Anda di halaman 1dari 8

Retorik

 Definisi
 Retorik ialah seni penggunaan bahasa yang melibatkan penyampaian idea menarik
dan berkesan dengan tujuan untuk memujuk, mempengaruhi dan menyakinkan
pembaca tentang sesuatu perkara. (Nik Safiah dan Wan Malini)
 Retorik ialah teknik penggunaan bahasa sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan
yang mengandungi aspek tatabahasa yang betul dan penguasaan bahasa yang baik
dalam menyampaikan idea. (Sharifah Nor Syed Abd. Rahman dan rakan)
 Retorik dapat diertikan sebagai seni pemakaian bahasa untuk menyampaikan idea
dengan menarik dan berkesan dalam sesuatu wacana, baik dalam bentuk ucapan
mahupun tulisan. (Goay Teck CHong dan rakan)

Jenis-jenis dan Ciri-ciri Retorik

 Pemerian
 Penggunaan bahasa penjelasan atau huraian tentang sesuatu idea
 Bertujuan untuk menyampaikan fakta dan maklumat yang lengkap kepada
pembaca atau pendengar
 Ciri-ciri teknik pemerian:
 Dilakukan secara objektif, tepat dan jelas
 Realistik (fakta yang konkrit) dan impresionistik (melalui cetusan
imaginasi)
 Bahasa - jelas dan tersusun
 Contoh (Realistik):

T-REX, motosikal tiga roda yang dibina di Kanada ini pernag


menggunakan pelbagai enjin termasuk enjin V-Twin Harley Davidson.
Terbaru mereka menggunakan enjin kawasaki 1400 cc berkuasa 187 hp

1
yang memberikan prestasi mantap dan mampu mendapatkan kelajuan
tertinggi 260 km/j dan memecut dari 0-100 km/j di bawah empat saat.

 Contoh (Impresionistik):

Pagi telah meninggi. Matahari mencapai sesuku dari dada langit sebelah
timur. Kesegaran sinar matahari mulai mengalahkan sisa kesejukan malam.
Tetapi embun di hujung rumput dan anak-anak kayu masih belum kering.
Di lereng bukit kabus masih mengapas, menipis sebelum menghilang
disirna matahari yang semakin lama semakin panas.

 Pemujukan
 Retorik pengaruhan menggunakan bahasa pujukan untuk mempengaruhi
pemikiran dan keyakinan orang lain agar mempercayai sesuatu perkara yang
diperkatakan.
 Ciri- ciri
 Menggunakan bahasa yang manis, menarik dan mementingkan kehalusan
berbahasa serta berunsurkan aspek psikologi.
 Dua jenis pemujukan iaitu pemujukan rasional (penghujahan,
penyampaian fakta, dan data yang lengkap) dan pemujukan tidak rasional
(melibatkan emosi)

 Antara perasaan yang sering dieksploitasi oleh penghasil wacana termasukklah


perasaan takut, belas kasihan, rasa bersalah, megah, malu dan sayang.
 Kata-kata yang menarik yang biasa digunakan oleh penghasil wacana adalah
tampan, segak, menjimatkan, mempersonakan, memudahlan, menyerikan,
terkini, termasyhur, berkualiti, istimewa dan sebagainya.

2
 Contoh pemujukan rasional

Mencari tempat untuk bersantai? Di Damai Beach Resort, Santubong, anda pasti
dapat mencapai impian itu, Keindahahan pantai dan pasir nan putih
menggamit kedatangan anda. Marilah berkunjung ke sini.

 Contoh pemujukan emosi:

Berasa malu kerana jerawat? Gunakan krim XYZ!

(Penghasil wacana ini mengeksploitasi perasaan malu dan takut orang yang
berjerawat kepada khalayak.)

 Penerangan
 Retorik penerangan ialah bentuk retorik yang memberi penjelasan tentang sesuatu
perkara dengan terperinci daripada satu langkah kepada satu langkah yang lain.
 Ciri-ciri teknik penerangan ialah:
 Penggunaan gaya bahasa, intonasi, dan nada yang menarik;
 Bahasa formal dengan pemilihan diksi yang tepat dan makna yang jelas
dan bernas;
 Maklumat boleh disampaikan secara lisan seperti cara-cara memasak atau
melalui tulisan seperti buku panduan pemassangan sesuatu alat.
 Contoh

Japanese Encephalitis (JE) merupakan sejenis penyakit berjangkit yang


disebabkan oleh virus yang disebarkan oleh nyamuk CUlex. Virus ini
membiak dlam tubuh khinzir yang bertindak sebagai perumah. Setelah
menghisapndarah khinzir, nyamuk betina culex membawa virus JE ini
bersama-sama. Apabila nyamuk itu menggigit manusia, virus ini akan
masuk ke dalam saluran saraf yang akhirnya menyebabkan keradangan
pada bahagian otak.

3
 Penceritaan
 Retorik penceritaan atau naratif ialah satu bentuk penyampaian melalui cerita sama
ada dalam bentuk penulisan atau lisan.
 Wacana penceritaan yang lengkap mengandungi tema, persoalan, watak dan
perwatakan, latar, plot, gaya bahasa, dan sudut pandangan.
 Ciri-ciri teknik penceritaan ialah:
 Pendahuluan, peerkembangan cerita, konflik dan peleraian,
 Gaya bahasa bersifat imaginatif dan menggunakan bahasa sastera seperti
imejan, perlambangan, metafora, personifikasi dan sebagainya
 Terdapat sedikit kebebasan tatabahasa kerana bersifat ekspresi.
 Contoh:

Aku menyelak setiap lembar album yang dengan gambar-gambar


keluargaku. Pelbagai kenangan bermain di mataku tatkala aku menatap
gambar-gambar itu. Setiap kali aku menatap gambar mama, bunga-bunga
kerinduan serta merta mengharum di ruang hatiku. Oh Tuhan! Di mana
mama sekarang?

 Pendedahan
 Retorik pendedahan ialah bentuk retorik yang mendedahkan, menampakkan
sesuatu, menyingkap, memapar atau menunjukkan sesuatu perkara atau maklumat
dengan jelas dan terperinci.
 Ciri-ciri teknik pendedahan ialah:
 Memberikan takrifan, disertai dengan contoh dan perbandingan
 Sesuatu topik perlu dihuraikan secara objektif dengan jelas, tepat dan
terperinci
 Retorik jenis ini menjelaskan idea yang berkaitan dengan konsep, istilah,
fakta, falsafah, masalah, analisis, proses, dan dasar
 Retorik ini menggunakan teknik pentakrifan dan pencerakinan

4
 Contoh:

Islam Hadhari diertikan sebagai ajaran Islam yang progesif dan dapat
meningkatkan kualiti hidup manusia. Konsep Islam Hadhari menekan
sistem sosial yang berasaskan prinsip moral bagi menjamin keseimbangan
antara kebebasan individu dengan kestabilan masyarakat.

 Penghujahan
 Retorik penghujahan turut dikenali sebagai pemujukan rasional atau intelek.
 Ciri-ciri teknik penghujahan ialah:
 Retorik ini memerlukan khalayak bersetuju dan yakin dengan pendapat
yang dikemukakan
 Disokong dengan bukti yang konkrit dan jelas seperti analisis data, hasil
kajian dan sebagainya
 Disampaikan secara dedukti atau induksi.
 Contoh:

Suara sahaja belum menjamin meningkatkan bilangan pembuat dasar


wanita. Segala-galanya perlu disusuli dengan perancangan yang rapi dan
teliti. Pada tahun 1985, kerajaan Malaysia telah menyokong saranan 30%
wanita dalam bidang pembuatan dasar.

5
Teknik Penyampaian Idea

 Teknik Deduksi (isi pokok, huraian, dan bukti/contoh)


 Dimulai dengan pernyataan umum (PU) atau ayat topik terlebih dahulu dan
diikuti dengan pernyataan yang lebih khusus.
 Isi penting disampaikan dahulu, diikuti huraian isi penting, dan kesimpulan.
 Contoh:

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan pendidikan asas


komputar untuk para pelajar. Langkah tersebut amat dialu-alukan oleh ibu bapa
kerana dapat mengisi kekosongan dalam bidang tersebut kerana dapat mengisi
kekosongan dalam bidang tersebut terutama di sekolah-sekolah luar bandar.
Melalui program tersebut, diharapkan dapat memberi peluang kepada pelajar luar
bandar untuk mempelajari komputer.

 Teknik Induksi
 Dimulai pernyataan khusus dan diikuti pernyataan umum
 Huraian, bukti/contoh dan isi pokok
 Contoh:

Apabila membicarakan warga tua, kita seharusnya sedar bahawa kebahagian


warga tua terletak seharusnya sedar bahawa kebahagian warga tua terletak pada
kerukunan sesebuah keluarga. Sekiranya wujud suasana harmoni dalam keluarga,
sudah tentu hubunganantara keluarga akan menjadi erat dan dapat antara
keluarga akan menjadi erat dan dapat membahagiakan warga tua. Oleh itu,
institusi keluarga memainkan peranan penting dalam soal menangani masalah
pengabaian terhadap warga tua.

6
 Teknik Analogi
 Analogi ialah kaedah perbandingan
 Contoh:

Sebenarnya amat sukar bagi kita menilaihati orang. Bak kata orang, rambut sama
hitam, hati lain-lain. Paparan luaran tidak memberi gambaran sebenar sifat
seseorang. Macam buah gambaran sebenar sifat seseorang. Macam buah mangga,
kadang-kadang luarnya cantik isinya busuk atau masam tetapi ada buah yang
luarnya tidak cantik tetapi isinya sungguh manis. Begitu juga manusia. Oleh itu,
berhati-hatilah semasa memilih teman.

 Teknik pencerakinan
 Kaaedah ini dikenali juga sebagai teknik analisis. Kaedah ini mengembangkan
topik yang dibincangkan kepada beberapa komponen dan kemudian
menghuraikan setiap komponen.
 Setiap komponen membincangkan isi yang berbeza tetapi berkaitan antara satu
sama lain. Setiap komponen dibincangkan secara mendalam.
 Contoh:

Latar ialah persekitaran sesebuah drama. Aksi pula ialah tindakan atau gerak laku
watak dalam sesebuah drama.

 Teknik pentakrifan
 Menerangkan konsep, istilah atau pengertian tentang sesuatu perkara. Biasanya
digunakan dalam penulisan ilmiah yang berbentuk penerangan.
 Contoh:

Pencemaran alam sekitar ditakrifkan sebagai sebarang gangguan atau kerosakan


terhadap alam sekitar akibat pengumpulan bahan tercemar.

7
 Teknik petikan
 Digunakan bagi menyokong atau mengukuhkan perkara atau idea yang
disampaikan.
 Terdapat dua jenis petikan, iaitu petikan langsung (PL) dan petikan tidak langsung
(PTL)
 Contoh:

Abdullah Hussain berpendapat, “Pada dasarnya … (PL)

Menurut Abdul Rahman (1994), matlamat pendidikan Islam adalah untuk


mewujudkan perkembangan yang seimbang dalam diri individu dengan nilai
keislaman. (PTL)

Anda mungkin juga menyukai