Anda di halaman 1dari 17

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 27

UNIT 3 PENDEKATAN DALAM PENULISAN

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. 2. 3. Mengenal pasti jenis-jenis pendekatan dalam penulisan Menghuraikan model epistemik dan pecahan-pecahan Menghuraikan konsep penulisan kewartawanan.

Pengenalan

ecara umum terdapat beberapa pendekatan dalam penulisan.Pendekatan-pendekatan ini bertujuan memberi arah dan garis panduan yang khusus kepada penulis dan instruktor, bagaimana cara terbaik sesuatu penulisan itu dapat dihasilkan. Antara pendekatan penulisan yang perlu anda ketahui adalah seperti berikut: Pendekatan Penulisan

Retorika Pemerian Pemujukan Pendedahan Penghujahan Penceritaan Penerangan

Eklektika Proses Model Metafizik Pengalaman

Kewartawanan TAJMAHAL Piramid Songsang Kewartawanan Baharu

Rajah 1: Jenis-Jenis Pendekatan Dalam Penulisan

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 28

Pendekatan Retorika Pendekatan retorika menggunakan asas pemujukan sebagai elemen penting sesuatu penulisan. Kemampuan penulis menggarap isi dan mesej penulisannya terletak kepada input-input bahasa, pengalaman, maklumat, pemikiran analitis-logikal serta kemahiran menulis yang dimilikinya. Kesemua elemen ini dirangkumkan dalam perenggan-perenggan penulisan. Kesannya, pembaca akan dapat memahami dan menghayati apa yang hendak disampaikan oleh penulis sekali gus memberikan kesan yang mendalam terhadap emosi dan tindakan pembaca. Terdapat pelbagai pendekatan retorika yang boleh diaplikasikan tergantung kepada bentuk penulisan, motif penulis dan khalayak pembacanya. Secara umumnya, pendekatan retorika terbahagi kepada enam jenis, iaitu: Pemerian Penulisan pemerian sering diaplikasi dalam pelbagai genre penulisan. Dalam penulisan jenis ini, tujuan penulis adalah untuk menggambarkan sesuatu. Misalnya, penulis ingin memberikan gambaran kepada pembaca tentang sesuatu pemandangan, kejadian, benda atau seseorang watak. Penulisan yang menggunakan mod ini memerlukan kemahiran menggambarkan sesuatu perkara secara terperinci menggunakan imej dan seumpamanya sama ada warna, bentuk, bunyi, bau, rasa dan lainlain yang menyentuh pancaindera manusia. Tujuan penulis adalah bagi membolehkan pembaca merasai sendiri apa-apa yang telah penulis lihat atau alami. Selain itu, retorika pemerian bertujuan memberikan gambaran visual yang jelas kepada khalayak seperti perlukisan. Dalam pendekatan ini, penghasil wacana memindahkan pengamatan dan pemerhatiannya kepada khalayak. Bahan yang dipindahkan termasuklah imej, hal fizikal, keadaan, perasaan, suasana, latar dan sebagainya. Pemerian seharusnya dilakukan secara objektif, tepat dan jelas. Penghasil wacana ini hanya memerihalkan sesuatu objek atau perkara sebagaimana kewujudan sebenarnya, iaitu tidak memasukkan emosi, imaginasi, atau pandangannya dalam wacana yang dihasilkan. Daripada segi penerimaan wacana pula, pembaca seolah-olah dapat melihat ciri-ciri objek yang digambarkan. Untuk menghasilkan karangan dengan retorika ini, penghasil wacana boleh memberikan gambaran secara realistik. Gambaran secara realistik bermaksud menggambarkan sesuatu dengan berdasarkan fakta-fakta yang konkrit. Contoh pemerian yang memberi gambaran realistik dapat dilihat dalam wacana berikut:

Desa Resort terletak di Pantai Desaru yang menghadap Laut China Selatan. Pusat peranginan ini meliputi kawasan seluas 25 ekar dan menempatkan 793 unit suite yang mengandung satu hingga empat bilik. Setiap suite itu dilengkapi dengan peralatan seperti telefon IDD, peti sejuk, ketuhar gelombang mikro, peti televisyen, meja makan dan peti simpanan keselamatan.

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 29

Selain bentuk prosa, retorika pemerian juga terdapat dalam bentuk puisi. Contoh pemerian dalam bentuk ini diperlihatkan dalam Hikayat Malim Deman seperti ungkapan berikut:

Alamat Hari Nak Siang Tengah malam sudah terlampau Dinihari belum lagi tampak Budak-budak dua kali jaga Orang muda pulang bertandang Orang tua berkalih tidur Embun jantan rintik-rintik Kuang berbunyi jauh ke tengah Sering lanting riang di rimba Melenguh lembu di padang Bersambut menguak kerbau di kandang Berkokok mandung Merak mengigal, Fajar sadik menyinsing naik Kicak-kicau bunyi murai Taptibau melambung tinggi Menguku balam di hujung bendul Terdengut puyuh panjang bunyinya Puntung sejengkal tinggal sejari Itulah alamat hari nak siang

Pemujukan Retorika pemujukan dikenali juga sebagai retorika pengaruhan. Hal ini demikian kerana dalam retorika ini, penulis berusaha untuk mengubah dan mempengaruhi pemikiran, keyakinan dan pandangan pembaca. Untuk mempengaruhi khalayak, retorika pemujukan mementingkan kehalusan berbahasa dengan menyelitkan unsur-unsur psikologi serta perbandingan kebaikan dan keburukan. Hal ini dilakukan supaya orang yang dipujuk akur pada saranan yang dikemukakan dan seterusnya bertindak mengikut kemahuan pihak yang melakukan pemujukan. Salah satu ciri dalam retorika pemujukan ialah penulis akan memainkan emosi pembaca. Dengan memanipulasi emosi khalayak, penulis berharap pendirian penerima akan berubah lalu bertindak mengikut kehendak penulis. Antara perasaan yang sering dieksploitasi oleh penulis termasuklah perasaan takut, belas kasihan, rasa bersalah, megah, malu dan sayang. Sebagai contoh, ungkapan Berasa malu kerana jerawat? Gunakan krim XYZ! . Iklan ini mengeksploitasi perasaan malu dan takut khalayak.

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 30

Retorika jenis ini juga kerap menggunakan kata penguat, iaitu lebih, paling, sangat, amat, sungguh, sekali, serba dan sebagainya. Dalam iklan misalnya, teknik retorika digunakan untuk mempropaganda kebaikan dan keistimewaan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Sehubungan dengan itu, kata-kata menawan seperti menjimatkan, mempersonakan, memudahkan, menyerikan, terkini, termasyhur, berkualiti, istimewa, jelita, segak, tampan dan sebagainya sering digunakan. Selain iklan, retorika pemujukan turut digunakan dalam perhubungan awam dan pembentukan imej ahli politik. Dalam kempen pilihan raya, misalnya retorika pemujukan digunakan dengan meluas untuk mempengaruhi pengundi supaya mereka memilih calon parti tertentu.

Pendedahan Penulisan jenis ini dikenali juga sebagai retorika eksposisi. Hal ini demikian kerana tujuan retorika ini adalah untuk memberi pemahaman kepada khalayak. Sehubungan dengan itu, sesuatu topik perlu dihurai, disingkap, dipapar dan ditunjukkan dengan jelas dan terperinci supaya khalayak memahami topik yang diperkatakan. Untuk memastikan khalayak memahami sesuatu topik, retorika ini memberi maklumat sebanyak yang mungkin kepada khalayak. Dalam retorika pendedahan, pengarang berusaha memindahkan ideanya kepada khalayak secara berkesan. Biasanya idea yang menggunakan retorika ini berkaitan dengan definisi, konsep, istilah, fakta, falsafah, masalah, analisis, proses dan dasar tertentu. Tujuannya adalah bagi mendedahkan sesuatu perkara, pendapat, idea, maklumat atau pandangan melalui penerangan, iaitu menganalisis fakta-fakta secara objektif dan membuat penilaian yang logik berdasarkan bukti-bukti sebagai sokongan bagi pendedahan yang dibuat. Dalam penulisan, wacana yang banyak menggunakan retorika jenis ini ialah kertas kerja, tesis, latihan ilmiah, jurnal, serta buku-buku akademik dan rujukan. Untuk menghasilkan wacana ini, retorika pendedahan kerap menggunakan teknik penyampaian idea secara pentakrifan, pencerakinan, penggolongan dan percontohan. Penulisan yang menggunakan mod ini memerlukan kemahiran kognitif atau kebolehan intelek daripada pihak penulisnya. Terdapat tiga prinsip utama dalam retorika pendedahan, iaitu: i. ii. iii. pengarang mesti pakar dalam subjek yang diperkatakan khalayak tidak faham akan subjek subjek yang dibicarakan tidak kontroversi, iaitu tidak akan mencetuskan perbezaan pendapat yang ketara. Seperti retorika pemerian, retorika pendedahan juga bersifat objektif, tepat dan jelas, iaitu pengarang menjelaskan sesuatu topik tanpa memasukkan emosi dan pandangan peribadi.

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 31

Penghujahan Retorika penghujahan juga tergolong dalam kelompok retorika pengaruhan. Hal yang membezakan retorika pemujukan dengan retorika penghujahan ialah retorika pemujukan mempengaruhi khalayak dengan memanipulasi emosi sedangkan retorika penghujahan menggunakan bukti dan alasan yang kukuh untuk meyakinkan khalayak. Oleh sebab itulah retorika penghujahan turut dikenal sebagai pemujukan rasional atau intelek. Penulisan jenis ini lebih menekankan kepada usaha untuk mempengaruhi sikap dan pendapat pembaca. Setelah membaca gaya penulisan penghujahan atau argumentatif, penulis mengharapkan pembaca dapat menerima segala yang disampaikan. Oleh itu, dalam penulisan jenis ini penulis akan mengemukakan contoh, alasan serta bukti yang kukuh dan meyakinkan sehingga pembaca dapat menerima dengan baik segala yang disampaikan. Penulisan yang menggunakan mod ini bertujuan untuk membahaskan sesuatu perkara, tajuk, isu, tema, teori, supaya pembaca menerima pendapat penulis. Untuk mempengaruhi pembaca, penulis biasanya menggunakan fakta-fakta atau alasan yang logik dan bukan melalui tarikan-tarikan emosi dan generalisasi. Kejayaan wacana dalam mod ini bergantung kuat pada kepandaian penulis mengatur hujah-hujahnya dengan menggunakan kaedah logik sebab dan akibat. Terdapat tiga unsur penting dalam retorika penghujahan, iaitu kenyataan tesis, premis dan khalayak. Kenyataan tesis merupakan pendapat dan boleh dibahaskan. Pendapat mesti dibezakan dengan fakta, kerana fakta merupakan suatu kenyataan yang benar sedangkan pendapat cuma suatu pemikiran, andaian atau kemungkinan. Premis ialah bukti atau alasan yang dikemukakan untuk menyokong sesuatu tesis. Bukti ini boleh terdiri daripada fakta yang konkrit, pendapat pakar, contoh, kes, data-data dan statistik yang sesuai atau alasan yang munasabah. Khalayak pula merujuk kepada penerima wacana yang perlu diyakinkan supaya bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan. Tujuan retorika penghujahan adalah untuk meyakinkan khalayak dengan bukti yang logik, iaitu bukti yang berasaskan penaakulan yang betul dan tepat. Dalam hal ini, pengarang tidak boleh menegakkan sesuatu hujah bersandarkan emosi atau pendapat peribadi. Bukti yang dikemukakan mesti bersifat objektif, tepat dan jelas. Retorika penghujahan sering digunakan dalam perbahasan, perbicaraan, forum, penulisan tesis, disertasi, kertas kerja, jurnal, rencana dan artikel. Contoh wacana yang menggunakan retorika penghujahan seperti berikut:

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 32

Kaum lelaki perlu menggalakkan dan memberikan laluan kepada kaum wanita untuk melibatkan diri dalam bidang politik demi faedah masyarakat dan negara ini. Hal ini penting kerana bidang politik melibatkan pentadbiran masyarakat. Jadi, tentu tidak ada salahnya kalau kaum wanita yang juga merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat turut menceburkan diri dalam bidang politik. Apatah lagi kaum wanita di negara kita merupakan golongan yang agak besar bilangannya. Penglibatan dan penyertaan mereka sudah tentu dapat memelihara kepentingan masyarakat khususnya kaum yang sejenis dengan mereka, daripada menjadi mangsa penindasan dan ketidakadilan.

Penceritaan Retorika penceritaan bermaksud menyampaikan sesuatu cerita, iaitu menghubungkan beberapa siri peristiwa berkaitan dalam satu plot yang logik. Retorika ini digunakan dalam penulisan cerpen, novel, autobiografi, biografi, lipur lara, hikayat dan sebagainya. Penulisan penceritaan terbentuk daripada bahagian permulaan, perkembangan, cerita, konflik dan peleraian sehingga terhasil satu kesatuan. Retorika ini mengandung empat prinsip yang bertalian, iaitu kesatuan, pertatutan, penekanan dan gaya bahasa yang menarik. Kesatuan dalam penceritaan berkaitan dengan tema, iaitu aspek yang mewujudkan kesatuan fikiran dalam sesuatu cerita. Pertautan pula berkaitan dengan plot atau jalinan cerita, iaitu terdapat kesinambungan idea dalam cerita tersebut. Seterusnya penekanan dalam penceritaan merujuk kepada pemilihan dan penyusunan peristiwa yang dapat menarik minat khalayak. Dalam hal ini, cerita yang diselitkan dengan unsur saspens, klimaks dan kadar gerak penceritaan peristiwa-peristiwa yang pantas akan menimbulkan keseronokan kepada khalayak. Misalnya dalam retorika penceritaan berpola naratif, penulis cuba menceritakan sesuatu kejadian sehingga pembaca seolah-olah mengalami sendiri peristiwa tersebut. Unsur utama dalam penulisan berpola naratif ialah perbuatan atau tindakan yang dilakukan berlaku dalam satu kesatuan waktu. Antara jenis penulisan yang menggunakan pola ini ialah rencana. Penulisan berpola naratif boleh dikategorikan kepada dua, iaitu pola naratif ekspositoris dan pola naratif sugestif. Naratif ekspositoris ialah pola penulisan naratif yang menceritakan kejadian yang benar-benar terjadi atau memang wujud dalam kehidupan nyata sedangkan naratif sugestif lebih menekankan kepada imaginasi penulis. Penulisan naratif ekspositoris lebih menekankan kepada usaha menambahkan pengetahuan pembaca melalui maklumat yang disampaikan. Terdapat dua bentuk naratif ekspositoris, iaitu yang bersifat umum dan yang bersifat khusus. Dalam naratif ekspositoris yang bersifat umum, penekanan diberikan terhadap penyampaian maklumat tentang melaksanakan suatu proses yang umum. Proses tersebut pula dapat dilakukan secara berulang-ulang sama ada dilakukan oleh seorang ataupun oleh orang lain.

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 33

Sebaliknya, dalam naratif ekspositoris yang bersifat khusus, segala peristiwa yang diceritakan hanya berlaku sekali. Peristiwa tersebut tidak akan dapat diulang kembali kerana ia merupakan pengalaman atau kejadian yang berlaku dalam satu waktu sahaja. Matlamat utama penulisan naratif sugestif adalah untuk memberi makna kepada sesuatu kejadian atau peristiwa, sehingga kejadian tersebut dianggap sebagai satu pengalaman. Untuk mencapai matlamat tersebut, daya khayal atau imaginasi pembaca amat diperlukan ketika membaca karya naratif sugestif. Berikut contoh penulisan menggunakan retorika jenis ini. Tengahari ini, kota Cairo seakan membara. Matahari berpijar di tengah petala langit. Seumpama lidah api yang menjulur dan menjilat-jilat bumi. Tanah dan pasir seakan menguapkan bau neraka. Hembusan angin Sahara disertai debu yang bergulung-gulung menambahkan panas udara yang semakin tinggi dari detik ke detik. Penduduknya, banyak yang berlindung dalam flat, yang ada dalam apartmen-apartmen berbentuk kiub dengan pintu, jendela dan tirai tertutup rapat.

Penerangan Retorika penerangan bertujuan untuk memberi maklumat kepada pembaca. Oleh hal yang demikian, retorika ini dikatakan bersifat informatif. Retorika jenis ini mengutamakan bahasa formal yang tepat, jelas dan bernas supaya orang yang diberi penerangan mengetahui dan memahami maklumat yang disampaikan. Maklumat boleh disampaikan secara lisan melalui media cetak, elektronik, Internet dan buku panduan. Antara maklumat yang sering disampaikan dengan menggunakan retorika penerangan termasuklah maklumat tentang cara memasak, memasang mesin, menggendalikan peralatan komputer. Contoh retorika penerangan seperti berikut: Contoh 1 Teknik Menggunakan Tetingkap 1. Klik butang minimum dalam bar tajuk tetingkap untuk mengendalikannya menjadi butang pada Taskbar. 2. Klik butang maksimum dalam bar tajuk tetingkap untuk membesarkannya memenuhi bahagian dalam rangkuman tetingkap atau keseluruhan skrin. 3. Klik butang kembali ke asal (restore) dalam bar tajuk tetingkap untuk mengembalikan tetingkap kepada saiz sebelumnya. 4. Klik butang tutup dalam bar tajuk tetingkap untuk menutup tetingkap dan menyingkirkan butang daripada taskbar.

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 34

Contoh 2 Japanese Encephalitis (JE) merupakkan sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus yang disebarkan oleh nyamuk Culex. Virus inimembiak dalam tubuh khinzir yang bertindak sebagai perumah. Setelah menghisap darah khinzir, nyamuk cetina Culex virus JE ini bersama-sama. Apabila nyamuk ini menggigit manusia, virus ini akan masuk ke dalam saluran saraf otak yang akhirnya menyebabkan keradangan (inflamasi) pada bahagian otak (encephalitis).

Pendekatan Ekletika Dalam pendekatan eklektika pula, terdapat empat kaedah yang boleh digunakan dalam penulisan sama ada yang bercorak ilmiah, semi ilmiah atau penulisan popular, iaitu:

Pendekatan Proses Pendekatan ini memberi kebebasan kepada penulis untuk menggarap hasil penulisannya. Objektif pendekatan ini adalah memperbaiki mana-mana aspek atau bahagian penulisannya. Ia menitikberatkan proses pembaikan sesebuah penulisan secara berterusan. Ini menggambarkan bahawa dalam situasi menulis, penulis boleh bereksperimen dengan segala bentuk maklumat dan fakta. Pendekatan Model Pendekatan ini menitikberatkan proses imitasi (peniruan) semula jadi, iaitu penulis berusaha untuk memahami, menghayati gaya dan kaedah penulis lain.Ia agak memakan masa, namun pendekatan ini mengajak penulis membaca dan membuat kajian akan karya-karya penulis lain dan kemudian meniru gaya dan kaedah penulisannya. Akhirnya tanpa disedari, menurut pendekatan ini, penulis dengan sendirinya akan dapat menguasai gaya dan kaedah menulis yang berkesan. Pendekatan Metafizika Pendekatan metafizika bersangkut paut dengan minat, kesungguhan dan motivasi diri secara bebas untuk menghasilkan karya penulisan yang bermutu. Fenomena alam merupakan aspek yang boleh dijadikan subjek penelitian dan kajian penulis, misalnya isu pencemaran alam sekitar, gejala sosial, bencana alam dan gobalisasi. Ia secara tidak langsung dapat menanamkan nilai kemanusiaan yang tinggi kepada penulis. Daripadanya penulis akan terpanggil untuk menggambarkan fenomena alam tersebut. Pendekatan Pengalaman Pendekatan pengalaman menitikberatkan pengalaman seseorang sebagai tapak ke arah menghasilkan suatu penulisan yang bermutu .Selain itu, pendekatan ini turut menitikberatkan

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 35

kemahiran berbahasa dan pemikiran. Ketiga-tiga unsur ini berkait rapat dan saling melengkapi antara satu sama lain. Pengalaman akan membolehkan seseorang penulis mengait peristiwa-peristiwa yang dialaminya dengan fenomena yang berlaku dalam masyarakatnya. Pengalaman akan menjadikan diri penulis lebih peka dan sensitif terhadap isu-isu yang berkaitan dengan pengalamannya dan dapat memberi suatu inspirasi dan aspirasi untuknya menulis. Menerusi kemahiran bahasa yang ada padanya, sesuatu pengalaman itu dapat digambarkan dengan lebih jelas, padat dan hidup. Manakala pemikiran akan memungkinnya melahirkan idea-idea yang kreatif dan analitis. Maka jalinan ketiga-tiga elemen ini akan menjadikan penulis lebih matang berkarya serta mampu untuk memberikan kepuasan kepada khalayak pembaca. Pendekatan Epistemik Pendekatan epistemik mendedahkan pembaca bagaimana untuk menghasilkan karangan yang lebih bersistematik dan mempunyai nilai kesahihan yang boleh dipercayai. Dengan kata lain, pendekatan epistemik ini berusaha mendekatkan para penulis dengan suatu bentuk penulisan yang bercorak ilmiah. Dalam pendekatan ini, apa yang diutamakan adalah fakta dan maklumat yang sahih. Selain itu, pengalaman penulis turut diberi perhatian agar penulisan yang bercorak ilmiah akan lebih hidup dan bertenaga. Selain itu pendekatan ini juga menggalakkan penulis membuat penyelidikan. Penyelidikan yang dibuat dapat membantu penulis untuk memberi nilai tambah kepada maklumat yang sedia ada padanya.

Kelebihan Pendekatan Epistemik Pendekatan-pendekatan penulisan yang dinyatakan di atas merupakan pendekatan yang lazim digunakan pelajar atau pengajar dalam proses menghasilkan sesebuah penulisan khususnya karangan. Walau bagaimana dalam konteks penulisan ilmiah, pendekatan epistemik merupakan pendekatan terbaik. Menurut Amaruddin dan Siti Hajar (1977), pendekatan epistemik merupakan pendekatan yang sesuai untuk melatih pelajar mereka dan merangka satu bentuk karangan seni atau latihan ilmiah. Berdasarkan huraian ini, pelajar yang dimaksudkan ialah pelajar yang berkeupayaan berfikir secara matang, kritis dan boleh menangkul serta mengkritik. Pendekatan ini sesuai digunakan untuk pelajar di sekolah menengah, kolej dan institusi pengajian tinggi.Pendekatan Epistemik boleh diaplikasikan dalam empat model. Keempat-empat model tersebut adalah seperti rajah 2 berikut:

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 36

Model Epistemik

Model Sistem Model Dialektika Model Hipotesis Model Gabungan

Rajah 2: Model Epistemik

Model Sistem Model sistem amat sesuai digunakan untuk menulis sebuah kertas kerja ilmiah. Melalui model ini, seseorang penulis hanya perlu membuat rangka kasar berkaitan dengan tajuk yang dipilihnya. Kemudian penulis memikir dan menyusun idea dan isi mengikut kepentingannya. Idea dan isi ini boleh dibuat dalam suatu pernyataan tesis. Pernyataan idea ini perlu dimantapkan dengan menambahkan lagi sub-sub idea yang mengandungi pelbagai contoh, fakta dan bukti untuk memantapkan keseluruhan daripada pernyataan tesis yang telah dibuat oleh penulis. Walau bagaimanapun, penulis mestilah membuat rujukan daripada pembacaan atau kajian ringkasnya agar isi yang dipaparkan tidak mengandungi unsur-unsur bias yang keterlaluan. Model ini amat diminati oleh kebanyakan penulis khususnya untuk menulis kertas kerja ilmiah. Cuma bezanya dalam penulisan karangan, model ini mengambil masa untuk disiapkan dan strukturnya mestilah mantap dan berkaitan antara satu dengan yang lain. Rajah 3 di bawah menunjukkan struktur model sistem.
Model Sistem

Isi/Idea

Isi/Idea

Isi/Idea

Isi/Idea

Sub isi/Idea

Sub isi/idea

Sub isi/idea

Rajah 3: Model Sistem Model Dialektika Model Dialektika atau model soal jawab seperti mana rajah 4 sesuai untuk menghasilkan kertas kerja ilmiah. Keseluruhan daripada kandungan teks yang menggunakan model ini lebih mengutamakan perbincangan dan perbahasan berkaitan dengan pelbagai isu semasa. Menurut Richard (1981),

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 37

model dialektika sesuai sekali digunakan untuk membahaskan sesuatu persoalan yang abstrak dan bersifat falsafah seperti perpaduan, persahabatan, harga diri dan sebagainya. Sesuatu permasalahan akan dibahaskan dan dipersoalkan dan kemudian penulis akan mencari jawapan terhadap persoalan yang timbul. Bagi memantapkan lagi soal jawab ini, maklumat boleh diperkukuhkan menerusi kajian dan penyelidikan yang lebih mendalam.

Soal
Rajah 4: Model Dialektika Model Hipotesis

Jawab

Model hipotesis seperti mana dalam rajah 5 di bawah merupakan model yang amat popular dan sering digunakan dalam penulisan ilmiah. Ia juga dikenali sebagai model saintifik. Disertasi, tesis, laporan penyelidikan lazimnya menggunakan model ini untuk menghuraikan dan menggarap keseluruhan daripada maklumat dan idea yang telah dihimpunkan.Model hipotesis menggunakan suatu struktur yang bersistematik. Sebelum seseorang penulis dapat menyatakan sesuatu tajuk, maka terlebih dahulu penulis mestilah dapat mengenal pasti masalah utama yang timbul berkenaan skop yang hendak ditulis. Sesudah sesuatu masalah telah dapat dikenal pasti, maka penulis akan mengungkap suatu pernyataan tajuk. Tajuk ini kemudiannya akan dikaji dan diselidiki. Langkah seterusnya, penulis akan berusaha untuk mengumpulkan sebarang bentuk data dan maklumat daripada pelbagai sumber. Selain itu, dalam model ini, penulis seharusnya telah ada hipotesis, teori mahupun hukum yang boleh menerang dan menjelaskan akan fenomena tajuk yang dipilih. Dengan itu, ia akan lebih memudahkan penulis untuk membuktikan kajian yang dibuat itu. Selain data dan maklumat dikumpul, ia kemudiannya dianalisa dan penulis akan mengesahkan sesuatu hipotesis itu diterima atau ditolak. Akhirnya, penulis akan membuat kesimpulan dan dalam masa yang sama akan memberi cadangan yang membina tentang penyelidikan yang berkaitan pada masa hadapan.
Mengenal pasti masalah Pengumpulan data daripada pelbagai sumber Pembentukan hipotesis/teori/model dan hukum

Kesimpulan dan penyelesaian

Pengesahan data dan hipotesis

Rajah 5: Model Hipotesis

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 38

Model Gabungan Model gabungan seperti mana rajah 6 merupakan kombinasi ketiga-tiga, iaitu model dialektika, model hipotises dan model sistem. Model gabungan ini amat pragmatik dan amat sesuai digunakan dalam penulisan jurnal, tesis dan laporan penyelidikan. Kombinasi ketiga-tiga model tersebut jika digarap dengan baik dan berkesan pasti akan menghasilkan suatu teks penulisan yang bermutu.
Model Gabungan

Model Sistem

Model Dialektika

Model Hipotesis

Rajah 6: Model Gabungan

Pendekatan Kewartawanan Pendekatan kewartawanan merupakan satu lagi kaedah yang sering diaplikasi terutama dalam penulisan popular, misalnya di akhbar, majalah dan siaran-siaran berita dalam media penyiaran. Kaedah kewartawanan tidak sesuai untuk diaplikasikan dalam penulisan ilmiah. Hal ini demikian kerana penulisan jenis ini ditujukan kepada khalayak umum daripada semua lapisan masyarakat tanpa mengambilkira tahap pendidikan dan pengetahuan. Pendekatan kewartawanan tidak mengutamakan peraturan penulisan yang ketat. Gaya penulisannya bersifat santai dengan jalinan bahasa yang ringkas, tepat dan mudah. Terdapat tiga model pendekatan kewartawanan yang asas, iaitu: Model TAJMAHAL Model penulisan TAJMAHAL diperkenalkan oleh Mansor Ahmad Saman (1995) bagi tujuan memudahkan para pelajar memahami selok belok penulisan. TAJMAHAL adalah akronim daripada maksud:

T Tepat, A Adil, J Jelas, Mudah, A terAtur, H Halusi, A- berAdab dan L Lancar


Konsep TEPAT dilihat daripada dua sudut, iaitu (1) ketEpatan rakaman maklumat seperti mana yang didakwa oleh sesuatu punca, dan (2) ketepatan dan kesahihan maklumat. KEADILAN pula merujuk kepada (1) keadilan watak-watak yang terlibat, (3) keadilan kepada hal yang dibicarakan, (3) keadilan kepada pembaca dan (4) keadilan kepada penulis sendiri. KEJELASAN amat penting bagi menentukan maklumat yang diterima oleh pembaca dapat difahami dengan jelas.

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 39

Konsep KEMUDAHAN bermaksud kesenangan dalam pemahaman. Dengan kata lain, kemudahan dalam penulisan memerlukan kejelasan fikiran, kemantapan pengetahuan, kefahaman dan kemampuan bercerita dalam erti kata yang luas yakni kelancaran penggunaan bahasa. Penulis bukan sahaja perlu pakar, iaitu dia mestilah tahu dan mampu menceritakan kepada orang lain. ATURAN dalam penulisan merujuk kepada susunan yang teratur kepada hubungan dan pertalian yang waras dan wajar, licin dan lancar di antara idea, hujah, gambaran dan huraian yang dibentangkan dalam sesuatu penulisan. Susunannnya diatur satu persatu mengikut kewarasan dan kewajaran aliran perkembangan idea. Konsep KEHALUSAN bermaksud ketelitian dalam semua hal terutama dari sudut kajian, proses penulisan dan penyemakan. Ketelitian bukan sahaja perlu dan sangat penting kepada penulisan, tetapi ia sering berfaedah sebagai punca pencetusan idea-idea baharu. Cetusan idea baharu yang berpunca daripada kajian lazimnya mempunyai lebih besar kemungkinan nilai penerokaan. Manakala konsep beradab bermakna penulisan yang baik ialah yang beradab yang cenderung kepada nilai-nilai ketinggian martabat fitrah manusia. Seseorang penulis harus ikhlas, jujur, amanah, adil, sabar, kasihan, rendah diri, sopan, cekal, berani, bertanggungjawab dan bijaksana. Akhir sekali konsep KELANCARAN; bermaksud perkembangan dan huraian idea disusun dengan teratur dan persembahannya dibuat dengan bahasa yang lancar, indah, menyeronokkan dan mengasyikkan pembaca.

Tepat Lancar Adil

berAdab

TAJMAHAL

Jelas

Halusi terAtur

Mudah

Rajah 7: Model TAJMAHAL Model Piramid Songsang Model Piramid Songsong dikenali juga dengan pendekatan 5W + 1H. Model ini merupakan teknik penulisan konvesional yang menekankan konsep, iaitu What (apa), Who (siapa), When (bila), Why (kenapa), Where (di mana) dan How (bagaimana/mengapa). Model penulisan ini menekankan gaya penulisan ringkas, padat dan tepat. Lazimnya model 5W + 1H sering digunakan dalam penulisan

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 40

berita di akhbar. Ringkas, padat dan tepat amat penting dalam gaya penulisan akhbar kerana ruangan akhbar amat terhad dan penerbit akhbar harus mengutamakan siaran-siaran iklan yang menjana sumber pendapatan syarikat-syarikat akhbar. Rajah 8 menunjukkan konsep penulisan piramid songsang yang dipraktiskan dalam penulisan kewartawanan.

Isi penting dinyatakan pada perenggan-perenggan awal Perenggan seterusnya menyokong pernyataan pada perenggan awal. Perkaitan sangat penting di sini.

Huraian lanjut, cadangan dan penutup

Rajah 8: Model Piramid Songsang

Berikut ialah contoh berita yang ditulis menggunakan teknik penulisan piramid songsang. Berita yang dipaparkan ini mengandungi ciri-ciri 5 W + 1 H.

PAKAR PATOLOGI SAHKAN MANGSA MATI LEMAS


GEORGETOWN: Rabu: Dua mangsa kejadian perahu naga terbalik di Pantai Macallum, pagi semalan disahkan mati akibat lemas. Pakar Perunding Patologi Forensik, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, bedah siasat yang dilakukann mendapati tiada kecederaan serius sama ada di dalam atau luar anggota badan mangsa terbabit Hanya terdapat kesan calar pada badan mangsa, katanya ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Pulau Pinang di sini petang semalam. Sementara itu, suasana hiba menyelubungi kawasan rumah mayat pada sebelah tengah ahri apabila ahli keluarga kedua-dua mangsa mula berkumpul untuk proses pengecaman mayat. Mayat pertama, iaitu seorang guru, Chin Aik Siang, 28, tiba kira-kira jam 1 tengah hari dan terus dibawa masuk untuk bedah siasat. Ia hanya dibawa keluar pada jam 5.45 petang kerana menunggu ketibaan keranda dan kereta mayat. Turut berada di situ ialah ibunya, Lee Bee Hong, 59, bapanya, seorang makcik dan beberapa ahli keluarga.

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 41

Baca dengan teliti serta tandakan ciri-ciri 5 W + 1H yang terdapat dalam laporan berita di bawah:

MARA PERLUAS MRSM BERTERAS KONSEP ULUL AL-BAB


KOTA BAHRU, Khamis: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memperluas sistem pendidkan berteraskan konsep ulul al-bab di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara. Pengerusinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, langkah itu bertujuan melahirkan pelajar yang bukan saja cemerlang dalam bidang pendidikan, malah mempunyai sahsiah yang tinggi untuk dunia dan akhirat. Beliau berkata, setakat ini sistem pendidikan berteraskan konsep itu sudah diperkenalkan di MRSM Kota Putra, Besut, Terengganu dan MRSM di Gemencheh, Negeri Sembilan. Konsep pendidikan ulul al-bab ini lebih merupakan sistem tambah nilai kepada sistem pendidikan yang sedia ada di MRSM di seluruh negara, bagi melahirkan pelajar yang bukan saja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga memiliki sahsiah diri yang tinggi, katanya kepada media selepas majlis kesyukuran MRSM Pasir Tumboh yang muncul sebagai MRSM terbaik di seluruh negara dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu. Idris berkata, sebuah lagi MRSM akan diwujudkan di utara negara, tempatnya belum diputuskan lagi. Menurutnya, setakat ini Mara mempunyai 42 MRSM seluruh negara, tidak termasuk empat hingga lima buah yang masih dalam pembinaan. Bernama.

Model Kewartawanan Baharu (New Journalism) Model kewartawanan baharu (KB) diperkenalkan oleh Tom Wolfe menerusi bukunya The New Journalism (1973) dan diperkemaskan oleh John Hollowell (1977). Model ini menerapkan penggunaan dan peminjaman teknik-teknik sastera khususnya novel dan cerpen dalam laporan berita secara kreatif. Enam ciri utama model kewartawanan baharu ialah latar, dramatik, dialog penuh atau berkaitan, deskripsi terperinci, sudut padangan, monolog dalaman dan perwatakan pelbagai. Model kewartawanan baharu ini mempunyai beberapa persamaan dengan model komunikasi retorikal dalam bidang kesusasteraan yang lebih mementingkan estetik karya berbanding dengan nilai informatifnya. Prinsip-prinsip Kewartawanan Baharu 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Latar Dramatik Dialog Deskripsi Sudut Pandangan Monolog Perwatakan Pelbagai

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 42

Latar Perwatakan Pelbagai

Dramatik

KB
Monolog Dialog Sudut Pandangan Deskripsi

Rajah 9: Model Kewartawanan Baharu

Berikut ialah contoh laporan yang menggunakan teknik penulisan Kewartawanan Baharu. Perhatikan prinsip-prinsip yang digunakan oleh pengarang dalam laporan ini.

PELAYARAN TENGKU IDRIS

ebaik saja mentari pagi 1 Mac 1995 menunjukkan diri, Jugra bergerak meninggalkan Kepulauan Maldives menuju destinasi seterusnya, iaitu Tjibouti, Afrika. Mengikut kiraan, masa yang diperlukan untuk sampai ke Tjibouti ialah kira-kira dua minggu. Saya berharap kami dapat sampai ke sana lebih awal, seperti yang dicapai oleh Jugra dari Acheh ke Maldives tempoh hari. Walau apa pun sasaran, saya yakin segala-galanya bergantung kepada angin dan cuaca. Pada masa yang sama saya berdoa semoga segala-galanya berjalan seperti dirancang. Seperti yang saya katakan, laluan kali ini amat mencabar dan menguji ketahanan fizikal dan mental saya serta anak kapal. Laut Merah yang bakal kami tempuh bukan calang-calang lautan. Maklumat yang diperolehi semasa mendarat di Maldives memberi amaran awal kepada saya dan anak kapal betapa kami harus berhati-hati. Selain daripada ombak ganas, masalah lanun dan pulaupulau bahaya juga harus diambil kira. Seboleh-bolehnya saya mengelak daripada melalui laluan berbahaya tersebut kerana tidak mahu menanggung risiko. Walaupun saya suka cabaran tetapi saya tidak mahu ambil mudah sesuatu bahaya sekiranya ada peluang mengelak. Hasil sedikit kerja rumah dan membaca saya dapati Tjibouti adalah sebuah negara kecil tanah jajahan Perancis. Negara itu kini sedang menuntut kemerdekaan daripada

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 43

Perancis. Sama ada berjaya atau tidak tuntutan mereka saya tidak pasti kerana soal politik bukan hajat utama saya. Yang penting, pelayaran yang sedang saya lakukan ini berjaya mencapai matlamat. Mengikut pelan asal, saya bercadang singgah di Somalia dan Sudan tetapi peperangan yang berlaku di kedua-dua negara tersebut menjadi penghalang. Saya tidak mahu mengambil risikonya kerana memikirkan pelayaran yang masih jauh. Mengikut catatan, Tjibouti dahulunya adalah tempat persinggahan kapal-kapal dan antara pelabuhan popular di dunia. Walaupun tidak popular seperti dulu, banyak juga kapal besar yang masih singgah di sini Mingguan Malaysia, 29 Disember 1996.

PENILAIAN KENDIRI
1. 2. 3. 4. Huraikan pengertian pendekatan penulisan. Apakah yang dimaksudkan dengan retorika pemerian. Bincangkan beberapa model dalam pendekatan eklektika. Bina karangan berasaskan model Tajmahal.

KATA KUNCI
1. Retorika 2. Elektika 3. Epistemik 4. Kewartawanan Baharu 5. Model Tajmahal 6. Piramid Songsang

Bahan Rujukan Awang Sariyan. (1992) Asas Penulisan Deskriptif. Kuala Lumpur: Menara Ilmu Sdn Bhd. ____________.( 2006. Tertib Mengarang. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Henry Guntur Tarigan. (1986) Menulis sebagai Satu Ketrampilan Berbahasa . Bandung: Penerbit Angkasa. Md. Sidin Ahmad Ishak (1999) Ketrampilan Menulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai