Anda di halaman 1dari 33

1

Pengenalan
Setiap kaum, bangsa atau keturunan yang berlainan mempunyai penggunaan
bahasa mereka sendiri. Walaupun sesuatu keturunan mempunyai bilangan
orang yang kurang, namun mereka juga akan mempunyai bahasa mereka
sendiri untuk berkomunikasi. Dalam pada itu, keturunan yang mengunakan
bahasa melayu sebagai bahasa utama untuk berkomunikasi adalah lebih
banyak berbanding keturunan yang lain. Bahasa Melayu sendiri mempunyai
taraf atau kedudukan yang tertentu. Sesuatu bahasa itu mempunyai asal usul,
perkembangan dan juga cara penyebaran bahasa tersebut ke seluruh dunia.
Ia menyebabka, kedudukan dan penggunaan bahasa tersebut akan diketahui
secara globalnya.

Sejarah Bahasa Melayu

Pendahuluan Asal Usul

Asal usul orang-orang Melayu, iaitu penutur asli bahasa Melayu, amat
kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan
mendalam. Walau bagaimanapun, kita dapat mengetahui secara kasar latar
belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno, iaitu nenek moyang kita.
Beberapa teori telah menyatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu
berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka
datang dari daerah Yunan dan telah turun, dalam bentuk beberapa gelombang
pergerakan manusia, dan menduduki wilayah Asia Tenggara. Ini berlaku sejak
tahun 2500 sebelum masihi, iaitu dengan kedatangan golongan pertama yang
disebut Melayu-Proto. Kemudian, kira-kira dalam tahun 1500 sebelum masihi,
datang pula gelombang kedua golongan yang disebut Melayu-Deutro. Mereka
ini elah menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara, dan
telah memperlihatkan kepandaian belayar dan bercucuk tanam.
2

Oleh sebab masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh kepulauan
Melayu dan Lautan Pasifik, maka berkembanglah tiap-tiap bahasa di daerah
masing-masing. Walau bagaimanapun, di antara bahasa-bahasa yang
berlainan hari ini masih dapat dilihat unsur-unsur persamaan. Bahasa
Austronesia adalah satu rumpun bahasa yang tergolong ke dalam satu
keluarga bahasa besar yang bernama keluarga bahasa-bahasa Austris. Di
samping rumpun Austronesia, terdapat dua rumpun yang lain dalam keluarga
ini, iaitu bahasa-bahasa Austroasia dan Tibet-Cina
Rumpun bahasa Austronesia pula terbahagi kepada empat cabang, iaitu
bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu (atau Nusantara), bahasa-bahasa
Polinesia, antaranya bahasa-bahasa Hawaii, Tonga dan Maori,
bahasa-bahasa Melanesia, antaranya bahasa-bahasa di kepulauan Fiji, New
Kaledonia dan Irian, dan bahasa - bahasa Mikronesia, antaranya
bahasa-bahasa di kepulauan-kepulauan Mariana, Marshall, Carolina dan
Gilbert. Secara rajah cabang-cabang rumpun bahasa Austronesia adalah
seperti berikut :
Bahasa Melayu tergolong ke dalam cabang Nusantara dalam kelurga
Austronesia. Cabang Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling
banyak, iaitu kira-kira 200-300. Oleh yang demikian bahasa-bahasa ini dapat
pula dibahagikan kepada golongan-golongan tertentu, seperti yang berikut :
1. Golongan Filipina, antaranya: Tagalog, Ikolo, Bikol, Bisaya, Sulu,
Palau, dan Tombulu.
2. Golongan Sumatera, antaranya; Aceh, bahasa-bahasa Batak (Karo,
Toba, angkolo-Mendailing, dan lain-lain), Minangkabau, Melayu Nias,
Lampung, dan Orang Laut.
3. Golongan Jawa, ialah: Sunda, Jawa, dan Madura.
4. Golongan Kalimantan, antaranya: Iban, Kenyah-Kayan, dan Melanau.
5. Golongan Bali-Sasak, iaitu: Bali, Sasak, dan Sumbawa.
6. Golongan Gorontalo, antaranya: Bulanga, Kaidipan, Gorontalo, dan
Buol.
3

7. Golongan Toraja, antaranya: Kaili, Baree, dan Wotu.
8. Golongan Loinang, antaranya: Loinan dan Banggai
9. Golongan Bunku-Laki, antaranya: Laki, Landawe, Mori, dan Mapute.
10. Golongan Sulawesi Selatan, antaranya: Makasar, Bugis, dan Seko.
11. Golongan Muna-Butung, antaranya: MUna-Butung, Butung Selatan,
Kerompa, dan Wolio.
12. Golongan Bima-Sumba, antaranya: Bima, Manggarai, Sumba Barat
dan Sumba Timur.
13. Golongan Ambon-Timur, antaranya: Kroe, Alor, Roti, Wetar, Bura,
Goram, dan Bandar.
14. Golongan Sula-Bacon, antaranya: dialek-dialek Taliabo, dialek-dialek
Sula, dan bahasa Bacon.
15. Golongan Halmahera Selatan-Irian Jaya, antaranya : Halmahera
Selatan, Nufur, dan Kowiai.
Bahasa Melayu Kuno
Daripada kenyataan di atas, kelihatan bahawa bahasa Melayu adalah satu
daripada 200 bahasa dalam cabang Nusantara keluarga bahasa Austronesia.
Bilangan penutur asalnya sederhana, iaitu yang tinggal di sekitar
Semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Riau dan di Sumatera. Tetapi sejarah
telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi Lingua franca
(bahasa perantaraan) daerah kepulauan Melayu sejak zaman berzaman.
Bahasa ini digunakan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang
tinggal di kepulauan Melayu dan oleh orang-orang yang mendatang, seperti
pedagang-pedagang dari Eropah dan Asia Barat, dan pengembara -
pengembara dari India dan China. Untuk melihat perkembangan bahasa
Melayu, marilah kita tinjau keadaanya dari tarikh yang paling awal.
Seperti yang disebutkan di atas, sejarah awal kepulauan Melayu agak
kabur. Tidak banyak diketahui tentang masyarakat dan bahasa orang-orang
Austronesia yang datang menduduki daerah ini. Bahan-bahan sejarah yang
menceritakan kemunculan beberapa kerajaan penting, terutamanya
4

kerajaan-kerajaan Hindu, sejak dari abad pertama tahun masihi. Oleh sebab
pengaruh dari India, terutamanya agama Hindu, maka bahasa Sanskrit, iaitu
bahasa agama Hindu dan bahasa kelas atasan, digunakan dengan luasnya.
Mengikut Ismail Hussein (1966:10-11), melalui pengaruh bahasa Sanskrit
bahasa Melayu mengalami evolusinya yang pertama. Dari bahasa masyarakat
yang agak rendah kebudayaan serta ilmu pengetahuannya, bahasa Melayu
mengalami perubahan pertama ke arah bahasa sarjana, yang sanggup
menyampaikan idea-idea baru yang tinggi-tinggi.
Pengaruh utama ialah dari segi perbendaharaan kata. Banyak perkataan
baharu diterima masuk ke dalam bahasa Melayu, iaitu perkataan-perkataan
yang menyatakan aspek-aspek kebudayaan dari India dan hal-hal yang belum
dialami oleh kaum bumiputera, yang meliputi bidang-bidang seperti : nama
bahagian tubuh, barang perdagangan, alat perkakas, nama binatang,
tumbuh-tumbuhan dan senjata, perkataan-perkataan agama, ilmu
pengetahuan dan berbagai-bagai lagi. Antara contohnya, nama tubuh badan-
bahu, kepala, muka, dan rupa; barang perdagangan - neraca, laba, kedai, dan
kodi ; alat perkakas - bajan, pili, jala. Penjara, dan sutera; ilmu pengetahuan -
guru, pujangga, bahasa, sastera, dan bijaksana; nama binatang - gajah, singa,
serigala, angsa, dan kuda; tumbuh - tumbuhan-biji, cempaka, cendana, delima,
dan kasturi; senjata- cemeti, sauku (cambuk), dan sena (tentera) ; perkataan
agama-dosa, surga (syurga), neraka, agama dan puasa.
Perlu ditimbulkan di sini bahawa berkesannya pengaruh bahasa Sanskrit
ke atas bahasa Melayu adalah kerana sifat bahasa Melayu yang sederhana,
dan dapat dibentuk, dan dilentur untuk disesuaikan dengan segaa keadaan,
dan keperluan. Bahkan jika ditinjau dari sudut sejarah perkembangan bahasa
Melayu selanjutnya, inilah satu-satunya faktor utama yang telah
menjadikannya satu bahasa yang mudah dipelajari, dan diterima sebagai
bahasa perhubungan oleh orang-orang darisegi berbagai-bagai masyarakat
bahasa. Istilah Melayu itu sangat baharu dijumpai daripada kesan-kesan
sejarah. Istilah ini timbul buat pertama kalinya dalam tulisan Cina dalam tahun
5

antara 644 dan 645 masihi. Tulisan itu menyebut orang Mo-lo-yeu yang
mengirim utusan ke negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi
kepada raja China. Letaknya kerajaan Mo-lo-yeu ini tidak dapat dipastikan
dengan tegas: ada yang menyatakan di Semenanjung Tanah Melayu dan ada
mengatakan di Jambi, Sumetera. Walaubagaimanapun, sejarah menyatakan
bahawa terdapat satu kerajaan Melayu yang menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pemerintahan walaupun bukti yang konkrit tentang bentuk
atau tulisannya belum dijumpai lagi.
Bukti konkrit yang pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya
terdapat sejak tahun 683, dengan terjumpanya beberapa batu bersurat yang
mengandungi bahan-bahan bertulis yang mengikut setengah-setengah
pendapat ditulis dalam bentuk bahasa dan susunannya dapat dikatakan
bahasa Melayu. Inilah bukti catatan yang tertua sekali tentang bahasa melayu.

Bahasa Melayu pada Batu-batu Bersurat Abad Ketujuh
Batu-batu bersurat bukanlah satu perkara yang baru dijumpai di daerah
kepulauan Melayu. Bekas-bekas tulisan telah dijumpai dan dipercayai bertarikh
sejak tahun450 masihi, iaitu yang dijumpai di kaki-kaki gunung dekat Bogor
dan di daerah Tanjung Periu dekat Jakarta. Teapi tulisan-tulisan pada batu
tersebut didapati sama ada dalam bahasa Jawa Kuno atau Sanskrit. Batu-batu
bersurat yang menggunakan bahasa Melayu ialah yang dipercayai ditulis pada
kira-kira abad ketujuh. Terdapat sebanyak empat batu bersurat yang penting,
iaitu yang dijumpai :
1. di Kedukan Bukit, Palembang, (683 M)
2. di Talanh Tuwo, juga dekat Palembang, (684 M)
3. di Kota Kapur, Pulau Bangka, (686 M)
4. di Karang Brahi, Meringin, daerah hulu Jambi, (686 M).


6

Bahasa Melayu pada Zaman Kerajaan Sriwijaya
Apabila diperhatikan, tarikh dan isi kandungan batu-batu bersurat yang
tersebut di atas dapat dikaitkan dengan zaman kerajaan Sriwijaya. Tarikh
683,684 dan 686 yang tercatat pada batu-batu tersebut amat penting kerana
ini merupakan tarikh mula naiknya Kerajaan Sriwijaya, sebuah kerajaan
tempatan yang kemudiannya berkembang luas mempengaruhi hampir seluruh
kepulauan Melayu. Keempat-empat batu bersurat itu dijumpai di pusat
kerajaan Sriwijaya dan isinya jelas menunjukkan bahawa tulisan itu dibuat di
atas perintah raja. Dengan demikian, ini membuktikan bahawa bahasa Melayu
telah digunakan sebagai bahasa kebangsan sebuah kerajaan yang besar dan
luas jajahan takluknya yang pada saat kegemilangannya meliputi Sumatera,
Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Tanah Genting Kera, dan Sri Lanka.
Hakikat kewujudan bahasa Melayu disokong dengan sumber daripada tulisan
pengembara-pengembara Cina, yang telah singgah di kawasan ini di dalam
pengembaraan mereka ke India. Berdasarkan sumber ini A. Teeuw (1952)
telah menulis, Maka dapatlah kita anggap sebagai satu hal yang pasti
bahawa bahasa Melayu sudah dalam abad-abad berikutnya, dapat dan
memang dipakai sebagai bahasa pengantar kebudayaan, sedang dalam
hal-hal tertentu dipergunakan juga bahasa itu untuk keperluan sedemikian di
dalam daerah-daerah yang bukan masuk daerah bahasa Melayu yang
sesungguhnya.

Bahasa Melayu dalam Zaman Melaka dan Selepasnya.
Zaman yang penting bagi bahasa Melayu ialah zaman Kerajaan Melaka,
iaitu zaman keagungan kerajaan Melayu. Keagungan kerajaan Melayu Melaka
jelas tergambar dalam Sejarah Melayu, satu-satunya magnum opus yang
mengharumkan serta meletakkan imej bahasa Melayu ke mercu yang amat
tinggi. Zaman ini bermula pada abad ketiga belas yang merupakan zaman
peralihan bagi daerah Asia Tenggara secara keseluruhannya.
7

Pada masa itu, agama Islam mua bertapak, serentak dengan kebangkitan
kerajaan Melayu Melaka. Percantuman dua semangat baharu membawa erti
yang besar bagi masyarakat wilayah ini. Bahasa Melayu menjadi alat
penyebaran agama Islam, satu agama yang tinggi darjah kebudayaannya. Ini
dijalankan dengan mudahnya melalui pengaruh politik Melayu pada masa itu.
Hasil daripada faktor-faktor ini ialah perkembangan yang berlaku pada bahasa
Melayu itu sendiri; bahasa Melayu mendapat satu bentuk tulisan baharu, iaitu
tulisan Jawi. Perbendaharaan katanya bertambah dengan pesatnya, iaitu terbit
daripada keperluan untuk memperkatakan idea-idea baharu yang dibawa oleh
peradaban Islam. Yang paling penting ialah perkembangan bahasa Melayu
dalam bidang kesusasteraan, bidang penggunaan bahasa sebagai alat
penyampaian seni.

Perkembangan Bahasa Melayu
Bahasa Melayu digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke-7 dan
dianggap satu daripada 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut.
Antara Kerajaan Melayu yang wujud pada masa itu ialah Kalingga, Kendiri,
Singgahsari dan Majapahit. Salah satu faktor meluasnya penggunaan bahasa
Melayu adalah disebabkan ciri-ciri keterbukaannya di samping keupayaan
menerima pengaruh bahasa-bahasa lain. Bahasa Melayu pada Zaman
Kegemilangan Melaka. Bahasa Melayu berkembang pesat di Kepulauan
Melayu pada abad ke-13 apabila Islam bertapak di situ. Faktor yang
mempengaruhinya ialah dari segi Peranan pendakwah, Melaka sebagai
pelabuhan yang terkenal, Peranan golongan istana dan pedagang. Bermula
dengan kejatuhan Melaka pada tahun 1511, penjajah bersilih ganti bermula
dengan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Peranan yang dimainkan oleh
Inggeris berjaya mempengaruhi golongan bangsawan. Rakyat kebanyakan
dan sebilangan kecil cendekiawan masih memberi sokongan untuk
mendaulatkan bahasa Melayu. Selepas kejatuhan Melaka, pusat
kesusasteraan perkembangan Islam beralih ke Riau, Acheh dan Palembang.
8

Bahasa Melayu pada Zaman Pramerdeka. Semangat untuk
mengembangkan bahasa Melayu di Nusantara termuat dalam Sumpah
Pemuda (1928) yang mendaulatkan bahasa Melayu/ bahasa Indonesia
sebagai bahasa politik dan perjuangan. Perkembangan politik di Indonesia
turut mempengaruhi Tanah Melayu dalam usaha mencapai kemerdekaan. Di
Tanah Melayu Persatuan Penulis ASAS 50, pelajar-pelajar Sekolah Inggeris,
pelajar-pelajar SITC, pelajar Timur Tengah meluahkan rasa tidak puas hati
terhadap British. Persoalan bahasa terus dibincangkan sehingga
kemuncaknya pada tahun 1955-1959 apabila wujudnya Laporan Razak (1956).
Antara perkara penting dalam laporan tersebut ialah Satu sukatan pelajaran
yang sama, Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran
wajib, Pada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3 yang berlangsung
pada 16-21 September 1956 bertempat di Johor Bahru dan Singapura telah
bersetuju menubuhkan Balai Pustaka yang kemudiannya dikenali sebagai
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bahasa Melayu Selepas Merdeka. bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi
Negara, Perlaksanaan Laporan Razak untuk mendaulatkan bahasa Melayu,
Dewan Bahasa dan Pustaka telah dipindahkan ke Kuala Lumpur, Menerusi
Dasar Pelajaran Kebangsaan 1970, istilah bahasa Melayu telah ditukar
kepada bahasa Malaysia untuk menimbulkan semangat kekitaan di kalangan
rakyat. Selepas perlaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM)
istilah ini ditukar pula kepada bahasa Melayu.






9

Pengaruh Bahasa Melayu Daripada Bahasa Asing
Bahasa Melayu banyak menyerap bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit,
Inggeris, Belanda, Jawa, Arab dan sebagainya.
Pengaruh Bahasa Sanskrit
Bahasa Sanskrit telah banyak mempengaruhi bahasa Melayu apabila
bahasa Melayu berada di peringkat kuno, iaitu pada peringkat sebelum
bahasa Melayu mencapai zaman klasik pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka yang Bahasa Melayu telah mengalami zaman kuno antara abad ke-7
dan abad ke-13. Bukti pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam bahasa kuno dapat
dikesan di dalam batu bersurat yang ditinggalkan oleh kerajaan Srivijaya.
Dalam bahasa Melayu,terdapat 677 perkataan yang berasal daripada bahasa
Sanskrit. Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Sanskrit yang
dipinjam ke dalam bahasa Melayu :
Bahasa Sanskrit Bahasa Melayu
dosa dosa
dukkha duka
deva dewa
rupa rupa

Pengaruh Inggeris

Pengaruh bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu merupakan pengaruh
paling ketara dan paling meluas masa kini, dan lazimnya perkataan Inggeris
dipinjam ke dalam bahasa Melayu apabila tiada perkataan tempatan untuk
mengambarkan situasi baru yang memanggil satu panggilan khusus merujuk
kepadanya. Dewan Bahasa dan Pustaka telah terus membenarkan
kemasukan perkataan sebegini dalam kosa kata bahasa Melayu dan tidak
menghiraukan bantahan yang dikemukakan. Penggunaan perkataan sebegini
yang meluas di media pencetakan dalam bahasa Melayu di Malaysia seperti
pada akhbar Utusan Malaysia telah mengeruhkan lagi permasalahan ini. Satu
10

satunya kenyataan bimbang terhadap situasi ini pernah dilafazkan bekas
perdana menteri Malaysia, Mahathir bin Mohammad meskipun beliau sendiri
telah memperkenalkan suatu perkataan baru "bajet" menggantikan perkataan
"belanjawan" semasa perbentangan belanjawannya yang terakhir, dengan
alasan bahawa istilah belanjawan tidak tepat kerana anggaran kewangan
kerajaan turut melibatkan hasil, dan bukan belanja semata-mata. Berikut
merupakan beberapa perkataan yang telah diterima dalam bahasa Melayu
secara rasmi dan digunakan secara meluas dan dianggap telah diterima.

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Book Buku
Lamp Lampu
Ball Bola
Mind Minda
Cheque Cek
Bus Bas
Taxi Teksi

Pengaruh Portugis / Belanda
Beberapa contoh perkataan Portugis yang diserap dalam bahasa Melayu
adalah :
Bahasa Portugis Bahasa Melayu
Armario Almari
Garfo Garpu
Igreja Gereja
Limao Limau
Toalha Tuala
Janela Jendela


11

Pengaruh Bahasa Jawa
Bahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan bahasa serumpun.
Kedua-kedua bahasa tergolong kepada keluarga bahasa Indonesia. Terdapat
dua faktor utama dalam penyebaran pengaruh bahasa Jawa ke Bahasa
Melayu, iaitu Pengaruh melalui penyebaran cerita panji dan Pengaruh melalui
interaksi sosial. Cerita panji ialah sejenis cerita yang berasal dari Jawa. Isinya
adalah mengenai wira dan wirawati. Cerita ini terdapat banyak versi, dan boleh
dikesan di seluruh nusantara sehingga di Kemboja. Berikut disenaraikan
beberapa kata-kata pinjaman Jawa dalam bahasa Melayu :
Perkataan Maksudnya
Andong Kereta kuda (sewaan)
Batok tempurung
berangasan mudah naik marah
wedana ketua daerah
adipati raja

Pengaruh Arab-Islam
Bahasa Arab dan agama Islam sangat mempengaruhi perkembangan
bahasa Melayu. Status bahasa Melayu yang bertaraf lingua franca dan
keunikannya telah menyebabkan agama Islam disebarkan dalam bahasa
Melayu dan tidak dengan bahasa Arab. Walau bagaimanapun, bahasa Arab
melalui kedatangan agama Islam telah mempengaruhi perkembangan bahasa
Melayu dalam beberapa aspek, antaranya perbendaharaan kata, sebutan kata
dan tulisan. Hampir sebahagian besar perbendaharaan bahasa Melayu
meminjam perkataan bahasa Arab. Berikut disenaraikan beberapa contoh
perkataan Arab yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu :


Bahasa Arab Bahasa Melayu
12

Abah Abah
Al-Kursiy Kerusi
Asy-Syukr Syukur
Jadwal Jadual
Syakhsiyyah Sahsiah
Qamus Kamus
As-Subh Subuh

Ciri Ciri Bahasa Melayu
Bahasa Sebagai Satu Simbol
Tarif bagi perkataan yang terdapat dalam suatu bahasa dinamakan lambang
atau simbol. Ahli logik dan kaji makna menggolongkan lambang sebagai satu
kod pada kumpulan objek yang dinamakan isyarat. Tiga jenis lambing :
a. Indeks
Terbahagi kepada dua jenis iaitu manusia dan bukan manusia. Manusia
ialah tangis(lambang sedih), manakala bukan manusia ialah jalan raya
basah (lambang hujan).

b. Ikon
Melambangkan sifat yang ada pada dirinya sendiri. Contohnya,
bunyi-bunyi anomopeik seperti gedebum,miau dan sebagainya.

c. Konvensi
Takrif ialah, tidak ada ikatan antara simbol itu dan benda rujukannya.
Lambang jenis inilah yang disebut symbol. Simbol konvensional adalah
bukan bahasa, contohnya tolak (-) dan darab (x) dalam bidang ilmu.

Simbol Dalam Konteks
13

Terdapat pelbagai jenis simbol dan konteks dimana simbol itu hadir iaitu :
i) Konteks Tepat
Sesuatu simbol yang digunakan untuk merujuk objek atau benda yang
ada didalam persekitaran terdekat.

ii) Konteks Teralih
Dalamkonteks ini orang atau objek yang menjadi rujukan tidak ada
sewaktu ia disebut.konteks yang sering ditemui dan digunakan untuk
menyebut benda dan orang yang tidak ada dalam sekitaran terdekat
kita.

iii) Konteks Terpindah
Simbol sebagai alat untuk memindahkan kegunaannya dari satu
kumpulan objek atau situasi kepada kumpulan yang setaraf.
Contohnya, Gadis itu manis tetapi mukannya masam. Manis dan
masam biasanya merujuk kepada sifat benda tertentu seperti gula atau
buah, tetapi ciri wajah manusia boleh diterangkan dengan istilah
tersebut.

Pendekatan Saintifik Dalam Kajian Makna
Teori Imej Mental
Makna sesuatu perkataan itu sama dengan imej mental yang berkaitan dengan
simbolnya. Kelemahanya ialah, Tidak dapat menjelaskan beberapa masalah
pokok mengenai makna. Contohnya, tiga segi yang ideal, sebab banyak
bentuk boleh disebut segi tiga.




Teori Behaviorisme
14

Golongan behavioris mengemukakan teori mereka berdasarkan ransang dan
tindak balas. Darisegi kelemahanya ialah, Ia tidak dapat menerangkan
perkataan linguistik. Contohnya, jenis kata sendi
.
Teori Logik Simbolik
Dikenal dengan nama analisis logic atau analisis linguistic. Terdapat tiga kajian
makna iaitu semantik, sintaksis dan pragmatik.
a) Semantik
Mengkaji hubungan antara lambang dengan rujukan, biasanya
ditafsirkan sebagai makna perkataan. Untuk membuat asas penilaian
dan jangkaan proses pergolongan perlu dibuat antaranya pembahagian
dengan memebezakan sifat am sesuatu benda atau perkara.

b) Sintaksis
Mengkaji hubungan yang terdapat antara satu lambang dengan
lambang lain. Bermaksud, sesuatu ayat bergantung kepada susunan
dan tingkatan lambang itu. Contohnya unsur orang dan kaya
menghasilkan dua makna yang berbeza iaitu orang kaya dan
orangkaya. Perbezaan makna antara keduanya ialah tidak semua
orang kaya itu kaya.

c) Pragmatik
Mengkaji hubungan antara lambangdan perlakuan. Unsur ini mendapat
perhatian daripada para pengkaji makna kerana dalam proses
komunikasi makna sesuatu maklumat dinilai dari sudut adakah ia
sampai kepada penerimanya atau tidak.



15

Bahasa Bersifat Sejagat
Benjamin L.Whorf (1976) yang telah banyak mengkaji bahasa bahasa orang
asli telah berkata bahawa ada suatu kesejagatan dalam bahasa asli manusia
walaupun pada zahirnya terdapat banyak perbezaan.
Persamaan Bahasa
Semua bahasa manusia menggunakan tiga jenis bunyi yang umum iaitu
vokal,konsonan dan diftong.
Perbezaan Bahasa
Julat bunyi-bunyi vocal ,konsonan dan diftong yang digunakan itu
berbeza-beza. Bunyi-bunyi bukan segmental iaitu kepanjangan, tekanan,
nada dan intonasi juga berbeza. Dari segi binaan perkataan pula semua
bahasa manusia mempunyai unsur asas perkataan yang terdiri daripada
morfem. Terdapat dua jenis morfem, iaitu :
a) Morfem bebas yang secara langsung boleh menjadi perkataan.
b) Morfem terikat yang harus bergabung dengan morfem yang
lain untuk membentuk perkataan.
i) Perkataan pula ialah unsur terkecil bagi ayat.
ii) Ayat pula merupakan bentuk bahasa minimum yang lengkap dari
segi ucapan dan juga makna.
iii) Ayat mempunyai dua komponen binaan. Iaitu komponen
diterangkan atau subjek dan komponen menerangkan iaitu
predikat.
Kedua-dua komponen itu boleh dibentuk oleh satu perkataan sahaja atau
sederetan perkataan. Ia adalah, terdiri daripada frasa. Frasa terdiri daripada
beberapa perkataan yang hanya dapat membentuk satu komponen sahaja
dalam ayat. Demikianlah unsur dan komponen yang sejagat yang ada dalam
bahasa-bahasa asli manusia.

16

Fungsi Bahasa Melayu
Di negara kita bahasa melayu memainkan pelbagai peranan yang penting.
Dalam pada itu, fungsi bahasa melayu ialah sebagai Bahasa Kebangsaan,
Bahasa Rasmi, Bahasa Perpaduan, Bahasa Pengantar, Bahasa Ilmu dan
Bahasa Komunikasi.

Bahasa Kebangsaan

Bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti dan
kedaulatan negara untuk tujuan perpaduan. Selain itu, Bahasa kebangsaan
juga merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan
sesuatu bangsa atau negara secara unik. Bahasa kebangsaan ialah bahasa
yang diangkat menjadi bahasa utama sesebuah negara yang berdaulat dan
lazimnya digunakan sebagai bahasa rasmi negara tersebut. Ia merupakan
lambang jati diri negara dan kewarganegaraan, bukti tentang kedaulatannya
yang membolehkan sesebuah negara berdiri sama tinggi dan duduk sama
rendah dengan negara berdaulat yang lain. Bahasa Melayu diisytiharkan
sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia, termaktub dalam Perlembagaan
Malaysia, iaitu, Perkara 152 Perlembagaan Malaysia, Akta Bahasa
Kebangsaan, 1963/67 ( disemak 1971 ) dan Pemberitahuan undang-undang
No.410 ( tahun 1967).
Manakala, bahasa malayu juga secara jelasnya, Menyatukan rakyat,
Menegakkan persatuan antara kaum-kaum yang mendiami negara ini,
Menggalakkkan pertubuhan satu corak kebudayaan yang meliputi semua
aliran kebudayaan yang terdapat di dalamnya, Mewujudkan satu budaya, satu
bangsa iaitu pembentukan budaya kebangsaan selaras dengan keinginan dan
hasrat membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identiti
keperibadian yang dapat dibanggakan dan penuh dengan kesetiaan kepada
negara, dan juga yang pentingnya Sebagai alat komunikasi dan pendapat,
bahasa harus dikawal supaya dapat memberi manfaat kepada manusia
17

sebagai alat perpaduan kaum. Bahasa kebangsaan biasanya digunakan untuk
wacana politik dan undang-undang dan ditetapkan di dalam sesebuah
kerajaan negara. Sambungan. Bahasa kebangsaan boleh menjadi bahasa
rasmi tetapi tidak semestinya. Bahasa kebangsaan juga mungkin berbeza
dengan bahasa yang umum digunakan rakyat sesebuah negara. Semua
negara yang berdaulat mempunyai bahasa kebangsaan sendiri. Misalnya,
Bahasa Melayu di Malaysia, Bahasa Inggeris di United Kingdom, Bahasa
Perancis di Perancis, Bahasa Jepun di Jepun, dan Bahasa Jerman di Jerman.
Sesetengah negara mempunyai lebih dari satu bahasa kebangsaan. Contoh
negara Kanada yang menggunakan bahasa Perancis dan Inggeris sebagai
bahasa kebangsaannya.

Bahasa Rasmi

Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan secara meluas oleh pihak
kerajaan sesebuah negara dari peringkat menteri hinggalah ke peringkat
bawahan. Bahasa yang digunakan dalam perhubungan rasmi, seperti dalam
ucapan rasmi dan surat-menyurat. Antara fungsi Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Rasmi ialah Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu
mereka menjalankan tugas rasmi Negara, Sebagai media pelbagai urusan
surat menyurat dalaman dan antara jabatan kerajaan, Digunakan dalam
semua rekod kerajaan, Sebagai media untuk menulis semua undang-undang
negara dan pentadbiran dan Digunakan dalam semua jenis borang-borang
rasmi Negara. Biasanya, bahasa kebangsaan sesebuah negara turut
berfungsi sebagai bahasa rasmi. Tetapi di Singapura, walaupun bahasa
kebangsaannya ialah Bahasa Melayu, tiga bahasa lain turut diisytiharkan
sebagai bahasa rasmi, menjadikan jumlah bahasa rasminya empat iaitu
Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.



18

Bahasa Perpaduan

Bahasa perpaduan ialah satu alat yang digunakan bagi menyatupadukan
antara satu kaum dengan kaum yang lain. Jika diteliti, kita boleh mengatakan
bahawa bahasa kebangsaan mempunyai fungsi perpaduan. Maksud fungsi
perpaduan ialah menimbulkan sikap bersatu terhadap kesetiaan bahasa.
Misalnya, apabila orang berlainan bangsa bertemu, mereka dapat
mengeratkan hubungan di antara satu sama lain dengan penggunaan bahasa
Melayu. Manakala, Perlembagaan Malaysia meletakkan asas yang penting
bagi Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang bukan sahaja
digunakan sebagai bahasa perpaduan rakyat tetapi juga dipakai dalam urusan
rasmi negara. Dalam pada itu, Dewan bahasa dan pustaka negara berusaha
menanamkan kesabaran di kalangan rakyat iaitu Bahasa Melayu adalah
bahasa yang dapat dijadikan alat menyatupadukan fikiran, usaha dan
fahaman dalam memperjuangkan kepentingan-kepentingan negara yang
sedang giat membangun.

Bahasa Penghantar

Bahasa yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai bahasa
yang digunakan untuk sistem pendidikannya seperti bahasa Melayu di
sekolah-sekolah kebangsaan, bahasa Cina di sekolah rendah jenis
kebangsaan Cina, dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil.
Bahasa-bahasa di atas, ini telah ditetapkan oleh Laporan Pelajaran Datuk
Abdul Razak Hussein (1956) dan Laporan Pelajaran Datuk Abdul Rahman
Talib (1960), sebagai bahasa pengantar.
Walaubagaimanapun, Bahasa Melayu sekian lama telah menjadi bahasa
pengantar di sekolah, maktab, politeknik dan universiti. Penubuhan Universiti
Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak bagi menentukan bahasa
Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan.
Sehingga kini, universiti itu telah melahirkan ratusan ribu siswazah yang
19

menerima pendidikan dalam Bahasa Melayu. Sambungan. Ratusan tesis dan
disertasi pada peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran ditulis dalam Bahasa
Melayu, dan puluhan, malahan ratusan, profesor telah menyampaikan
syarahan perdana tentang pelbagai ilmu dalam Bahasa Melayu. Semua
perkara ini tidak terhad kepada orang Melayu sahaja, tetapi melibatkan semua
kaum yang menjadi warganegara Malaysia. Tidak syak lagi bahawa Bahasa
Melayu telah membuktikan kejayaan dan keupayaan sebagai bahasa ilmu,
bahasa bagi wahana ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

Bahasa Ilmu

Bahasa ilmu ialah satu saluran untuk menyampaikan sesuatu perkara
berkaitan penemuan atau satu hasil kajian. Darisegi ilmu pula, bahasa melayu
berfungsi dalam menyesuaikan penemuan-penemuan baru dari lingkungan
lain ke lingkungan tertentu, Menerangkan keadaan khas di dalam lingkungan
yang baru yang menimbulkan masalah dan memerlukan penelitian,
Penemuan-penemuan baru dalam bentuk tulisan dari bahasa asing dapat
difahami oleh pembacanya, tanpa menimbulkan keraguan penafsiran dalam
Bahasa Melayu, dan Memudahkan kerjasama pelbagai kaum bagi memajukan
bidang ilmu. Bahasa Melayu tetap mempunyai peranan sebagai bahasa ilmu
dalam dunia abad ke-21. Namun, kejayaan Bahasa Melayu dalam tugas ini
amat bergantung pada kesediaan pengamal Bahasa Melayu untuk
menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa ilmu.
Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan moden akan
tetap kekal walaupun tidak dinafikan bahawa di negara ini, Bahasa Inggeris
turut berfungsi sebagai bahasa untuk menimba ilmu. Keadaan ini tidak
bercanggah kerana sudah menjadi dasar pendidikan negara untuk
menghasilkan pelajar yang dwibahasa sifatnya. Itulah sebabnya Bahasa
Inggeris diperkenalkan sebagai mata pelajaran sejak tahun satu sekolah
rendah supaya pelajar menerima pendidikan Bahasa Inggeris selama 11 tahun
20

dan sepatutnya telah menguasai bahasa tersebut dengan baik. Jika rasa
megah terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tidak ada dan jika
semua pihak lebih selesa menggunakan Bahasa Inggeris, lama-kelamaan
fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan berkurangan. Tetapi, kerana
orang Melayu memang optimistik sifatnya, berdasarkan kejayaan Bahasa
Melayu dalam 30 tahun yang lalu, potensi yang ada bagi Bahasa Melayu untuk
kekal sebagai bahasa ilmu amat cerah.

Bahasa Komunikasi

Proses komunikasi ialah adanya maklumat yang hendak di sampaikan
oleh penutur kepada pendengar. Dalam pada itu, Komunikasi dalam
masyarakat ialah Penghasilan maklumat iaitu Orang yang menghasilkan
maklumat. Contoh: pakar perubatan, para pengarang pakar sains dan
sebagainya, Penyampai Maklumat iaitu, Orang yang menyebarkan maklumat.
Contohnya, Wartawan, juru hebah, guru dan pembawa cerita, Penapis
Maklumat iaitu Orang yang menyekat sesuatu maklumat daripada disebarkan.
Contohnya, ahli politik, golongan tua, ahli agama, pegawai kerajaan dan para
pengembang agama. Dan yang akhirnya, Penerima Maklumat iaitu orang
yang menerima maklumat. Contonhya, kanak-kanak, orang awam dan
golongan yang hanya menerima sahaja maklumat umpamanya orang yang
terlalu tua atau cacat. Bahasa komunikasi juga berlaku dalam tiga arah. Ia
adalah seperti Komunikasi setaraf iaitu antara ahli-ahli kelompok yang setaraf
kedudukannya, yang keduanya Komunikasi dari atas ke bawah iaitu terjadi
antara pekerja dan majikan ibu bapa kepada anak, antara anggota polis
kepada penjenayah dan yang akhirnya Komunikasi dari bawah keatas iaitu,
terjadi antara anak murid kepada guru, rakyat kepada menteri, adik kepada
abang.
Bahasa Melayu telah menjadi bahasa komunikasi atau bahasa
perhubungan di antara rakyat jelata kerana bahasa itu dapat dipelajari dengan
21

senang dan telah sekian lama menjadi lingua franca penduduk kawasan ini.
Rakyat jelata yang dimaksudkan ialah masyarakat biasa, bukan golongan elit
yang, oleh sebab sifat dwibahasa mereka, lebih selesa menggunakan bahasa
campuran (Melayu-Inggeris). Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan
bahasa perhubungan rakyat jelata. Maka, fungsi pembinaan jati diri akan tetap
dimainkan oleh bahasa itu kerana pembinaan jati diri mempunyai ikatan yang
erat dengan emosi.

Peranan Bahasa Melayu Dalam Menyatupadukan Kaum Di
Malaysia
Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatupadu adalah antara
cabaran-cabaran utama dalam usaha kita menjadikan Malaysia negara maju
menjelang tahun 2020. Tanpa perpaduan dan keharmonian antara kaum, kita
tidak akan dapat memupuk persekitaran politik, sosial dan ekonomi yang
mampu membawa negara ke tahap yang lebih maju. Malah perpaduan itu
merupakan prasyarat utama yang mesti wujud dalam masyarakat sebelum kita
dapat memanggil diri kita sebuah negara. Perpaduan yang ingin kita pupuk di
negara ini ialah satu keadaan di mana rakyat berbilang keturunan dan agama
di Malaysia mempunyai satu perasaan kekitaan dan beridentiti sebagai
warganegara dan bangsa Malaysia yang mampu melampaui batasan identiti
kaum atau negeri mereka. Perpaduan yang kita sedang usahakan juga
bertujuan untuk mewujudkan satu masyarakat di mana rakyat berbilang
keturunan, kebudayaan dan kepercayaan, hidup makmur dalam suasana yang
aman sejahtera yang lahir daripada semangat persefahaman yang kukuh,
sikap toleransi dan saling menghormati dan kesediaan untuk bertolak ansur
dan bermuafakat demi kepentingan bersama. Sudah pasti, bangsa yang
bersatupadu yang ingin kita bentukkan juga harus berlandaskan kepada
semangat kesetiaan, ketaatan dan patriotisme yang tinggi yang tidak berbelah
bahagi kepada negara.
22

Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota
masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap
anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta
satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Negara kita
mempunyai penduduk yang berbilang kaum iaitu Melayu, Cina, India dan
lain-lain. Biasannya negara yang mempunyai penduduk majmuk akan
menghadapi masalah penggunaan bahasa darisegi komunikasinya. Ada
negara yang menggunakan lebih dari satu bahasa sebagai bahasa rasminya.
Namun di negara kita keadaanya adalah berbeza iaitu penggunaan bahasa
melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa komunikasi utama, sejak sebelum
negara kita mendapat merdeka. Satu cara yang penting untuk mewujudkan
perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam
konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam
membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari. Sistem pelajaran yang
ada pada kita sekarang ialah suatu usaha yang disedari dan
bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan atau penyelesaian kepada
masalah perpaduan ini dengan kaedah-kaedah yang praktikal, wajar dan dapat
diterima oleh sebahagian besar rakyat negara ini. Rancangan kerajaan untuk
menseragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi
dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya
sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar
tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh
menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping
mewujudkan keperibadian yang sama. Dalam pada itu, penggunaan bahasa
melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan dapat
mewujudkan perpaduan di negara kita.
Walaupun negara kita mempunyai penduduk majmuk tetapi
penggunaan bahasa melayu adalah yang utama dan menjadi tulang belakang
dalam penyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa, keturunan, agama,
etnik dan sebagainya. Secara globalnya, bahasa melayu mempunyai imej
23

yang tersendiri darisegi penggunaan dan kualiti bahasa melayu itu sendiri.
Manakala, bahasa melayu juga membuktikan kedudukan, imej dan juga
kemampuan dalam menyatupadukan perpaduan di negara kita sejak negara
kita merdeka. Walaupun di negara kita mempunyai penduduk yang berbilang
bangsa dan bahasa ibundanya yang berlainan, tetapi penggunaan bahasa
melayu sebagai bahasa komunikasi rasmi menyebabkan mereka mudah
mempelajari dan dapat berkomunikasi dengan lebih baik dan tanpa sebarang
masalah terhadap penduduk yang bebilang bangsa. Keadaan ini
menyebabkan, penggunaan bahasa melayu di negara kita semakin
berkembang. Justeru itu, penggunaan bahasa melayu di kalangan masyarakat
dapat mengeratkan perpaduan di negara kita apabila semua lapisan
masyarakat dapat berkomunikasi dengan baik, mahupun golongan
berpelajaran ataupun tidak berpelajaran. Keadaan sedemikian secara
langsungnya akan memberi kesan positif terhadap perpaduan kaum di negara
kita dengan mewujudkan fenomena mencintai negara, bahasa rasmi dan
perpaduan antara kaum sentiasa terjamin.
Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini dijamin
melalui Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, maka secara tidak langsung
membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi alat perpaduan. Namun
dalam menghadapi cabaran globalisasi Bahasa Melayu dilihat antara yang
menerima kesan yang sangat mendalam. Bahasa Melayu diangkat menjadi
bahasa kebangsaan selepas negara mencapai kemerdekaan dan berkerajaan
sendiri. Sebelum merdeka, Malaya yang ditadbir oleh British menggunakan
bahasa Inggeris sebagai bahasa utama tetapi setelah mencapai kemerdekaan,
maruah bangsa perlu dipelihara dan bangsa yang bermaruah mesti
mempunyai bahasa kebangsaan sendiri. Oleh sebab itu Perdana Menteri
Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman menyatakan kita berhak
menghendaki bahasa kita sendiri. Apabila kita mempunyai bahasa
kebangsaan sendiri, kita akan bersatu dan mempunyai watak sendiri. Untuk
kepentingan kebangsaan, bahasa penjajah perlu digantikan dengan sebuah
24

bahasa peribumi . Walau bagaimanapun pada tahun 1995, Tun Mahathir
dengan jelas menyatakan bahawa konsep perpaduan kaum tidak lagi
bertunjangkan kepada konsep yang berasaskan budaya Melayu. Menurut Tun,
Bangsa Malaysia membawa maksud rakyat yang dikenali sebagai membawa
identiti Malaysia, menuturkan bahasa Melayu dan meluhurkan Perlembagaan.
Untuk merialisasikan bangsa Malaysia, rakyat harus mula menerima
kewujudan masing-masing seada-adanya, tanpa mengira kaum dan agama
(dipetik daripada Francis Loh Kok Wah dan Khoo Boo Teik 2002). Ertinya
rakyat Malaysia harus dilihat sebagai Melayu, Cina dan India sebagimana
terpancar melalui amalan budaya masing-masing. Konsep ini condong kepada
konsep pluralisme Furnival. Taraf bahasa Malaysia dari segi ekonomi dan
perjawatan juga dipertingkatkan. Kelulusan kepujian bahasa Malaysia di
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia menjadi satu keperluan bagi mendapat
jawatan ataupun untuk diserap ke jawatan tetap. Kelulusan Bahasa Malaysia
pada peringkat kemahiran bertutur juga menjadi syarat untuk lulus dalam
peperiksaan ijazah di universiti. Walaupun peraturan ini kemudiannya
menyebabkan ramai yang gagal dalam SPM dan menerima banyak bantahan
tetapi kementerian Pelajaran tetap tegas melaksanakannya. Buku teks yang
dicetak dalam bahasa Malaysia juga ditambah dengan kerjasama Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP). Di kalangan pengamal media pula, kerajaan
memperluaskan penggunaan bahasa Malaysia dalam siaran radio dan
televisyen atau alat sebaran am yang lain. Hanya masalah yang masih belum
selesai dari dahulu hingga kini ialah penggunaan atau struktur ayat yang tidak
tepat dan bercampur aduk antara bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia pada
papan iklan dan papan tanda. Secara tidak langsung ia menjatuhkan martabat
bahasa itu sendiri di samping tidak pekanya masyarakat dalam menggunakan
struktur yang betul dalam bahasa Malaysia. Keadaan ini jelas menunjukkan,
bahasa melayu merupakan aspek yang utama dalam menyatukan rakyat yang
berbilang kaum di negara kita.

25

Walaupun kita telah memperolehi kejayaan yang boleh dibanggakan,
namun kita harus akui bahawa banyak lagi yang perlu dilakukan oleh semua
pihak untuk mencapai cita-cita kita bagi membina satu bangsa Malaysia yang
benar-benar bersatu menjelang tahun 2020. Perpaduan rakyat tidak bermakna
bahawa kebudayaan, agama dan bahasa-bahasa kaum dan suku kaum akan
dihapuskan. Tetapi adalah penting kita memiliki satu bahasa kebangsaan dan
satu budaya yang teristimewa bagi bangsa dan negara kita Malaysia. Kita
telah merancang, dengan izin Tuhan, bahawa negara kita akan menjadi
negara maju menjelang tahun 2020.Pencapaian negara kita semenjak
merdeka meyakinkan kita bahawa matlamat ini boleh dicapai. Namun kita
tidak boleh lalai dan menunggu masa berlalu begitu sahaja. Strategi ekonomi
dan politik adalah tanggungjawab mereka yang berperanan dalam
bidang-bidang ini. Tetapi strategi politik dan ekonomi yang tepat sekalipun
tidak akan menjayakan perjuangan kita jika sekiranya negara kita dilanda oleh
rusuhan kaum kerana tidak ada perpaduan. Perpaduan merupakan satu
proses yang memakan masa.Setelah satu generasi berlalu keadaan di negara
kita sudah berubah. Walaupun ada yang berkata bahawa kaum-kaum di
Malaysia semakin jauh terpisah, tetapi sebenarnya kita adalah lebih rapat di
antara satu sama lain. Jika 52 tahun dahulu ada orang yang tidak pernah
bercampur dengan orang daripada kaum lain, tetapi sekarang bukan sahaja
mereka lebih dekat tetapi juga bahasa melayu telah membuktikan perpaduan
yang lebih erat dan kukuh di negara kita.

Aktiviti Yang Telah Dijalankan Oleh Pihak Kerajaan

Gerakan Cintailah Bahasa Kita
Sejak Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan,
bahasa rasmi dan bahasa penghantaran maka pelbagai usaha telah diambil
oleh pihak kerajaan untuk mempertahankan kedudukan dan imej Bahasa
26

Melayu. Antaranya ialah "GERAKAN CINTAILAH BAHASA KITA". Program ini
dilancarkan oleh Dato`Seri Dr.Mahatir Bin Mohamad di Hotel Shangri-La,Kuala
Lumpur pada 11 Disember 1987. Dalam ucapan, beliau menyatakan
bahawa ,Saya berharap Gerakan ini akan mengukuhkan lagi status Bahasa
Malaysia sebagai alat perpaduan kebangsaan dan juga alat komunikasi yang
berkesan.
Dalam pada itu, sikap kita juga harus segera berubah daripada
sekadar melihat dan menggunakan Bahasa Melayu untuk urusan yang
mudah-mudah sahaja, atau untuk berkomunikasi dalam pentadbiran kerajaan
semata-mata, malah menjadikannya bahasa perhubungan yang berkesan di
antara pelbagai kaum di negara ini. Kecintaan terhadap Bahasa Kebangsaan
sebagai asas kecintaan terhadap negara perlu dipupuk dan dikembangkan
sebagai amalan. Secara tidak langsungnya, ia akan memberikan keyakinan
kepada kita untuk terus mencintai bahasa kita. Tanpa mengamalkannya, sukar
kita hendak meyakinkan diri kita sendiri dan orang lain bahawa kita mencintai
Bahasa Kebangsaan.

Mengadakan dan Mempergiatkan Program-program Integrasi

Program integrasi yang diterima atau yang biasa dikehendaki ramai
adalah satu proses yang cuba menyatupadukan masyarakat majmuk atau
pelbagai kaum dan mewujudkan pula pembentukkan kebudayaan
kebangsaan atau nasional yang tersendiri di kalangan mereka. Manakala ia
juga perlu dianjurkan di sekolah-sekolah agar budaya integrasi antara
pelbagai etnik dan budaya dapat dipupuk. Perpaduan dapat dipupuk melalui
program-program integrasi seperti aktiviti ko-kurikulum dengan menyertai
kelab-kelab, persatuan-persatuan, badan-badan beruniform, aktiviti-aktiviti
sukan dan sebagainya. Penglibatan pelajar secara tidak langsung dapat
memupuk persefahaman dan perpaduan di kalangan mereka yang berbilang
kaum. Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan arahan kepada semua
27

sekolah agar menggalakkan penyertaan murid-murid dalam aktiviti-aktiviti
ko-kurikulum daripada semua kaum dan segenap lapisan masyarakat.
Program-program integrasi yang dijalankan di semua peringkat hendaklah
terus dipergiat dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Ini bertujuan
supaya matlamat perpaduan di antara pelajar berbilang kaum dan pelbagai
lapisan dapat dicapai.

Cadangan Cadangan Bagi Penambahbaikan Bahasa Melayu

Mengadakan Minggu Bahasa Melayu
Aktiviti Minggu Bahasa Melayu adalah minggu yang digunakan pelbagai
aktivitI yang berkaitan bahasa melayu di sekolah sepanjang minggu tersebut.
Ia adalah untuk meningkatkan prestasi penggunaan bahasa melayu di
kalangan pelajar. Program-program begini akan menyedarkan kepentingan
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di kalangan pelajar. Selain itu,
pelajar juga dapat menguasai Bahasa Melayu selain daripada mempelajarinya
di dalam kelas.Ini kerana jumlah waktu pengajaran Bahasa Melayu di dalam
kelas adalah tidak mencukupi untuk mencungkil bakat pelajar khususnya dari
segi pertuturan mereka. Maka program sebegini akan menggalakan mereka
supaya menguasai Bahasa Melayu dari segi kemahiran pertuturan juga.
Daripada situ kesalahan tatabahasa, pertuturan dan cara yang betul untuk
pertuturan dapat diajar dengan cepat dan tepat.Apabila pelajar sendiri merasai
bahawa mereka sedia untuk berkomunikasi maka secara automatiknya
pelajar-pelajar tersebut bersedia untuk berkomunikasi dengan mana-mana
kaun di seluruh Malaysia. Dengan cara ini, perpaduan juga dapat dieratkan di
kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.




28

Galakan Membaca
Cara ini sungguh berkesan untuk memastikan setiap insan
menguasai dan menjadi mahir dalam penggunaan Bahasa Melayu. Sekiranya
seseorang menumpukan perhatian dalan pertuturan sahaja tanpa membaca
buku-buku, majalah-majalah yang dikeluarkan dalam Bahasa Melayu
kemungkinan besar ia boleh menyebabkan seseorang itu melupakan
perkataan-perkataan tertentu ataupun ejaannya.Pada masa yang
sama,mereka juga boleh melupakan hukum-hukum bahasa melayu yang
sepatutnya diamalkan semasa penulisan dan pertuturan.Selain itu,kekurangan
membaca juga boleh menyebabkan seseorang itu kurang menguasai kosa
kata dan kurang mahir dalam pengetahuan Bahasa Melayu.Maka adalah
penting setiap insan membaca sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari untuk
menguasai kosa kata dan meningkatkan ilmu pengetahuan demi mencapai
matlamat Wawasan 2020 yang berpendidikan dan mengamalkan Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Memperbanyakan Rancangan Media Massa Dalam Bahasa Melayu

Dalam pada itu, pihak kerajaan juga harus memastikan
rancangan-rancangan TV Malaysia lebih memberi keutamaan kepada
rancangan dalam Bahasa Melayu. Pada masa yang sama, kerajaan juga harus
memastikan kesemua rancangan yang disiarkan mematuhi kualiti Bahasa
Melayu. Ini kerana sesetengah rancangan televisyen yang disiarkan tidak
menggunakan pertuturan Bahasa Melayu yang betul. Akibatnya adalah sampai
saat-saat terakhir masyarakat Malaysia akan terikut - Ikut dengan kesalahan
yang mereka melihat sekiranya tidak ada orang yang membetulkannya.
Lebih-lebih lagi kesilapan ini dapat dilihat apabila sarikata ditayangkan dalam
Bahasa Melayu bagi rancangan-rancangan bahasa asing. Dimana bahasa
yang digunakan sebagai sarikata kebanyakanya tidak akan mematuhi hukum
Bahasa Melayu,kesalahan tatabahasa, ejaan dan sebagainya. Keadaan ini
29

akan menyebabkan pelajar-pelajar terikut dengannya sehingga melakukan
kesalahan dalam hasil kerja mereka di sekolah nanti.Maka proses ini harus
dititik beratkan oleh kerajaan dan juga penyiar-penyiar yang bertanggungjawab
akan rancangan-rancangan sebegini.Selain itu,apabila rancangan-rancangan
sebegini diperbanyakan maka peluang untuk menguasai Bahasa Melayu juga
adalah tinggi seperti berita, forum rasmi, pertandingan syarahan, pendebatan
dan sebagainya.
Faktor Faktor Yang Mempengaruhi Kesalahan Dalam
Penggunaan Bahasa Melayu
Pembangunan pesat dalam teknologi menyebabkan setiap insan
mengambil jalan yang paling singkat untuk menjalani hidup mereka. Ini kerana,
SMS(Short Message Service) adalah satu contoh yang paling terbaik untuk
membuktikan kenyataan tersebut. Adakah bahasa yang digunakan dalam
sistem mesej ringkas mematuhi kesalahan ejaan,bahasa baku, ataupun
system tatabahasa yang betul?Jawapan ialah tidak sama sekali. Maka inilah
yang menyebabkan pelajar-pelajar sekolah sekarang menghadapi cabaran
dan masalah yang paling besar. Pelaksaan cara yang sama dalam penulisan
seperti SMS yang menyebabakan generasi sekarang banyak melakukan
kesalahan ejaan dan tatabahasanya.
Manakala, tenaga pengajar juga boleh dikatakan mempunyai
tanggungjawab penuh dalam masalah ini. Dalam usaha untuk meningkatkan
prestasi pencapaian akademik pelajar, guru-guru dipaksa untuk melakukan
apa saja tindakan bagi memastikan peratus kelulusan pelajar meningkat.
Gejala ini memaksa guru bahasa Melayu mengajar pelajar berdasarkan 'untuk
lulus periksa' dengan meninggalkan kemahiran-kemahiran tertentu seperti
kemahiran lisan dan bacaan,penulisan dalam proses pengajaran dan
pembelajarannya di bilik darjah.Ini kerana bebanan guru bahasa Melayu
adalah jauh lebih berat jika dibandingkan dengan guru-guru yang mengajar
30

subjek lain. Ini kerana guru bahasa Melayu dituntut untuk memberikan
komitmen yang sepenuhnya dalam latihan-latihan lisan (bacaan), penulisan,
penyemakkan dan penilaian. Hal ini menjadi lebih berat dengan bilangan
pelajar yang begitu ramai ( antara 30 - 45 orang dalam satu bilik darjah).Maka
guru-guru masa kini mengambil jalan yang paling mudah iaitu pengajaran dan
pembelajaran berkonsepkan lulus peperiksaan semata-mata.Ini
menyebabakan pelajar-pelajar tidak didedahkan kepada aspek-aspek penting
seperti penulisan karangan ,ejaan dan sebagainya.
Di samping itu, bukan sahaja tenaga pengajar sahaja malah
Kementerian Pelajaran juga harus mengambil tindakan yang sewajarnaya
dalam menempatkan guru-guru di sekolah.Ini kerana terdapat beberapa kes
dimana guru-guru tidak terlatih ditugaskan untuk mengajar bahasa Melayu.
Dalam soal ini akan timbul persoalan dari segi kelayakan iktisas mereka.Malah
mereka ini juga yang di kategorikan sebagai 'Guru Sandaran Tidak Terlatih'
langsung tidak mempunyai asas latihan pedagogi. Maka di sini akan timbul
satu isu baru pula iaitu; apakah mereka ini tahu atau mampu menggunakan
kaedah, pendekatan, teknik serta prosedur pengajaran dan pembelajaran
dengan betul dan berkesan. Sekiranya mereka ini gagal dalam
menyempurnakan amanah yang diberikan, golongan ini tidak seharusnya
dipersalahkan sepenuhnya. Tetapi yang wajar memikul kesalahan ini ialah
pihak kementerian sendiri. Walau bagaimanapun kesan yang ditinggalkan oleh
'Guru Sandaran Tidak Terlatih' ini akan dipikul oleh Guru-guru Terlatih yang
lain.Maka tanpa pengetahuan yang secukupnya mereka meninggalkan
aspek-aspek penting seperti pengenalan kepada huruf,perkataan,ayat dan
seterusnya. Apabila pelajar-pelajar ketinggalan dalam aspek-aspek ini dari
awal-awal lagi maka pelajar-pelajarmenghadapi masalah kesalahan eja



31

Kesimpulan
Bahasa jiwa bangsa, tetapi masih berjiwakah bahasa itu pada bangsa
Malaysia. Sejarah telah membuktikan bahawa kejayaan sebuah tamadun itu
juga bersama bahasanya. Melalui bahasa juga identiti bangsa itu terserlah
kerana ia akan memancarkan nilai dan konsep budaya bangsa itu. Dalam
keadaan bahasa Melayu mendapat tempat di lebih 115 universiti di 35 negara
yang mengajar bahasa Melayu. Keyakinan bangsa itu sangat penting untuk
melihat bahasa Melayu terus berada pada kedudukan yang sepatutnya dan
bahasa Melayu itu juga bukan hak kaum Melayu tetapi bahasa kebangsaan
iaitu bahasa milik rakyat Malaysia yang menjadi tulang belakang perpaduan.
Bahasa melayu yang juga menjadi tulang belakang untuk perpaduan dan
kemajuan negara Malaysia perlu dipupuk dan menjaga bagi menjamin
kesejaterahaan dan kemakmuran negara terjamin di masa depan tanpa
sebarang masalah. Perpaduan sahaja yang dapat menstabilkan atau
meningkatkan imej negara kita serantau dunia dalam apa jua tindakan atau
keputusan yang diambil oleh pihak kerajaan demi kepentingan negara.
Namun adalah lebih penting lagi kita sendiri mengekalkan jati diri kita
sebagai satu bangsa yang merdeka,yang sudah mempunyai pemikiran,buah
fikiran dan pelbagai lagi buah yang memang boleh kita manfaatkan supaya diri
kita tidak keliru.Dan jika keliru kita pada hari ini berterusan,maka keliru
generasi kita pada masa akan datang boleh melenyapkan bahasa kita sendiri
seperti robohnya bangunan WTC kerana agenda atau propaganda yang
diciptakan oleh pemimpin mereka sendiri. Dalam pada itu, sebagai negara kita
yang sedang membangun dan menuju wawasan 2020 perlu membuat strategi
baru demi kebaikan negara dan rakyat dengan mengambilkira perpaduan dan
juga kemakmuran rakyat terjamin pada bila-bila masa sekalipun. Kefahaman
kerajaan dalam perpaduan rakyat terbukti dengan wujudnya konsep Satu
Malaysia iaitu Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan, dengan tidak
mengabaikan kepentingan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi yang juga
32

memainkan peranan dalam mengeratkan lagi perpaduan di negara kita tanpa
sebarang masalah dan konflik. Semua rakyat Malaysia perlu menganggap diri
mereka adalah bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak dalam satu nada
dan juga satu matlamat bagi menwujudkan satu bangsa Malaysia yang
berfikiran terbuka serta ingin memajukan negara secara bersama.


















33

Rujukan
www.F:\Koleksi Arkib Ucapan Ketua Eksekutif.mht
www.F:\6_ Asas-Asas Perpaduan Kebangsaan BAHASA DAN BUDAYA.mht
www.F:\Godam Bahasa Melayu jawapan pada hambatan perpaduan.mht
www.F:\Suara Murba Isu Perpaduan Kaum Di Malaysia.mht
www.F:\Pemerkasaan Bahasa Melayu Sebagai Wadah Perpaduan Dan
Pembangunan Obligasi Kepimpinan Melayu - Oleh Nurul Himmah Bt
Kassan.mht
www.F:\Portal Pendidikan Utusan.mht
www. F:\BM\RujukNota bahasa melayu sejarah.mht
www. F:\BM\Bahasa Melayu - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia
bebas.mht
www. F:\BM\KESANTUNAN BAHASA MELAYU.mht
www. F:\bm1\Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri.mht
www. F:\bm1\Satu sistem kebangsaan untuk perpaduan kaum! BAHASA
DAN BUDAYA.mht

Anda mungkin juga menyukai