Anda di halaman 1dari 2

Soalan Temu Bual Projek Hubungan Etnik

Selamat sejahtera, saya guru pelatih dari IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Nak minta izin
Encik/Puan untuk luangkan masa untuk saya temubual tentang persoalan hubungan antara
kaum di Malaysia.
Data Peribadi penemubual: Siapakah nama anda?
Apakah pekerjaan anda? Berapakah umur anda?
Di manakah anda tinggal? Di luar bandar atau bandar?
Adakah anda sudah berkeluarga? Ada anak yang bersekolah?
1. Berapakah dan apakah kaum di Malaysia yang anda kenali?
2. Adakah anda terfikir untuk bergaul mesra dengan kaum yang lain?
3. Kita semua suka orang yang bersopan-santun dan menghormati kita. Adakah anda
selalu bertegur sapa dengan jiran atau rakan yang berlainan bangsa?
4. Pernahkah anda menyertai apa-apa aktiviti sosial di kawasan tempat tinggal kamu?
5. Adakah anda berpuas hati dengan pendidikan sekolah di Malaysia? Mengapa?
6. Adakah pendidikan di sekolah dapat mewujudkan hubungan yang baik antara kaum di
Malaysia?
7. Jikalau Bahasa Melayu dicadangkan sebagai bahasa pengantar seminggu sehari di
SJK(C) dan SJK(T) untuk meningkatkan persefahaman dan perpaduan antara kaum.
Anda dapat terima perubahan ini? Kenapa?
8. Pernahkah anda mengundi di Pilihan raya Malaysia? ( BN/ PKR, Lain-lain)
9. Anda tahu tentang peristiwa 13 Mei 1969? Apa cerita yang anda tahu Peristiwa 13 Mei?
10. Pada pandangan anda, bagaimanakah ekonomi di malaysia ? (baik / maju / mundur)
11. Anda bekerja sebagai ___________, adakah terdapat kemajuan dalam bidang anda
ceburi berbanding masa dahulu? Apakah perubahan yang positif / negatif hasil daripada
sikap dan usaha antara kaum serta peluang pekerjaan yang sedia ada?
12. Apakah perasaan anda sebagai warganegara Malaysia?
Adakah hak asasi manusia diberi secara adil dan saksama? Kenapa?
13. Apa pandangan anda tentang hak istimewa orang Melayu/bumiputera di Malaysia?
14. Tahukah anda tentang peristiwa berkurung di Sabah kebelakangan ini akibat
pencerobohan dan cubaan rampasan kuasa pemerintahan ke-2 yang didakwa oleh
zuriat Kerajaan Sulu?
Adakah pandangan dan tindakan anda terhadap perkara ini jika kerajaan mengerah
pengambilan askar di kalangan orang ramai?

15. Ditunjukkan satu berita Perth, Australia pada 6 Ogos 2014 tentang seorang warga
Australia yang kakinya tersekat di celah antara komuter dan pelantar. Adakah anda
akan membantu mangsa tersebut? Apakah yang anda akan buat? (uji sama ada
egosentrik, kebijaksanaan dan keberanian)
16. Mangsa yang terselit kaki telah diselamatkan selepas 2 cubaan. Jika anda seorang
penumpang komuter di tempat kejadian, adakah anda akan mengikut arahan pihak
pengurusan komuter untuk menyelamatkan mangsa sedangkan anda pernah dilayan
buruk oleh bangsa tersebut? Nyatakan pandangan anda. (Uji kerjasama, diskriminasi
dan kebijaksanaan)
17. Merujuk kepada kes pemandu perempuan iaitu Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin (Kiki),
30 tahun yang bertindak ganas terhadap Encik Sim Siak Hong, 61 tahun. Kiki pernah
mengatakan saya tahu dia orang Cina . Apakah tanggapan anda terhadap kata-kata
dan tingkah lakunya? Adakah ini menjadi satu pengajaran dan iktibar supaya anda tidak
berkelakuan diskriminasi yang agresif? (impak pengaruh negatif yang baru terhadap
tanggapan kelak)

Anda mungkin juga menyukai