Anda di halaman 1dari 7

AB 5301KELUARGA BAHASA AUSTRONESIA Tajuk: Asal-usul Bahasa Melayu

Pensyarah: Dr. Awang Yabit bin AlasRosmah binti Ambong (11M0701) Rosnita binti
Idris (11M8193)Rasidah Anak Linggir (11M8194) 18 Oktober 2012 (Khamis)
ISI KANDUNGAN 1. PENGENALAN 2. SEJARAH RINGKAS BAHASA MELAYU
(a)Asal-usul Bahasa Melayu(b)Sejarah perkembangan Bahasa Melayu 3.
KESIMPULAN
>>>SILA TEKAN<<<
DEFINISI BAHASABeberapa definisi bahasa adalah seperti berikut:1. Bahasa ialah
sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan
satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain).2. Bahasa
adalah penggunaan kod, iaitu gabungan fonem sehingga membentuk kata dengan
aturan sintaksis untuk membentuk kalimat yang memiliki erti/maksud

DEFINISI MELAYU Istilah Melayu digunakan dalam pengertian yang luas dan juga
yang sempit. Dalam pengertian luas, istilah ini merujuk kepada bangsa-bangsa
Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan yang secara
tradisional disebut gugusan pulau-pulau Melayu, iaitu pulau-pulau yang meliputi
Indonesia yang ada sekarang ini. Penggunaan istilah Melayu yang lebih am ialah
yang merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami di
Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera, Brunei dan beberapa tempat lagi
yang berdekatan.
ASAL-USUL BAHASA MELAYU Bahasa sering dikaitkan dengan salasilah bangsa.
Asal-usul orang Melayu, iaitu penutur asli bahasa Melayu amat kabur kerana sejarah
kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Walau bagaimanapun,
kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu
kuno, iaitu nenek moyang orang Melayu.
ASAL-USUL BAHASA MELAYU Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur
bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia.
Mereka datang dari daerah Yunan dan menjelajah ke Selatan, dalam bentuk beberapa
gelombang pergerakan manusia, dan menduduki wilayah Asia Tenggara. Ini berlaku
sejak tahun 2500 sebelum Masihi, iaitu dengan kedatangan golongan pertama yang
disebut Melayu Proto; kemudian, kira-kira dalam tahun 1500 sebelum Masihi, datang
pula gelombang yang kedua, golongan yang disebut Melayu Deutro. Mereka ini telah
menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara, dan telah
memperlihatkan kepandaian belayar dan bercucuk tanam.
ASAL-USUL BAHASA MELAYU Namun, ada teori terbaharu yang menyatakan tempat
asal orang Melayu ialah Pulau Borneo, dan mereka telah merebak dari situ dalam tiga
kelompok yang besar melalui tiga arah, iaitu: 1. Ke Barat, arah ke Sumatera Utara, 2.
Ke timur Laut menghala ke Kepulauan Filipina dan Taiwan, dan satu kelompok turun ke
Sulawesi dan kalimantan Timur, dan 3. Ke Barat Daya, iaitu Sumatera Selatan dan
Jawa Barat. Oleh sebab masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh Kepulauan
Melaya dan lautan Pasifik, maka berkembanglah tiap-tiap bahasa di daerah masing-
masing. Walau bagaimanapun, antara bahasa yang berlainan hari ini, masih dapat
dilihat unsur persamaan.
ASAL-USUL BAHASA MELAYU Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang
tergolong ke dalam satu keluarga bahasa besar yang bernama keluarga bahasa
Austris. Di samping rumpun Austronesia, terdapat dua rumpun yang lain dalam
keluarga ini, iaitu rumpun bahasa Austroasia dan rumpun bahasa Tibet-China.
Rumpun bahasa Austronesia pula terbahagi kepada empat cabang, iaitu kumpulan
bahasa di Kepulauan Melayu (atau Nusantara), kumpulan bahasa Polinesia, antaranya
bahasa Hawaii, Tonga dan Maori; kumpulan bahasa Melanesia antaranya bahasa di
kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert. Dalam bentuk rajah, cabang-
cabang keluarga bahasa Austris dan rumpun bahasa Austronesia adalah seperti yang
berikut:
-cabang keluarga bahasa
Austris dan rumpun bahasa Austronesia adalah seperti yang berikut: Rumpun
Austronesia Keluarga Keluarga Keluarga KeluargaNusantara Polinesia Melanesia
Mikronesia(Indonesia)
arah
mengelompokkan rumpun bahasa austronesia kepada dua kumpulan utama, iaitu:
Rumpun Austronesia Keluarga Keluarga Melayu- Taiwanik Polinesia Barat Tengah
Timur
TEORI ASAL-USUL BAHASA MELAYUTerdapat banyak teori asal-usul bahasa Melayu.
Teori ini bolehdibahagikan kepada dua teori penting yang mendasari asal-usulbahasa
Melayu, iaitu:(1) Teori Hendrick Kern(2) Teori James Collins, Nothofer, Robert Blust,
dan Adelaar
TEORI ASAL- -orang Melayu
berasal dari Semenanjung Tanah Melayu. Orang-orang Austronesia berasal dari
Champa (di persisiran pantai Kemboja). Orang-orang Austronesia turun ke
Semenanjung menjadi orang Melayu. Orang Melayu dari Semenanjung berpecah-
pecah ke sebelah timur. Teori ini tidak lagi digunakan pada masa kini.
TEORI ASAL-USUL BAHASA MELAYU TEORI JAMES COLLINS, NOTHOFER,
ROBERT BLUST, ADELAAR Mewakili dua pendapat yang agak sama tetapi ada
sedikit perbezaan, iaitu dari segi migrasi orang Melayu. Namun, keempat-empat ahli
sarjana ini bersepakat mengatakan orang Melayu berasal dari sebelah barat Pulau
Borneo. Kerana Pulau Borneo tempat asal-usul penutur orang Melayu. Teori ini
boleh dibahagikan kepada dua kelompok, iaitu:(1) James Collins dan Nothofer(2)
Robert Blust dan Adelaar
KELOMPOK 1 (JAMES COLLINS DAN NOTHOFER)James Collins dan Nothofer
berpendapat bahawa orang Melayudipecahkan kepada tiga, iaitu:1. Migrasi terawal
berpindah dari sebelah barat Pulau Borneo ke Sumatera dan berpecah terus ke utara
dan menjadi orang Melayu di Semenanjung sekarang dan ada sebahagian yang terus
berpecah terus ke utara menjadi orang Champa. Dari Champa turun balik ke Sumatera
menjadi orang Acheh.2. Migrasi ke utara - dari sebelah barat Pulau Borneo dan menjadi
orang Brunei yang ada pada masa sekarang berpusing mengikut putaran jam terus ke
utara (pantai timur) menjadi orang banjarmas3. Orang-orang di sebelah barat Borneo
turun ke selatan menjadi orang Melayu Jakarta sekarang.
KELOMPOK 2 (ROBERT BLUST DAN ADELAAR) Blust dan Adelaar berpendapat
migrasi bermula dari sebelah barat Pulau Borneo dan hanya berlaku sekali sahaja.
Orang-orang Melayu berpindah ke Sumatera menjadi orang Melayu di kepulauan
Sumatera dan berkembang maju sehingga zaman Srivijaya pada abad ke- -
orang Melayu sudah pandai belayar dan menguasai teknologi perdagangan dan
berbalik semula ke Pulau Borneo Srivijaya terkenal (bukti cerita rakyat). Setelah
orang-orang Melayu berbalik ke Pulau Borneo menghasilkan dua jenis Melayu
layik yang merangkumi banyak
bahasa-bahasa Melayu termasuk Iban, Kedayan dan lain-lain yang sama dengan
bahasa Melayu.
Mewujudkan dua jenis Melayu: Melayu yang ada pada masa sekarang dan Melayu
Iban. Namun, kedua-dua jenis Melayu tadi mengalami kesukaran untuk berkomunikasi
antara satu dengan lain kerana tempoh migrasi yang terlalu panjang/lama).
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU Ahli bahasa membahagikan perkembangan
bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu: 1. Bahasa Melayu Kuno 2. Bahasa
Melayu Klasik 3. Bahasa Melayu Moden
BAHASA MELAYU KUNO Bahasa Melayu merupakan keluarga bahasa Nusantara.
Kegemilangannya ialah dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan
Srivijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Penuturnya di Semenanjung,
Kepulauan Riau dan Sumatera.
kerana: Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Tidak terikat kepada
perbezaan susun lapis masyarakat. Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding
dengan bahasa Jawa. Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa
Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri
keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.
uhi Sanskrit kerana:1.
Pengaruh agama Hindu.2. Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan
dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.3. Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur
-batu bersurat abad
ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallava:1. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang
(683 M).2. Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M).3. Batu bersurat di
Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M).4. Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah
Hulu Jambi (686M).5. Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa
Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.
-ciri bahasa Melayu kuno:1. Penuh dengan kata-kata
pinjaman Sanskrit.2. Susunan ayat bersifat Melayu.3. Bunyi b ialah w dalam Melayu
kuno (Contoh: bulan - wulan).4. Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau
dangan).5. Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)6.
Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparvuat)7. Ada
bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)8.
Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)
dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada
abad ke-
di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356):1. Ditulis dalam huruf India.2. Mengandungi
prosa melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit.3. Bahasanya berbeza sedikit
daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
surat
di Minye Tujuh, Acheh (1380)1. Masih memakai abjad India2. Buat pertama kalinya
terdapat penggunaan kata-
bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)1. Ditulis dalam tulisan Jawi2.
Membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.3.
Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa
Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk
-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan
bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam
bentuk tulisan.
penting:1. Zaman kerajaan Melaka2. Zaman kerajaab Acheh3. Zaman kerajaan Johor-
-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-
Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.
-ciri bahasa klasik:1. Ayat: panjang, berulang, berbelit-
belit.2. Banyak ayat pasif.3. Menggunakan bahasa istana.4. Kosa kata klasik: ratna
mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih).5.
Banyak menggunakan kata pangkal ayat: sebermula, alkisah, hatta, adapun.6. Ayat
songsang.7. Banyak menggunakan partikel pun dan lah
BAHASA MELAYU MODEN Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi
Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum
penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai
bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat
pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan
bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia
mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967
menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956
mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.
RAJAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
KESIMPULAN Secara keseluruhannya, terdapat dua teori penting tentang asal-usul
bahasa Melayu, iaitu teori yang dipelopori oleh Hendrik Kern dan teori yang dipelopori
oleh 4 orang sarjana iaitu James Collins, Nothofer, Robert Blust dan Adelaar. Teori
Hendrik Kern teori ini menghuraikan bahawa orang-orang Melayu berasal dari
Semenanjung Tanah Melayu. Teori 4 sarjana - teori ini menghuraikan tentang migrasi
orang-orang Melayu yang dipercayai berasal dari sebelah barat Pulau Borneo.
BIBLIOGRAFIAbdullah Hassan. (2007). Linguistik am. Selangor: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.____________. (1980). Linguistik am untuk guru Bahasa Melayu.
Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.Asmah Haji Omar. (2008). Susur galur
bahasa Melayu (Edisi Kedua). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.Darwis
Harahap. (1992). Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu. Pulau Pinang: Penerbit
Universiti Sains Malaysia.Kamus Dewan . (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.Nik Safiah Karim dkk. (2008). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.Noriah Mohamed. (1999). Sejarah sosiolinguistik bahasa Melayu
lama. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.Zulkifley Hamid dkk. (2006).
Linguistik Melayu. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai