Anda di halaman 1dari 2

BAB 2 : RETORIK

Seni penggunaan bahasa, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan, yang memperlihatkan penggunaan aspek
tatabahasa yang betul, diksi yang tepat dan persembahan yang baik untuk menyampaikan idea

(1) RETORIK PEMERIAN (2) RETORIK PENCERITAAN


- retorik yang mengandungi pemerihalan tentang sesuatu -atau naratif ialah suatu bentuk penyampaian melalui
secara objektif, tepat dan jelas cerita sama ada dlm bentuk tulisan atau lisan
- utk memerihalkan benda, tempat, org, suasana -digunakan dlm penulisan prosa seperti cerpen, novel,
autobiografi, hikayat, drama, lipur lara
i. Pemerian yg bersifat objektif atau faktual
ii. Pemerian yg bersifat imaginatif atau abstrak -Mengandungi mesej tertentu
-Bersifat kreatif dan imaginatif
-Bahasa tersusun, tepat dan jelas -Kurang menitikberatkan ketepatan aspek tatabahasa
-Mementingkan ketepatan dan keperincian -Menggunakan gaya bahasa yang menarik dan indah
-Tiada penilaian, pandangan atau ulasan peribadi
-Memberikan gambaran yang realistik yang dapat dirasa Cth: Peristiwa ngeri melanda hidupnya, umpama
pancaindera malaikat maut yang melambai-lambai dirinya. Meskipun
-Bersifat deskriptif dan informatif dia masih lagi boleh menjamah nikmat dunia, namun
nyawanya sendiri sudah hampir di penghujung jalan.
Menunggu ketikanya sahaja untuk meninggalkan tubuh
Cth: Rakan saya, Annie, berusia 20 tahun, mempunyai badan. (boleh digunakan sebagai cth laras sastera)
paras seperti seorang bintang filem Korea. Kulitnya
putih, tingginya 1.7 meter, dan beratnya 68 kilogram.
Rambutnya ikal, sentiasa disikat dengan rapi mengikut
fesyen rambut terkini.

(3) RETORIK PEMUJUKAN (4) RETORIK PENGHUJAHAN


-retorik yang digunakan untuk mempengaruhi atau ialah seni pemakaian bahasa dalam penulisan atau
mendorong audiens (pembaca atau pendengar) untuk pengucapan yang mengandungi usul, gagasan, saranan,
melakukan tindakan seperti yang disarankan oleh penulis atau cadangan yang disokong oleh hujah yang kuat
dan penutur. -digunakan dalam perbincangan, perbahasan dan
-digunakan dalam kempen, iklan, rayuan penyelesaian masalah

i. Pemujukan rasional - guna hujah logik, tepat -Memerlukan khalayak bersetuju dan yakin akan
ii. Pemujukan tak rasional - guna emosi pendapat yang dikemukakan
-Disampaikan dengan jelas, berkesan, dan meyakinkan
-Bertujuan utk mempengaruhi dan mengubah -Teknik penyampaian adalah secara deduksi, induksi atau
pendirian khalayak analog
-Mempengaruhi khalayak supaya bertindak mengikut -Usul yg dikemukakan jelas dan disokong hujah yg
usul bernas
-Mempunyai hujah dan cadangan tindakan
-Mementingkan penggunaan bahasa yg berkesan Cth: Semua rakyat Malaysia perlu bersatu padu (usul).
-Memanfaatkan unsur emosi dan psikologi Perpaduan merupakan elemen yang penting untuk
kesejahteraan dan keamanan sesebuah negara. Sekiranya
Cth: Inilah satu-satunya peluang anda untuk memiliki rakyat tidak bersatu padu, negara ini akan mudah dijajah
Perodua Alza dengan potongan harga yang paling oleh kuasa asing.
menarik. Segeralah rebut peluang ini, sementara stok
masih ada. (boleh digunakan sebagai cth laras iklan)

***Persamaan dan perbezaan retorik pemujukan dan retorik penghujahan

Persamaan Kedua-duanya bertujuan untuk mempengaruhi pemikiran khalayak.


Retorik pemujukan mengandungi cadangan tindakan, manakala retorik penghujahan tidak
Perbezaan
mengandungi cadangan tindakan.
(5) RETORIK PENDEDAHAN

- satu kaedah yg digunakan untuk menghuraikan maklumat atau mesej secara objektif melalui pentakrifan dan
pencerakinan

-Bertujuan untuk memberikan maklumat -Menggunakan teknik pentakrifan dan analisis


-Digunakan untuk menjelaskan konsep atau istilah -Memindahkan maklumat daripada seseorang kepada audiens
-Maklumat berdasarkan fakta sebenar

Cth: Fotosintesis merujuk kepada proses penukaran tenaga cahaya daripada tenaga matahari kepada tenaga
biokimia. Tenaga kimia ini digunakan untuk pengikatan karbon. Proses ini dibantu oleh klorofil untuk menguraikan
air kepada oksigen dan hidrogen. (boleh digunakan sebagai cth laras sains)

TEKNIK PENYAMPAIAN IDEA

(1) TEKNIK DEDUKSI (2) TEKNIK INDUKSI

PU PK PK PU

merupakan penulisan yang dimulai dengan sesuatu merupakan penulisan yang dimulai dengan sesuatu
pernyataan umum (PU) dan kemudian diikuti oleh pernyataan khusus (PK) dan kemudian diakhiri oleh
pernyataan khusus (PK) pernyataan umum (PU)

(PU) Kes ponteng sekolah berlaku disebabkan sikap (PK) Ibu bapa menyerahkan tanggungjawab mengatasi
negatif ibu bapa. (PK) Ibu bapa tidak pernah masalah ponteng sekolah kepada pihak sekolah. (PK)
menghubungi pihak sekolah untuk bertanyakan sama ada Mereka juga tidak pernah menghubungi pihak sekolah
anak mereka hadir ke sekolah atau tidak. (PK) Mereka untuk bertanyakan sama ada anak mereka hadir ke
menyerahkan tanggungjawab untuk mengatasi masalah sekolah atau tidak. (PU) Oleh itu, kes ponteng sekolah
ini sepenuhnya kepada pihak sekolah. yang berlaku berpunca daripada sikap negatif ibu bapa.

3) TEKNIK EKLEKTIK

PU PK PU

Merupakan gabungan antara teknik induksi dengan teknik deduksi.


Teknik ini mengemukakan pernyataan umum dahulu (PU), diikuti maklumat yang berupa huraian atau pernyataan
khusus (PK) dan diakhiri dengan kesimpulan atau pernyataan umum (PU).

(PU) Kes ponteng sekolah berlaku disebabkan sikap negatif ibu bapa. (PK) Ibu bapa tidak pernah menghubungi
pihak sekolah untuk bertanyakan sama ada anak mereka hadir ke sekolah atau tidak. (PK) Mereka menyerahkan
tanggungjawab untuk mengatasi masalah ini sepenuhnya kepada pihak sekolah. (PU) Tegasnya, kita tidak dapat
menafikan bahawa sikap sambil lewa ibu bapa terhadap masalah ini menyebabkan masalah ponteng sekolah semakin
berleluasa.

(4) TEKNIK ANALOGI

Merupakan satu cara mengusulkan sesuatu gagasan dengan memberikan bandingnya dengan suatu perkara lain yang
mempunyai kaitan yang erat.
Bandingan itu dapat mengukuhkan usul itu agar diyakini oleh khalayak.

(BANDINGAN) Thailand merupakan sebuah negara yang telah berjaya menarik kemasukan ramai pelancong asing.
Rahsia kejayaan negara itu ialah keupayaannya mengekalkan dan mempopularkan keindahan pantai serta alam
semula jadinya. (IDEA) Malaysia juga boleh berjaya dalam usaha untuk memajukan industri pelancongan jika
negara kita dapat melaksanakan langkah yang sama. (HUJAH) Negara ini mempunyai keindahan pantai dan alam
semula jadi yang boleh dimajukan dan dipopularkan dalam kalangan pelancong.

Anda mungkin juga menyukai