Anda di halaman 1dari 8

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

SEKOLAH RENDAH
KRL3033
TAJUK:
ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN HURUF BESAR DAN
HURUF KECIL DALAM PENULISAN KARANGAN
MURID-MURID TAHAP 2

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA
ALINA BINTI SARMAN

NO.MATRIK
D20112052789

NO.TELEFON
011-10769602

PENSYARAH: PROFESAR MADYA DR. ADENAN BIN AYOB

Bab 1

Pengenalan

Pendahuluan
Bab ini membincangkan latarbelakang Kajian dan Pernyataan Masalah.

Selain itu,

membincangkan Objektif Kajian dan Soalan Kajian. Seterusnya, berkaitan Kepentingan Kajian,
Batasan Kajian dan Definisi Operasional.

Latar Belakang Kajian


Kajian yang saya jalankan di salah sebuah sekolah kebangsaan di daerah Batu Pahat. Kajian
yang saya jalankan terdiri daripada murid melayu yang sederhana tahap penguasaan dalam
pelajaran. Terdapat beberapa orang murid di kelas ini yang masih belum menguasai dalam
penulisan karangan dengan baik.

Masalah dalam penulisan karangan ialah penguasaan

penggunaan huruf besar dan huruf kecil pada tempat yang sesuai masih lagi tidak dapat dikuasai
dan selalu diletakkan atau digunakan di tempat yang salah semasa menulis karangan.
Lebih ketara lagi jika murid menulis sendiri tanpa pemantauan guru seperti membuat
latihan membuat ayat atau membina sebuah karangan dalam buku latihan. Saya sebagai guru
Bahasa Melayu merasa sangat bimbang tentang masalah ini dan saya perlu membuat sesuatu
agar murid-murid ini tidak berlarutan membuat kesilapan. Oleh kerana itu, saya mengambil
keputusan untuk membuat kajian ini agar dapat membantu murid-murid ini tidak terus membuat
kesilapan dan akhirnya berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran.

Pernyataan Masalah
Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran di sekolah, saya mendapati ada beberapa
orang murid yang mempunyai masalah untuk membezakan penggunaan huruf besar dan huruf
kecil dalam penulisan karangan.

Saya dapati ramai murid menghadapi masalah yang sama setiap tahun tetapi yang agak
membimbangkan murid yang belajar di tahap dua pun masih menghadapi masalah yang sama.
Perkara ini sepatutnya tidak boleh berlaku kerana kemahiran menulis huruf besar dan huruf kecil
ini sudah diajar dan dilatih tubi semasa mereka di tahap satu lagi. Malah sejak dari tahun satu
lagi sudah ada kemahiran menulis huruf besar dan huruf kecil.

Jika disemak dan dilihat di buku latihan murid-murid tersebut, memang boleh kita lihat
kelemahan mereka dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Mereka seolah-olah tidak
tahun di mana dan bagaimana ketika dan masanya untuk menggunakan hurf besar dan huruf
kecil tersebut.

Kelemahan ini jelas dilihat ketika guru meminta murid menghasilkan sebuah karangan.
Saya dapati tempat penggunaan huruf besar yang sepatutnya diletakkan, tidak digunakan dan
ditulis dengan huruf kecil sahaja. Manakala dalam ayat yang perlu ada huruf kecil tiba-tiba
kelihatan huruf besar di sana sini.

Berdasarkan rencana yang dipetik daripada Dewan Bahasa, Mei 2012 mengatakan dalam
penulisan ada dua jenis huruf yang selalu digunakan iaitu huruf besar dan huruf kecil dan
sebenarnya tidak boleh digunakan secara sewenang-wenangnya. Dalam Bahasa Melayu ada
peraturan tertentu dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil ini.

Melalui rencana yang ditulis itu tadi, jelaslah murid-murid yang selalu melakukan
kesalahan dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil itu memang tidak tahu peraturan
penggunaannya atau pun mereka selalu leka dan cuai semasa menulis. Murid-murid ini perlu
sedar bahawa kesalahan mereka dalam kemahiran ini boleh menyebabkan penolakkan markah
dalam penulisan karangan yang mereka hasilkan.

Menurut Nik Safiah Karim Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdullah Hamid
Mahmood (2010), kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau perkara yang
umum sifatnya. Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am konkrit
dan kata nama am abstrak. Dari aspek penulisan kata nama am, huruf pertama tidak semestinya
huruf besar. Kata nama khas ialah kata yang mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu
nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan
seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.

Jika dilihat semula peraturan penggunaan huruf besar dan huruf kecil yang telah
ditetapkan oleh pengkaji-pengkaji bahasa yang perlu kita patuhi demi menjaga kesempurnaan
bahasa tersebut.

Di antara peraturan menggunakan huruf besar ialah yang pertama perlu

digunakan atau ditulis pada huruf pertama pada awal ayat dan ayat menyusul selepas noktah.

Kedua, huruf besar digunakan sebagai huruf pertama dalam petikan langsung. Contohnya
guru berkata Tolong siapkan kerja rumah yang saya beri itu. Yang ketiga, huruf besar
digunakan sebagai huruf pertama setiap unsur nama orang. Yang keempat, huruf besar digunakan
sebagai huruf pertama ganti nama untuk tuhan, iaitu Ku, Aku, Dia, Nya, Yang Maha Pemurah
dan Penyayang dan sebagainya.

Kelima, penggunaan huruf besar untuk gelaran atau jawatan seseorang. Yang keenam,
huruf besar akan digunakan sebagai huruf pertama nama jabatan, kementerian dan
seumpamanya. Hal ini juga merujuk kepada penggunaan huruf besar untuk kata ganti nama khas.

Keenam, huruf besar digunakan sebagai huruf pertama setiap gelaran kehormat, rujukan
kehormat, nama gelaran pangkat atau keturunan dan nama gelaran agama yang diikuti leh
dengan nama orang. Ketujuh, huruf besar sebagai huruf pertama sapaan dalam surat rasmi dan
sapaan tersebut tidak perlu diikuti oleh nama orang.

Yang kelapan, huruf besar juga digunakan sebagai huruf pertama nama tahun, bulan,
hari, hari perayaan dan kebesaran dan peristiwa sejarah. Yang kesembilan, penggunaan huruf
besar sebagai huruf huruf pertama nama bangsa, suku bangsa dan etnik.

Yang kesepuluh, penggunaan huruf besar sebagai huruf pertama nama atau judul buku,
majalah, akhbar, karangan atau artikel. Walau bagaimanapun kata hubung dan kata yang ada
dalam sesuautu judul atau tajuk tidak menggunakan huruf besar.

Itu adalah di antara contoh peraturan penggunaan huruf besar dan huruf kecil yang perlu
diketahui oleh semua murid. Sebenarnya banyak lagi peraturan yang perlu diketahui semasa
menjalankan aktiviti penulisan. Penggunaan huruf besar dan huruf kecil ini penting kerana
kemahiran ini adalah kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap murid agar mereka menjadi
murid yang cemerlang dalam pelajaran khususnya dalam mata pelajaran Penulisan Bahasa
Melayu.
.

Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:
i)

Mengenalpasti cara murid melakukan kesalahan penggunaan huruf besar dan huruf

ii)

kecil.
Mengatasi kesalahan penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan
karangan.

Soalan Kajian
Beberapa persoalan yang perlu difikirkan dalam mengetahui masalah yang dihadapi oleh muridmurid yang terlibat dalam penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam
penulisan ini.

i)

Bagaimanakah murid-murid melakukan kesalahan penggunaan huruf besar dan hurf


kecil dalam penulisan karangan?

ii)
Apakah halangan yang dihadapi oleh pelajar ketika menulis huruf besar dan huruf kecil dalam
perkataan dan ayat dalam pembelajaran Bahasa Melayu ?
ii)

Sejauh manakah kefahaman dan kepatuhan pelajar untuk membezakan kedudukan huruf

kecil dan huruf besar di awal atau dipertengahan perkataan ?


iii)

Adakah kaeadah yang digunakan dapat membantu murid meningkatkan kualiti dalam

penulisan ?

Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan kerana terdapat perkara-perkara penting yang perlu difokuskan supaya
murid tidak terus melakukan kesalahan dalam penulisan. Diantaranya ialah :
i)

Meningkatkan kualiti penulisan dalam kalangan murid

ii)

Mengurangkan kesilapan tatabahasa

iii)

keperluan

meningkatkan

menghadapi peperiksaan

Batasan Kajian

pencapaian

penulisan

pelajar

sebagain

persediaan

Dalam kajian ini saya hanya mengkaji masalah penguasaan kemahiran menulis dan mengeja
tulisan rumi sahaja. Menulis bermaksud kemahiran menyalin dan meniru kembali tulisan rumi
manakala mengeja bermaksud menulis kembali tulisan rumi melalui perkataan-perkataan yang
dilihat atau dipaparkan oleh guru di papan tulis atau dilembaran kerja mereka.

Kajian ini melibatkan empat orang murid tahun lima di salah sebuah sekolah di Daerah
Batu Pahat, Johor. Hasil kajian awal didapati empat orang responden yang menghadapi masalah
dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil semasa menyalin atau menulis perkataan dalam
ayat. Didapati juga ayat-ayat yang dibina dalam penulisan banyak kesalahan dan kesilapan yang
dilakukan. Maka masalah inilah yang akan saya kaji dalam kajian tindakan saya ini.

Definisi Operasional
Masalah yang dikaji adalah berkenaan dengan analisis kesalahan penggunaan menulis huruf
besar dan huruf kecil dalam penulisan, murid-murid Tahap Dua. Dalam penulisan kajian
analisis adalah penyelidikan sesuatu masalah dan persoalan secara terperinci berkaitan
penggunaan huruf besar dan huruf kecil.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga, kesalahan pula ditakrifkan sebagai perihal salah,
iaitu tidak benar, tidak betul, tidak tepat, tidak baik, tidak layak atau perbuatan yang menyalahi
hukum. Oleh itu, kesilapan bahasa bermaksud kesalahan yang tidak disengajakan, manakala
kesalahan bahasa pula dimaksudkan sebagai tidak tepat atau tidak betul.

Huruf pula selalunya berkaitan dengan satu fonem atau bunyi dalam bahasa lisan. Huruf
membolehkan manusia saling berhubung melalui surat-menyurat hingga ke merata dunia.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, huruf adalah merupakan lambang dalam sistem bunyi ( bahasa)
yang daripadanya sesuatu perkataan dalam tulisan dibentuk.

Menulis adalah perlakuan menggunakan pen, pensel atau sebarang alat tulis bagi menulis
atau menaip dengan melahirkan simbol-simbol grafik yang disusun atur berdasarkan pertuturan
yang membentuk perkataan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat. Menulis juga dapat
melahirkan perasaan dan fikiran dengan mencatat memakai huruf, membuat surat atau
mengarang.

Penulisan pula adalah melahirkan perasaan, fikiran dan idea ke dalam bentuk grafik.
Bentuk-bentuk grafik ini disusun hingga melambangkan lagi bahasa yang dapat dibaca dan
difahami. Penulisan juga melalui proses pemilihan, menyatukan, menyusun dan mengembangkan
idea ke dalam ayat dan perenggan yang efektif.

1.9

Rumusan

Permasalahan yang dikemukan ini sangat perlu dibuat kajian untuk mengatasinya kerana
masalah ini selalu berlaku di kalangan pelajar-pelajar tidak kira pelajar yang pandai atau yang
lemah. Di dapati masalah penggunaan huruf besar dan huruf kecil ini masih lagi lemah di
kalangan pelajar sekolah rendah mungkin beberapa faktor yang akan dikaji seterusnya. Semoga
langkah-langkah yang telah dirangka dapat

dilaksanakan kepada pelajar-pelajar agar

permasalahan ini tidak akan berulang lagi dan dapat memberi pengetahuan kepada guru untuk
mengatasinya pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai