Anda di halaman 1dari 5

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SEKOLAH SAINS SOSIAL




NAMA KURSUS : PENULISAN AKADEMIK (AT10403)
NAMA PENSYARAH : PROF. MADYA DR. ROSAZMAN BIN HUSSIN
NAMA TUTOR : PUAN SITI NORHAFIZAH ABU BAKAR
TUTORIAL : RABU (3-4 PM) BT3A
NO. SOALAN :11 MENGAPAKAH PENGUNAAN BAHASA DAN GAYA
BAHASA YANG TEPAT DALAM PENULISAN AKADEMIK SAINS SOSIAL
PENTING? BERIKAN CONTOH CONTOH YANG SESUAI.

PENGENALAN
Menurut kamus dewan bahasa edisi keempat, bahsa merujuk kepada variasi bahasa
berdasarkan penggunaanya misalnya sebagai bahasa klasik, bahasa istana serta
ragam bahasa. Manakala gaya bahasa pula adalah pengetahuan tentang
penggunaan kata- kata dan penyusunan ayat ataupun juga cara penggunaan bahasa.
Dalam penulisan akademik sains sosial terdapat laras bahasa yang tertentu yang
digunakan iaitu laras bahasa ilmiah. Laras bahasa ilmiah ini adalah amat penting
untuk digunakan dalam sesebuah penulisan yang berbentuk akademik agar isi
penulisan yang hendak disampaikan adalah berbentuk intelektual kepada pembaca.
Laras bahasa ilmiah terdiri daripada perbendaharaan kata dan struktur bahasa yang
tepat dan betul. Justeru itu seseorang penulis ilmiah perlulah bijak dalam
menggunakan laras bahasa ilmiah dalam penulisan akademik mereka agar hasil
penulisan akademik mereka menjadi sebuah karya ilmu yang cukup baik dan mampu
menarik minat pembaca.
LARAS BAHASA ILMIAH
Laras bahasa yang mengungkapkan ilmu
Kemuncak pencapaian taraf keintelektualan bahasa
Laras ilmiah dapat menghasilkan bentuk yang tepat dan mencerminkan
kejelasan pemikiran yang mengutamakan konsep serta urutan pemikiran
secara logik.
Tergambar daripada penggunaan perbendaharaan kata dan struktur
tatabahasa.
KEPENTINGAN
a) Membolehkan segala maklumat yang ingin disampaikan mudah difahami.
b) Dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan pembaca
c) Karya penulisan akademik yang dihasilkan akan lebih mudah difahami oleh
pembaca
d) Meningkatkan keyakinan diri (pengamalan, penulisan dan pertuturan)
e) Salah faham dapat diperbetulkan oleh pembaca, boleh dirujuk dengan
sumber yang benar
f) Mencerminkan latar belakang atau taraf sosial seseorang penulis
g) Memupuk nilai penyesuaian diri dengan perkataan.

Konteks penggunaan gaya bahasa adalam penulisan akademik
Dalam konteks bahasa, gaya bahasa ialah bahasa yang digunakan apabila
bertutur atau mengarang, iaitu tentang perkataannya, ikatan ayatnya, jalan
bahasanya dan bentuk pembahasaannya. (Zaba 2002)
Gaya bahasa yang digunakan membolehkan pembaca menilai keperibadian,
watak dan kemampuan penulis menggunakan bahasa tersebut.
Gaya bahasa yang baik :
a) Kejujuran
penulis mengikut peraturan, kaedah yang baik dan benar dalam
berbahasa dan menyampaikan perkara yang benar dalam
penulisannya
Kata-kata yang jelas, tersusun dan berstruktur, ungkapan
fikiran yang jujur.
Kata-kata kabur menyembunyikan fikiran.
Kata berbelit-belit penulis tidak tahu apa yang hendak
diperkatakan/ cuba menyembunyikan kekurangan.
b) Sopan santun memberi penghargaan atau menghormati pembaca
iaitu memanisfestasikan melalui kejelasan dan kesingkatan.
Kejelasan pembaca tidak perlu memeras otak untuk
memahami maksud penulis. Jelas dalam struktur gramatikal
kata dan kalimah, jelas dalam pengungkapan fakta melalui
kalimah atau kata-kata, jelas dalam urutan idea secara logis,
jelas dalam penggunaan kiasan dan perbandingan.
Kesingkatan menggunakan kata-kata secara berkesan tidak
perlu penggulangan ayat.
c) Menarik Komponen penggunaan ayat yang terdapat pelbagai variasi
kosa kata.
TATABAHASA
Perkataan yang digunakan mestilah sesuai bagi mengelakkan
ketidakfahaman, misalnya penggunaan kata yang sukar dan berulang-
ulang.
Sudu = bukannya camca
Senja = bukannya senjakala
Gunakan ayat aktif dan bukannya ayat pasif agar mudah difahami
ayat yang pendek dan mempunyai penegasan makna.
Ayat aktif = emak membeli sepasang kasut baharu
Ayat pasif = sepasang kasut baharu dibeli oleh emak
Kesalahan umum bahasa
Bahasa Melayu penulisan berbeza dari Bahasa Melayu pertuturan.
Contoh:
Ejaan = setiausaha (bukannya setia usaha)
Penggunaan perkataan = pendalaman (perbuatan ingin
mendalamkan sesuatu)
= pedalaman (kawasan luar bandar)
Imbuhan = bernyanyi (bukannya menyanyi)
Kata majmuk = pisang goreng ( bukannya goreng pisang)
Pengaruh bahasa inggeris = I harap you sentiasa dalam
keadaan sihat walafiat disamping keluarga you yang tercinta.
** ayat yang betul = saya harap kamu sentiasa dalam keadaan
sihat walafiat sejahtera di samping keluargamu yang tercinta.
Singkatan
Dalam penulisan ilmiah juga tidak digalakkan menggunakan singkatan
dalam ayat.
Contoh:
Jangan = jgn
Yang = yg Tidak = tdk
Contoh: penggunaan struktur bhsa yg baik dlm sesebuah
penulisan akademik adalah amat penting sekali.
Kesimpulan
Penggunaan struktur bahasa yang baik dalam sesebuah penulisan akademikadalah
amat penting sekali. Hal ini kerana penggunaan struktur bahasa yang baik mampu
menyampaikan segala maklumat , idea, ilmu dan bahan serta hasil kajian yang
ditemui dalam sesebuah karya penulisan akademik. Manakala penggunaan gaya
bahasa yang formal, berstruktur dan tepat adalah amat digalakkan dalam sesebuah
penulisan dan juga penggunaan bahasa kuno, puitis dan bahasa akademikal laras
tinggi perlulah dielakkan agar penulisan bersesuaian dengan masyarakat pembaca.
Rujukan

Anderson Jonathan. (2011). Penulisan Tugasan dan Tesis. (Edisi Ke-4). Kuala
Lumpur: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Northedge, A. (1995). The Good Study Guide. Milton Keynes, United Kingdom: The
Open Unversity.

Sigismund huff anne. (2009). Designing research for publication. Sage publication,
inc.
Sivachandralingam Sundaraja. (2002). Pemikiran Dan Penulisan Ilmiah. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai