Anda di halaman 1dari 27

1.

0 PENDAHULUAN
Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di negara kita. Sebagai rakyat yang mencintai
negara, kita mestilah menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian
terutamanya semasa berkomunikasi. Bahasa Melayu sememangnya amat menitik
beratkan unsur tatabahasa supaya tiap-tiap perkataan mempunyai maksud yang
tersendiri dan mudah untuk difahami. Dalam bidang linguistik am, terdapat beberapa
kajian tatabahasa yang mesti kita difahami seperti psikolinguistik, fonetik, sintaksis dan
morfologi.

Bahasa Melayu juga antara satu bahasa di dunia yang tergolong dalam jenis
bahasa aglutinatif atau dianggap sebagai bersifat derivatif. Jenis bahasa sebegini
selalunya bermaksud sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu ini
berkembang melalui proses pengimbuhan. Pengimbuhan yang di sebut ialah
merupakan penggabungan morfem dengan kata dasar. Hasil daripada pembentukan
pelbagai bentuk ini akan dirangkaikan untuk menghasilkan perkataan dan binaan ayat-
ayat yang lebih gramatis. Selain itu, ia juga dapat berfungsi dalam menyampaikan
maksud dan juga digunakan sebagai alat komunikasi.

Bahasa Melayu sering dianggap sebagai bahasa yang mudah untuk dimuridi. Ini
disebabkan bahasa Melayu mempunyai konsep morfologi dan sintaksis yang ringkas
dan mudah untuk difahami. Morfologi dalam bahasa Melayu lebih tertumpu antara
gabungan morfem dan proses pengimbuhan, pemajmukan serta penggandaan dalam
menghasilkan pelbagai jenis frasa. Gabungan frasa dan klausa pula akan membentuk
ayat dasar yang menjadi asas kepada pembentukan ayat-ayat yang lain. Oleh itu,
terhasillah jenis-jenis ayat yang berbagai-bagai seperti ayat seru, ayat tanya, ayat
perintah dan ayat penyata serta ayat aktif dan ayat pasif.
2.0 DEFINISI DAN KONSEP
MORFOLOGI
2.1 PENGENALAN

Melalui pengajian Pengantar Bahasa Melayu, terdapat bidang yang penting yang perlu
kita muridi untuk menguasai Bahasa Melayu iaitu bidang morfologi. Maksud morfologi
mengikut Kamus Dewan edisi ketiga adalah sebagai kajian tentang pembentukan kata
dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan dan pemajmukan. Morfologi juga
dikaitkan dengan kajian tentang struktur dan bentuk sesuatu perkataan.

Kajian morfologi lebih tertumpu kepada kata berdasarkan takrif morfologi. Unsur
yang dikenali sebagai morfem yang membentuk perkataan. Dalam bidang morfologi,
morfem merupakan unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang
menjalankan tugas nahu, serta tidak dapat dipecah-pecahkan lagi. Terdapat dua jenis
morfem, iaitu morfem bebas serta morfem terikat. Morfem terikat merupakan morfem
yang tidak dapat berdiri sendiri dan hanya wujud bersama-sama dengan morfem lain
manakala morfem bebas pula ialah morfem yang dapat berdiri sendiri dalam ayat.

Sesuatu perkataan yang terbentuk mungkin terdiri daripada satu, dua, tiga atau
lebih morfem. Misalnya, perkataan main merupakan satu morfem, tetapi perkataan
‘bermain’ dan ‘permainan’ terdiri daripada dua dan tiga morfem, iaitu ‘ber + main’ dan
‘per + main + an’. Hal ini jelas menunjukkan bahawa imbuhan juga merupakan morfem
dan disebut sebagai morfem terikat, manakala kata dasar pula disebut sebagai morfem
bebas.
2.2 KONSEP MORFOLOGI

Morfologi adalah bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara


pembentukan perkataan-perkataan tersebut. Morfologi juga merupakan bidang ilmu
bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata. Struktur kata membawa
maksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang tulisan yang menjadi unit bahasa
yang bermakna. Bentuk kata pula merujuk kepada unit tatabahasa, sama ada
berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan
penggandaan perkataan. Manakala golongan kata pula merupakan proses
mengkategorikan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dengan
anggota lain dalam golongan yang sama. Oleh itu, morfologi bahasa Melayu
merupakan bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata dalam bahasa
Melayu.

Abdullah Hassan (2006) mengatakan, morfologi merupakan satu bidang ilmu


yang mengkaji bentuk perkataan. Istilah ini dipinjam daripada kajian tentang bentuk
tubuh haiwan dan tumbuhan dalam biologi. Konsep bentuk ini diterapkan kepada
bentuk perkataan bahasa yang digunakan manusia.
          
          Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) pula menginterpretasikan konsep
morfologi sebagai satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan
dan cara-cara pembentukkannya.

       Teori morfologi adalah satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soalan
yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan
makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata menurut Siti Hajar Hj.Husin Abdul
Aziz(1996).

Secara umumnya, semua perkataan ialah morfem, tetapi tidak semua morfem
ialah perkataan. Perkataan merupakan unit bebas yang ada makna dan dapat berdiri
sendiri. Misalnya, ayat Ini kemeja kakak saya, terdiri daripada empat patah perkataan.
Kesemua perkataan ini boleh berdiri sendiri dan mempunyai makna, iaitu ‘ini’
bermaksud kata ganti nama tunjuk untuk menunjukkan tempat yang dekat, ‘kemeja’
merujuk kepada kata nama am bagi pakaian, ‘kakak’ juga ialah kata nama am yang
merujuk kepada perempuan yang mempunyai adik dalam adik beradik, manakala ‘saya’
pula ialah kata ganti nama diri orang pertama. Justeru, morfem terikat tidak
mengandungi makna dan tidak boleh berdiri sendiri. Maknanya hanya hadir apabila
morfem tersebut digabungkan atau diimbuhankan kepada morfem bebas. Proses
penyusunan dan penggabungan morfem ini sememangnya perlu mematuhi peraturan
sistem morfologi sesuatu bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa seperti bahasa
Melayu, kebiasaannya proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.

Terdapat istilah berkaitan morfem yang perlu kita tahu, iaitu morf dan alomorf.
Sebagai contoh, ayat Mempunyai kulit yang sihat itu memakan masa bertahun
lamanya, terdiri daripada ‘mem’, ‘punya’, ‘i’, ‘kulit’, ‘yang’, ‘sihat’, ‘itu’, ‘me’, ‘makan’,
‘masa’, ‘ber’, ‘tahun’, ‘lama’, ‘nya’, iaitu sebanyak empat belas morfem. Unit-unit morfem
yang telah direalisasikan itu disebut morf, elemen dalam bentuk kata yang kita dengar
dalam pertuturan seharian. Misalnya, perkataan ‘memakan’, morfnya ialah ‘me +
makan’ dan ‘bertahun’ morfnya ialah “ber + tahun’. Tegasnya di sini, morf disebut
sebagai satuan gramatikal terkecil yang didengar dalam pengucapan. Manakal alomorf
pula ialah variasi yang terdapat dalam morfem terikat. Dalam bahasa Melayu,
kebanyakan morfem terikat kebiasaannya mempunyai sekurang-kurangnya satu
alomorf. Sebagai contoh, morfem awalan ‘di-‘ hanya mempunya satu alomorf, iaitu ‘di-‘
itu sendiri, sebaliknya morfem ‘me-‘ mempunyai enam alomorf, iaitu ‘me-‘, ‘mem-‘,
‘men-‘, ‘meng-‘, ‘meny-‘ dan ‘menge-‘.
2.3 PROSES PEMBENTUKAN KATA

Sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat hasilkan ayat dan ujaran
dalam sesuatu bahasa itu diterangkan dalam proses pembentukan kata ini. Terdapat
perkataan yang berbentuk tunggal, misalnya perkataan satu, bijak, universiti dan panjat.
Ada juga perkataan yang terbentuk hasil daripada proses pengimbuhan, misalnya
perkataan berkawan, makanan, dan disarankan. Terdapat juga perkataan yang terhasil
daripada pemajmukan dan penggandaan, contohnya buku cerita, gambar rajah, kertas
kerja, alat-alat, gunung-ganang dan bantu-membantu.

Bahasa Melayu adalah antara bahasa di dunia yang bersifat aglutinatif, iaitu
sejenis bahasa yang kebanyakan perkataannya terbentuk melalui proses pengimbuhan,
iaitu penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan. Proses pembentukan
yang bersifat derivatif ini boleh menerbitkan banyak perkataan, terutamanya melalui
percantuman kata dasar dengan pelbagai imbuhan yang terdapat dalam bahasa
Melayu. Sebagai contoh, perkataan ‘main’ apabila mengalami proses pembentukan
kata dapat menerbitkan pelbagai perkataan baharu, iaitu ‘bermain’, ‘memainkan’,
‘mainan’, ‘permainan’, ‘dimainkan’, ‘dimain’, ‘termain’, dan sebagainya.

Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ini wujud melalui dua sumber


umumnya, iaitu melalui asal usul bahasa Melayu itu sendiri dan melalui proses-proses
tertentu. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia dan melalui
sumber yang diwarisi itu, iaitu merupakan asal usul bahasa Melayu itu sendiri,
sejumlah perkataan yang terdapat dalam bahasa Melayu telah diwujudkan sehingga
hari ini. Sumber yang kedua pula merupakan perkataan yang dibentuk melalui proses-
proses tertentu, antaranya seperti yang berikut:

(a) Akronim
(b) Analogi
(c) Peleburan fonem
(d) Peluasan makna
(e) Pemberian makna khusus
(f) Peminjaman kata
(g) Penambahan

Proses pembentukan kata dalam morfologi terbahagi kepada beberapa golongan yang
boleh kita lihat. Antaranya ialah:

(a) Golongan perkataan yang dibahagikan kepada empat jenis iaitu:


i. Kata Tunggal
ii. Kata Majmuk
iii. Kata Ganda
iv. Kata Terbitan

(b) Golongan kata nama dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu:


i. Kata Nama Khas
ii. Kata Nama Am
iii. Kata Ganti Nama

(c) Golongan kata kerja iaitu yang terdiri daripada:


i. Kata kerja Tak Transitif
ii. Kata Kerja Transitif

(d) Golongan kata adjektif yang terdiri daripada:


i. Kata adjektif perasaan
ii. Kata adjektif ukuran

(e) Kata tugas iaitu perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk
mendukung sesuatu tugas tertentu.
i. Kata Hubung Gabungan
ii. Kata Hubung Pancangan
iii. Kata Pemeri

3.0 DEFINISI DAN KONSEP


SINTAKSIS
3.1 PENGENALAN

Penelitian terhadap himpunan tulisan sesuatu bahasa tidak lengkap jika kita tidak
meneliti sintaksis. Bidang kajian sintaksis adalah tentang tatacara binaan serta cara
frasa, klausa dan ayat dibentuk. Noam Chomsky telah melopori bidang kajian sintaksis
ini seperti yang dibicarakan oleh beliau dalam buku syntactic Structure yang akhirnya
melahirkan pengajian am tatabahasa transformasi generatif oleh Frank Parker (1994).

Rumus pembinaan unsur objek dan predikat sebagai penentu pembentukan ayat
dalam sesuatu ayat juga dilihat dalam bidang sintaksis, tidak hanya tertumpu kepada
kehadiran jenis dan ragam ayat sahaja. Selain itu, ciri-ciri lain yang dilihat dalam
pembinaan ayat adalah penanda tatabahasa. Dalam pembinaan ayat, antara penanda
tatabahasa yang sering dilihat, adalah penanda kala, penanda kasus dan unsur
keserasian. Penanda kasus memainkan peranan penting dalam menentukan
kegramatisan sesuatu ayat terutamanya dalam bahasa Inggeris, tetapi bahasa Melayu
tidak mempunyai unsur sedemikian.

Dalam bahasa Melayu juga tiada penanda kala atau masa seperti dalam bahasa
Inggeris (past tense) tetapi sebaliknya, bahasa Melayu menggunakan perkataan
sedang, sudah dan akan untuk tentukan waktu sesuatu kerja itu dilakukan. Unsur
keserasian juga penting kerana tanpa memperlihatkan unsur keserasian, ayat yang
dibentuk tidak akan menjadi gramatis.
3.2 KONSEP SINTAKSIS

Sintaksis boleh didefinisikan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,
struktur dan binaan serta konstruksi ayat. Kajian tentang sintaksis juga merangkumi
hukum atau rumus tatabahasa berdasarkan kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan dan golongan perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

Menurut Nik Safiah Karim (2006), sintaksis adalah suatu kajian mengenai rumus
tatabahasa yang mengkaji kaedah pengabungan dan penyusunan perkataan untuk
membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

Dr Ali Mahmood dan Munsyi Zainal Abidin Kasim pula menerangkan bahawa
sintaksis ialah satu cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan konstruksi ayat.

Sintaksis adalah suatu bidang linguistik yang mengkaji proses-proses pembinaan


ayat menurut Samsu Yaacob. Frasa dan klausa merupakan unsur yang terdapat dalam
binaan sintaksis. Bagi menghasilkan ayat yang boleh berfungsi dan bermakna perlunya
gabungan antara frasa dan klausa.

Berdasarkan berbagai-bagai definisi, dapat disimpulkan bahawa sintaksis


merupakan suatu kajian ayat-ayat dibentuk bermula dengan penyusunan perkataan
untuk membentuk frasa, klausa dan menjadi ayat.
3.3 STRUKTUR BINAAN FRASA, KLAUSA DAN AYAT
Rajah: Tatatingkat sintaksis.
3.3.1 FRASA
Frasa merupakan unit yang boleh terdiri daripada satu susunan kata yang
mengandungi sekurang-kurangnya dua patah perkataan ataupun satu patah perkataan
yang boleh diperluas menjadi dua patah perkataan atau lebih. Frasa tidak mengandungi
subjek dan predikat berbeza dengan klausa.

Berdasarkan Azahar Bahari (2009), frasa boleh berkembang dan


diperluas. Walaupun ada ketikanya, frasa boleh sahaja terdiri daripada satu perkataan
tetapi frasa juga dapat diperkembang menjadi unit yang mengandungi dua perkataan
atau lebih.
Manakala menurut Asraf (2008) pula, frasa merupakan sepatah kata atau lebih
daripada sepatah kata yang dapat dijadikan sebagai subjek atau predikat atau objek
dalam sesuatu ayat.
Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis frasa iaitu:
(a) Frasa Nama(FN)
(b) Frasa Kerja (FK)
(c) Frasa Adjektif (FA)
(d) Frasa Sendi (FS)
3.3.2 KLAUSA
Klausa pula merupakan satu rangkaian perkataan yang terdiri daripada subjek
dan predikat seperti contoh yang berikut :

1. dia / tidak hadir


2. rambutnya / basah
3. mereka / minum

Contoh di atas dapat memberikan maksud klausa, iaitu satu binaan yang terdiri
daripada subjek dan predikat. Subjek bagi klausa di atas ialah dia, rambutnya dan
mereka. Predikatnya pula ialah hadir, basah dan minum. Jika klausa tersebut disebut
dengan intonasi yang sempurna, iaitu dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, klausa
tersebut boleh bersifat sebagai ayat lengkap seperti contoh yang berikut:

1. Dia tidak hadir.


2. Rambutnya basah.
3. Mereka minum.
Terdapat dua jenis klausa iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas yang menjadi
konstituen kepada ayat. Klausa bebas merupakan klausa yang boleh berdiri sendiri
sebagai ayat yang lengkap, manakala klausa yang tak bebas tidak dapat berdiri sendiri
kerana maknanya perlu bergantung pada klausa bebas. Lihat contoh ayat yang berikut :

4. Dia tidak hadir jika tidak mendapat keizinan.


5. Rambutnya basah kerana hujan lebat.
6. Mereka minum apabila tiba masanya.

Ayat di atas terdiri daripada dua-dua klausa tersebut iaitu klausa bebas dan
klausa tak bebas. Ayat dia tidak hadir, rambutnya basah dan mereka
minum merupakan klausa bebas yang terbentuk dalam ayat yang mengandungi klausa
lain, iaitu jika tidak mendapat keizinan, kerana hujan lebat dan apabila tiba masanya.
Justeru, klausa bebas itu boleh berdiri sendiri dan dinamakan juga klausa utama
manakala klausa yang didahului dengan kata hubung jika, kerana dan apabila itu pula
dinamakan klausa tak bebas. Ini kerana maknanya tidak lengkap jika tidak disertai oleh
klausa utama. Maksudnya, klausa tak bebas ialah klausa yang dipancangkan kepada
klausa utama dalam satu binaan ayat yang lengkap.
3.3.3 AYAT
Dalam kajian bahasa, ayat merupakan unsur yang paling penting dan ia
merupakan tahap tertinggi dalam penulisan dan komunikasi bahasa Melayu. Setiap
bahasa di dunia ini mempunyai pelbagai bentuk dan bilangan ayat yang tidak terhad.
Ayat ini juga merupakan susunan yang ada hujung ayat dan pangkal ayat yang mudah
difahami dan dihadam oleh pembaca atau pendengar kerana ia merupakan kumpulan
perkataan yang telah lengkap dan sempurna maksudnya.
Mengikut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2006), ayat boleh didefinisikan
sebagai apabila kita bercakap, kita menggunakan perkataan yang kita susun hingga
menjadi ayat. Ada juga ayat yang terdiri daripada dua patah perkataan sahaja.
Menurut Asmah Haji Omar pula, ayat merupakan unit tertinggi dalam tatabahasa
bahasa Melayu. Ayat perlulah dimulakan dengan perbuatan senyap dan juga diakhiri
dengan perbuatan senyap. Ayat juga perlu mempunyai intonasi bagi mengambarkan
maksud ayat tersebut.
Nik Safiah Karim (2006) mendefinisikan ayat sebagai unit pengucapan yang
paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna
yang lengkap.Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa
perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ini pula, ayat merupakan unit
pengucapan yang paling tinggi yang boleh terbentuk walaupun dengan hanya beberapa
patah perkataan.
Sebagaimana pendapat Asmah Haji Omar,ayat ini dimulakan dan diakhiri
dengan kesenyapan.Jika kita melihat dari beberapa pendapat yang dinyatakan diatas
maka dapat kita simpulkan bahawa ayat merupakan susunan yang tertinggi dalam
strata tatabahasa Melayu yang boleh terdiri dari dua atau lebih patah perkataan yang
mana ia dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan.
Secara holistiknya, daripada definisi-definisi yang telah dikemukakan dapat
disimpulkan bahawa sintaksis merupakan bahagian daripada tatabahasa yang
membicarakan kaedah kombinasi kata yang menjadi satuan gramatik yang lebih besar
yang berupa frasa, klausa dan ayat, serta penempatan morfem-morfem intonasi
bersesuaian dengan struktur semantik yang dituturkan oleh pengguna sebagai
dasarnya.

4.0 PENGANALISISAN KESALAHAN


YANG WUJUD DALAM ASPEK
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS YANG
DAPAT DIKESAN DARIPADA
PENULISAN KARANGAN MURID
TAHUN ENAM
4.1 KESALAHAN MORFOLOGI

Menurut Nik Safiah Karim et al. (1996), morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang
mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.
Pembelajaran bahasa Melayu bagi murid-murid khususnya, sistem morfologi ini
kelihatan agak sukar untuk dikuasai sepenuhnya. Walaupun secara umumnya sistem
morfologi bahasa Melayu mudah untuk dimuridi dan difahami, namun jika kosa kata
yang dimiliki oleh murid tidak banyak, maka mereka pasti akan mengalami kesukaran
untuk terapkan sistem morfologi yang sesuai bagi membentuk kata yang digunakan.

Berdasarkan penelitian terhadap skrip para murid, antara kesilapan yang dilakukan
termasuklah penggunaan imbuhan, penggunaan kata sendi nama, penggunaan kata
asing (kata pinjaman), pemilihan kata atau istilah, perlanggaran hukum jamak, dan
penggunaan kata hubung.

4.1.1 PENGGUNAAN IMBUHAN

Penggunaan imbuhan merupakan proses pembentukan kata yang ada dalam


bahasa Melayu yang sangat mudah sifatnya. Hamper kebanyakan bentuk kata yang
ada dalam bahasa Melayu dibentuk dengan proses pengimbuhan jika diteliti dengan
betul. Imbuhan bahasa Melayu terbahagi kepada empat, iaitu awalan, akhiran, apitan
dan sisipan.

Berdasarkan analisis karangan murid, didapati hampir setiap murid melakukan


kesilapan dari aspek imbuhan kerana mereka keliru dan tidak begitu memahami
penggunaan imbuhan dengan betul. Selain itu, mungkin juga kurangnya pengetahuan
terhadap penggunaan imbuhan dalam bahasa Melayu menjadikan murid-murid
menggunakan imbuhan yang tidak tepat, lantas menjejaskan makna yang ingin
disampaikan. Oleh itu, penggunaan imbuhan bahasa Melayu menjadi masalah utama
kepada murid-murid dalam menghasilkan karangan yang bermutu.

Contoh di bawah menunjukkan kesilapan aspek imbuhan yang dilakukan oleh


murid.

a. Kita dapat mengelakkan diri daripada melibatkan (terlibat) dengan aktiviti-aktiviti


negatif.
b. Kita boleh berkongsi ilmu dan kukuhkan (memperkukuhkan) perpaduan kaum.
c. Kita perlukan mengunci basikal di rak basikal supaya tiada orang mencurikan
(mencuri) basikal kita.
d. Aku perlu dihancur (dihancurkan) dan dilupus (dilupuskan) supaya aku boleh
diguna pakai semula.

Contoh Kesalahan Imbuhan:

Contoh Konteks/maksud ayat


Melaku Berlaku
Kemabukan Mabuk
Dihenti Dihentikan
Penggunaan Pengguna
Berlaju Berkelajuan
sepatutnya
Dilakukan Berlaku
Menghilang Hilang
Kebahayaan Bahaya
pendudukan penduduk
Kemungkinan besar murid tidak dapat mengaplikasikan sepenuhnya penggunaan
imbuhan yang mereka tahu. Sebab lain juga dapat dilihat melalui tahap penguasaan
asas murid-murid yang sangat kurang. Murid-murid tidak dapat menguasai sepenuhnya
penggunaan imbuhan dan memahami proses pengimbuhan bahasa Melayu
sepenuhnya.

4.1.2 PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA

Kata sendi nama merupakan perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata
sendi nama di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, dengan, dalam dan lain-lain
merupakan antara kata sendi nama yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu. Ayat
di bawah merupakan contoh kesilapan penggunaan kata sendi nama yang digunakan
oleh murid tahun enam. Melalui bentuk ayat yang ditulis jelas menunjukkan murid keliru
tentang penggunaan kata sendi dengan betul.

Contohnya seperti yang berikut:

a. Setibanya kami ke (di) Pulau Langkawi, kami mendaftar masuk ke hotel dan
masuk ke bilik masing-masing.
b. Pada hari Sabtu yang lalu, kami sekeluarga telah pergi bersiar-siar di (ke) tempat
yang menarik.
c. Semasa bangun dari (daripada) tidur, murid perlu berhati-hati supaya tidak
terkena bucu meja.

Berdasarkan analisis karangan murid tahun enam, didapati kebanyakan murid keliru
antara kata sendi di dengan kata sendi ke. Murid mungkin menganggap bahawa kata
sendi di dan ke mempunyai maksud dan fungsi yang sama. Berdasarkan kesilapan
yang dibuat, murid jelas akan makna ayat yang dibentuk cuma penyesuaian kata sendi
yang tepat masih lagi keliru. Murid masih lagi kurang menguasai kata sendi dengan
baik dan masih belum menepati tahap penguasaan bahasa Melayu dengan baik.

4.1.3 PENGGUNAAN PERKATAAN BAHASA INGGERIS

Berdasarkan karangan murid tahun enam juga menunjukkan mereka turut


menggunakan beberapa perkataan daripada bahasa Inggeris secara langsung dan
cuba ‘memelayukan’ perkataan tersebut dalam ayat yang dibina. Daripada dapatan
tersebut, kita boleh simpulkan bahawa murid-murid masih lagi kurang menguasai
perbendaharaan kata bahasa Melayu dan tidak tahu perkataan yang sesuai digunakan
dalam ayat tersebut. Penggunaan bahasa Inggeris juga sering dilihat apabila
perbendaharaan kata bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sama cuma berlainan dari
segi ejaan. Dengan kata lain, mereka menggunakan taktik mudah iaitu dengan
menggunakan bahasa Inggeris untuk menyampaikan mesej dalam ayat yang dibina.
Walaupuan mesej yang disampaikan itu difahami pembaca, namum ia tetap menyalahi
peraturan bahasa Melayu yang standard.

. Berikut merupakan contoh yang terdapat dalam karangan murid tahun enam.

a. Kami juga memetik buah strawberry (strawberi) di ladang tersebut.


b. Beliau membawa budak itu ke hospital untuk diperiksa oleh doctor (doktor).

Kesilapan penggunaan perkataan bahasa Inggeris merupakan perkara biasa dan


wajar berlaku. Ini kerana murid juga terdedah dengan penggunaan bahasa Inggeris
dalam kehidupan seharian selain bahasa Ibunda.

4.1.4 PENGGUNAAN KATA GANDA

Kesalahan penggunaan kata ganda sebagai kata penanda jamak turut didapati dalam
karangan murid. Perkataan yang sedia mendukung makna banyak atau ramai
digandakan, contohnya rakyat dan penduduk. Kesilapan ini tidak seharusnya berlaku
sekiranya murid memahami makna perkataan tersebut dengan betul dan
menggunakannya dengan betul dalam ayat. Berikut contoh yang terdapat dalam data:

a. Selain itu, kita perlu bersenam sekurangnya (sekurang-kurangnya) tiga kali


seminggu supaya badan kita cergas.

4.1.5 PENGGUNAAN KATA HUBUNG

Menurut Nik Safiah Karim et al. (1996), kata penyambung ayat ialah kata hubung, iaitu
sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih
sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk.

Dilihat murid memanfaatkan penggunaan kata hubung dengan cara yang betul, namun
begitu terdapat juga kata hubung yang kurang tepat dan menyalahi konsep kata
hubungan dalam bahasa Melayu. Contoh kata hubung gabungan dan, tetapi dan
kerana (kata hubung pancangan keterangan) dalam ayat berikut tidak menepati fungsi
kata hubung, iaitu tidak menghubungkan dua binaan ayat dan terletak pada kedudukan
subjek ayat.

a. Dan memakai jaket keselamatan untuk (supaya) pemandu kereta melihat murid
dengan jelas.
b. Supaya kita dapat menumpukan perhatian di dalam kelas.

Melalui data yang diperolehi, penggunaan kata hubung sebagai pemula ayat juga
menunjukkan murid tahun enam masih belum menguasai sepenuhnya aspek morfologi
dan sintaksis yang ada dalam bahasa Melayu.

4.2 ANALISIS KESILAPAN SINTAKSIS

Apabila sesuatu ayat yang dibina mengandungi lebih daripada satu kesilapan,
agak sukar untuk menganalisis kesilapan aspek sintaksis secara terperinci seperti
struktur ayat, binaan frasa, ayat tergantung dan tidak lengkap, malah ada ayat yang
tidak difahami maksudnya. Data yang ditemui menunjukkan setiap murid yang
melakukan kesilapan dalam aspek sintaksis yang pelbagai jenis, menunjukkan agak
sukar untuk mengkategorikan kepelbagaian tersebut.
Banyak ayat yang dibina oleh murid tahun enam ini menyalahi bentuk dan
struktur yang telah ditetapkan dalam peraturan sintaksis. Melalui analisis yang
dijalankan, terdapat ayat-ayat yang ada pengaruh bahasa lisan ataupun bahasa
percakapan harian. Justeru, ayat-ayat yang dilihat ini dicirikan dengan perkataan dan
binaan ayat yang sangat ringkas dan mudah.

Berikut merupakan contoh ayat-ayat yang ditemui dalam karangan murid.

a. Keselamatan diri mengarah kepada murid-murid.


b. Berhati-hati apabila bangun pagi.
c. Kita mestilah pastikan keselamatan kita pada setiap masa supaya tidak terluka
atau tercedera.

Terdapat juga ayat-ayat yang terpengaruh dengan bahasa lain yang menyebabkan
apabila diterjemah mewujudkan binaan ayat yang tidak betul dan tidak gramatis. Selain
itu, ada juga ayat yang tidak gramatis serta sukar untuk ditafsirkan makna yang ingin
disampaikan oleh murid tersebut.

4.2.1 KESALAHAN MEKANIKAL

Hal-hal seperti ejaan, penggunaan huruf besar dan juga penggunaan tanda baca
merupakan kesilapan aspek mekanikal. Kesalahan ketiga-tiga aspek tersebut
merupakan perkara biasa bagi murid-murid yang mempelajari bahasa Melayu.
Kebiasaa murid melakukan kesalahan ejaan dan kesilapan huruf besar dan huruf kecil
terutamanya dalam menulis kata nama am dan kata nama khas disebabkan mereka
tidak tahu ejaan yang sebenar ataupun cuai dalam menulis ayat. Kesilapan tanda baca
juga sering dilakukan oleh murid-murid tahun enam, namun kesalahan tersebut tidaklah
sebanyak yang dilakukan berbanding kesalahan ejaan.

Contoh di bawah memaparkan contoh-contoh penggunaan tanda baca yang salah dan
tidak mematuhi penggunaan yang sebenar, iaitu:

a. Oleh itu. (,) kita perlulah melakukan senaman supaya badan kita menjadi cergas.
b. Terdapat banyak lagi cara (-) cara untuk mengatasi masalah disiplin yang
berlaku di sekolah.

Berdasarkan kutipan data, masih ada lagi murid yang belum menguasai sepenuhnya
penggunaan tanda baca dalam bahasa Melayu. Bukan itu sahaja, apabila dikaji, murid-
murid juga sering melakukan kesalahan ejaan. Ada juga kemungkinan murid menghafal
perkataan yang digunakan tetapi tidak memahami maksud sebenar perkataan tersebut.

Berikut merupakan beberapa contoh kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan huruf
besar bagi kata nama khas yang dapat dilihat daripada penulisan para murid.

Contoh Kesalahan Ejaan

Salah Betul
denga dengan
masyakat masyarakat
sepatutnya
pulau langkawi Pulau Langkawi
perbagai pelbagai
Jalan Raya Jalan raya

5.0 CADANGAN MENGATASI


MASALAH
Berdasarkan data yang diperoleh mendapati masih ramai lagi murid yang belum
menguasai sepenuhnya aspek morfologi dan sintaksis. Mungkin disebabkan kurangnya
pendedahan dan latihan yang mencuukupi memandangkan elemen dalam bahasa
Melayu ini sangat luas. Kemahiran asas yang ada pada murid juga masih belum
mencukupi untuk mereka memahami subjek yang memerlukan daya pemikiran yang
tinggi dalam proses pembelajaran bahasa Melayu ini. Oleh itu, terdapat beberapa
cadangan yang boleh dilakukan supaya pembelajaran bahasa Melayu lebih berkesan
dan juga dapat menguasai bidang morfologi dan sintaksis terutamanya.

Antara cadangan tersebut ialah:

i. Murid perlu memperuntukkan masa latihan yang konsisten dan mencukupi.


Bagi memastikan murid dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan baik,
masa dan latihan yang konsisten adalah amat penting. Dengan ini murid akan
sentiasa mengikuti pembelajaran dengan modul-modul yang disediakan dan
akan secara berterusan dapat menguasai aspek bahasa dengan baik.
ii. Aktiviti komunikasi
Komunikasi merupakan aktiviti yang amat penting dalam proses
pembelajaran dan pengajaran bahasa. Melalui komunikasi murid akan dapat
mengaplikasikan semua aspek bahasa yang telah mereka pelajari.
Komunikasi akan menguatkan lagi penguasaan bahasa Melayu yang sedang
mereka belajar.
iii. Pembelajaran bahasa Melayu berasaskan multimedia
Sesuai dengan perkembangan teknologi terkini pembelajaran bahasa Melayu
yang berasaskan multimedia boleh digunakan sebagai satu cara untuk
menarik minat murid-murid asing menguasai bahasa Melayu. Pelbagai
bentuk multimedia boleh dihasilkan bagi membolehkan para murid
mengakses bahan dan latihan secara dalam talian.

Cadangan yang dikemukakan di atas sesuai diaplikasi kepada murid-murid yang


mempunyai kemahiran asas dalam bahasa Melayu. Bagi membolehkan mereka
menguasai bahasa Melayu di peringkat yang lebih tinggi persediaan awal juga perlu
difikirkan dan dilaksanakan sama ada di sekolah mahupun di peringkat yang lebih tinggi
lagi.
6.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, aspek kesalahan bahasa adalah aspek yang tidak boleh
dianggap remeh dan diketepikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
terutamanya bahasa Melayu. Penggunaan bahasa yang tepat dan betul sangat perlu
dititik berat dan perlu dipastikan bahawa setiap murid dapat menguasai bahasa Melayu
dengan baik serta dapat menggunakan bahasa Melayu dengan lancar.

Kesalahan bahasa boleh menyebabkan bahasa menjadi tidak selaras di samping


boleh juga menyebabkan kesilapan dalam mentakrif makna-makna ayat. Adalah sangat
penting bagi murid-murid untuk memahami aspek bahasa dan tatabahasa dengan jelas
supaya mereka dapat menguasainya dengan tepat. Langkah-langkah dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran perlu diselaras dan diubah suai supaya dapat
mengurangkan aspek kesalahan bahasa serta dapat dilaksanakan proses
pembelajaran dengan sempurna. Murid-murid perlu menguasai kemahiran bahasa
Melayu dengan baik agar dapat menaikkan martabat bahasa Melayu di negara kita.

           

7.0 RUJUKAN
Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt. 1998. Bahasa Melayu Komunikasi. Petaling
Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Ab. Razak Ab. Karim & Muhammad Saiful Haq bin Hussin. 2011. Tahap penguasaan
bahasa Melayu Murid di Islamic Santitham Foundation School (ISFS). Jurnal Pengajian
Melayu, Jilid 22, 18-44.

Asmah Haji Omar. 1993. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. 2011. Nahu Melayu Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS Profesional
Publishing Sdn Bhd.

Asmah Haji Omar. 1992. Aspek Bahasa dan Kajiannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Awang Sariyan. 2006. Pengajaran Bahasa Melayu kepada Penutur Asing: Matlamat
dan Pertimbangan Strategi. Jurnal Persatuan Linguistik, Jilid 7, 1-16. Gaya Dewan Edisi
Ketiga. 1995. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Hussein. 1984.
Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Liaw Yock Fang & Abdullah Hassan. 1994. Nahu Melayu Moden. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood, 2010.
Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noor Eliza Abdul Rahman & Mohd Shahrizal Nasir. 2014. Faktor Kewujudan Sinonim
dalam Bahasa Melayu dan Arab: Satu Analisis Perbandingan. Jurnal Melayu, 12 (1),
51-59.

Norsimah Awal, Nadzrah Abu Bakar & Nor Hashimah Jalaluddin. 2012. Pembelajaran
bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua: Pengungkapan Idea dalam Penulisan Murid
Sekolah Menengah di Malaysia. Jurnal Melayu, (9), 227-240.

Raminah Hj. Sabran & Rahim Syam. 1984. Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab
Perguruan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Raja Mukhtaruddin & Raja Mohd Dain. 1992. Pembinaan Bahasa Melayu Perancangan
Bahasa di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi Kedua.

Ramli Salleh. 2006. Imbuhan dan Penandaan Tematik dalam Bahasa Melayu. Jurnal
Melayu, Volume 2, 52-60.

Rohaidah Haron. 2015. Analisis Kesilapan Bahasa Melayu dalam Penulisan Murid
Asing: Suatu Perbincangan. Kertas kerja, Seminar Pengajaran Bahasa Melayu, School
of Liberal Arts, Walailak University, Nakhon Si Thammarat, Thailand, Jun.

Salinah Jaafar, Puteri Roslina Abdul Wahid, Zamre Hassan & Noriza Daud. 2008.
Bahasa dalam Komunikasi Antara Budaya: Akomodasi dalam Komunikasi Verbal
MelayuChina. Prosiding Persidangan Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan
Bahasa Melayu 2008, Universiti Putra Malaysia, Serdang, November.

Za’ba. 2000. Pelita bahasa Melayu Penggal I–III Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Zaharani Ahmad & Nor Hashimah Jalaluddin. 2010. Isu Imbuhan /di-i/ Bahasa Melayu:
Apitan atau Gabungan? Jurnal Melayu, (5), 103-126.

Zaharani Ahmad, Nor Hashimah Jalaluddin, Fazal Mohamed Mohamed Sultan,


Harishon Radzi & Mohd Shabri Yusof. 2011. Pemerkasaan Jati Diri Bahasa Melayu: Isu
Penerapan Kata Asing. Jurnal Melayu, (6), 13-27.

Zulkifley Hamid. 2006. Penyediaan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu yang Bermutu:
Penerapan Teori Linguistik. Jurnal Melayu, 94-106.

Anda mungkin juga menyukai