda hanya yakin dengan satu soalan sahaja.

11.7          Elakkan petikan yang terlalu banyak

Anda patut berasa bimbang jika jawapan anda terdiri daripada petikan yang banyak
diperoleh daripada buku teks. Jangan buang masa menyalin isi daripada buku. Apa yang
anda dapat salin secara langsung daripada buku tidak akan mendatangkan apa-apa
markah. Gunakan masa dan informasi untuk membina jawapan yang berasas, tepat dan
ringkas.

Anda mungkin juga menyukai