Anda di halaman 1dari 6

LARAS BAHASA

Dikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks
pengucapan.
Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut
bidang sesuatu wacana yang digunakan.
Contohnya, laras bahasa doa, khutbah dan upacara.
Laras dipengaruhi oleh latar suasana , penutur, pendengar (peserta) dan tujuan wacana
ditulis atau diujarkan.
Contoh: Ayat aktif dan ayat pasif, ayat biasa(penyata) dan ayat songsang, dan panjang
pendek ayat akan menghasilkan laras yang berbeza.
.

Jenis dan Ciri Laras Bahasa
Laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras
khusus.
Laras biasa ialah laras khusu yang digunakan untuk masyarakat umum seeprti bidang
hiburan (laporan suskan, berita sukan), pengetahuan dan peneranagn (syarahan,
rencana), maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).
Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau
peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).
Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras kuhsus ialah:
-kosa kata
-tatabahasa
-gaya

Laras Bahasa Biasa
Tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal, kurang kata
pinjaman.
Laras biasa ialah laras bahasa yang yang digunakan unuk khalayak umum tentang
pelbagai bidang seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuand an
penerangan (syarahan, encana) dan maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).
Gayat ayat sederahana, ringkas dan padat.
Struktur ayat mudah, contohnya Di larang memijak rumput.
Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.

Laras Bahasa Perniagaan/Iklan
Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu , atau mengubah sikap
dan melakukan tindkan.
Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar,
lukisan, grafik, ilustrasi dan sebagainya.
Laras Bahasa iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:
(a) slogan: Kami Ada Cara
(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa
(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y
(D) Perisytihran: Waja dengan Aksesori Lengkap
(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu
(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.
(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama
(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai
(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.

Jelas sekali laras iklan mementingkan bahasa pertaruhan yang bertujuan membentuk
tanggapan pengguna supaya mengubah sikap untuk membeli barangan yang diiklankan.
Bahasa laras iklan biasanya ringkas tetapi kreatif dan imaginatif. Pemilihan katanya tidak
mementingkan aspek tatabahasa.

Laras Bahasa Akademik
Meliputi pelbagai bidang seperti sains, teknologi, komunikasi, matematik dan sebagainya
yang terletak dalam ruang lingkup pendidikan.
Bersifat teknikal.
Dalam penulisan ilmiah, misalnya penulisan thesis, penulis perlu mengikut fornmati tertentu
seperti perlu ada cattan bibiliografi (rujukan), nota kaki di bawah muka surat atau nota
hujungan di penghujung setiap bab.
Menggunaka istilah-istilah yang khusus kepada bidang, dan biasanya perlu dihafal.
Contohnya ialah fotosintesis, pecutan, mengawan, pendebungaan dan sebagainya.

Laras Bahasa Undang-Undang
Tiada gambar, graf, metafora, simili, peribahasa, kiasan dan sebagainya.
Mempunyai istilah sendiri seperti Argumantum ad baculum, habeas
corpus,defendan,plaintif, dan sebagainya.
Biasanya mengandungi prinsip undang-undang berbentuk akta.
Mementingkan kepersisan,keobjektifan,kejelasan, dan keterperincian.

Laras bahasa media
Berita sebagai satu wacana mempunyais truktur teks yang tersnediri, lain daripada struktur
teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah.
Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu
menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilanganbesar
pemvbaca akhbar.
Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baikialah, pertama, baasa
yang digunakan mudah. kedua, gaya tulisan yang jelas danketuiga, isi tulisan mestilah
tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah
sesuai dengan bahasa kegunaan orangr amai.
Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klaausa, menggunakan petikan, metafora,
kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.

Laras Bahasa Sastera
Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.
Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.
Beberapa ciri bahasa sastera:
a kreatif dan imaginatif: kabur mesej
b. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata
c. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasadan sebagainya.
d. menggunakan bahas tersirat: perlambangan, kisan, perbandingan, peribahasa,
metafora, simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.
e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.

Laras Bahasa Agama
Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab
Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab
Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.







Definisi Laras Bahasa

Laras bahasa bermaksud gaya dan penggunaan sesuatu bahasa digunakan/gaya atau cara penggunaan
sesuatu bahasa.

Laras ialah bentuk bahasa yang wujud akibat situasi sosial berlainan merujuk kepada cara penggunaan
sesuatu bahasa dan variasi bahasa mengikut bidang dan situasi seseorang penutur sewaktu berbahasa,
sama ada secara lisan atau tulisan.

Laras didefinisi sebagai jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situsai-situasi yang berlainan
- Ure dan Ellis (1977)

Laras bahasa dapat ditakrifkan sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi dan boleh
berubah-ubah. Halliday(1968)

Laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya
-Asmah Hj.Omar (1984)

Penggunaan laras bahasa ditentukan oleh dua faktor,
Ciri-ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa
- Situasi luaran
berdasarkan latar belakang social dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa
- Situasi persekitaran
berdasarkan aspek-aspek yang terlibat dalam penggunaan bahasa mengikut empat faktor berikut:
i. Cara penyampaian (lisan, bertulis, bahasa isyarat dan sebagainya.
ii. Hubungan social dan peribadi antara pengguna bahasa
iii. Bahan yang diperkatakan
iv. Fungsi-fungsi social perlakuan bahasa (rasmi/ tidak rasmi)
Ciri-ciri linguistik
- unsur-unsur sistem bahasa itu iaitu aspek bunyinya, aspek perkataannya serta frasa dan ayatnya.
- Pemisah utama laras ialah tatabahasa dan perbendaharaan kata
Aspek bunyi nada suara (drama ,ucapan dll)
Aspek perkataan perkataan khusus berdasarkan bidang, unsur kolokasi (dua perkataan yang
berkaitan), perkataan pinjaman
Aspek ayat, dari segi binaan, susunan, dan panjang pendek

Jenis-jenis dan ciri-ciri Laras bahasa
Laras Bahasa Biasa
- Tidak melibatkan sebarang bidang ilmu atau konteks yang khusus
- Tiada istilah teknikal
- Struktur ayatnya mudah, ringkas, dan padat
- Laras bahasa biasa formal digunakan dalam situasi rasmi sahaja
Contoh: Laras untuk majlis akad nikah
Laras sewaktu majlis pertunangan
- Laras bahasa biasa tidak formal menggunakan ciri-ciri bahasa basahan
Contoh: Bahasa di pasaran harian
Bahasa sewaktu membeli barang di gerai-gerai
- Cakap-cakap mulut sahaja disebabkan keperluan untuk berkomunikasi
- Kadangkala bahasa dicampuradukkan dengan bahasa penutur yang berlainan ras dan tempat
- Adakala digunakan dalam komunikasi dalam kalangan kaum berbeza
- Bahasa yang dipermudahkan untuk perhubungan

Laras bahasa Perniagaan/iklan
- Berbentuk pemberitahuan fakta
- Maklumat disampakan dengan ringkas tetapi terperinci
- Ayat ringkas dan pendek banyak menggunakan kata adjektif
- Bersifat imaginative dan kreatif
- Menggunakan retorik pujukan dan bahasa pengaruhan-bertujuan untuk memujuk dan mempengaruni
pengguna
- Cara penyampaian menarik dan mesti
- Mementingkan pemilihan dan penyusunan kata tetapi tidak mementingkan tatabahasa
- Menggunakan slogan atau penyataan tertentu untuk menyakinkan pengguna.
- Iklan dihasilkan dengan beberapa kaedah
Slogan
Kaedah penyataan Lot banglo untuk dijual
Berkaitan konsep Rosyam Nor dan Power Root
Pengisytiharan Viva kereta penjimat masa terhebat
Kaedah umpan Hadiah istimewa untuk 100 peserta terawal
Mesra - TV9 Dekat di hati
Bandingan - Fab mencuci lebih putih
Gesaan - Segeralah rebut peluang keemasan ini.
Pertanyaan - Pernahkah anda melihat kawasan perairan terhebat?

Laras Bahasa Sains dan Teknologi
- Laras bahasa ilmiah dan bersifat formal dan tidak menggunakan bahasa basahan
- Bersifat intelektual, saintifik, formal dan objektif
- Maklumat yang diberi berdasar kepada kajian dan fakta
- Mementingkan kejelasan dan ketepatan fakta
- Banyak menggunakan istilah sain dan teknikal
- Penggunaan istilah-istilah pinjaman terutama daripada bahasa Inggeri
- Lebih banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif

Laras bahasa Media Massa
- Ayat berita dan penyata
- Bahasa yang paling mudah diterima dan difahami
- Bahasa yang mudah, jelas dan tepat
- Ringkas, padat dan bermaklumat
- Tidak mementingkan stuktur ayat majmuk
- Tidak mementingkan kata hubung, dan unsur tatabahasa seperti imbuhan
- Tidak menggunakan istilah teknikal atau khusus dan sukar
- Bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku
- Mengandungi judul dan teks.

Laras Bahasa Rencana
- bersifat umum
- digunakan menyampaikan kepelbagaian idea tentang sesuatu isu
- mudah difahami
- gaya bahasa penulisan menarik yang menjurus kepada tajuk rencana
- bersifat melaporkan sesuatu kepada pembaca secara umum ataupun secara terperinci

Laras bahasa Undang-undang
- Teks berkaitan dengan perundangan
- Mengandungi prinsip undang-undang dan berbentuk akta terbahagi kepada bahagian dan seksyen
- Penggunaan istilah-istilah khusus undang-undang dan banyak mengunakan istilah yang dipinjam dalam
bahasa Inggeri
- Makna kosa yang digunakan berdasarkan interpretasi
- Tidak mementingkan struktur ayat tetapi sangat mementingkan kepersisan dan kejelasan
- Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat
- Lazimnya menggunakan binaa ayat panjang

Laras Bahasa Agama
- Membincnagkan isu agama
- Penggunaan istilah agama yang dipinjam daripada bahasa Arab
- Terdapat petikan al-Quran dan hadis
- Struktur ayat yang digunakan banyak dipeangaruni oleh struktur ayat bahasa Arab
- Terdapat tamsil ibarat(kias) yang bertujuan memberi pengajaran kepada pembaca
Laras Bahasa Sukan
- Maklumat berkaitan dengan keciatan sukan
- Bahasanya ringkas , bersahaja, dan jelas
- Terdapat istilah-istilah yang berkaitan dengan aktiviti sukan dan pemilihan kosa kata yang senang
difahami.

Laras Bahasa Sastera/Kreatif
- Bentuk bahsa yang terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman penulis
- Laras bersifat imaginatif dan figuratif
- Mementingkan pemilihan diksi yang berkesan. Istilah-istilah khusus yang berkaitan dengan sastera
- Bahasa yang indah dan puitis
Laras Ekonomi
- berbentuk ilmiah
- Istilah-istilah teknikal dan berkaitan dengan urusan perniagaan dan ekonomi
- Tidak terlalu mementingkan struktur ayat
- Bersifat formal
- Mementingkan sususnan maklumat yang disampaikan dengan jelas dan eksplisit
- Setiap fakta dapat dihuraikan berdasarkan bukti dalam bentuk data dan statistik

Laras bahasa Akademik
- Digunakan dlaam bidang ilmiah
- Bersifat formal dan objektif
- Gaya bahasa- matang dan keintelektualan(hujah, tepat dan berkesan)
- Bersifat khusus dan sukar difahami
- Mementingkan kesempurnaan
- Mengutamakan pemaparan, perbincangan dan penghuraian
- Terdapat penggunaan sudut pandangan orang ketiga, penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk
- Mengandungi nota kaki, bibliografi, indeks dsb.

Anda mungkin juga menyukai