Anda di halaman 1dari 4

1.

STEM Meningkatkan Daya Saing Pelajar

“STEM” adalah singkatan kepada “science, technology, engineering and


mathematics” di dalam bidang pendidikan. Pendidkan STEM juga didefinisikan sebagai satu
usaha untuk menggabungkan semua atau sebahagian empat disiplin Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik kepada satu kelas, unit atau pelajaran yang berasaskan
hubungan antara subjek dan masalah dunia sebenar (Moore, et. al. 2015). Mengikut
pandangan Sneideman (2013), STEM adalah satu falsafah atau cara berfikir, di STEM
diintegrasikan menjadi satu bidang pendidikan yang dianggap sesuai dan relevan untuk
diajarkan di sekolah kerana ia menekankan aspek amali dan realiti.

Dalam konteks Malaysia, STEM merujuk kepada dasar pendidikan dan pilihan
kurikulum sekolah untuk meningkatkan daya saing dalam bidang sains serta teknologi
kepada pelajar. Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM
2013-2025), penekanan dalam pengajaran STEM telah dilaksanakan di peringkat sekolah
rendah dan menengah. Tujuannya ialah bagi melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang
tersebut untuk kepentingan negara.

Di samping itu, jika dilihat kepada negara lain seperti Amerika Syarikat, 80%
pekerjaan mereka adalah berkaitan dengan bidang STEM ini. Selain itu, pekerja yang
mempunyai bidang STEM ini juga kurang risiko untuk mengalami pengangguran. Jelas
menunjukan bahawa bidang STEM ini amat diperlukan bagi melahirkan generasi muda yang
mahir dalam bidang Sains dan Teknologi. Hal ini demikian, kerana STEM meningkatkan
daya saing antara pelajar.

Pendidikan STEM adalah pendidikan sepanjang hayat yang merangkumi


pembelajaran yang mengintegrasikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik secara
formal berdasarkan kurikulum. Pendidikan STEM boleh menyubangkan ke arah melahirkan
pelajar yang mampu menjadi penyumbang kepada inovasi baharu. Berikut ialah cara
pengajaran STEM meningkatkan daya saing pelajar.

Antara cara pengajaran STEM di sekolah ialah, guru menyediakan bahan yang
mampu menarik perhatian pelajar seterusnya memberi tugasan kepada pelajar untuk
melakarkan inovasi. Contoh bahan tersebut ialah, menayangkan video berkaitan dengan
STEM akan memotivasikan serta memberi makna kepada murid. Lazimnya setiap pelajar
akan mendapat ilmu yang berbeza berdasarkan cara pemikiran mereka. Oleh itu, melalui
penayangan video pelajar akan bersaing antara sesama untuk menghasilkan inovasi yang
menakjubkan.

1
Selain itu, pelajar diberi aktiviti penyelesaian masalah berkaitan STEM. Melalui
aktiviti ini murid diberi peluang untuk mengaplikasikan dan mengintergrasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai STEM dengan betul dan mendalam dari aspek kehidupan, masyarakat
dan persekitaran. Dengan itu, murid berpeluang untuk menyelesaikan masalah dalam
tugasan yang diberi berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari semasa
aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Justeru itu, aktiviti yang dijalankan ini akan
menghasilkan daya saing antara murid untuk penyelesaikan tugasan yang telah diberi.

Pelaksanaan pertandingan berkaitan STEM juga menjadi salah satu cara dalam
meningkatkan daya saing pelajar. Pada 10 Ogos 2018, pertandingan STEM Digital Video
Project telah diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tunku Bainun yang bertempat di
Bukit Mertajam, Pulau Pinang. STEM Digital Video ialah suatu penghasilan video pendek
dengan menggunakan teknik dan kaedah memanipulasi grafik menggunakan perisian
komputer. Pertandingan yang diadakan ini jelas menunjukan kewujudan berdaya saing
antara pelajar untuk menghasilkan video yang terbaik untuk dinobatkan sebagai juara.

Seterusnya, pertandingan yang dianjurkan sekolah seperti Pertandingan Bercerita


STEM juga menjadi salah satu cara pengajaran STEM dalam meningkatkan daya saing
antara pelajar. Dalam konteks pertandingan ini, pelajar perlu membuat persedian terlebih
dahulu sebelum pertandingan. Antara persediaan yang dilakukan ialah, pelajar ataupun
peserta memperbanyakan membaca berkaitan dengan Sains dan Teknologi. Pertandingan
yang dilaksanakan ini dinilai sejauh manakah pengetahuan dan inovasi peserta dalam
penceritaan berkaitan STEM.

Di peringkat sekolah rendah, pelaksanaan STEM telah dijalankan dengan adanya


subjek Reka Bentuk dan Teknologi. Manakala di peringkat sekolah menengah pula, elektif
iktisas seperti Sains Sukan, Pertanian, Prinsip Perakaunan, Sains Komputer dan Grafik
Komunikasi Teknikal disediakan kepada pelajar untuk memilih aliran yang sesuai
dengannya. Melalui cara ini, pelajar akan bersaing untuk menunjukkan prestasi yang baik.
Persaingan ini wujud baik dalam elektif sendiri mahupun antara elektif lain. Hal yang
demikian, kerana perbezaan elektif mendorong setiap pelajar untuk membuktikan elektif
mana yang lebih menonjol dari segi prestasi. Mahupun begitu, pada hakikatnya semua
elektif tersebut adalah di bawah konteks STEM. Oleh itu, itulah cara STEM untuk
meningkatkan daya saing antara pelajar.

STEM telah melancarkan beberapa program bagi menarik minat pelajar dalam
bidang STEM. Sebagai contoh, Akedemi Sains Malaysia (ASM) dilancarkan sebagai
medium dalam menyalurkan suara generasi muda dengan pelbagai idea baharu. Melalui
cara ini, setiap pelajar yang turut serta dalam program tersebut akan menyediakan idea dan

2
inovasi yang menakjubkan kerana inovasi yang paling bernas akan diguna pakai bagi
kegunaan pameran STEM. Oleh itu, program yang dilaksanakan ini berupaya meningkatkan
daya saing antara pelajar.

Selain itu, pelbagai kegiatan berimpak tinggi dilaksanakan seperti ‘Science Café,’
‘National Science Challenge,’ dan ‘Science Education’ bagi memberikan lebih peluang
kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam kegiatan STEM ini. Kegiatan yang tersebut
merupakan salah satu cara bagi mengembangkan STEM di negara Malaysia. Ianya
bertujuan bagi melahirkan generasi yang bernas yang mampu menghasilkan idea dari masa
ke semasa. Justeru itu, kegiatan yang dilaksanakan bagi mencari bakat baharu secara tidak
langsung mewujudkan daya saing pelajar di Malaysia.

Pengajaran dan pembelajaran sekolah pada masa kini, guru telah menggunakan
Pembelajaran Abad Ke-21 (Bryan et al.,2016). Pembelajaran Abad Ke-21 ini berkait rapat
dengan STEM untuk mewujudkan pelajar yang berdaya saing. Dalam konteks Pembelajaran
Abad Ke-21, penekanan 4C dilaksanakan. 4C ialah, ‘Communication,’ ‘Collaboration,’
‘Creativity,’ dan ‘Critical Thinking’. 4C ini perlu diterapkan kepada pelajar bagi memastikan
pengajaran berjalan dengan lancar.

Akhir sekali, organisasi yang berlandaskan STEM juga diwujudkan seperti, Pusat
Latihan STEM, Jabatan Kimia dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Semua organisasi terebut merupakan medium pemacu generasi muda bagi menghasilkan
inovasi yang unggul. Melalui organisasi yang telah diwujudkan ini, telah meningkatkan daya
saing antara pelajar. Tambahan lagi, ianya bukan sahaja meningkatkan daya saing antara
pelajar malah juga meletakan Malaysia sebagai negara yang berdaya saing dalam Sains
dan Teknologi.

STEM merupakan suatu bidang yang amat diperlukan di dalam setiap negara, tanpa
STEM, penggunaan teknologi oleh generasi muda akan sia-sia kerana kecanggihan
teknologi tidak diaplikasikan dengan cara yang betul. Kelly dan Knowles (2016) memberi
definisi pendidikan STEM sebagai satu pendekatan pengajaran kandungan STEM dalam
konteks autentik dengan tujuan untuk menghubungkan subjek berkaitan bagi meningkatkan
pembelajaran pelajar. Dengan kata lain, pendidikan STEM perlu diterapkan kepada generasi
muda agar menjadi penyumbang kepada masa depan negara.

3
Rujukan
Bryan, L. A., Moore, T. J., Johnson, C. C., & Roehrig, G. H. (2016 ). Integrated STEM
education. In C. C. Johnson, E. E. Peters-Burton, & T. J. Moore (Eds.), STEM road
map: A framework for integrated STEM education (pp. 23-37). NY: Routledge
Taylor & Francis Group.
Kelly, T. R., & Knowles, J. G. (2016). A conceptual framework for integrated STEM
education. International Journal of STEM Education, 3.
Moore, T. J., Johnson, C. C., Peters-Burton, E. E., & Guzey, S. S. (2015). The need for a
STEM road map. In STEM road map (pp. 3-12). Routledge.
Sneideman, J. M. (2013). Engaging children in STEM education early. Washington DC:
Natural Start Alliance, North American Association for Environmental Education.

Anda mungkin juga menyukai