Anda di halaman 1dari 14

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

BAHASA MELAYU
SALASILAH BAHASA MELAYU

• Salasilah bermaksud asal usul, susur galur atau keturunan.

• Salasilah bahasa Melayu merujuk kepada kajian tentang asal


usul atau keturunan bahasa Melayu.

• Dalam rajah salasilah bahasa, faktor utama yang digunakan


untuk menentukan perkembangan bahasa ialah faktor usia.
Rumpun Austroasia Rumpun Austronesia Rumpun Tibet-Cina

Keluarga Mikronesia Keluarga Polinesia

Keluarga Melanesia Keluarga Nusantara

Filum Keluarga
Rumpun
Kelompok bahasa induk Kelompok bahasa yang
Kelompok bahasa yang
yang berusia 5000 tahun berusia kurang daripada
berusia 2500-5000 tahun.
ke atas. 2500 tahun.
Teori asal usul bahasa Melayu

Teori 1:
• Filum Austris merupakan salah satu kelompok bahasa induk.
• Ia menguasai hampir separuh benua Asia dan terdiri daripada 3 rumpun, iaitu:

 Bahasa Austroasia – bahasa Khasi di Nicobar, Khymer, Munda dan Mon.


 Bahasa Tibet-Cina – bahasa di Cina, Tibet, Siam, Burma dan lain-lain.
 Bahasa Austronesia – bahasa di Polinesia, Nusantara, Melanesia dan
Mikronesia.

• Bahasa di rumpun Austronesia tersebar luas dari Farmosa (Taiwan) di utara


hingga New Zealand di selatan dan dari Madagaskar di barat hingga Kepulauan
Easter di timur.
• Terdapat 3 Austronesia timur, iaitu:
 Melanesia – bahasa di Kepulauan Fiji, New Caledonia, Irian, New Guinea.
 Mikronesia – bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina, dan Gilbert.
 Polinesia – bahasa di Hawaii, Tonga, Maori, dan Kepulauan Easter.

• Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga Nusantara. Bahasa Nusantara


mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak iaitu 200-300 bahasa.

Teori 2:
• Menurut kajian J.Crawfurd, orang Melayu berasal dari Sumatera dan Jawa.
• Maka, bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa
serumpun yang terdapat di Nusantara ini.
• J. Crawfurd membuat kesimpulan bahawa orang Melayu tidak berasal dari mana-
mana, tetapi merupakan bahasa induk yang menyebar ke tempat lain.
Teori asal usul orang Melayu

• Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur bahasa Melayu berasal


daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang
dari Yunan dan menjelajah ke Selatan, dalam bentuk beberapa gelombang
pergerakan manusia dan menduduki wilayah Asia Tenggara.

• Ini berlaku sejak tahun 2500 sebelum Masihi, iaitu dengan kedatangan
golongan pertama yang disebut Melayu Proto; kemudian kira-kira dalam
tahun 1500 sebelum Masihi, datang pula gelombang yang kedua,
golongan yang disebut Melayu Deutro. Mereka ini telah menduduki
daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara, dan telah
memperlihatkan kepandaian belayar dan bercucuk tanam.
Perbandingan Melayu Proto dan Melayu Deutro

Melayu Proto (2500SM) Melayu Deutro (1500SM)

• Kumpulan pertama. • Kumpulan kedua.

• Menjadi asas kepada penduduk asli. • Lebih bijak, cekap ilmu pelayaran dan ilmu
bintang.

• Mendiami kawasan pinggir sungai dan hutan • Tamadun lebih tinggi.


yang subur.

• Bilangan lebih ramai.


PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

• Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada


tiga tahap utama, iaitu:

1. Bahasa Melayu 2. Bahasa Melayu 3. Bahasa Melayu


Kuno Klasik Moden
BAHASA MELAYU KUNO
• Bahasa Melayu merupakan keluarga bahasa Nusantara.
• Kegemilangannya ialah dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan
Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.
• Penuturnya di Semenanjung, kepulauan Riau dan Sumatera.
• Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:
 Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
 Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat.
 Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
• Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit.
• Bahasa Melayu mudah dipengaruhi oleh Sanskrit kerana:
 Pengaruh agama Hindu.
 Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai
hierarki yang tinggi.
 Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

• Bahasa Melayu Kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan
huruf Pallava:
 Batu Bersurat Kedukan Bukit, Palembang (684M)
 Batu Bersurat Talang Tuwo, Palembang (684M)
 Batu Bersurat Karang Brahi, Jambi (686M)
Batu Bersurat Kota Kapur, Pulau Bangka (686M)
• Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:
 Bunyi b ialah w dalam bahasa Melayu Kuno – (Contoh: bulan – wulan)
 Bunyi e pepet tidak wujud – (Contoh: dengan – dgan/dangan)
Awalan ber- ialah mar- dalam bahasa Melayu Kuno – (Contoh: berlepas – marlapas)
 Awalan di- ialan ni- dalam bahasa Melayu Kuno – (Contoh: diperbuat – niparvuat).
BAHASA MELAYU KLASIK
• Peralihan ke bahasa Melayu klasik dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang
semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13 Masihi.
• Selepas itu bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata,
struktur ayat dan tulisan.
• Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada 3 zaman penting:
I. Zaman kerajaan Melaka
II. Zaman Kerajaan Acheh
III. Zaman kerajaan Johor-Riau
• Ciri-ciri bahasa Melayu klasik:
 Ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
 Banyak ayat pasif.
 Menggunakan bahasa istana.
 Kosa kata klasik: mutu, ratna, manikam, sahaya, masyghul (bersedih).
 Banyak menggunakan kata pangkal ayat: sebermula, alkisah, hatta, adapun.
 Ayat songsang.
 Banyak menggunakan partikel ‘pun’ dan ‘lah’.
BAHASA MELAYU MODEN
• Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai zaman permulaan bahasa Melayu
Moden.

• Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa
perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan.

• Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem
pendidikan.

• Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan.

• Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

• Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara.

Anda mungkin juga menyukai