Anda di halaman 1dari 4

STEM BERUPAYA UNTUK MENINGKATKAN DAYA SAING PELAJAR DALAM BIDANG

SAINS DAN TEKNOLOGI

STEM merupakan akronim kepada Science, Technology, Engineering and


Mathematics. STEM adalah kurikulum berdasarkan idea mendidik pelajar dalam empat
bidang tertentu iaitu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik -. Daripada mengajar
empat disiplin sebagai subjek tersendiri dan diskrit, STEM mengintegrasikan subjek-subjek
ini ke dalam paradigma pembelajaran yang kohesif berdasarkan aplikasi dunia sebenar.
Mata pelajaran yang terangkum dalam bidang STEM ini adalah seperti Sains, Fizik,
Matematik, Kimia, Biologi, Asas Sains Komputer (ASK) dan Reka Bentuk dan Teknologi
(RBT). STEM dalam konteks pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mencakupi tiga aspek
utama iaitu bidang pembelajaran (di sekolah dan di peringkat tertiari), pakej mata pelajaran
(berdasarkan kombinasi mata pelajaran pengkhususan STEM) dan pendekatan PdPc
(pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menyelesaikan masalah). STEM
kini menjadi tumpuan kerana keperluannya. menurut Pensyarah Kanan, Fakulti
Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Dr
Shahiron Shahidan berkata, “pendidikan STEM menjadi keutamaan kepada pihak sekolah
dan universiti ke arah memartabat serta memperkukuhkan bidang terbabit kepada generasi
muda. Pendidikan STEM juga menekankan konsep berpandukan komponen 4C atau 4K
iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal seperti yang terkandung di
dalam pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) serta kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).”

Setakat ini pendidikan STEM telah diterapkan oleh banyak negara sebagai satu pelan
inovasi pendidikan, sehingga ia muncul sebagai gerakan global untuk merapatkan jurang
antara keperluan dan ketersediaan kepakaran yang diperlukan untuk pembangunan
ekonomi di Malaysia pada abad ke-21 ini. Peluang pekerjaan yang berkaitan STEM adalah
tiga kali ganda lebih banyak berbanding bidang lain Di samping itu STEM diwujudkan kerana
ramai pelajar kurang berminat untuk mengambil Aliran Sains Tulen semasa Tingkatan 4 & 5
dan hal ini dapat dibuktikan dengan penurunan dalam statistik iaitu hanya 17-19% sahaja
yang mengambil aliran Sains berbanding sasaran Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu
sebanyak 60%. Mereka sering beranggapan bahawa subjek yang melibatkan bidanng sains
dan teknologi adalah sukar untuk difahami. STEM membuka peluang kepada generasi muda
untuk hasilkan produk berkualiti. Terdapat enam elemen dalam STEM iaitu, penyelesaian
masalah, kreativiti, analisis kritikal, kerja berpasukan, pemikiran bebas , inisiatif, komunikasi,
dan literasi digital.
Pada era penerapan literasi digital yang semakin pesat ini, bidang sains dan
teknologi mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Antaranya Teknologi maklumat dan
komunikasi adalah medium sumber maklumat yang mudah dan cepat untuk memperolehi
ilmu pengetahuan.Kesedaran kepada kepentingan teknologi maklumat ini telah mendorong
kerajaan untuk menerapkan bidang tersebut sehingga ke peringkat sekolah rendah,
khususnya di luar bandar. Ini adalah kerana selain daripada kemahiran 3M (membaca,
menulis dan mengira), satu lagi kemahiran asas yang diperlukan oleh pelajar untuk bersaing
di alaf baru ini ialah celik komputer ataua pabila seseorang itu mempunyai kefahaman asas
untuk menggunakan komputer atau gajet bagi memudahkan pelaksanaan tugas harian
mereka. Suatu masa dulu, seseorang perlu ke perpustakaan untuk mencari maklumat
mengenai sesuatu tugasan dan perkara ini akan memakan banyak masa, namun dengan
kepesatan bidang teknologi maklumat dan komunikasi ini para pelajar hanya perlu mencari
maklumat tersebut di laman-laman sesawang yang terdapat di dalam internet dan
kemudahan seperti ini amat memberi manfaat kepada pelajar.

Seterusnya, kemajuan dalam bidang sains dan teknologi juga memudahkan urusan
merekod dan menyimpan data. Sebagai contoh, data mengenai markah setiap peperiksaan
pelajar boleh disimpan di dalam satu laman sesawang dan keputusan peperiksaan tersebut
dapat diakses dengan mudah oleh ibu bapa serta guru-guru. Data yang diakses ini akan
dapat digunakan untuk memperbaiki keputusan para pelajar bagi peperiksaan yang
seterusnya.

Dengan bermulanya pelaksanaan STEM ini, berlaku peningkatan yang agak ketara
dari aspek peningkatan daya saing para pelajar. Hal ini sangat bagus kerana apabila daya
saing pelajar dapat ditingkatkan, mereka akan sentiasa bersaing secara sihat untuk
melakukan yang terbaik dan seterusnya produk yang dilahirkan daripada sekolah adalah
bakal-bakal pemimpin serta mereka yang berjaya dalam bidang sains dan teknologi. Antara
program-program yang dilihat dapat meningkatkan daya saing pelajar adalah pertandingan
Fomula 1 in School (F1 in school). Pertandingan ini ialah sebuah pertandingan
antarabangsa untuk murid sekolah yang berumur dari 11 hingga 18 tahun, di mana sebuah
kumpulan dengan 3 hingga 6 ahli perlu mereka dan membina sebuah model "kereta"
dengan kayu balsa menggunakan alat berbantu komputer CAD/CAM. Kereta ini dikuasakan
oleh katrij CO2 dan pelbagai faktor perlu diambil kira semasa proses membina kereta ini
seperti aerodinamik dan cara untuk mengagihkan berat kereta dengan sama rata. F1 in
School ini merupakan cabaran STEM yang terbesar dimana tujuan pelaksaanaan
pertandingan ini adalah untuk mengubah persepsi para pelajar mengenai sains, teknologi,
kejuruteraan dan matematik dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
menyeronokkan dan menarik bagi golongan muda untuk menunjukkan tentang kerjaya
dalam bidang kejuruteraan. Sememangnya dengan pelaksanaan pertandingan ini bukan
saja dapat menambah ilmu pelajar mengenai kejuruteraan, malah dapat menambah minat
pelajar untuk memilih bidang kejuruteraan sebagai laluan kerjaya mereka kelak.

Selain itu, peningkatan daya saing pelajar juga boleh dilakukan melalui inovasi.
Inovasi banyak menggunakan elemen-elemen STEM seperti elemen penyelesaian masalah,
analisis kritikal, literasi digital dan kerja berpasukan. Seperti yang kita sedia maklum,
pertandingan inovasi yang acapkali diadakan bertujuan bagi mencari bakat-bakat pelajar
dalam mengubahsuai produk sedia ada untuk memberikan manfaat yang lebih baik kepada
orang lain. Sebagai contoh, inovasi dalam kategori farmasutikal iaitu menggunakan hasil-
hasil hutan bagi mencipta penawar atau ubat bagi sesuatu penyakit seperti herba-herba
yang sering menjadi amalan warga emas satu ketika dahulu, dikomersialkan dalam bentuk
lain seperti dibotolkan atau dibuat dalam bentuk serbuk. Daya saing diantara pelajar dapat
diwujudkan apabila mereka semua bertanding untuk menunjukkan bahawa produk hasil
daya kreativiti mereka dengan penerapan elemen-elemen yang terdapat dalam STEM.
Secara tidak langsng persaingan sihat seperti ini akan membawa nama negara dengan
hasil-hasil inovasi disamping minat pelajar dalam bidang sains serta subjek yang berkaitan
seperti kimia dan biologi.

Pendidikan STEM merupakan satu pendekatan yang semakin mendapat perhatian


oleh pihak KPM untuk diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan.
Agenda ini telah diberikan penekanan dalam dokumen Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025. Tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa kekangan untuk
mengintegrasikan Pendidikan STEM dalam kurikulum di Malaysia, antaranya ialah
kurangnya dedahan kepada guru-guru Sains dan Matematik terhadap elemen kejuruteraan
serta reka bentuk. Latihan professional yang berterusan perlu disediakan kepada guru-guru
supaya dapat melaksanakan satu PdPc STEM yang berkesan. Inisiatif ini turut dibantu oleh
Pusat STEM Negara. Dalam pada itu, kurikulum Sains dan Matematik di Malaysia juga perlu
diperhalusi kembali supaya unsur STEM yang sebenar dipastikan terdapat dalam sukatan
pembelajaran. Pengintegrasian STEM dalam PdPc perlu berlaku secara realistik, maka,
kurikulum sedia ada mestilah memberikan penekanan terhadap unsur-unsur penting
yang menyokong kebolehlaksanaan Pendidikan STEM selain konsep Sains dan
Matematik, iaitu Reka Bentuk Kejuruteraan dan Kemahiran Abad ke-21

.
Rujukan
Carla C. Johnson, E. E.-B. (2016). STEM Road Map: A Framework for Integrated STEM Education. New
York: Routledge Taylor & Francis Group.

Faridah Nazir, H. I. (2018). Wacana Penulisan. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Yahya Mohamed Ariffin, M. H. (2006). Akademik, Kerjaya dan Anda - Edisi Kedua. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributor Sdn Bhd.

What is STEM? (n.d.). Retrieved from Government of Western Australia:


https://www.education.wa.edu.au/what-is-stem

Anda mungkin juga menyukai