Anda di halaman 1dari 13

BINAAN FRASA

NAMA : INTI +
PENERANG
Frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti +
penerang boleh terbentuk daripada jenis-jenis hubungan berikut :

(i) Inti + penerang nama


(ii) Inti + penerang bukan nama

(i) Inti + penerang nama


Dalam binaan frasa nama jenis ini, semua kontituen terdiri daripada kata nama; intinya
terdiri daripada kata nama dan penerangnya juga kata nama. Kata nama yang mengisi
unsur penerang boleh merupakan :
(a) penerang nama keturunan
(b) penerang nama jenis
(c) penerang nama penyambut
(d) penerang nama kegunaan
(e) penerang nama kelamin
(f) penerang nama tempat
(g) penerang nama arah
(h) penerang nama anggota badan
(i) penerang nama tenaga penggerak
(j) penerang nama hal atau perkara
(k) penerang nama milik
(l) penerang nama khas
(m) penerang nama panggilan atau gelaran
(a) Inti + penerang nama keturunan
Penerang nama keturunan menerangkan aspek salasilah pada inti kata nama.

Frasa Nama
Inti Penerang Nama Keturunan
orang Melayu
pelajar Amerika
askar British

(b) Inti + penerang nama jenis


Penerang nama jenis ini menerangkan jenis-jenis tertentu bagi nama-nama itu.
Contohya :

Frasa Nama
Inti Penerang Nama Jenis
harimau bintang
kelapa sawit
pokok getah
(c) Inti + penerang nama penyambut
Menerangkan perkara atau benda yang menjadi objek atau penyambut kepada
alat atau pelaku yang ada pada inti, misalnya penyabit rumput; rumput ialah
penyambut kerja dengan alat penyabit.

Frasa Nama
Inti Penerang Nama Penyambut
penyendal pintu
penjaga stor
pam air

(d) Inti + penerang nama kegunaan

Frasa Nama
Inti Penerang Nama Kegunaan
alat pemadam
sabun pencuci
kayu pengukur
(e) Inti + penerang nama kelamin
Nama yang menerangkan jenis jantina bagi nama.

Frasa Nama
Inti Penerang Nama Kelamin
ayam jantan
lembu betina
orang lelaki

(f) Inti + penerang nama tempat


Unsur yang menerangkan lokasi bagi inti, misalnya tamadun timur. Timur ialah
tempat tamadun, sama ada tempat asal ataupun tempat wujud.

Frasa Nama
Inti Penerang Nama Tempat
penduduk bandar
anak Johor
orang tempatan
(g) Inti + penerang nama arah
Unsur yang menerangkan hala bagi inti.

Frasa Nama
Inti Penerang Nama Arah
kawasan barat
wilayah selatan
angin timur

(h) Inti + penerang nama anggota badan


Menerangkan bahagian tubuh badan yang berkaitan dengan inti itu.

Frasa Nama
Inti Penerang Nama Anggota Badan
jam tangan
gelang kaki
tali pinggang
(i) Inti + penerang nama tenaga penggerak
Unsur yang menyatakan daya yang menggerakkan enda dalam inti. Misalnya jam
bateri; bateri ialah tenaga yang menggerakkan jam.

Frasa Nama
Inti Penerang Nama Tenaga Penggerak
lampu minyak
dapur gas
seterika arang

(j) Inti + penerang nama perihal atau perkara


Unsur yang menerangkan hal atau perkara tentang inti, misalnya sijil
persekolahan. Persekolahan ialah perkara tentang sijil itu.

Frasa Nama
Inti Penerang Nama Perihal atau Perkara
lesen perniagaan
surat kebenaran
borang pendaftaran
(k) Inti + penerang nama milik
Menerangkan makna kepunyaan bagi benda dalam inti.

Frasa Nama
Inti Penerang Nama Milik
rumah saya
pekerjaan mereka
bumbung sekolah

(l) Inti + penerang nama khas


Jenis perkataan yang merujuk kata nama khas bagi menerangkan inti.

Frasa Nama
Inti Penerang Nama Khas
bandar Ipoh
kampung Sungai Penchala
Republik Indonesia
(m) Inti + penerang nama panggilan atau gelaran
Unsur yang merujuk nama julukan atau penghormatan kepada makhluk atau
benda, misalnya Si Belang, Tan Sri dan sebagainya. Bentuk ini merupakan
kecualian kepada bentuk susunan inti + penerang nama, iaitu penerang ini
terletak di hadapan inti.

Frasa Nama
Penerang Nama Panggilan Gelaran Inti
Haji Ahmad
Yang Arif Hakim Mohd. Yusof
Si Belang

(ii) Inti + penerang bukan nama


Penerang bukan nama terdiri daripada penerang-penerang yang dibentuk oleh
perkataan yang bukan daripada kelas kata nama iaitu :
(a) Penerang penentu
(b) Penerang kata kerja atau akar kata kerja
(c) Penerang kata adjektif
(d) Penerang kata adverba
(e) Penerang frasa sendi nama
(f) Penerang bilangan ordinal
(a) Inti + penerang penentu
Unsur yang memberikan sifat ketentuan kepada kata nama dan kedudukannya
boleh di hadapan atau di belakang inti. Terdapat dua golongan :

(I) Penentu hadapan


Unsur-unsur yang hadir di hadapan kata nama dan unsur-unsur itu terdiri
daripada kata bilangan yang boleh diikuti oleh penjodoh bilangan.

Frasa Nama
Penentu Hadapan
Bilangan Penjodoh Bilangan Inti

lima orang askar


sepuluh buah bangunan
beberapa pucuk senapang
(II) Penentu belakang
Unsur-unsur yang hadir sesudah kata nama, dan unsur-unsur tersebut terdiri
daripada kata penentu itu dan ini.

Frasa Nama
Inti Penentu Belakang
orang itu
rumah ini
pemenang itu

(b) Inti + penerang kata kerja


Menerangkan perlakuan kepada inti. Misalnya tempat menari; menari ialah
perlakuan yang berkaitan dengan tempat itu.

Frasa Nama
Inti Penerang Kata Kerja
mesin jahit
meja makan
wad bersalin
(c) Inti + penerang kata adjektif
Penerang kata adjektif ialah unsur yang menerangkan makna sifat bagi inti.

Frasa Nama
Inti Penerang Kata Adjektif
anak muda
warna merah tua
minyak wangi

(d) Inti + penerang kata adverba


Unsur yang menerangkan cara atau masa bagi kata nama inti.

Frasa Nama
Inti Penerang Kata Adverba
masa serentak
cara damikian
hari lusa
(e) Inti + penerang frasa sendi nama
Unsur-unsur yang mengandungi kata sendi nama diikuti dengan kata nama atau
frasa nama; antaranya makna tempat, waktu, bahan asal dan matlamat.

Frasa Nama
Penerang Frasa Sendi Nama
Inti Sendi Nama Nama
rumah di bandar
wang pada saya
kehidupan pada masa ini
(f) Inti + penerang bilangan ordinal

Kata bilangan yang menunjukkan kedudukan dari segi urutan bilangan, misalnya
pertama, kedua, kesepuluh dan sebagainya. Unsur-unsur demikian hadir sesudah
inti.

Frasa Nama
Inti Penerang Bilangan Ordinal
tempat pertama
tingkat kesepuluh
bab ketiga

Anda mungkin juga menyukai