Anda di halaman 1dari 12

Impak Komunikasi Siber dan Pengaruh kepada Pengguna dan Komuniti

Impak seperti yang telah ditakrifkan dalam Kamus Dewan edisi ketiga bermaksud kesan yang kuat dan berkesan. Komunikasi siber ialah cara perhubungan baru yang digunakan sama ada melalui telefon bimbit, e-mail dan lain-lain. Impak komunikasi siber telah membentuk satu masyarakat yang inovatif dan maju. Kita mendapat faedah atas kemajuan yang telah ada pada masa kini. Sedar atau tidak, komunikasi siber telah memberikan kesan yang mendalam kepada diri setiap pengguna dan komuniti. Komunikasi siber pada masa kini dilihat penting. Secara tidak langsung kita sebagai pengguna dapat faedah hari teknologi ini.78

Kesan positif yang dapat dilihat ialah kita dapat mngeratkan perhubungan. Perhubungan kita dilihat terbatas jika seseorang ahli keluarga atau sahabat handai telah berpindah ke kawaan yang jauh, komunikasi siber dilihat berguna bagi kita bagi mengelakkan hubungan kita terputus tanpa khabar berita. Melalui laman social seperti Facebook, Myspace dan lain-lain, kita dapat berjumpa semula dengan rakan-rakan atau kerabat keluarga kita yang tinggal bejauhan. Malah kita dapat bertanya khabar dan bertukar pendapat bersama rakan-rakan dalam laman sosial tersebut.

Komunikasi siber juga memberikan kelebihan kepada kita pada masa- masa kecemasan. Jika kita berjalan-jalan atau pergi ke sesuatu tempat tiba-tiba ternampak sesuatu kebakaran, komunikasi siber seperti telefon bimbit dilihat berguna jika sesuatu tempat tiada perkhidmatan pondok telefon awam untuk digunakan. Ia juga boleh digunakan untuk melaporkan kejadian seperti rompakan, paip pecah dan lain-lain jika kekadian tersebut belaku dihadapan kita atau kita ternampak kejadian tersebut.

Selain kesan positif, komunikasi siber juga turut memberikan kesan negatif kepada pengguna. Antaranya, kita juga akan mendapat penyakit. Kita mungkin melihat barangan seperti telefon bimbit tidak memberikan apa-apa bahayanya kepada kita. Kita jangan memandang ringan perkara ini kerana barangan seperti telefon bimbit ini dapat memberikan kita penyakit seperti barah otak dan masalah pendengaran. Kesan gelombang kuat yang terhasil dari telefon bimbit tersebut memberikan kesan kepada otak kita. Malah, ia akan merosakan sistem pendengaran kita. Kita perlu sedar bahawa teknologi yang kita gunakan tidak semuanya memberikan kesan yang baik kepada kepada kita sebagai pengguna.

Berlakunya pembaziran disebabkan kesan komunikasi siber. Pembaziran dari segi wang ringgit, masa, tenaga dan lain-lain boleh berlaku. Pembaziran masa dapat dilihat apabila seseorang itu terlalu banyak masa diluangkan sehingga mengabaikan tanggungjawab. Contoh yang dapat dilihat ialah golongan remaja. Mereka sanggup menghabiskan masa dan wang ringgit semata-mata ingin melayari laman social dan membuang masa dengan berbual perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada diri mereka sendiri dan tidak membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru.

Rumusan yang boleh kita ungkapkan, kesan daripada komunikasi siber terhadap pengguna dan komuniti memberi kita kumudahan dan juga kemudaratan kepda pengguna khususnya remaja. Walaupun kita diberikan kemudahan teknologi kepada kita, kita harus sedar bahawa setiap kemudahan datang dengan harga yang besar untuk kita sebagai penggunanya. Jangan kita terlalu leka dengan teknologi kerana ia juga boleh menjerumus kita ke lembah kesusahan jika kita terlalu brgantung kepada teknologi. Bahasa dalam Komunikasi Siber: Kelebihan dan Kekurangan - Prof. Dr.Teo Kok Seong (Agenda Bahasa dalam Dewan Bahasa) Terdapat kajian yang memperlihatkan bahawa banyak yang tidak mengendahkan kesantunan bahasa semasa menulis berbanding dengan semasa bercakap. Situasi ini terjadi kerana untuk berlaku sopan semasa menulis, kita perlulah menyusun kata-kata sopan dan menggunakan strategi-strategi linguistik tertentu. Hal ini dikatakan lebih mudah dilakukan dalam bahasa lisan. Bahasa yang digunakan dalam komunikasi siber tidak terhad kepada satu bahasa sahaja, misalnya bahasa Inggeris seperti yang digambarkan oleh banyak pihak. Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam komunikasi siber, adalah tinggi, namun bahasa-bahasa lain, sama ada bahasa besar (misalnya bahasa antarabangsa atau dunia seperti bahasa Sepanyol) ataupun kecil (misalnya dialek, seperti dialek Melayu Kelantan) ikut digunakan dengan pesatnya. Sehubungan ini, tidak salah jika dikatakan bahawa multilingualisme (keanekabahasaan) adalah dasar penggunaan bahasa yang terdapat dalam komunikasi siber. Selain multilingualisme ini, penggunaan bahasa dalam media siber ini ikut mengundang wacana atau perbincangan awam tentang impak negatif, yang digambarkan oleh sesetengah pihak. Antara topik penting dalam wacana ini ialah kehilangan penggunaan huruf besar, penyalahgunaan (atau kreativiti dalam penggunaan) tanda baca, ejaan yang salah (atau bergaya seperti kum untuk asalamualaikum dalam bahasa Melayu) dan segala macam yang lainnya. Dengan peningkatan pelbagai teknologi baharu atau moden dalam komunikasi, pelbagai amalan interaksi dan bentuk bahasa akan ikut muncul. Walau bagaimanapun, di sebalik perkembangan pesat ini, baik dari segi kepelbagaian media baharu mahupun kerencaman bahasa media baharu, komunikasi tradisional, yakni perbualan bersemuka, tetap relevan dan penting untuk selama-lamanya kerana kita masih memerlukan perbualan bersemuka untuk mendidik anak-anak menguasai bahasa

Padah Laman Sosial, Makan Diri Artis (News) Monday, February 21st, 2011

LAMAN sosial seperti Facebook dan juga Twitter pada hari ini amat penting bagi setiap individu untuk menyuarakan apa sahaja yang terlintas dalam fikiran masing-masing. Bagi golongan artis, laman itu menjadi tempat untuk mempromosikan produk dan menyalurkan maklumat mengenai diri masing-masing. Malah ia juga dapat dijadikan sebagai medan komunikasi di antara mereka dan juga peminat. Dengan adanya medium komunikasi baru itu, ia membolehkan para peminat mengenali artis kesayangan mereka dengan lebih dekat apabila mereka berpeluang membaca apa juga komen yang ditulis oleh setiap artis. Sayangnya, kemudahan dan juga kemajuan yang dihasilkan itu sering disalahgunakan apabila terdapat segelintir selebriti pada hari ini menjadikannya sebagai tempat meluahkan perasaan dengan menulis perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya. Lebih parah lagi apabila segelintir artis yang gagal mengawal emosi menempelak rakan mereka, menceritakan masalah rumah tangga, pergaduhan dengan kekasih, memaparkan gambar-gambar menjolok mata dan sebagainya. Kes melibatkan pelakon Ifa Raziah adalah antara contoh apabila laman sosial itu disalahgunakan apabila pelakon itu menyindir Safura dengan perkataan yang kurang enak membabitkan kes mahkamah di antara mereka. Pelakon Abby Abadi juga pernah mencetuskan kontroversi apabila dia meluahkan perasaan tidak puas hati menerusi akaun Facebook miliknya terhadap pelakon Memey Suhaiza dengan menuduh pelakon itu sebenarnya tinggal serumah dengan Norman Hakim. Dalam pada itu pelakon Scha Al-Yahya juga pernah terjerumus dengan kontroversi apabila dikatakan memberi komen menyamakan seseorang dengan monyet melalui Twitter miliknya. Fasha Sandha turut mengejutkan dunia hiburan apabila meluahkan perasaan bengang terhadap Tiz Zaqyah selepas pelakon itu dikatakan mengganggu kekasihnya. Keadaan yang berlaku itu memperlihatkan satu fenomena baru sedang melanda di kalangan artis apabila mereka yang menjadi perhatian masyarakat menggunakan medium media baru iaitu Internet bagi memperkatakan sesuatu tanpa memikirkan implikasi yang bakal ditanggung dengan perbuatan itu. Mingguan mStar mendapatkan komen selebriti Zed Zaidi, Erra Fazira serta Pensyarah Kanan Jabatan Media, Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah mengenai pengaruh laman sosial yang disalahgunakan di kalangan artis. Mereka kena tahu kedudukan sosial mereka- Abu Hassan Profesor Madya Dr Abu Hassan. Menurut Abu Hassan tidak salah jika para artis menulis apa sahaja pada laman sosial masing-masing kerana ia milik peribadi artis tersebut dan mereka juga boleh berkongsi perasaan dengan para peminat. Sayangnya kata beliau, para artis tidak faham fungsi sesebuah laman sosial dan kedudukan mereka sebagai seorang selebriti menyebabkan berlaku perang siber di kalangan mereka menerusi laman sosial masing-masing.

Mereka harus tahu dan faham, sebagai seorang yang dikenali ramai, etika penggunaan laman sosial perlu dijaga. Setiap perlakuan yang dibuat perlu dikawal oleh akhlak diri kerana mereka hidup bersama masyarakat lain yang menyanjung bakat seni masing-masing. Jangan pula medium ini dilihat seperti sebuah tempat ancaman. Lebih-lebih lagi bila artis sesama artis bergaduh dengan memberikan kenyataan berbalas. Sedikit sebanyak, wajah mereka yang sebelum ini menjadi ikon dan pujaan ramai tercalar, katanya. Tambah Abu Hassan, sebagai seorang artis, mereka patut tahu mengenai etika penggunaan bahasa yang ditulis pada status di akaun laman sosial mereka. Pada pandangan saya, bagi artis-artis yang menggunakan medium ini sebagai tempat luahan perasaan dengan kata-kata kesat ataupun bergaduh sesama sendiri, mereka adalah pengguna yang tidak prihatin dengan status selebriti mereka. Malah mereka tidak layak menjadi contoh kepada masyarakat sekiranya mereka menggunakan medium ini dengan cara yang tidak sihat dan salah. Tidak menjadi isu jika mahu meluahkan perasaan yang terbuku di hati kerana cara ini mungkin dapat mengurangkan tekanan, tetapi mereka perlulah menggunakan perkataan yang berhemah. Mereka tidak perlu hilang rasional atau sasau tanpa berfikir dengan baik. Masyarakat tidak mahu artis-artis yang begini, tegasnya. Penggunaan bahasa yang berhemah juga memberikan pandangan positif terhadap khalayak di mana seseorang artis itu bijak menangani situasi yang sukar. Dalam pada itu, kata Abu Hassan, apabila golongan artis menulis dengan penggunaan bahasa yang sihat, sedikit sebanyak, para pengikut mereka turut mengikuti cara artis itu kerana dikhuatiri, kematangan dan rasionalnya pemikiran seseorang individu itu bersangkut paut dengan ikon masingmasing. Jangan berfikir pendek Zed Zaidi Zed Zaidi. Sebagai Exco Seniman Muda, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, kesal apabila ada segelintir artis yang kurang berilmu dalam bab komunikasi di laman siber. Apabila kita mempunyai medium baru untuk mempromosikan kerjaya serta menambahkan bilangan peminat, mereka perlu menggunakannya dengan baik dan jika ia disalahgunakan, perkara positif boleh bertukar menjadi negatif. Malah ramai yang tidak tahu mengenai Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 di mana pihak yang dianiaya boleh membuat laporan polis di bawah akta tersebut. Lebih-lebih lagi bila laman Facebook atau Twitter yang ditulis berunsur mengancam pihak lain. Jangan terkejut jika kes sebegini boleh dibawa ke penjara, tegasnya. Kata Zed, dia juga kecewa apabila kontroversi Ammar Alfian Aziz sebelum ini yang mengugut dan melemparkan kata-kata kesat serta berbaur lucah kepada wartawan hiburan di Facebook pada Mac tahun lalu tidak dijadikan sebagai pengajaran. Tambah pula sejak kebelakangan ini, ramai artis yang menggunakan medium laman sosial peribadi mereka sebagai tempat meluahkan perasaan terhadap pihak-pihak yang tertentu menggunakan katakata kesat.

Pada saya, tidak salah jika mereka mahu meluahkan perasaan atau mengkritik seseorang tanpa menyebut nama menggunakan ayat-ayat yang bijak apabila dibaca. Ini kerana ia mungkin menjadi kritikan yang membina buat pihak lain, tetapi biarlah berpada-pada. Kadang-kala mereka berfikiran pendek tanpa memikirkan kesan yang berlaku kepada diri dan karier masing-masing. Saya tak kata yang semua artis kita tidak bijak kerana mereka mempunyai kelebihan mengikut bakat yang ada. Tetapi bila bab komunikasi, banyak yang lemah tentang hal itu. Saya percaya, kalau dididik dengan cara betul, hal ini mampu diatasi dengan baik. Mereka perlu tahu bagaimana cara komunikasi yang betul dengan peminat, media, rakan artis serta pergaulan di laman sosial masing-masing kerana mereka adalah ikon masyarakat, katanya. Justeru itu, beritahu Zed, persatuan Seniman menawarkan para artis untuk menyambung pengajian peringkat ijazah dalam jurusan komunikasi di Universiti Utara Malaysia (UUM) secara jarak jauh. Saya percaya, dengan penambahan ilmu komunikasi yang ada, ia boleh mengurangkan masalah artis bergaduh atau mengeluarkan kata-kata kesat pada laman sosial masing-masing. Mungkin mereka hanya mengkritik atau meluahkan isi hati dengan perkataan yang sinis. Itu sudah memadai, kerana setiap kata-kata yang ditulis menerusi medium ini menjadi tumpuan umum sementara akhlak dan kebijaksanaan mereka dinilai menerusi laman-laman tersebut, tegasnya. Belajar kawal situasi Erra Fazira Erra Fazira. Sementara itu penyanyi dan pelakon, Erra Fazira, memahami apabila ada segelintir artis yang selesa meluahkan perasaan atau mengkritik sesuatu di laman sosial mereka. Namun, sebagai seorang selebriti yang dikenali, para artis perlu sedar mengenai tanggungjawab yang dibawa terhadap masyarakat dan mereka perlu mengawal emosi masing-masing walaupun pada ketika itu mereka sedang berdepan dengan masalah yang berat. Kita perlu sedar, setiap tindak tanduk kita akan menjadi ikutan. Lebih baik jika kita tidak menunjuk amarah atau hal-hal negatif untuk menjadi tatapan umum. Saya faham, kadang-kala bila sesesuatu isu itu yang dibicarakan di media cetak dan elektronik, tafsirannya menjadi sedikit lain dan kerana hal itu, sesetengah selebriti terpaksa menjelaskan situasi sebenar menerusi laman sosial peribadi mereka. Ada juga selebriti yang lantang bersuara tetapi mereka tidak bermaksud mahu mencari gaduh dengan sesiapa, cuma ia sekadar luahan biasa, tuturnya. Tambah Erra, isu ini mampu memberi kesan jangka panjang terhadap artis berkenaan jika mereka tidak pandai menangani hal tersebut sekiranya status pada laman sosial masing-masing menjadi kontroversi. Semua ini pada akhirnya akan terkena pada batang hidung kita sendiri. Ini kerana, bila orang membaca apa yang ditulis, mereka akan tanya apa yang dah jadi? Apabila penulisan itu menjadi isu, ia akan menjadi sebuah kontroversi yang besar. Oleh itu, mereka perlu menggunakan bahasa yang lebih diplomatik agar diri mereka tidak terperangkap dengan masalah yang dicetuskan sendiri.

Bagi saya, jika kita pandai mengawal situasi, ia menjadi lebih baik kerana setiap apa yang dibuat orang akan nilai peribadi seseorang artis itu. Fikir dahulu sebelum menulis. Dan jika mereka ingin menegakkan sesuatu, biarlah dengan cara berhemah, tegas Erra.

# Selingan berita hiburan dan berita menarik yang lain. Undang-undang Siber October 3, 2009 4 Okt. 2009 Undang-undang Siber Ringkasan Malaysia telah melangkah masuk ke dunia siber melalui dua pendekatan iaitu melalui hardinfrastructure dan soft infrastructure. Hard infrastructure bermaksud membina infrastructure mewujudkan kawasan fizikal untuk pembangunan berkaitan dengan ICT termasuk membina backbone komunikasi yang berkelajuan tinggi. Soft infrastructure bermaksud mewujudkan undang-undang yang berkaitan berkaitan dengan pembangunan ICT itu. Secara fizikalnya kawasan yang diperuntukkan dikenali sebagai Koridor Raya Multimedia (MSC). Di sinilah tumpuan pembangunan berkaitan dengan ICT dilakukan. Sehingga 19 Jun 2009, sebanyak 87 buah syarikat antarabangsa yang mendapat status International World Class MSC Malaysia Status Companies. Manakala sehingga 24 Mei 2005, sebanyak 67 incubators pula mendapat taraf international world Class MSC Malaysia Status Companies. Selain itu, sebahagian besar institusi pengajian tinggi awam dan swasta turut turut tersenarai sebagai institusi yang mempunyai program ICT. (www.mscmalaysia.com.my dirujuk pada 4 Okt. 2009).

Malaysia telah telah meletakkan pada asas yang kukuh pembangunan ICT dengan menyediakan undang-undang. Sebagai permulaan sebanyak lima undang-undang telah digubal dan diluluskan, seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia1998. Akta Tandatangan Digital 1997. Akta Jenayah Komupter 1997. Akta Teleperubatan 1997.

Secara kolektifnya, undang-undang ini dikenali sebagai undang-undang siber.

1. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Akta ini merupakan sendi kepada semua undang-undang siber di Malaysia. Ia menghuraikan mengenai dasar pembangunan ICT bagi negara ini. Dalam akta ini disenaraikan 10 objektif dasar nasional bagi industry komunikasi dan multimedia (Sila rujuk Akta untuk perinciannya, atau buku Mengenali Undang-undang Media dan Siber).

Akta ini juga meletakkan janji Kerajaan mengenai tiada tapisan dalam Internet di bawah Seksyen 3(3). Berikutan dengan kelulusan Akta ini, sebuah kementerian khas diwujudkan yang memasukkan elemen komunikasi dan multimedia di dalamnya. Kementerian ini pada mulanya dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. (Kini komponen komunikasi di keluarkan dan digabungkan dengan Kementerian Penerangan, bersama dengan komponen Kebudayaan). 1. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Akta ini membolehkan ditubuh sebuah suruhanjaya untuk mengendalikan urusan berkaitan dengan jaringan seperti internet. Ia juga mengambilalih kuasa pelesenan terhadap spectrum penyiaran dan telekomunikasi. Urusan pos juga kini diletakkan di bawah suruhanjaya ini. Apabila ditubuhkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia diletakkan di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Kini ia diletakkan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Beberapa pihak pernah menyarankan supaya komponen komunikasi diletakkan di bawah Kementerian Penerangan. Saya sendiri ada menulis dalam Berita Harian mengenai perkara ini (Jika ia dapat disalin, saya akan pindahkan artikel itu dalam blog ini). 1. Akta Tandatangan Digital 1997.

Akta ini digubal untuk membolehkan diterima secara sah segala urusan melalui online termasuk penggunaan tandatangan secara digital. Tujuan utamanya ialah untuk melicinkan dagangan secara elektronik, sebagai usaha meningkatkan e-commerce atau e-dagang. Kelulusan undang-undang ini perlu kerana pengesahan dari segi undang-undang adalah sukar untuk melaksanakan dokumentasi secara online.

1. Akta Jenayah Komputer 1997. Tujuan utama akta ini ialah untuk melengkapkan undang-undang jenayah khususnya berkaitan dengan jenayah yang dilakukan melalui jaringan komputer. Akta ini memperuntukkan jenis-jenis jenayah dan hukumannya. 1. Akta Teleperubatan 1997

Akta ini membolehkan para doktor dan pengamal perubatan lain menggunakan jaringan internet untuk menjalankan operasi perubatan dari jarak jauh. Ia memperuntukkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh pengamal perubatan. Akta ini membawa bidang perubatan ke satu tahap yang lebih tinggi lagi.

1. Akta Hak Cipta (Pindaan). Akta ini memasukkan unsur-unsur yang berkaitan dengan hakcipta dalam Akta induk. Ini bermakna apa-apa hasil karya yang dilakukan di dalam dan melalui internet adalah terlindung di bawah Akta Hakcipta. Budaya Internet Tidak Menghakis Pemikiran Kritis Posted on October 9th, 2009 in Penulisan Ilmiah by mrbo

Betapa hebatnya fikir manusia akhirnya besi yang berat dapat terbang di udara, betapa hebatnya fikir manusia akhirnya besi yang berat dapat terapung pada permukaan air dan betapa hebatnya fikir manusia akhirnya ilmu dapat merentasi tembok besar China sehingga ke banjaran Himalaya. Apa yang hendak disampaikan, sekiranya pemikiran manusia diasah dengan baik, pemikiran itu dapat diterjemahkan kepada tindakan yang membantu dalam ketamadunan hari ini. Allah S.W.T berfirman: katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan tidak mengetahui? Sesungguhnya hanya yang menerima peringatan adalah orang yang berakal (Az-zumar: 9) Salah satunya adalah pembentukan ke arah pemikiran kritis, sebagaimana menurut buku Psikologi Kognitif terbitan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu kecekapan dan keupayaan otak untuk menilai kewajaran idea, meneliti kebaikan dan keburukan sesuatu perkara serta membuat pertimbangan dengan alasan dan bukti yang kukuh. Asasnya, objektif pemikiran kritis menuntut proses perkembangan, pencernaan dan percambahan idea dalam menentukan sesuatu kepastian mahupun mendiagnosis dalam penyelesaian masalah seperti mana kata-kata Imam Al-Ghazali, agar umat Islam tidak bersifat taklid iaitu tidak menerima sesuatu perkara tanpa usul periksa. Melatari perubahan teknologi, Internet adalah salah satu instrumen yang digunakan sebagai alat untuk keperluan perhubungan, penyampaian dan sebagainya dalam masyarakat siber hari ini. Timbul persoalan, adakah Internet menghalang minda manusia daripada melakukan analisis maklumat dan mengekang keboleh fikiran seseorang? Adakah Internet perlu dipersalahkan kerana penyebaran dakyah dan ideologi yang merosakkan fikiran manusia? Jangan kerana cyberphobia, kita menolak kecanggihan jaluran nano informatif Internet sehingga kita diibaratkan katak di bawah tempurung. Marilah sama-sama kita bermuhasabah dan mengubah orientasi tabiat manusia untuk menggunakan Internet sebagai gedung pengetahuan ke arah pembentukan citra pemikiran masyarakat abad ke-21 yang hebat. Internet merupakan teknologi masa kini yang membolehkan manusia berfikir dan merubah keadaan yang akan memberikan manfaat dan kebaikan bersama. Dua perspektif akan dikemukakan iaitu 1. Internet adalah gedung informasi dan penyebaran maklumat yang proaktif 2. Budaya Internet menjadi amalan komunikasi yang efektif tanpa sempadan Gedung Informasi dan Penyebaran Maklumat yang Proaktif Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China Betapa Islam menuntut umatnya mendalami ilmu pengetahuan agar menjadi aset yang berharga untuk menjadi masyarakat madani yang cemerlang, sebagaimana hadith Rasulullah S.A.W: Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim Maka, dengan kepesatan teknologi maklumat telah merubah sistem yang lebih pantas dalam proses pencarian ilmu pengetahuan pelbagai bidang tidak kira cendekiawan, budayawan, ahli akademik,

jurnalis, pelajar-pelajar, orang kenamaan, ahli politik sehinggalah pekebun kecil berebut-rebut untuk meninggikan taraf keilmuan. Daripada sistem tradisional dengan mengunjungi perpustakaan, tapi modenisasi telah membawa maklumat hanya di hujung jari anda dengan formula 4A iaitu anywhere, anyhow, anyone dan anything. Bahkan, penggunaan hiperteks memudahkan bahan-bahan bacaan untuk diperolehi. Internet juga ibarat perpustakaan maya yang mengumpulkan ilmu dan pangkalan data yang tidak terhingga dengan hanya menekan tetikus untuk melayari laman-laman sesawang yang ada. Pengguna Internet di Arab Saudi hampir mencecah 25 juta orang yang telah mengakses Internet bagi tujuan penerokaan ilmu dan 50 daripada 150 laman sesawangnya yang popular adalah berkaitan pendidikan nilai spiritual dan keagamaan. Bahkan, negara-negara maju mempunyai Indeks Kepentingan Maklumat (IEI) yang tinggi kerana penggunaan Internet yang meluas. Rakyat Malaysia mula menerima Internet pada awal tahun 1990 manakala penggunaan jalur lebar pada tahun 2001. Dengan pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC) dan kemunculan National Information Technology Council (NITC) telah menganjalkan doktrin penyebaran ilmu kepakaran pelbagai bidang termasuklah akses online journal dan e-Book bagi rangkaian pengguna di universiti, telah meninggikan status penerokaan ilmu yang lebih canggih dan berdaya saing. Bahkan, Malaysia merupakan antara 10 buah negara di Asia yang mempunyai bilangan pengguna Internet paling ramai. Tuntasnya, keperluan Internet telah mendesak masyarakat siber hari ini untuk menjadikan medan maya sebagai gedung pengetahuan yang dapat digunakan sebagai aset keboleh fikiran seseorang. Kita mungkin tidak dapat melakukan pengembangan idea yang baik sekiranya persekitaran tidak diperkaya dengan maklumat. Pastinya, Internet adalah jawapannya. Budaya Internet: Amalan Komunikasi yang Efektif Internet menggalakkan perkongsian ilmu dan diskusi siber seperti telesidang yang dapat meningkatkan kebarangkalian mobiliti idea dan pengembangan pemikiran. Apabila wujud pertembungan interaksi, secara tidak langsung dapat membetuli miskonsepsi antara satu sama lain. Bahkan, Internet turut memberi ruang dan peluang untuk melaksanakan urus niaga yang efisien dan menjimatkan tenaga. Sesungguhnya, persepsi negatif dan Islamophobia semakin menebal dalam kondisi hari ini. Namun, dengan kehadiran Internet sebagai laman perbincangan maya seperti Islamonline.com menjadi platform yang berkesan untuk memperbetul imej Islam. Internet adalah medium bagi generasi muda. Sudah pasti, pembabitan remaja dengan impak siber terkandung erat fasa moral, perkembangan dan pembentukan intelektualisme serta idealisme mereka. Sering kali mereka ini dikaitkan budaya hedonisme tatkala menggunakannya. Selagi mana mereka berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah serta memegang prinsip yang mulia, perkara-perkara yang kurang elok dapat dihindari. Usahlah disalahkan Internet, kerana itu hanyalah alat umpama pisau. Tujuan asalnya untuk kegunaan harian namun apabila disalahgunakan oleh pelakunya, pisau itu boleh berbahaya. Dalam konteks ini, usahlah disalahkan Internet tatkala kebejatan moral yang sangat merisaukan. Sedarlah, selagi mana mereka didedahkan dengan kandungan dan maksud komunikasi yang sebenarnya, Internet adalah batu loncatan kepada proses transformasi dalam proses sosial remaja dan penjanaan pandangan mereka yang dikalsifikasikan sebagai cendekia muda alaf baru seterusnya membina keboleh fikiran mereka.

Menangani fitnah dunia siber Oleh Ku Seman Ku Hussain KHAMIS lalu seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara) didakwa di Mahkamah Seksyen Petaling Jaya kerana menghantar komen yang berunsur ugutan di laman sosial Facebook. Beliau menghantar komen ke laman Facebook individu lain mengenai isu sensitif kalimah Allah yang mahu digunakan oleh penganut Kristian. Isu kalimah Allah berlarutan kepada insiden melontarkan bom petrol pada beberapa gereja di Lembah Kelang hingga menimbulkan kebimbangan kalangan rakyat. Kedua-dua kejadian ini adalah suatu yang sensitif dan boleh mencetuskan sentimen antara kaum dan agama. Facebook merupakan salah satu laman sosial yang ditawarkan bersama kecanggihan teknologi di dunia siber. Dengan kos yang sangat minimum atau tidak mengenakan kos langsung, setiap individu boleh menjadi pemain dalam ledakan kecanggihan dunia siber. Mereka boleh mencambahkan dan mendapatkan maklumat, atau mengutarakan pandangan tanpa sebarang tapisan. Tetapi malangnya definisi tanpa tapisan ini selalu difahami sebagai terlepas daripada tindakan undang-undang. Kes pelajar menghantar komen didakwa berbaur ugutan adalah yang terbaru dan sekaligus membuktikan dunia siber juga tidak pernah menjanjikan kebebasan tanpa had. Tetap ada peruntukan undang-undang untuk memastikan mereka yang menyalahgunakan kecanggihan dalam dunia siber dikenakan tindakan. Banyak pihak menganggap apabila mereka bebas mengutarakan pandangan atau komentar, ini bermakna mereka bebas daripada sebarang tindakan undang-undang. Lebih buruk lagi apabila mereka menganggap penyebaran berbaur fitnah, ugutan atau penyebaran maklumat yang boleh menjejaskan ketenteraman awam sebagai satu kebebasan. Apabila e-mel mengambil alih peranan surat konvensional ketika Internet mula-mula diperkenalkan di negara ini, ada pihak yang menulis e-mel layang. Dulunya ini dilakukan secara tradisional menerusi surat layang. Banyak yang percaya e-mel atau surat elektronik ini terlepas daripada tindakan undang-undang berbanding surat biasa. Kemudian apabila diperkenalkan istilah citizen journalist menerusi kemunculan berjuta-juta blogger yang mempunyai laman blog sendiri, khalayak mendapat begitu banyak maklumat sahih dan juga palsu. Ketika ini semua orang boleh memiliki surat khabar sendiri apabila mempunyai laman blog atau laman web. Ini bermakna semua orang boleh menjadi wartawan dan menyiarkan pandangan mereka untuk tatapan umum. Sebelum ini ada beberapa blogger yang mendepani tindakan undang-undang kerana isi kandungan dalam blog berkenaan dikatakan berbaur fitnah. Blogger Jeff Ooi, Ahiruddin Atan, Raja Petra Kamaruddin dan Syed Azidi antara yang pernah mendepani tindakan undang-undang berhubung isi kandungan dalam blog masing-masing. Contoh itu mahu membuktikan bahawa dunia siber hanya menyediakan premis yang bebas untuk menyiarkan apa saja kepada khalayak. Tetapi dalam masa yang sama tidak bermakna bebas daripada tindakan undang-undang sekiranya ada pihak yang menganggap penyiaran itu fitnah kepada mereka. Kewarasan Dengan kewujudan media baru seperti laman sosial, blog dan laman web, khalayak dituntut menggunakan kewarasan untuk memanfaatkan kecanggihan teknologi komunikasi yang ditawarkan menerusi dunia siber. Tetapi disebabkan oleh sesiapa saja boleh memberi pandangan dan menyiarkan untuk tatapan umum, maka wujudlah salah tafsir mengenai suatu yang dikelaskan sebagai fitnah, ugutan dan sebagainya.

Sebelum ini penerbitan bercetak yang banyak diambil tindakan undang-undang oleh individu yang merasakan mereka difitnah atau dimalukan dalam penerbitan berkenaan. Penerbitan bercetak sentiasa diawasi oleh Akta Mesin Cetak, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau Akta Rahsia Rasmi (OSA). Penerbitan bercetak tidak boleh bermain dengan isu yang menyentuh kaum dan agama. Tindakan sedang menanti mereka. Selain itu penerbitan bercetak juga bebas diambil tindakan undang-undang oleh individu apabila isi kandungan dianggap sebagai menyentuh peribadi mereka. Penerbitan bercetak berkerja dalam satu lingkungan yang sentiasa diawasi dengan ketat oleh bermacam-macam akta. Tetapi secara positifnya Ini dengan sendiri membentuk self-censorship yang tinggi untuk menilai sesuatu isi kandungan itu akan memudaratkan keharmonian negara atau sebaliknya. Ini kerana penerbitan bercetak lebih mudah dipantau berbanding media baru yang lahir dalam dunia siber. Dengan kemunculan berjuta-juta blog, peserta dalam laman sosial selain laman web yang pelbagai, pemantauan terhadap penyiaran isi kandungan yang sensitif tidak dapat dilakukan dengan segera. Kalau dipantau sekalipun tindakan undang-undang tidak diambil dengan segera. Keadaan ini mengiyakan persepsi bahawa dunia siber semuanya bebas. Maka yang kelihatan tidak bebas adalah penerbitan bercetak dan yang kononnya bebas adalaj penerbitan media baru di dunia siber. Sekalipun tanggapan ini tidak benar tetapi secara tidak langsung telah membentuk persepsi bahawa kebebasan ada di dunia siber. Kecanggihan teknologi dunia siber sebenarnya memberikan banyak manfaat kepada rakyat khususnya untuk mendapat maklumat. Kini kita berada pada era limpahan maklumat dan tentunya suatu yang baik kepada semua orang. Lambakan maklumat juga ada masalahnya apabila individu di dunia siber tidak semuanya mempunyai kredibiliti untuk diterima sebagai pemberi maklumat yang sahih. Lebih teruk lagi bukan saja tidak sahih tetapi sengaja dilencongkan kepada maksud lain. Di peringkat inilah kecanggihan dunia siber mendatangkan keburukan kepada khalayak. Semuanya kerana disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk menyebarkan isi kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian negara. Kebebasan menyiarkan maklumat atau pandangan telah digunakan untuk menyebarluaskan fitnah atau maklumat palsu yang menggoncang kestabilan negara atau untuk menjejaskan kredibiliti individu tertentu. Kita kena realistik bahawa penerbitan di dunia siber negara ini terlalu bebas. Ia seolah-olah tidak ada pemantauan seperti yang dilakukan terhadap penerbitan bercetak. Mereka yang mengendalikan penerbitan siber bukan saja bebas menyiarkan maklumat tetapi juga bebas daripada tindakan undang-undang. Walaupun ada beberapa kes yang disebutkan di atas tadi tetapi ini sekadar membuktikan ada peruntukan undang-undang terhadap dunia siber. Bagaimanapun tidak ada tindakan yang boleh dijadikan iktibar oleh pihak lain. Ini dibuktikan sebahagian daripada blog, komen-komen dalam laman sosial serta khidmat pesanan ringkas (SMS) bukan saja maklumat yang palsu tetapi boleh menggugat keharmonian negara. Komen-komen terhadap isu-isu yang melibatkan politik dan agama dibuat sewenang-wenang dengan unsur-unsur yang berbaur perkauman. Ini tidak boleh dilakukan sama sekali oleh penerbitan bercetak. Mempunyai peruntukan undang-undang dan melaksanakan undang-undang adalah dua perkara yang berbeza. Peruntukkan undang-undang menuntut ia dilaksanakan sebaik mungkin. Ini adalah untuk memberi keadilan kepada individu yang menjadi mangsa kepada pengamal dalam dunia siber. Fitnah, hasutan atau ugutan tetap mempunyai makna yang sama tidak kira dalam dunia siber atau sebaliknya. Kita semua percaya dalam isu kalimah Allah dan juga membakar gereja, bukanlah pelajar Aswara itu saja yang menghantar komen yang boleh ditafsirkan sebagai ugutan. Maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa isu yang sensitif seperti itu telah bersarang di laman-laman web atau lamanlaman sosial di negara ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim menganggap penguatkuasaan yang lemah menjadi punca utama penyebaran fitnah yang berleluasa di dunia siber. Sebaliknya beliau percaya, sekiranya penguatkuasaan dilaksanakan banyak bloger dan pengguna Internet tidak boleh bermaharajalela menyebarkan fitnah. Semua yang bersifat fitnah, ugutan atau hasutan boleh diambil tindakan bawah Akta Komunikasi dan Multimedia. Tindakan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab ada dalam peruntukkan undangundang. Sebagai bukti, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah mengemukakan 18 kes bawah perkara 232 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kepada pihak pendakwa tetapi masih belum ada pendakwaan. Kenapa? Melaksanakan dengan tegas Akta Komunikasi dan Multimedia bukanlah menyekat kebebasan bersuara seperti yang dilaung-laungkan oleh pihak tertentu. Dalam kehidupan manusia tidak ada kebebasan yang mutlak dan perkara ini mesti difahami sekiranya kerajaan mengambil tindakan kepada mereka yang melanggar akta tersebut. Peruntukkan undang-undang berkaitan dunia siber adalah untuk menyekat segelintir pengguna yang tidak beretika atau sengaja mengambil peluang untuk mencetuskan keadaan tidak harmoni. Pada masa ini memberi banyak manfaat kepada majoriti khalayak yang lain. Sekiranya kerajaan berfikiran sempit tidak memberi kebebasan, sudah tentu tidak diperkenalkan Internet. Maka untuk menikmati kebebasan yang lebih bermakna kita perlulah mengorbankan kebebasan mutlak yang membawa banyak keburukan daripada kebaikan. KEBURUKAN Kurang kepastian maklumat tepat. Banyak perubahan disaat akhir perancangan. Bahan perlu ditapis. Interaksi subversif tidak terkawal. Kebocoran maklumat rahsia/peribadi. Kegiatan jenayah yang boleh mengancam sama ada individu mahupun negara. Penggodaman mudah berlaku. Iklan yang tiada batasan mudah diperolehi seperti iklan-iklan pornografi. Keburukan Internet Disebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat beberapa kelemahan atau keburukan Internet. Ia ibarat sebilah pisau yang begitu berguna jika digunakan untuk memotong buah atau sayur tetapi menjadi satu kesalahan pula jika ia digunakan untuk membunuh. Terdapat beberapa keburukan Internet seperti : Medium penyebaran dakyah jahat Menyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran sesat seperti yang dilakukan oleh mubalighmubaligh kristian ini yang menghasilkan laman web kitab Injil yang diselewengkan dalam Bahasa Malaysia. Memberi maklumat palsu untuk kepentingan puak tertentu. Malah terdapat juga laman web yang mengajar cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia 'Trench Coat'. Medium penyebaran virus Terutama penyebaran melalui penghantaran e-mel seperti virus Mutant, Melissa dan yang terbaru adalah virus CIH yang menyerang sistem komputer hingga lumpuh keupayaannya. Kesan daripada serangan virus hinggalah merosakkan sistem sesebuah PC. Pecahmasuk ke sistem lain Iaitu pencerobohan memasuki ke sistem orang lain tanpa hak seperti penyelewengan akaun bank. Read more: http://wiki.answers.com/Q/Apa_kebaikan_dan_keburukan_internet#ixzz1ISHIOrZK

Anda mungkin juga menyukai