Anda di halaman 1dari 4

BAHASA MELAYU KUNO

BAHASA Melayu kuno ialah bahasa Melayu yang berkembang pada akhir abad
ketujuh hingga abad ke-13, seiring dengan tempoh kegemilangan kerajaan Sriwijaya
di Asia Tenggara. Menurut Prof. Ismail Hussein, bahasa Melayu kuno ialah bahasa
Melayu yang paling awal pernah ditemukan dalam bentuk tulisan. Pada masa inilah
bahasa Melayu mengalami evolusinya yang pertama.
Bahasa Melayu berkenaan terdiri daripada perkataan Melayu yang bercampur aduk
dengan perkataan bahasa Sanskrit. Menurut Prof. Ismail Hussein juga, terdapat
dalam lingkungan 50 baris perkataan bahasa Melayu yang tertulis pada beberapa
buah batu bersurat yang ditemukan di Sumatera dan Jawa, sekitar abad ketujuh
dan abad kesembilan.

Batu bersurat penting yang mengandungi perkataan bahasa Melayu kuno ialah batu
bersurat Kedukan Bukit (bertarikh 683 Masihi, ditemukan di Palembang), batu
bersurat Talang Tuwo (bertarikh 683 Masihi, ditemukan dekat Palembang), batu
bersurat Kota Kapur (bertarikh 686 Masihi, ditemukan di Pulau Bangka), dan batu
bersurat Karang Brahi (bertarikh 692 Masihi, ditemukan di Jambi). Satu lagi batu
bersurat yang penting ialah batu bersurat Gandasuli (bertarikh 832 Masihi,
ditemukan di Jawa Tengah).

Ciri
Ciri utama bahasa Melayu kuno ialah pengaruh bahasa Sanskrit yang sangat ketara.

1. Bentuk huruf/aksara
a. Huruf Palava (dari selatan India) digunakan pada batu bersurat yang dijumpai di
Sumatera.
b. Huruf Nagiri (dari utara India) digunakan pada batu bersurat yang ditemukan di
Jawa Tengah.

2. Fonem
a. Penggunaan huruf w sebagai b.

 wulan (bulan)
 wuat (buat)
 wuluh (buluh).

b. Huruf e pepet pula tidak digunakan langsung, atau digantikan dengan huruf a.

 dengan ditulis dngan sahaja atau dangan


 telaga ditulis tlaga sahaja atau talaga.
c. Huruf n digunakan sebagai ny.

 sawanakna (sebanyaknya)
 niyur (nyiur)

d. Terdapat gugusan konsonan yang dilafazkan secara aspirasi atau bersifat


hembusan.

 bh - bhakti (bakti)
 th - tathapi (tetapi)
 kh - sukhacita (sukacita)
 dh - dhawa

e. Huruf h tertentu yang dihilangkan dalam bahasa Melayu moden.

 tuha (tua)
 hanau (enau)
 haur (aur)
 guha (gua).

3. Morfem
Bahasa Melayu kuno telah memperlihatkan penggunaan imbuhan tertentu seperti
yang berikut:

a. Awalan mar sebagai ber-.

 marlapas (berlepas)
 marwuat (berbuat)

b. Awalan ni digunakan untuk di-.

 nitanam (ditanam)
 niminumna (diminumnya)
 nisuruh (disuruh).

c. Bentuk nipar digunakan sebagai diper-.

 niparwuat (diperbuat)

d. Awalan ma berfungsi sebagai mem-.

 mawawa (membawa)
 mawangun (membangun)

e. Awalan mang digunakan untuk me-.

 manghidupi (menghidupi)

f. Apitan par-an digunakan untuk per-...-an.

 parsumpahan (persumpahan)
Tulisan pada batu-batu bersurat tersebut diukir dengan perintah raja kerana
catatannya tentang pembinaan negeri dan undang-undang. Penggunaan perkataan
Melayu itu pula, walaupun terbit daripada pengaruh Sanskrit, dianggap suatu
pencapaian yang membanggakan kerana turut menjadi sebahagian daripada urusan
rasmi negara.

BAHASA MELAYU KUNO

Bahasa Melayu Kuno ialah bahasa yang dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit
dikatakan banyak mempengaruhi kosa kata dalam Bahasa Melayu. Bahasa Melayu Kuno
melalui zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Sriwijaya, kira-kira pada
abad ke-7 hingga abad ke-13. Kegemilangannya terbukti apabila Bahasa Melayu mampu
menjadi lingua franca dan bahasa pemerintah. Kerajaan Sriwijaya berjaya menghasilkan
Bahasa Melayu yang dipertuturkan oleh semua masyarakat sehingga Bahasa Melayu menjadi
bahasa komunikasi di kepulauan Melayu, kepulauan Riau dan juga Sumatera. Kewujudan
bahasa ini dibuktikan melalui penemuan-penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat di
Kedukan Bukit, Palembang (683SM); batu bersurat di Talang Tuwo, dekat Palembang
(684M); batu bersurat di Kota Kapur, Pulau Bangka (686M); dan batu bersurat di Karang
Brahi, Jambi (686M). Batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832M) ialah batu bersurat
yang pertama ditemui menerima pengaruh tulisan Nagiri.

Rumpun ini merupakan keluarga bahasa Nusantara dan berkembang dari abad ke-7 hingga
abad ke-13 sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa lingua franca. Penuturnya terdapat di
semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Riau dan Sumatera. Kepentingannya sebagai bahasa
lingua franca kerana sifatnya yang sederhana dan mudah menerima pengaruh asing, tidak
terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah
berbanding dengan bahasa Jawa. Bahasa ini banyak dipengaruhi oleh sistem Bahasa Sanskrit
yang banyak menyumbang kepada pengayaan kosa kata Bahasa Melayu. Pengaruh Sanskrit
kuat akibat kaitannya dengan agama Hindu, kedudukannya sebagai bahasa golongan
bangsawan dan hirarkinya yang tinggi. Ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno dapat dilihat
berdasarkan butiran yang berikut:

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO


1. Banyak kata-kata pinjaman Sanskrit
2. Susunan ayat bersifat Melayu
3. Bunyi b ialah w dalam Melayu Kuno (Contoh: bulan - wulan)
4. Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
5. Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu Kuno (contoh: berlepas-
marlapas)
6. Awalan di- ialah ni- dalam Bahasa Melayu Kuno (Contoh: diperbuat
- niparwuat)
7. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h
(Contoh: sukhatshitta)
8. Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya:
sahaya)

Tulisan yang digunakan merupakan tulisan yang berasal dari India seperti Devanagiri dan
Pallava. Tulisan ini dikatakan pengaruh tulisan India seperti Jawa Kuno dan tulisan Kawi. Ini
didapati pada prasasti dengan banyaknya pengaruh kata pinjaman Sanskrit yang berkait rapat
dengan pengaruh kebudayaan India dan agama Hindu. Bahasa Melayu Kuno tidak
mempunyai pengaruh Bahasa Arab baik dari segi kosa kata atau tulisan. Bahasa Melayu
Kuno ternyata disebarkan pada zaman beberapa buah kerajaan lama seperti Kerajaan Campa
dan Empayar Funan di Vietnam Tengah dan Selatan, Thailand Tengah dan Selatan, Kerajaan
Sailendra di Pulau Jawa dan Empayar Sriwijaya yang terdapat di Sumatera Utara, Pulau Jawa
dan Tanah Semenanjung hingga ke Segenting Kra.

Bahasa Melayu Kuno


Merupakan keluarga bahasa Nusantara Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13
pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Penuturnya di
Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa
pentadbiran kerana: Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit.
Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-
ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana: Pengaruh agama Hindu Bahasa Sanskrit
terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi. Sifat bahasa
Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan. Bahasa Melayu kuno pada
batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa: Batu bersurat di Kedukan
Bukit, Palembang (683 M) Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M) Batu
bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M) Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin,
daerah Hulu Jambi (686 M) Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa
Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri. Ciri-ciri bahasahasahasa Melayu kuno: Penuh
dengan kata-kata pinjaman Sanskrit Susunan ayat bersifat Melayu Bunyi b ialah w dalam
Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan) bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau
dangan) Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas) Awalan di-
ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat) Ada bunyi konsonan
yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta) Huruf h hilang dalam
bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya) Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke
Bahasa Melayu Klasik Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin
mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13. Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak
perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Terdapat tiga batu bersurat yang
penting: a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) ditulis dalam huruf India
mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit. bahasanya berbeza
sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7. b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh
(1380) masih memakai abjad India buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab
seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat C. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-
1387) ditulis dalam tulisan Jawi membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam
bahasa Melayu pada abad itu. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir
perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu
dalam bentuk tulisan.

Anda mungkin juga menyukai