Anda di halaman 1dari 25

1.

PENGENALAN Dalam Bahasa Melayu, morfologi merupakan suatu bidang ilmu yang mengkaji tentang kata dan pembentukan kata. Terdapat beberapa perkara yang dikaji dalam bidang morfologi. Antara bidang tersebut ialah cara suatu kata dibentuk, proses-proses yang berlaku dalam pembentukan kata dan bentukbentuk yang terhasil dari proses tersebut. Menurut Nik Safiah Karim (1996), morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Manakala pendapat Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1995), morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob pula menyatakan morfologi ialah kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk-bentuk kata dan bidang ilmu bahasa yang membicarakan atau mempelajari selok-belok struktur kata serta pengaruh perubahan-perubahan struktur kata terhadap golongan dan erti kata. Kata terbentuk daripada beberapa unit yang kecil.Unit tersebut dipanggil sebagai morfem.Morfem bermaksud unsur terkecil yang mengandungi

makna.Morfem ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu morfem bebas dan morfem terikat.Sebagai contoh, morfem bebas merupakan bentuk yang dapat berdiri sendiri sebagai kata sempurna seperti kalah, budak, dunia dan sebagainya. Bagi morfem terikat pula, ia merupakan kata yang tidak boleh berdiri sendiri seperti me-, mem-, meny-, dan meng-. Morfem juga boleh dinyatakan sebagai sesuatu yang bersifat abstrak.Ia bermaksud morfem tidak boleh didengar atau diujarkan. Morfem perlu ditukarkan ke dalam bentuk fizikal yang lebih konkrit. Bentuk yang dinamakan sebagai fizikal dipanggil sebagai morf.Morf mewakili morfem dalam sesuatu

bahasa.Seandainya terdapat beberapa unsur morf yang mewakili satu morfem, kumpulan morf ini dipanggil sebagai alamorf.Sebagai contoh, morfem meNmempunyai beberapa alamorf iaitu me-, men-, mem-, meny-, dan meng-.

Perbezaan alamorf ini terjadi bagi menyesuaikan bunyi-bunyi nasal dengan bunyi-bunyi awal kata dasar yang diimbuhkan dengan alamorf-alamorf tersebut.

2.0

DEFINISI PROSES PEMBENTUKAN KATA PROSES PEMBENTUKAN KATA Proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Ada perkataan yang berbentuk tunggal, misalnya perkataan satu, baik, sekolah dan panjat. Terdapat perkataan yang terbentuk hasil daripada proses Ada

pengimbuhan, misalnya perkataan berkawan, terjunam dan disarankan.

juga perkataan yang terbentuk hasil daripada pemajmukan dan penggandaan, misalnya buku tulis, gambar rajah, kertas kerja, bahan-bahan, bukit-bukau dan bantu membantu. Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat aglutinatif, iaitu jenis bahasa dan kebanyakan perkataannya terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan. Proses pembentukan yang bersifat derivatif ini dapat menerbitkan

banyak perkataan, iaitu melalui pencantuman kata dasar dengan pelbagai imbuhan yang terdapat dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh, perkataan serap apabila mengalami proses pembentukan kata dapat menerbitkan pelbagai perkataan baharu, iaitu menyerap, menyerapkan, penyerapan, terserap, menyerapi, serapan, terserapkan, daya serap, dan sebagainya. Kaedah pembentukan kata seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini tidak sama dengan pembentukan perkataan dalam bahasa yang bersifat fleksi seperti bahasa Arab. Cara membentuk dan mewujudkan perkataan dalam

bahasa tersebut adalah melalui kejadian perubahan fonem atau bunyi kata dasar bahasa itu sendiri, iaitu berdasarkan golongan kata atau kasusnya.

Secara umumnya , perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu itu wujud melalui dua sumber, iaitu melalui asal-usul bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia dan melalui sumber yang diwarisi

itu, sejumlah perkataan yang terdapat dalam bahasa Melayu telah diwujudkan sehingga hari ini. Kedua, perkataan yang dibentuk kemudian daripada itu

melalui proses-proses tertentu, antaranya seperti yang berikut:-

a. Akronim Pembentukan kata melalui akronim adalah dengan cara memendekkan atau meringkaskan perkataan yang kebanyakkannya terdiri daripada kata nama supaya mudah ditulis tau dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Proses ini banyak berlaku dalam bahasa Melayu pada hari ini. Contohnya:JAIS Jabatan Agama Islam Selangor IPBA Institut Perguruan Bahasa bahasa Antarabangsa IPG Institu Pendidikan Guru UPSI Universiti Sultan Idris

b. Analogi Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan mengiaskan kata baharu dengan bentuk kata yang telah seia ada yang telah digunakan sejak dahulu. Misalnya, perkataan tatabahasa memang telah sedia ada dan melalui proses analogi, diciptakan pula bentuk-bentuk seperti tatatertib, tatacara, dan tatahias. Contoh perkataan lain yang dibentuk melalui proses ini adalah seperti berikut:_ Prasangka prasarana, prasekolah, prauniversiti Jurunikah juruwang, juruaudit, juruacara, juruhebah Lelabah gegel;ang, jejari, rerambut c.Peleburan Fonem

Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan cara menggabungkan perkataan agar menjadi suku kata dengan fonem-fonem tertentu. meleburkan atau menggugurkan Misalnya perkataan benda + alir menjadi bendalir

terbentuk setelah satu fonem vokal / a / digugurkan.

d. Peluasan Makna Pembentukan perkataan dengan cara ini adalah dengan mengambil kata-kata yang telah sedia ada dan kemudiannya diperluaskan maknanya dalam hal-hal lain. Misalnya, perkataan , family dalam bahasa Inggeris bermakna keluarga tetapi perkataan i i telah diperluaskan maknanya menjadi famili yang bukan sahaja merujuk kepada manusia, malahan kepada haiwan juga.

e.Pemberian Makna khusus Dalam proses ini sesuatu perkataan atau istilah itu dibentuk dengan cara mengambil kata-kata yang telah sedia ada lalu diberi makna khusus atau dijadikan istilah. Misalnya, perkataan surih pada asalnya bermaksud bekas atau nkesan yang dilalui oleh sesuatu seperti jalan yang dilalui oleh siput di atas daun pisang. Melalui pemberian itu makna khusus, surih juga membawa maksud meniru atau melukis peta.

f.Peminjaman Kata Peminjaman kata melalui proses ini sangat lusa digunakan dalam bahasa Melayu dan bahasa-bahasa yang lain. Bahasa Melayu banyak meminjam

perkataan daripada bahasa Ingggeris dan bahasa Arab sehingga perkataan tersebut menjadi sebati dengan penutur bahasa Melayu itu sendiri. Proses ini berlaku salam sesuatu bahasa disebabkan dalam bahasa tersebut tidak terdapat

perkataan atau istilah sedemikian. Contoh peminjaman kata daripada bahasa lain: element elemen mengisteate majistret diplomat diplomat

g. Penambahan Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan memberikan penambahan kepada kata akar suku kata dengan perkataan lain yang terdiri daripada satu suku kata juga. Bentuk kata jenis ini telah sebati dalam masyarakat penutur bahasa Melayu. Contohnya, kata akar satu suku kata bu merujuk kepada benda yang berbentuk bulat kemudian ditambah pula satu suku kata yang lain untuk menunjukkan benda0benda tertentu yang berbentuk bulat seperti contoh yang berikut: bu + kit bukit bu + lan bulan bu + luh buluh

h. Penciptaan Pembentukan kata melalui proses penciptaan bermaksud kata-kata baharu dicipta atau dihasilkan tanpa disandarkan kepada perbendaharaan kata yang sedia ada. Dalam proses ini, perkataan dicipta berdasarkan makna yang

ditimbulkan oleh masyarakat atau dikiaskan kepada sesuatu benda. Misalnya , perkataan kiwi merujuk kepada nama sejenis burung di New Zealand. Daripada

makna tersebut, dicipta pula perkataan mengiwi yang bermaksud perbuatan menggilap dan mengilatkan kasut menggunakan bahan khas

i. Penggemblengan Bernama Baerita Nasional Malaysia Proton Perusahaan Otomotif Negara

j. Penyempitan Makna Pembentukan kata jenis ini dilakukan dengan cara mengambil kata yang telah sedia ada dan kemudiannya disempitkan maknanya untuk merujuk kepada sesuatu yang lebih umum. Misalnya, perkataan tuan puteri mempunyai makna yang khusus, iaitu panggilan bagi wanita bangsawan atau wani ta keturunan raja. Sebaliknya , pada hari ini terdapat perkataan tuan sahaja yang merujuk kepada lelaki yang patut dihormati. Malahan, jika panggilan ini digunakan dalam urusan surat menyurat rasmi, ia boleh merujuk kepada panggilan hormat bagi lelaki dan perempuan.

k.Penyingkatan Melalui proses penyingkatan ini, perkataan- perkataan tertentu dipendekkan apabila ditulis dan sering pula dianggap sebagai satu perkataan sahaja seperti contoh yang berikut: tv televisyen Dr. Doktor Prof. Profesor

Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal, terbitan, majmuk dan gandaan. Setiap bentuk tersebut mempunyai cara

pengejaannya yang tersendiri serta membawa makna yang khusus sebagai rujukan. Sebagai contoh, bentuk perkataan gelung, golong, dan gulung tidak boleh disalahgunakan dalam struktur ayat kerana perkataan itu sudah jelas memberikan makna yang berbeza. Perkataan gelung merujuk kepada bendabenda yang berlingkar, lengkung atau ikal seperti tali, rotan dan rambut. Perkataan golong bermaksud mengasingkan ke dalam kumpulan tertentu. Gulung pula membawa maksud benda yang berlembar-lembar atau berutas-utas yang dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat atau bulat panjang. Dalam

struktur ayat, kesemua perkataan ini tidak boleh ditukar ganti kehadirannya dalam ayat kerana setiap perkataan berbeza dari segi makna.

3.0

PROSES PEMBENTUKAN KATA Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu iaitu proses pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim.

Proses Pembentukan Kata

Pengimbuhan

Akronim

Pemajmukan

Penggandaan

3.1

PROSES PENGIMBUHAN

Kata terbitan ialah perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu dengan menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Merujuk kepada

kedudukannya dengan kata dasar, imbuhan terbahagi kepada empat jenis iaitu (i) awalan, yang hadir sebelum kata dasar, (ii) akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, (iii) apitan yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu di awal dan akhir kata dasar, dan (iv) sisipan, yang hadir di celahan kata dasar.

Imbuhan-imbuhan tersebut membentuk pelbagai jenis kata terbitan, iaitu kata nama terbitan dan kata adjektif terbitan. Setiap jenis kata terbitan ini dibentuk oleh imbuhan-imbuhan tertentu. Awalan-awalan peN-, peR-, pe-, ke-, juru-, maha-, dan tata- contohnya, membentuk kata nama terbitan. Akhiran imbuhan yang membentuk kata nama, iaitu an, -wan, -wati, dan sebagainya. Antara imbuhan yang membentuk kata kerja pula ialah awalan-awalan meN-, beR-, ter- dan di- serta akhiran kan dan i. Jumlah apitan juga banyak dalam bahasa Melayu, misalnya peN--an, ke--an, pe-an, dan peR--an yang membentuk kata nama; dan meN--kan, beR-..-kan, meN--kan, meN--i, dan mempeR--kan yang membentuk kata kerja.

Proses

yang

menggandingkan

imbuhan

pada

kata

dasar

untuk

membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif.

Jadual dibawah akan menerangkan pembentukan kata nama terbitan berawalan pen- dengan lebih terperinci.

Bentuk awalan penKaedah pembentukan kata terbitan

Contoh

Kata dasar

Kata Terbitan

Pe-

Diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf l,m,n, ny, ng, r dan w.

Ragut Warna Main

Peragut Pewarna Pemain

Imbuhan ini juga diletakkan

Kunci

Pengunci Pemegang

didepan kata dasar yang bermula Pegang dengan huruf k, p, t, dan s. Tetapi huruf pertama kata dasar tersebut digugurkan dan digantikan dengan bentuk sengau yang sama daerah artkulasinya dengan huruf yang pertama. Iaitu ; ng = k m=p n=t ny = s Tampar Soal

Penampar Penyoal

Pem-

Awalan ini diimbuhkan dihadapan kata dasar yang bermula dengan huruf b, f dan v serta gugusan konsonan yang bermula dengan huruf b dan p.

Beli Fitnah Varnis Proses

Pembeli Pemfitnah Pemvarnis Pemproses

Pen-

Awalan ini diimbuhkan dihadapan kata dasar yang bermula dengan huruf c, d, j, sy dan z serta kata pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s.

Cedok Jemput Syarah Zina

Pencedok Penjemput Pensyarah Penzina

Peng-

Awalan ini diimbuhkan dihadapan kata dasar yang bermula dengan huruf vokal, huruf h, g, kh dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf k.

Gigit Hantar Khayal Olah Intip

Penggigit Penghantar Pengkhayal Pengolah Pengintip

Penge-

Awalan ini diimbuhkan pada kata dasar yang berekasuku kata.

Bom Cat

Pengebom Pengecat

Gong Teck Chong menyatakan setiap awalan pen- mendukung makna tertentu. Makna makna tersebut ialah ;

Makna yang didukung awalan penOrang yang melakukan sesuatu. Orang yang menjawat tugas. Orang yang suka akan sesuatu. Orang atau benda yang memiliki sifat kata dasar. Alat untuk melakukan sesuatu. Ukuran hasil daripada melakukan sesuatu. Makna abstrak

Contoh Pembaca, Pemburu, Penyamun Pengawas, Pengarah, Pelakon Penzina, Penjudi, Pemikir Pemarah, pemabuk, penyabar

Penyapu, Pengelap, Pemadam Pelaung, Penanak, Pelontar

Penunjuk, pendapat

Selain awalan pen- yang telah dinyatakan, terdapat beberapa awalan kata nama lain dalam Bahasa Melayu. Antara awalan yang dimaksudkan ialah pe-, per-, ke- dan juru- .

Akhiran Kata Nama Akhiran an adalah satu satunya akhiran asli yang menbentuk kata nama dalam bahasa Melayu (Goh Teck Chong, 2008). Kata dasar yang menerima imbuhan ini membawa pelbagai makna yang berbeza. Jadual dibawah akan menunjukkan makna yang didukung oleh kata dasar tersebut ;

Maksud Hasil daripada melakukan maksud yang terkandung dalam kata dasar. Menunjukkan maksud kawasan atau bidang yang luas. Sesuatu yang banyak

Contoh Ejekan = hasil ejekan Ulasan = hasil ulasan Darat = daratan Hamparan = hamparan Longgok = longgokan Timbun = timbunan

Membawa maksud alat

Acuan = alat untuk mengacu Usung = alat untuk mengusung

Membawa maksud orang atau haiwan atau benda yang menjadi penderita kerja. Membawa maksud sesuatu yang mempunyai sifat yang terkandung pada kata dasar. Tempat melakukan sesuatu Ukuran atau kiraan

Buru = buruan Tawan = tawanan Rampas = Rampasan Asinan = sesuatu yang masin Bulatan = sesuatu yang bulat Manisan = sesuatu yang manis Kurung = kurungan Mingguan = kiraan berdasarkan minggu

Apitan Kata Nama Terdapat empat apitan kata nama iaitu, pen-...-an, pe-... an, per-...an dan ke-...-an. Apitan Kata Nama pen- ... an. Seperti awalan kata nama, apitan kata nama pen-...-an juga mempunyai lima cabang iaitu pe-...-an, pem-...-an, pen-...-an, peng-...-an dan penge-...-an. Kaedah pengabungan apitan ini serupa dengan kata awalan pen-. Kata nama terbitan daripada apitan ini mempunyai kaitan dengan kata kerja yang menerima imbuhan awalan me-, men-, mem-, menge- dan meng-. Contohnya dapat dilihat dalam jadual dibawah. Me- (merundingkan) Mem- (membiayai) Men- (mendahulukan) Meng- (menguruskan) Menge- (mengesahkan) Pe- (perundingan) Pem- (pembiayaan) Pen- (pendahuluan) Peng- (pengurusan) Penge- (pengesahan)

Apitan pen- ... an membawa makna tertentu seperti yang boleh dilihat didalam jadual berikut. Contoh Makna Kata dasar Dalam Proses atau perbuatan mengerjakan maksu yang terkandung dalam kata dasar. Kilang Kata terbitan Pendalaman (proses mendalamkan) Pengilangan (perbuatan mengilang)

Alam Hasil perbuatan Tahu

Pengalaman (sesuatu yang dialami) Pengetahuan (hasil yang diketahui)

Darat Tempat perbuatan Inap

Pendaratan (tempat mendarat) Penginapan (tempat untuk menginap)

Apitan Kata Nama pe- ... an Kata nama terbitan yang terhasil daripada apitan ini agak terhad jumlahnya. Peperangan, peperiksaan, perkarangan dan petempatan merupakan antara contoh kata terbitan yang terhasil daripada imbuhan apitan ini. Seperti apitan kata nama yang lain, imbuhan apitan ini juga mendukung beberapa makna. Ini dapat dilihat dalam jadual dibawah.

Maksud Tempat sesuatu dikerjakan atau tempat yang khusus. Menunjukkan makna hal yang terkandung dalam kata dasar. Apitan Kat Nama per- ... an

Contoh Pedalaman (tempat yang kedudukannya jauh dari pantai.) Peperangan (hal berperang)

Apitan ini boleh bergabung dengan mana- mana kata dasar. Kata nama terbitan ini juga mempunyai kaitan dengan kata kerja yang berawalan ber-. Contoh ;

Beralih Bekerja Belajar

Peralihan Pekerjaan Pelajaran

Apitan per-... an membawa dua maksud iaitu untuk menunjukkan tempat dan untuk menunjukkan makna hal yang berkaitan dengan kata dasar atau hasil daripada melakukan maksud kata dasar.

Apitan Kata Nama ke-...-an. Apitan ini biasanya bergabung dengan kata dasar daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif untuk membentuk kata nama yang bersifat abstrak. Apitan ini mendukung beberapa makna. Antara makna tersebut ialah untuk menunjukkan hal atau keadaan yang terkandung dalam kata dasar, untuk menunjukkan tempat dan juga untuk menunjukkan hasil daripada sesuatu.

Sisipan Kata Nama Goay Teck Chong ada menyatakan bahawa bentuk sisipan yang membentuk kata nama ialah el-, -er- dan em-. Menurut beliau juga,kata

terbitan bersisipan ini membawa maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya ;

-elGembung Saput Gelembung Selaput

-emGuntur Kuncup Gemuntur Kemuncup

-erCucuk Gigi Cerucuk Gerigi

3.2

PROSES PEMAJMUKAN Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar, dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, misalnya: kapal terbang, gambar rajah dan terima kasih.

Menurut Abdullah Hassan, proses pemajmukan ialah penggabungan dua atau lebih perkataan bagi membentuk kata nama lain yang berfungsi sebagai satu perkataan. Ada dua cara kata nama majmuk dibentuk, iaitu ; endosentrik eksosentrik

Endosentrik Kata nama majmuk yang terbentu melalui endosentrik ini terbentuk mengikut hukum sintaksis dalam bahasa Melayu. Kata nama majmuk ini mengikut hukum D-M. Hukum D M ini bermaksud yang diterangkan mendahului yang menerangkan. Contoh kata nama majumuk yang terhasil mengikut bentuk ini ialah ;

Anakanda Ketua menteri

Baja butir Padang ragut

Menteri besar Rumah rehat

Terdapat satu lagi bentuk kata nama majmuk yang terhasil mengikut cara endosentrik ini, Namun cara ini tidak mematuhi sistem sintaksis Bahasa Melayu. Hal ini kerana, bentuk ini terhad pada kata nama majmuk yang dipinjam daripada

bahasa asing, dimana susunannya tidak mematuhi hukum DM, tetapi hukum MD. Contoh kata tersebut ialah ;

Bumiputera

Perdana menteri

Kata nama majmuk yang terbentuk secara eksosentrik pula hanya berlaku kepada kata nama majmuk yang terbentuk daripada dua unsur ayat yang mempunyai rentetan kata kerja + objek atau pelengkap. Contohnya ;

Kajibumi Kaji (kata kerja) Bumi (pelengkap)

3.3

PROSES PENGGANDAAN Bentuk kata yang terakhir ialah kata ganda. Kata ganda ialah perkataan yang mengalami pengulangan pada kata dasarnya, sama ada secara sepenuh, separa atau berentak. Penggandaan penuh bermaksud pengulangan sepenuh sesuatu kata dasar, contohnya cantik-cantik dan mata-mata.Penggandaan separa bermakna pengulangan sebahagian daripada kata dasar sahaja, yang boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan.Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal biasanya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya, dan letak gandanya pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan itu mengalami proses pelemahan, menjadikannya vocal e pepet. Misalnya, lakilalakilelaki.

Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar yang berimbuhan hanya menggandakan kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan, dan berlaku hanya pada kata kerja dan kata adjektif tertentu.Bentuk gandaan separa boleh terletak di bahagian belakang kata dasar, misalnya berturut-turut dan mencaricari atau bahagian kata dasar, contohnya bantu-membantu dan cinta-mencintai.

Penggadaan berentak pula ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi yang tertentu dalam kata dasar. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Penggandaan ini berlaku sama ada melalui pengulangan vokal, contohnya kuih-muih, tungkus-lumus; melalui pengulangan konsonan misalnya simpang-siur dan mandi-manda Menurut Goay Teck Chong, penggandaan ialah proses menggandakan kata dasar untuk membentuk kata ganda. Beliau juga menyatakan bahawa terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.

Penggandaan Kata Nama Penggandaan kata nama ini melibatkan ketiga tiga proses penggandaan. Sama ada penggandaan penuh, penggandaan separa ataupun penggandaan seretak.

Penggandaan penuh Dalam penggandaan ini, kata dasar nama boleh terdiri daripada kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk. Penggandaan penuh kata nama tunggal terbahagi kepada dua iaitu; penggandaan kata nama tunggal tanpa imbuhan. penggandaan kata nama tunggal dengan imbuhan an.

Penggandaan penuh kata nama terbitan pula terbentuk daripada kata nama yang berawalan, berapitan, berakhiran ataupun bersisipan.

Penggandaan penuh kata nama majmuk pula dipengaruhi oleh bentuknya. Kata nama majmuk yang dieja bercantum akan digandakan keseluruhannya. Contohnya perkataan jawatankuasa, apabila digandakan akan menjadi jawatankuasa jawatankuasa. Manakala bagi kata nama majmuk yang dieja terpisah, penggandaan hanya akan berlaku pada bahagian awalnya sahaja.

Sebagai contoh perkataan alat tulis, apabila digandakan akan menjadi alat alat tulis.

Penggandaan Separa Penggandaan separa terhadap kata nama muncul daripada kata dasar yang tergolong dalam kata nama dan kata kerja.

Penggandaan Berentak Penggandaan berentak terhadap kata nama muncul daripada kata dasar yang tergolong sebagai kata nama.

Makna Kata Nama Ganda Jadual ini akan menunjukkan maksud jenis jenis kata nama ganda.

Makna Penanda jamak Penanda nama haiwan Makna kesamaan atau keserupaan Penanda kepelbagaian jenis Penanda tidak tahu

Contoh Kata Ganda Buku buku, meja meja Labi labi, kura kura Orang = Orang orang Kuih = Kuih muih Mana = Mana - mana

Kata Akronim

Mengikut Tatabahasa Dewan,turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.

Contohnya : ABIM Bernama Kugiran - Angkatan Belia Islam Malaysia - Berita Nasional Malaysia - kumpulan gitar rancak

Cara Menulis Kata Akronim Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada cara pembentukkannya.

Ditulis dengan huruf besar seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas.

Contohnya : ABIM UMNO Angkatan Belia Islam Malaysia United Malay National Organisation

Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.

Contohnya : tabika - taman bimbingan kanak-kanak purata - pukul rata kugiran - kumpulan gitar rancak

Ditulis bermula dengan huruf besar Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar. Contohnya : Bernama Intan Proton Berita Nasional Malaysia Institut Tadbir Awam Negara Perusahaan Otomobil Nasional

4.0

ANALISIS RENCANA AKHBAR

5.0

REFLEKSI

6.0

RUJUKAN

http://pgsrkent08.edublogs.org/2012/01/29/proses-pembentukan-kata/

Anda mungkin juga menyukai