Anda di halaman 1dari 39

Bincangkan dan kemukakan pandangan mengenai definisi bahasa Melayu dan bahasa Malaysia di Malaysia dan di negara serumpun

yang lain. ASAL USUL BAHASA MELAYU Apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu.Apabila kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusur galur asal usul bangsa Melayu. Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai.Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan.Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini. Sebagai perbandingan, kedua-dua pandangan tersebut diperlihatkan seperti yang berikut ini. 1. Berasal dari Asia Tengah R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu.Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua (beliung batu).Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern berkesimpulan, tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu ini . J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik. Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan

senarai perkataan yang dikajinya itu berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia. W. Marsden pula dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang serumpun. E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental. Di samping keserumpunan bahasa, W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India. J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia.Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba.Seorang ahli filologi bernama A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang terdapat di Kampuchea. J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam (di daerah Burma dan Tibet).Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka gunakan.Beliau mengambil kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia.G.K. Nieman dan R.M. Clark yang juga membuat kajian mereka berdasarkan adat resam dan bahasa mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu. Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana dan Asmah Haji Omar juga menyokong pendapat di atas.Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia.Asmah Haji Omar membuat huraian yang lebih terperinci lagi.Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan.Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China.Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan
2

komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru. Skema di atas memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk.Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno.Skema ini juga memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain (Da, Db, dan Dn). Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu Klasik. Berikut ini akan diperlihatkan cara perpindahan orang Melayu dari Asia Tengah tersebut. (a) Orang Negrito Menurut pendapat Asmah Haji Omar sebelum perpindahan penduduk dari Asia berlaku, Kepulauan Melayu (Nusantara) ini telah ada penghuninya yang kemudian dinamai sebagai penduduk asli.Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu ini dikenali sebagai orang Negrito.Orang Negrito ini diperkirakan telah ada sejak tahun 8000 SM (Sebelum Masihi).Mereka tinggal di dalam gua dan mata pencarian mereka memburu binatang.Alat perburuan mereka diperbuat daripada batu dan zaman ini disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan. Di Kedah sebagai contoh, pada tahun 5000 SM, iaitu pada Zaman Paleolit dan Mesolit, telah didiami oleh orang Austronesia yang menurunkan orang Negrito, Sakai, Semai, dan sebagainya. (b) Melayu-Proto Berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa orang Melayu ini berasal dari Asia Tengah, perpindahan tersebut (yang pertama) diperkirakan pada tahun 2500 SM. Mereka ini kemudian dinamai sebagai Melayu-Proto.Peradaban orang Melayu-Proto ini lebih maju sedikit daripada orang Negrito.Orang Melayu-Proto telah pandai membuat alat bercucuk tanam, membuat barang pecah belah, dan alat perhiasan.Kehidupan mereka berpindahrandah.Zaman mereka ini dinamai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru.

(c) Melayu-Deutro Perpindahan penduduk yang kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500 SM. Mereka dinamai Melayu-Deutro dan telah mempunyai peradaban yang lebih maju daripada Melayu-Proto. Melayu-Deutro telah mengenal kebudayaan logam.Mereka telah menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi.Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam.Mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh Kepulauan Melayu ini. Kedatangan orang Melayu-Deutro ini dengan sendirinya telah mengakibatkan perpindahan orang Melayu-Proto ke pedalaman sesuai dengan cara hidup mereka yang berpindah-randah. Berlainan dengan Melayu-Proto, Melayu-Deutro ini hidup secara berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat.Mereka yang tinggal di tepi pantai hidup sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan kampung berhampiran sungai dan lembah yang subur.Hidup mereka sebagai petani dan berburu binatang.Orang Melayu-Deutro ini telah pandai bermasyarakat.Mereka biasanya memilih seorang ketua yang tugasnya sebagai ketua pemerintahan dan sekaligus ketua agama.Agama yang mereka anuti ketika itu ialah animisme. Seorang sarjana Inggeris bernama J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia.Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu).Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini. J. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Telah membuat satu kesimpulan bahawa: (a) Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk yang menyebar ke tempat lain. (b) Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain.

K. Himly, yang mendasarkan kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa Campa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Campa. Pendapat ini disokong oleh P.W. Schmidt yang membuat kajiannya berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa Campa dan Mon-Khmer.Beliau mendapati bahawa bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja. Sutan Takdir Alisjahbana, ketika menyampaikan Syarahan Umum di Universiti Sains Malaysia (Julai 1987) menggelar bangsa yang berkulit coklat yang hidup di Asia Tenggara, iaitu Thailand Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan Filipina Selatan sebagai bangsa Melayu yang berasal daripada rumpun bangsa yang satu. Mereka bukan sahaja mempunyai persamaan kulit bahkan persamaan bentuk dan anggota badan yang berbeza daripada bangsa Cina di sebelah timur dan bangsa India di sebelah barat. Gorys Keraf di dalam bukunya Linguistik bandingan historis (1984) mengemukakan teori Leksikostatistik dan teori Migrasi bagi mengkaji asal usul bangsa dan bahasa Melayu. Setelah mengemukakan hujah tentang kelemahan pendapat terdahulu seperti: Reinhold Foster (1776), William Marsden (1843), John Crawfurd (1848), J.R. Logan (1848), A.H. Keane (1880), H.K. Kern (1889), Slametmuljana (1964), dan Dyen (1965) beliau mengambil kesimpulan bahawa "...negeri asal (tanahair, homeland) nenek moyang bangsa Austronesia haruslah daerah Indonesia dan Filipina (termasuk daerah-daerah yang sekarang merupakan laut dan selat), yang dulunya merupakan kesatuan geografis". Pendapat lain yang tidak mengakui bahawa orang Melayu ini berasal dari daratan Asia mengatakan bahawa pada Zaman Kuarter atau Kala Wurn bermula dengan Zaman Ais Besar sekitar dua juta sehingga lima ratus ribu tahun yang lalu. Zaman ini berakhir dengan mencairnya ais secara perlahan-lahan dan air laut menggenangi dataran rendah.Dataran tinggi menjadi pulau.Ada pulau yang besar dan ada pulau yang kecil. Pemisahan di antara satu daratan dengan daratan yang lain berlaku juga kerana berlakunya letusan gunung berapi atau gempa bumi. Pada masa inilah Semenanjung Tanah Melayu berpisah dengan yang lain sehingga kemudian dikenali sebagai Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan, dan pulau lain di Indonesia.

Perkembangan bahasa Melayu Perkembangan bahasa Melayu telah diperjelaskan oleh Ismail Hussien (1948:5) yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu hanyalah merupakan satu daripada lebih kurang 200 bahasa dalam kepulauan Melayu. Oleh sebab bentuknya yang amat sederhana dan kemungkinan menerima unsur asing dan sifatnya yang dapat dilentur buat memenuhi keperluan semasa, maka jadilah Bahasa Melayu sebagai satu bahasa yang terpenting dalam sejarah bahasa-bahasa di kepulauan Melayu. Ahli bahasa membahagikan perkembangan Bahasa Melayu kepada beberapa tahap, iaitu: i) Bahasa Melayu Kuno ii) Bahasa Melayu Klasik iii) Bahasa Melayu Moden. BAHASA MELAYU KUNO Bahasa Melayu merupakan salah satu daripada kira-kira 200 bahasa dalam cabang Nusantara keluarga bahasa Austronesia.Bilangan penutur asalnya sederhana, iaitu tinggal di sekitar Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau, dan Sumatera.Tetapi sejarah telah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca (bahasa

perantaraan)daerah kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman.Bahasa ini digunakan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di kepulauan Melayu dan oleh orangorang yang mendatang, seperti pedagang-pedagang dari Eropah dan Asia Barat, dan pengembara-pengembara dari India dan China. Untuk melihat perkembangan Bahasa Melayu, mari kita tinjau keadaannya dari tarikh paling awal. Seperti yg disebutkan di atas, sejarah awal kepulauan Melayu agak kabur.Tidak banyak diketahui tentang masyarakat dan bahasa-bahasa Austronesia yang datang menduduki daerah ini.Bahan-bahan sejarah menceritakan kemunculan beberapa buah kerajaan penting, terutama kerajaan-kerajaan Hindu sejak dari abad pertama tahun Masihi. Oleh sebab pengaruh dari India terutamanya agama Hindu, maka Bahasa Sanskrit, iaitu bahasa agama Hindu dan bahasa kelas atasan, digunakan dengan luasnya. Menurut Ismail Hussein (1966: 10-11, "melalui pengaruh bahasa Sanskrit, bahasa Melayu mengalami evolusinya yang pertama.Dari bahasa masyarakat yang agak rendah kebudayaan serta ilmu pengetahuannya,

bahasa Melayu mengalami perubahan pertama ke arah bahasa sarjana, yang sanggup menyampaikan idea-idea baru yang tinggi-tinggi." Pengaruh utama adalah dari segi perbendaharaan kata. Banyak perkataan baru diterima masuk ke dalam bahasa Melayu, iaitu perkataan-perkataan yang menyatakan aspekaspek kebudayaan dari India dan hal-hal yang belum dialami oleh kaum bumiputera, yang meliputi bidang-bidang seperti: nama bahagian tubuh badan, barang-barang perdagangan, alat perkakas, nama binatang, tumbuh-tumbuhan dan senjata, perkataan-perkataan agama, ilmu pengetahuan, dan pelbagai lagi. Pengaruh bahasa Sanskrit terhadap bahasa Melayu disebabkan sifat bahasa melayu yang mudah dilentur, dan dibentuk untuk disesuaikan dengan segala keadaan dan keperluan.Inilah satu-satunya faktor utama yang telah menjadikannya bahasa yang mudah dipelajari, dan diterima sebagai bahasa perhubungan oleh orang-orangdaripada pelbagai masyarakat bahasa. Istilah "Melayu" timbul buat kali pertama dalam tulisan Cina antara tahun 644-645 Masihi.Tulisan itu menyebut orang Mo-lo-yeu yang mengirimkan utusan ke negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja Cina. Letaknya kerajaan Mo-lo-yeu ini tidak dapat dipastikan secara tepat: ada yang mengatakan di Semenanjung Tanah Melayu dan ada yang mengatakan di Jambi, Sumatera. Walau bagaimanapun, sejarah menyatakan bahawa terdapat satu kerajaan Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pemerintahan walaupun bukti yang konkrit tentang bentuk atau tulisannya belum dijumpai lagi. Bukti konkrit yang pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya terdapat sejak tahun 683, dengan terjumpanya beberapa batu bersurat yang mengandungi bahan-bahan bertulis yang mengikut sesetengah pendapat ditulis dalam bahasa, yang dibentuk dan sususnannya dapat dikatakan bahasa Melayu.Dan inilah bukti catatan yang tertua sekali tentang bahasa Melayu. Merujuk kepada perkataan klasik, Kamus Dewan ( !986 : 590 )mentakrifkannya sebagai kesenian atau kesusasteraan yang lama atau yang mempunyai sifat-sifat yang tidak lagi terpakai; yang tinggi dan abadi nilainya atau lawan bagiperkataan moden.Takrifan ini menjelaskan kepada kita bahawa bahasa Melayu Klasikdiakui kepenggunaannya pada suatu masa dahulu. Namun, perubahan masa dan zamanmenyebabkan bahasa ini tidak lagi menjadi
7

wahana kepada para pengkaji sebagaibahan kajian dan penyelidikan tentang perkembangan dan pertumbuhannya. BAHASA MELAYU KLASIK Bahasa Melayu Klasik bermula pada abad ke-14 hingga awal abad ke-19. Zaman permulaan bahasa Melayu Klasik ditandai dengan penemuan prasasti di Ulu Berang Kuala Terengganu bertarikh 702 H bersamaan 1303 Masehi. Selain penemuan prasasti tersebut terdapat juga prasasti bahasa Melayu Klasik terutamanya di negeri Kedah,Kelantan, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Pengkalan Kempas.Ada juga prasasti yang ditemui di Sumatera, contohnya di Jambi, Riau, Sumatera Selatan, Acheh danlain-lain lagi (Amat Juhari Moain. 1994). Bukti-bukti kewujudan bahasa Melayu Klasik juga boleh ditemui dalam bentuk manuskrip.Pengkaji-pengkaji menganggap sebanyak 12,000 manuskrip di temui tetapi semuanya tersimpan di luar negara .Manusrip yang tertua sekali ialah surat Sultan Ternate, Baluku kepada Raja Portugisbertarikh 1521 Masehi ( Ahmat Adam , 1992 ). Manakala manuskrip bentuk buku yangpaling tua yang ditemui setakat ini ialah kitab Aqa'id Al-Nasafi yang bertarikh pada1590 M (998 H). Manuskrip lain yang ditemui bagi membuktikan

kewujudan bahasaMelayu Klasik ialah manuskrip Tutinameh (1600M), Hikayat Seri Rama (1633 M), suratRaja Acheh kepada Harry Middleton (1602M) dan surat Emas Sultan Iskandar MudaMahkota Alam, Acheh kepada Raja Inggeris, King Jame 1 (1615 M).( Nik Safiah Abd. Karim. 1992). Dalam kajian yang berhubung dengan perkembangan Bahasa Melayu, terdapat percanggahan pendapat antara para sarjana. Misalnya Prof. Dato' Asmah Haji Omar dalam bukunya Susur Galur Bahasa Melayu( Kuala Lumpur . DBP : 1985) menjelaskan bahawa bahasa ini berkembang dari abad ke-13 hingga ke-17 masehi. Manakala Prof. Dato' Ismail Hussien melalui bukunya Tamadun Melayu Jilid Dua ( Kuala Lumpur. DBP : 1993 ) menyatakan bahasa Melayu berkembang dari abad ke-13 dan ke-14 masehi. Namun begitu, apa yang perlu ditegaskan di sini , bermula abad ke-14 hingga ke abad 19 masehi Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan utama bagi masyarakat ketika itu. Malah ada di kalangan pengkaji menyamakan bahasa ini dengan bahasa Latin danPerancis kerana penggunaannya begitu meluas iaitu sehingga dituturkan di India dan juga Eropah ( Abdul Samad Ahmad : 1966 )
8

Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Klasik dikatakan terpisah dari bahasa Melayu Kuno apabila wujudnya tulisan jawi. ( Asmah haji Omar : 1993 ). Sebelum ini tulisan yang digunakan olehmasyarakat Melayu dalam Bahasa Melayu Kuno ialah tulisan "palava" ( Raminah Hj Sabrandan Rahim Syam : 1986). Kedatangan Islam membawa perubahan yang amat ketara ke atas masyarakat Melayu. Perubahan tersebut bukan sahaja dari aspek tauhid dan akidah tetapi sistem tulisan masyarakat Melayu turut berubah, Tulisan jawi berasal dari tulisan Arab.Pendakwah-pendakwah Islam berketurunan Arab pada mulanya menerapkan sistem tulisan Arab dalam tulisan Jawi.Tujuan utamanya ialah memudahkan bacaan, kerana tulisan jawi merupakan sesuatu yang baru bagi masyarakat Melayu.Bagi memudahkan ejaan, tanda baris atas dan bawah dimansuhkan. Bahasa Melayu Klasik dikatakan banyak menerima fonem-fonem Arab.( Abdullah Hassan :1992 ) Contohnya 'kh', 'z' dan 'sy'.Penggunaan fonem-fonem ini begitu meluasterutama sekali dalam penghasilan karya sastera seperti kitab-kitab agama,cerita-cerita rakyat dan lain-lain lagi. Contoh perkataan yang menerima fonemarab adalah seperti berikut : Akhirat Syarat Zaman Selain penggunaan dalam aspek tulisan dan fonem, Bahasa Melayu Klasik juga telahmenyerapkan perkataan-perkataan Arab dalam bahasa Melayu.Keadaan ini

menyebabkankata-kata atau perbendaharan Melayu semakin bertambah. Pinjaman dari perkataan Arabjuga disebabkan kurangnya perkataan Melayu dalam menterjemahkan sesuatu perkara.Antara contoh perkataan yang dipinjam dari perkataan Arab ialah Duniawi Jahaman Akhirat Mu'tabar Fakir
9

Sultan Jumaat Bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan Kata Tunjuk, Kata Penegas dan kataHubung.Terdapat pengulangan dalam penggunaan perkataan tersebut. Kata tunjuk yangsering digunakan berulang ialah : Itu Sana Maka Kata Hubung : Yang Dan atau Kata Penegas : Lah Pun Penterjemahan karya atau kitab-kitab Arab ke dalam Bahasa Melayu menyebabkan struktur atau sintaksis Arab menyerap ke dalam bahasa Melayu.Terjemahan kitab banyak menggunakan Frasa Sendi Arab. Antara Frasa Sendi yang dipinjam dari bahasa Arabialah ;daripadanya; atas dengan; dia dan lain-lain lagi. Selain dari itu ayat-ayat dalam bahasa Melayu Klasik juga dikatakan meleretleret,terutama sekali apabila menyatakan sesuatu perkara.Pengarang sesebuah buku sering memasukkan perkataan yang sukar difahami.Begitu juga dengan pengunaan ayat-ayat pasif yang begitu meluas terutama dalam hikayat-hikayat.

Dalam bahasa Melayu Klasik juga terdapat pendepanan predikat dalam ayat yang digunakan atau dengan kata lain berlaku penyongsangan ayat. Pendepanan predikat terdiri
10

daripada predikat kata kerja, objek atau pelengkap. Ini merupakan pengaruh nahu Arab dalam bahasa Melayu klasik, contohnya : a) Berjalanlah baginda berhari-hari untuk mencari permaisuri yang telah melarikan diri b) Maka kepala budak itu digondolkan oleh tukang gunting dengan sebilah beliung. (Prof. Mohd. Taib Osman & Abu Hasaan Sham (pngr.) 1978. Warisan Prosa Klasik.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka ). Selain dari itu, ciri-ciri yang dapat dikesan dalam bahasa Melayu klasik ialah adanya pengaruh Islam. Kedatangan Islam ke alam Melayu memberi impak yang begitu besar .Roh Islam bukan sahaja ada pada individu malah turut terdapat dalam istilah dan ungkapan bahasa.Jika agama Hindu banyak mempengaruhi setiap aspek dan perbuatan orang Melayu pada suatu ketika, perkara sedemikian juga turut berlaku apabila wujudnya pengaruh Islam.Istilah dan ungkapan Islam telah diterima pakai oleh masyarakat Melayu sebagai perantaraan dalam komunikasi atau penghasilan sesuatu karya. Tokoh-tokoh Islam seperti Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri, Daud Abdullah al-Patani serta Raja Ali Riau banyak membantu dalam memperkembangkan istilah dan ungkapan bercirikan Islam.Karya-karya sastera Melayu Klasik banyak menggunakan watak-watak ciptaan dengan namaIslam, khususnya nama-nama raja. Misalnya Raja Nursyirwan Adil, Raja Abdul Jalildan Sultan Muhammad Syah. Di samping itu terdapat juga nama campuran unsur Sanskrit,India dan Islam. Contohnya Merong Mahawangsa, Raja Donan dan Seri Rama. Salah satu dari ciri yang membezakan bahasa Melayu Klasik dengan moden ialahpengunaan kata-kata adapun, syahdan, hatta, setelah, arakian,al-kisah,

bahawasanya,kelakian, sebermula dan sebagainya. Dalam zaman bahasa Melayu klasik banyak berdiri kerajaan Melayu yang menggunakan bahasa Melayu Klasik sebagai bahasa pemerintahan seperti kerajaan PasaiSamudera,Melaka, Johor-Lama, Johor-Pahang-Riau-Lingga, empayar Brunei yang menyebar luas di daerah Kalimantan Utara hingga ke Filipina Selatran; Patani, Ligor, Palembang,Jambi, Siak, Sri Inderapura, Langkat, Pahang, Perak dan lain-lain. Bahkan adaempayar atau kerajaan
11

bukan Melayu tetapi menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pemerintahan.Contohnya kerajaan Ache di Sumatera Utara. Zaman bahasa Melayu klasik menempuh kemajuan yang amat pesat berbanding dengan zaman bahasa Melayu Kuno.Pada masa ini perkembangan ilmu pengetahuan dan kegiatan intelektual dalam bahasa Melayu mencapai tahap yang tinggi.Pada akhir abad yang ke-16 M, umpamanya, sudah lahir hasil-hasil karya falsafah tasawwuf dalam bahasa Melayu. Bahkan pada awal abad ke-17 M, berlaku pula polemik-polemik ilmiah tentang falsafah, tasawwuf dan ilmu-ilmu ugama yang lain khususnya seperti polimek yangdilakukan oleh Hamzah Fansuri, Syamsudin Pasai, Nuruddin al-Raniri dan Abdul RaufSingkel. Kelahiran hasil-hasil karya bersifat intelektual ini berpunca daripadapengaruh Islam yang meresap ke dalam bahasa dan budaya Melayu.Keadaan ini tidakberlaku pada zaman Hindu. Lantaran itulah maka bahasa Melayu telah menjadi bahasa utama di Asia Tenggara untukurusan pengembangan agama Islam bahkan ianya menjadi salah satu di antara enambahasa dunia Islam iaitu selain Arab, Farsi, Turki, Inggeris dan Hindi. Oleh sebabitu juga orang-orang Kristian menggunakan bahasa Melayu dalam penyebaran agamaKristian di kawasan Asia Tenggara (Manggantar Simanjuntak : 1995) BAHASA MELAYU MODEN Perkembangan bahasa melayu moden pula bermula pada awal abad ke-19. Ia terhasil setelah hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa melayu moden.Munsyi Abdullah telah dianggap tokoh perubahan kepada sistem penulisan bahasa melayu.Tokoh ini telah menjadi terkenal dan sepanjang penglibatan beliau dalam pengkaryaan,beliau telah menulis beberapa buah naskah dan buku dengan menggunakan bahasa melayu yang moden.Menurut ahli kaji sejarah di negara kita pula sebelum penjajahan british,bahasa melayu mencapai kedudukan yang sangat tinggi sehinggakan bahasa melayu turut digelar sebagai bahasa lingua franca dimana ia bermaksud digunakan secara menyeluruh. Selain itu,bahasa melayu ini turut mendapat pengiktirafan daripada seluruh negeri yang lain.Selain daripada itu,bahasa melayu moden turut berfungsi sebagai bahasa perantaraan.Ia digunakan oleh semua pedagang yang datang berdagang di tanah melayu pada ketika itu.Maka dengan itu bahasa melayu ini telah berkembang dengan begitu pesat sekali.Bahasa melayu turut berfungsi sebagai bahasa pentadbiran,bahasa dalam

kesusasteraan, dan sebagai bahasa penghantar di pusat pendidikan islam.Ini telah membuktikan bahawa kedudukan bahasa melayu pada ketika ini berada pada paras yang
12

sangat tinggi dan mendapat pengiktirafan yang sangat tinggi.Pada waktu inilah telah berkembangnya penggunaan bahasa melayu di seluruh tanah melayu dan digunakan oleh setiap rakyat.Bahasa melayu sebagai bahasa penghantar di pusat pengajian islam menunjukkan bahawa penggunaan bahasa melayu ini digunakan secara menyeluruh tidak kira samada dari segi pentadbiran mahupun pendidikan. Namun setelah tamat perang dunia yang ke-2,british telah mengubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar dalam sistem pendidikan.Dasar ini telah mengubah fungsi bahasa melayu dalam sistem pendidikan dan seterusnya telah mengurangkan satu fungsi yang sangat penting dalam bahasa melayu.Fakta tersebut masih dapat di pertahankan sehingga masuknya bahasa inggeris yang kebetulan menjadi salah satubahasa sumber utama dalam pemodenan di negara ini.Tidaklah dapat dinafikan bahawa wujudnya fenomena pencemaran bahasa yang menjadi salah satu tumpuan perhatian dalam proses pembakuan bahasa melayu yang moden kerana antara faktor-faktor lain,daripada pengaruh bahasa inggeris.Namun berlakunya gejala tersebut tidaklah semestinya bererti bahawa bahasa melayu telah hilang acuannya,melainkan disebabkan olehpengabaian pengguna bahasa terhadap rumus-rumus bahasa melayu.Kekuatan bahasa melayu terletak pada sederhana dan mudahnya sistem bahasa tersebut. Menurut prof. Sutan Takdir Alisjahbana, ciri-ciri kesederhanaan bahasa melayu terletak pada ucapannya yang tidak banyak membawa kesulitan serta bunyi-bunyi vokal yang terang dan konsonannya yang jelas dan tidak mengkehendaki gerakan alat-alat suara yang istimewa.Selain itu juga,akibat daripada dasar ini juga telah menyebabkan bahasa melayu semakin disisihkan dan menjadi bahasa dalam pertuturan dan pentadbiran kerajaan melayu melaka sahaja.Akhirnya setelah malaysia mencapai kemerdekaan,perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.Dengan terbentuknya perlembagaan ini,bahasa melayu terus kekal sehingga sekarang dan telah dapat dipelihara daripada sebarang kepupusan bahasa.Selain itu,perlembagaan ini juga telah menitik beratkan bahasa melayu sebagai bahasa utama negara malaysia.Akhir sekali,menurut Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 telah menetapkan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara.Akta inilah yang telah membela bahasa melayu di negara kita ini.Menurut laporan Razak 1956 pula telah mencadangkan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar dalam sistem pendidikan negara.Ini merupakan satu usaha dalam meneruskan usaha memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan terus mengekalkan sejarah bahasa melayu di negara kita yang telah diperolehi semenjak dari kurun ke-19 lagi.
13

Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.[1] Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia,Brunei dan Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thailand , Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan. Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu[petikan diperlukan]. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain. Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei.Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama. Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya,Bahasa Melayu Riau-Johor berbeza dialek
14

dengan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu. Melayu Riau-Johor menggunakan dialek "e" sedangkan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu menggunakan dialek "o". Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien.Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka.Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris.Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu.Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja. Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Di Timor Leste, sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai "bahasa berkerja". Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan. Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu.Walaubagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan.

SISTEM FONOLOGI BAHASA MELAYU Salah satu faktor utama yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang sangat mudah untuk dipelajari adalah disebabkan oleh sistem fonologi yang amat mudah.Boleh dikatakan hampir setiap huruf Rumi mewakili satu sebutan fonem.
15

Jadual fonem konsonan di dalam Bahasa Melayu

* Mengikut takrifan bahasa baku. Penutur tidak semestinya menyebut fonem /r/ sebegini.

* Bukan standard, terdapat dalam sebutan loghat atau kata pinjaman.

16

Terdapat 2 sebutan vokal yang diwakili oleh huruf "e", iaitu [e, ] dan []. Pelajar Bahasa Melayu berupaya untuk membezakan antara 2 sebutan tersebut setiap kali mempelajari perkataan baru. Di dalam beberapa tempat di Semenanjung Malaysia, terutamanya di kawasan tengah dan selatan, kebanyakan perkatan yang berakhir dengan huruf a selalunya disebut sebagai []. Perbezaan antara Bahasa Melayu Piawai dan Bahasa Indonesia Untuk rencana lanjutan, lihat Perbezaan antara Bahasa Melayu Piawai dan Bahasa Indonesia atau Perbezaan sebutan Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia.Tiada boleh dibezakan secara keterlaluan antara bahasa Melayu Piawai dan bahasa Indonesia kerana bahasa Indonesia sendiri didasarkan kepada bahasa Melayu dialek Riau yang merupakan bahasa Melayu Piawai. Namun, jika dibezakan daripada segi sejarah, budaya, perlakuan tata bahasa masing-masing, dll dengan bahasa Malaysia jelas adalah perbezaan yang ketara.Kedua-duanya boleh memahami antara satu sama lain, tetapi berbeza dari segi ejaan dan kosa kata jua. Bahasa Indonesia berbeza daripada Bahasa Malaysia kerana mempunyai perkataan yang berasal daripada Tanah Jawa, Tanah Melayu, dan Belanda. Perubahan aksara penulisan bahasa Melayu sehingga kini Abjad Bahasa Melayu Penulisan bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan dan menggunakan beberapa jenis huruf yang saling berganti.Tulisan yang mula dipakai adalah tulisan Pallava yang berasal dari India.Tulisan Pallava ini kemudian mengalami perubahan. Oleh itu, timbul jenisjenis tulisan seperti berikut: Tulisan Rencong. Tulisan Rencong (rncong), ialah sistem tulisan yang terbit daripada Pallava dan Kawi, yang akhirnya berasal daripada tulisan Brahmi. Huruf Rencong iaitu huruf Melayu tua banyak digunakan di Sumatera Selatan (Bangkahulu dan hulu Palembang) dan Minangkabau. Huruf ini kekal hingga kurun ke-18 iaitu sebelum Belanda menjajah Indonesia.

17

Huruf yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman purba ialah huruf yang tertua iaitu menyerupai seperti bentuk huruf-huruf Rencong atau Rencang, Kawi dan Lampung. Kajian menunjukkan bahawa huruf-huruf tersebut ada kaitan dengan huruf-huruf orang-orang Kambojas pada zaman purba. Dengan menggunakan huruf-huruf Kawi, Pallava dan Rencong, orang-orang Melayu kuno menulisnya di atas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan pada batu-batu (batu bersurat). Tulisan kuno ini telah dijumpai pada tahun 1892 di sebatang tiang batu di Kota Kapur (Bangka Barat). Terdapat banyak versi tulisan Rencong, masing-masing berasal dari kawasan-kawasan yang berlainan di Sumatera dan Sulawesi.

Contoh tulisan rencong

Tulisan Pallava. Tulisan Pallava ialah suatu sistem tulisan abjad suku kata (abugida) yang berasal daripada tulisan Brahmi dari Selatan India. Tulisan ini juga dikenali sebagai Vatteluttu atau "tulisan bulat".

18

Satu contoh tulisan Vatteluttu oleh Rajaraja Chola I di candi Brihadisvara di Thanjavur. Tulisan ini digunakan untuk menulis sesetengah bahasa Dravidia di India Selatan dan Sri Lanka. Tulisan ini juga satu tulisan kuno yang digunakan untuk menulis Bahasa Tamil selepas menggantikan tulisan Tamil-Brahmi berdasarkan sistem tulisan brahmi. Bentuk tulisan bulat ini juga digunakan di Kerala untuk menulis Bahasa Tamil dan juga protoMalayalam dan Malayalam. Rekod ukiran dalam Bahasa Tamil adalah antara 300 SM hingga 1800 dan telah melalui beberapa perubahan .Tamil Grantha merupakan satu huruf yang huruf tambahan dicipta untuk perkataan Bahasa Sanskrit. Ini juga satu bentuk diubahsuai tulisan Tamil untuk menulis grantha Sanskrit, atau buku-buku. Dalam Tamil banyak huruf yang terdapat dalam Sanskrit terhilang. Di Kepulauan Melayu Tulisan ini merupakan sistem tulisan yang paling awal digunakan di kawasan Kepulauan Melayu. Tulisan ini mula bertapak di Pulau Jawa dan digunakan untuk menulis dalam bahasa Sanskrit. Ketika itu bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan. Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu ini dijangka terhad di kalangan golongan istana sahaja disebabkan tiada kemudahan asas untuk mengajar orang kebanyakan membaca dan menulis. Tulisan Pallava juga merupakan sistem tulisan paling awal digunakan untuk menulis dalam Bahasa Melayu Kuno, yang mana banyak menerima pengaruh daripada Sanskrit. Bukti penggunaan tulisan Pallava terdapat pada yupa (tiang batu persembahan)/prasasti di daerah Muara Kaman, pertemuan antara Sungai Mahakam dan Kedang Kepala, sekitar 125 km atau dua jam menaiki bot laju ke hulu Tenggarong, ibu kota Kabupaten Kutai Kartanegara. Yupa tersebut dijumpai oleh pekerja topografi Belanda dalam tahun 1879 dalam huruf Pallava berbahasa Sanskrit. Tujuh yupa tersebut kini berada di Muzium Nasional Jakarta menceritakan tentang pencapaian Raja Mulawarwan, cucu Kudungga. Yupa tersebut berasal dari tahun 400 merupakan tinggalan pemerintahan Hindu.

19

Tulisan Pallava dibahagikan kepada dua iaitu :Tulisan Palava awal Tulisan Pallava akhir

Contoh tulisan Pallava

Tulisan Kawi. Tulisan kawi (juga dinamakan "tulisan Jawa Kuno") ialah sistem tulisan terawal di Kepulauan Melayu. Ia telah wujud dalam kurun ke-8 M. Tulisan kawi digunakan untuk menulis dalam bahasa kawi yang dituturkan oleh orang Jawa ketika itu. Tulisan ini kemudiannya dibawa masuk ke kawasan-kawasan lain di sekitar Asia Tenggara dan bercambah menjadi sistem-sistem tulisan baru. Tulisan kawi asalnya adalah dari huruf Vangki (Wenggi) iaitu huruf orang-orang Pallava yang berasal dari Coromandel, India. Huruf Kawi ini lenyap pada tahun 1400 M. Dengan menggunakan huruf-huruf kawi, Pallava dan Rencong, orang-orang Melayu kuno menulisnya di atas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan pada batu-batu (batu bersurat).

20

Contoh Tulisan Kawi

Tulisan Jawi Tulisan Jawi merupakan salah satu daripada dua sistem tulisan rasmi di Brunei, dan juga dijadikan sistem tulisan alternatif di Malaysia. Dari segi penggunaannya, tulisan Jawi dahulunya merupakan abjad piawai bahasa Melayu tetapi sudah diganti oleh abjad Rumi, maka penulisan Jawi hanya terhad kepada kegunaan keagamaan dan kebudayaan. Penulisan Jawi seharian dipelihara di kawasan-kawasan yang diduduki masyarakat Melayu yang lebih konservatif, misalnya Sulu di Filipina, Pattani di Thailand, Kelantan di Malaysia dan beberapa kawasan petempatan Melayu di Indonesia. Tulisan Jawi berkembang pesat sejajar dengan penyebaran Islam, setelah bangsa Melayu mendapati bahawa tulisan Pallava yang digunakan mereka selama ini tidak sesuai sekali sebagai wahana penyebaran perihal agama baru ini. Orang Melayu memandang tinggi tulisan Jawi sebagai gerbang kepada pemahaman Islam dan kitab sucinya, al-Qur'an. Penggunaan tulisan Jawi merupakan faktor utama yang memangkin kebangkitan bahasa Melayu sebagai serantau di samping penyebaran agama Islam. Tulisan Jawi digunakan secara meluas di negeri-negeri kesultanan Melaka, Johor, Brunei, Sulu, Patani, Ache dan Ternate seawal abad ke-15, untuk tujuan surat-menyurat
21

diraja, titah-perintah, puisi dan juga kaedah perhubungan utama sesama saudagar di pelabuhan Melaka. Ikhtisar-ikhtisar perundangan purbakala seperti Hukum Kanun Melaka dan bahan-bahan terbitannya, termasuk Hukum-Hukum Kanun Johor, Kedah dan Brunei semuanya ditulis dalam Jawi. Bahasa Melayu dalam tulisan Jawi merupakan bahasa perantaraan seluruh lapisan masyarakat, baik para raja, bangsawan, ilmuwan agama mahupun orang keramaian, di samping menjadi lambang tradisi kebudayaan dan tamadun Melayu. Proses pengislaman rantau Melayu telah melariskan abjad Jawi sebagai sistem tulisan yang paling berkuasa. Sebagai contoh, surat-surat diraja ditulis, dihiasi dan disampaikan dengan penuh istiadat. Contoh-contoh surat diraja yang masih terpelihara ialah surat antara Sultan Abu Hayat dari Ternate dan Raja Joo III dari Portugal (1521); surat daripada Sultan Iskandar Muda dari Aceh kepada Raja James I dari England (1615); dan surat daripada Sultan Abdul Jalil IV dari Johor kepada Raja Louis XV dari Perancis (1719).[13] Kebanyakan karya sastera baik hikayat, puisi mahupun prosa bertulisan Jawi. Ia merupakan kemuncak tamadun Melayu klasik. Antara karya-karya epik bersejarah yang dikarang oleh orang Melayu dalam tulisan Jawi termasuk Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang tersenarai dalam Kenangan Dunia oleh UNESCO, dan puisi-puisi Sufi karya Hamzah Fansuri antara lainnya yang menyumbang kepada kekayaan dan kedalaman tamadun Melayu. Sewaktu zaman penjajahan, tulisan Jawi masih menguasai Kepulauan Melayu, terutamanya dalam bidang sastera dan kesenian, teologi, falsafah dan mistik Islam, perdagangan, dan juga perundangan negeri. Tulisan Jawi merupakan abjad rasmi Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu sewaktu zaman naungan British. Apatah lagi, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi. Bagaimanapun, salah satu kelemahan utama amalan penulisan Jawi ialah ketidakseragaman sesama pengguna dari segi ejaan, yang mana menurut Pendeta Za'ba, "kebiasaan penulis-penulis yang ramai ... ada banyak tentangnya yang berlain-lain pada lainlain orang"[14], apatah lagi terdapat ketidaksepakatan sesama kamus-kamus bahasa Melayu yang sedia pada zaman dahulu. Hal inilah yang mendorong beliau untuk menggubal satu sistem ejaan Jawi yang baru pada tahun 1938.

22

Contoh tulisan jawi.

Tulisan Rumi Abjad Rumi, juga dipanggil abjad Latin, merupakan sistem tulisan abjad yang paling meluas digunakan di dunia hari ini. Rumi berasal dari perkataan dalam bahasa Arab, Rumiyah ( ) yang bermaksud empayar Rom, huruf latin dipanggil abjad rumi kerana ianya digunakan oleh empayar Rom pada ketika itu. Abjad Rumi asas mengandungi 26 huruf[1], iaitu dari A hingga Z. Ia digunakan, dengan sedikit pengubahsuaian, untuk hampir semua bahasa Eropah (kecuali beberapa negara Eropah Timur), Amerika, Afrika sub-Sahara dan Kepulauan Pasifik. Setiap konsonan dalam Rumi, disebut seperti konsonan latin. Pada kurun ke-17, dibawah pengaruh empayar Belanda dan British semasa penjajahan dan pencerobohan yang dilakukan oleh mereka, sebutan dalam rumi telah diambil alih daripada bahasa Arab ke Latin. Nama-nama Latin beberapa huruf masih menjadi pertikaian. Sungguhpun begitu, orang Rom secara amnya tidak menggunakan nama-nama yang sama dengan huruf-huruf Yunani. Kebanyakan nama konsonan hentian terdiri daripada bunyi konsonan masing-masing disusuli vokal /e/ (kecuali K dan Q yang memerlukan vokal lain untu dibezakan dari huruf C). Huruf Y mula-mulanya disebut hy /hy/ seperti bahasa Yunani yang ketika itu masih belum
23

memakai nama upsilon, tetapi ditukar ke i Graeca (I Yunani) kerana penutur bahasa Latin sukar membezakan bunyi /y/ yang asing bagi mereka dari bunyi /i/. Huruf Z pula diberi nama Yunaninya iaitu zeta. Tulisan kursif Rumi Lama, juga dikenali sebagai kursif huruf besar, dijadikan bentuk penulisan seharian yang digunakan oleh saudagar untuk mencatat akaun perniagaan, muridmurid sekolah untuk mempelajari abjad, dan juga maharaja untuk bertitah, dari abad pertama SM hingga abad ke-3 Masihi. Dari tulisan inilah terbentuknya tulisan Uncial yang digunakan oleh pendeta Latin dan Yunani dari abad ke-3 hingga ke-8 Masihi. Tulisan kursif Rumi Baru, juga dikenali sebagai kursif huruf kecil, digunakan dari abad ke-3 hingga ke-7 Masihi, menggunakan bentuk-bentuk huruf yang serupa dengan huruf kecil moden. Dari tulisan inilah berevolusinya tulisan zaman perrtengahan yang dikenali sebagai tulisan Merovingia dan tulisan Carolingia.ada Zaman Pertengahan barulah huruf W (asalnya huruf kembar V dan V) ditambah pada abjad Rumi untuk mewakili bunyi-bunyi dalam bahasa-bahasa Jermanik yang tiada dalam bahasa Latin pertengahan, dan selepas zaman Renaissance pula barulah ditetapkan bahawa huruf-huruf I dan U menjadi huruf vokal, sementara huruf-huruf J dan V menjadi huruf konsonan. Sebelum ini, huruf J dan U sekadar bentuk lainan bagi huruf I dan V. Berikutan perpecahan dalam kekuasaan politik, berubahnya juga gaya penulisan sepanjang Zaman Pertengahan, walaupun selepas terciptanya mesin cetak. Mula-mulanya, dari bentuk huruf klasik terbitnya tulisan uncial yang berkembang dari kursif Rumi Lama, serta pelbagai tulisan huruf kecil yang berkembang dari kursif Rumi Baru, terutamanya tulisan Carolingian yang paling berpengaruh kerana memperkenalkan bentuk huruf kecil antara lain yang dijadikan piawaian penulisan hingga ke hari ini. Bahasa-bahasa moden yang menggunakan abjad rumi secara amnya menggunakan huruf besar untuk memulakan perenggan dan ayat serta kata nama khas. Sepanjang zaman terjadinya perubahan dalam penggunaan huruf besar, lain bahasa lain juga penggunaan huruf besarnya. Contohnya, bahasa Inggeris Kuno jarang sekali menulis huruf besar walaupun kata nama khas; sementara bahasa Inggeris Moden pada abad ke-18 memulakan semua kata nama dengan huruf besar, seperti bahasa Jerman masa kini, contohnya: "All the Sisters of the old Town had seen the Birds".

24

Penyebaran abjad Rumi Dengan perluasan Empayar Rom, meluasnya juga penggunaan abjad Rumi beserta bahasa Latin, dari Semenanjung Itali ke tanah-tanah berhampiran Laut Mediterranean. Wilayah-wialayah timur Empayar Rom, merangkumi Yunani, Asia Minor, Levant, dan Mesir, masih menggunakan bahasa Yunani sebagai lingua franca, tetapi lain pula di wilayahwilayah barat yang menerima bahasa Latin dengan meluas. Dari bahasa Latin berevolusinya bahasa-bahasa Romawi yang kita kenali hari ini, yang masih menggunakan dan menyesuaikan abjad Rumi sepanjang zaman. Kesan peluasan agama Kristian Barat sepanjang Zaman Pertengahan, lama-kelamaan abjad Rumi diterima oleh bangsa-bangsa Eropah Barat yang bertutur dalam bahasa-bahasa Celt (menggantikan abjad Ogham) atau bahasa-bahasa Jermanik (menggantikan abjad Runik), bahasa-bahasa Baltik, serta beberapa bahasa-bahasa Finno-Ugrik, terutamanya bahasa Hungary, Finland dan Estonia. Abjad Rumi juga digunakan untuk menulis bahasabahasa Slavik Barat dan beberapa bahasa-bahasa Slavik Selatan, kerana para penuturnya memeluk agama Katolik Rom. Para penutur bahasa-bahasa Slavik Timur pula menerima abjad Cyril bersama pemelukan Gereja Ortodoks Timur.

Contoh tulisan rumi

25

Untuk mengetahui kaedah penggunaan abjad, penulisan huruf, penulisan kata, penulisan unsur serapan dan tanda baca umum yang dipraktikkan dalam bahasa Melayu. Pengaruh daripada bahasa asing Bahasa Melayu banyak menyerap bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit, Inggeris, Belanda, Jawa, Arab dan sebagainya.Pengaruh Bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit, bahasa perantara agama Hindu dan Buddha, telah banyak mempengaruhi bahasa Melayu apabila bahasa Melayu berada di peringkat kuno, iaitu pada peringkat sebelum bahasa Melayu mencapai zaman klasik pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang Bahasa Melayu telah mengalami zaman kuno antara abad ke-7 dan abad ke-13. Bukti pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam bahasa kuno dapat dikesan di dalam batu bersurat yang ditinggalkan oleh kerajaan Srivijaya. Mengenai bukti bahasa Melayu kuno, terdapat empat batu bersurat yang penting, iaitu yang dijumpai di: Kedukan Bukit, Palembang (683 M) Talang Tuwo, Palembang (684 M) Kota Kapur, Pulau Bngka (686 M) Karang Brahi, Meringi, daerah hulu Jambi (686 M). Selain itu sebagai faktor sampingan, faktor kemegahan juga faktor yang mendorong kepada peminjaman bahasa dari bahasa Sanskrit.Ini adalah kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa yang dianggap bahasa yang "tinggi-tinggi" pada zaman kuno. Penyerapan bahasa Sanskrit dalam bahasa seharian dijadikan satu cara perolehan kemegahan. Keadaan ini khususnya menyebabkan peminjaman perkataan yang sudah ada dalam bahasa Melayu asli, tetapi digantikan juga dengan bahasa Sanskrit, kerana barangkali dianggap lebih sesuai, lebih sedap bunyinya ataupun semata-mata kerana disangka lebih "tinggi" mutunya kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa sarjana. Dalam bahasa Melayu,terdapat 677 perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Sanskrit yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu:

26

Bahasa Sanskrit bhasa malaiu akasa samudhara maha rajha bhumi putra nagara nagari

Bahasa Melayu bahasa Melayu angkasa samudera maha raja bumi putera negara negeri

Pengaruh Bahasa Jawa Bahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan bahasa serumpun.Kedua-kedua bahasa tergolong kepada keluarga bahasa Indonesia. Terdapat dua faktor utama dalam penyebaran pengaruh bahasa Jawa ke Bahasa Melayu, iaitu: Pengaruh melalui penyebaran cerita panji Cerita panji ialah sejenis cerita yang berasal dari Jawa.Isinya adalah mengenai wira dan wirawati.Cerita ini terdapat banyak versi, dan boleh dikesan di seluruh nusantara sehingga di Kemboja. Migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu telah berlaku semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka.Pertempatan orang Jawa sudah dapat dikesan di bandar Melaka pada zaman itu, iaitu Kampung Jawa dan Parit Jawa.Walaubagaimanapun, migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu yang ketara berlaku bermula pada awal abad ke-19.Tumpuan migrasi Jawa adalah di negeri-negeri Selat dan juga negeri Selangor dan negeri Johor. Pertembungan orang tempatan yang menutur bahasa Melayu dengan pendatang Jawa yang menutur dalam bahasa Jawa telah menyebabkan unsur-unsur bahasa Jawa meresap ke
27

dalam Bahasa Melayu.Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa kata-kata pinjaman Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu secara terpencil dan tidak tersebar luas.Ia dikatakan diserap ke dalam Bahasa Melayu kerana migrasi orang-orang Jawa yang masih mengekalkan bahasa mereka dan tidak menguasai perbendaharaan bahasa Melayu yang sebenar. Berikut disenaraikan beberapa kata-kata pinjaman Jawa dalam bahasa Melayu: Perkataan Andong Batok berangasan wedana adipati Pengaruh Arab-Islam Bahasa Arab dan agama Islam sangat mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu.Status bahasa Melayu yang bertaraf lingua franca dan keunikannya telah menyebabkan agama Islam disebarkan dalam bahasa Melayu dan tidak dengan bahasa Arab. Walau bagaimanapun, bahasa Arab melalui kedatangan agama Islam telah mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu dalam beberapa aspek, antaranya: 1- perbendaharaan kata 2- sebutan kata 3- tulisan Perbendaharaan Kata Hampir sebahagian besar perbendaharaan bahasa Melayu meminjam perkataan bahasa Arab. Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Arab yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu: Bahasa Arab Abba Bahasa Melayu Abah
28

Maksudnya Kereta kuda(sewaan) tempurung mudah naik marah ketua daerah raja

Syukr Jadwal Qamus Subh Waqtu Hayawan Wajh Aqal Dunya Mahkamah

Syukur Jadual Kamus Subuh Waktu Haiwan Wajah Akal Dunia Mahkamah

Pengaruh Arab-Islam memberi kesan yang sangat besar kepada sebutan perkataan dalam Bahasa Melayu.Bahasa Melayu mula dituturkan supaya menghampiri sebutan bahasa Arab, kerana masyarakat Melayu terdorong untuk membaca Al-Qur'an dengan betul. Sebutan dengan pengaruh Arab-Islam ini turut membezakan antara penutur asal bahasa Melayu (iaitu orang-orang Melayu) dengan penutur bukan asal (seperti kaum Cina, India, atau bangsa Eropah) kerana penutur bukan asal ini tidak dapat menyebut beberapa perkataan yang menerima pengaruh Arab. Contoh-contoh perkataan yang berbeza sebutan antara sebutan penutur Melayu dan penutur bukan Melayu: Abdullah maklumat iklan qadhi Kedatangan pengaruh Arab-Islam telah menyumbangkan kepada penulisan bahasa Melayu dalam tulisan `Arab yang akhirnya disebut tulisan Jawi. Tulisan Jawi ini digunakan
29

antara lain bagi memudahkan orang-orang Melayu yang rata-rata beragama Islam membaca Al-Quran. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila sistem pendidikan Malaysia menukar tulisan Jawi kepada tulisan Rumi, ramai orang-orang Melayu mula tidak mampu membaca Al-Quran dengan baik.Ia dinamakan sindrom Buta Jawi atau Buta Al-Quran. Pengaruh Bahasa Cina Dalam Kamus Dewan, terdapat kata-kata yang mempunyai etimologi berlabel C, ini merupakan kata-kata yang dipinjam daripada Bahasa Cina. Tapi bukan semua kata-kata yang berlabel C dalam Kamus Dewan Bahasa merupakan kata-kata yang dipinjam daripada Bahasa Cina. Dalam kajian kong 1993, telah menyimpulkan bahawa lebih kurang 261 kata patah perkataan Bahasa Melayu telah dipinjam daripada Bahasa Cina. Terdapat 10 pengelasan kata yang telah disimpulkan oleh Kong iaitu: Sayur-sayuran, buah-buahan, dan makanan. Barang kegunaan harian. Adat istiadat. Bangunan dan tempat. Permainan perjudian dan kepercayaan Jabatan, kerjaya, dan posisi sosial. Kenderaan dan alat pengangkutan.

Perkataan lain-lain. Kajian ini juga dilakukan oleh Mashudi dan Yeong pada tahun 1989.Hasil kajian mereka mendapati terdapat lebih kurang 341 patah perkataan Bahasa Melayu dipinjam daripada Bahasa Cina.Kajian melihat pada fonologi perkataan Bahasa Melayu tersebut.Sistem fonologi kata asli Bahasa Melayu tidak bertepatan dengan sistem fonologi kata Bahasa Cina. Antara kata Bahasa Cina yang dipinjam dalam Kamus Dewan Bahasa ialah:
30

Pinjaman kata Bahasa Cina yang bertentangan dengan harmoni vokal Anglo Apek Cingge Kaleng Kongsi Lio Liong Lisong Lokcuan Pinjaman kata Bahasa Cina yang bertentangan dengan rangkap nasal homorgan Angpau Bangpak Camca Kamsia Samsu Samseng Pinjaman kata Bahasa Cina yang tidak berlaku reduksi vokal Beca Popia Camca Misoa Kekwa Mua Nyonya Sempoa

Pinjaman kata Bahasa Cina yang mengalami nasalisasi vokal Popia Misoa Sempoa Siya

31

Prilaku fonologi pinjaman kata Bahasa Cina adalah bertentangan sistem fonologi bahasa Melayu. Pengaruh Portugis Terdapat 131 perkataan yang berasal daripada bahasa Portugis.Beberapa contoh perkataan Portugis yang diserap dalam bahasa Melayu adalah: Bahasa Portugis Armario Bola Bandeira Camisa Dado Garfo Igreja Limao Bahasa Melayu Almari Bola Bendera Kemeja Dadu Garpu Gereja Limau

Pengaruh Bahasa Inggeris Pengaruh bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu merupakan pengaruh paling ketara dan paling meluas masa kini, dan lazimnya perkataan Inggeris dipinjam ke dalam bahasa Melayu apabila tiada perkataan tempatan untuk mengambarkan situasi baru yang memanggil satu panggilan khusus merujuk kepadanya. Contoh perkataan sebegini adalah konotasi (connoctation), kompromi (compromise) dan siri (series).Tetapi kebingungan dan bantahan sering timbul apabila perkataan Inggeris yang diterima masuk ke dalam bahasa Melayu terlalu banyak sehinggakan ada yang bertindak sebagai pengganti perkataan yang telah wujud.Dewan Bahasa dan Pustaka telah terus membenarkan kemasukan perkataan sebegini dalam kosa kata bahasa Melayu dan tidak menghiraukan bantahan yang dikemukakan.

32

Penggunaan perkataan sebegini yang meluas di media pencetakan dalam bahasa Melayu di Malaysia seperti pada akhbar Utusan Malaysia telah mengeruhkan lagi permasalahan ini.Satu satunya kenyataan bimbang terhadap situasi ini pernah dilafazkan bekas perdana menteri Malaysia, Mahathir bin Mohammad meskipun beliau sendiri telah memperkenalkan suatu perkataan baru "bajet" menggantikan perkataan "belanjawan" semasa perbentangan belanjawannya yang terakhir, dengan alasan bahawa istilah belanjawan tidak tepat kerana anggaran kewangan kerajaan turut melibatkan hasil, dan bukan belanja sematamata. Berikut merupakan beberapa perkataan yang telah diterima dalam bahasa Melayu secara rasmi dan digunakan secara meluas dan dianggap telah diterima. Bahasa Inggeris Book Lamp Ball Mind Cheque Bus Taxi Bahasa Melayu Buku Lampu Bola Minda Cek Bas Teksi Beberapa tahun kebelakangan ini (sekitar 2003) stesen televisyen milik kerajaan Malaysia RTM 1 (dahulu dikenali sebagai TV 1) telah menukar tema salurannya kepada "Saluran Infotainmen Anda" (daripada bahasa Inggeris Your Infotainment Channel) dan ini menimbulkan kontroversi apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendakwa perkataan "Infortainmen" merosakkan penggunaan bahasa Melayu. Alasan yang diberikan adalah bahawa -tain- yang harus disebut seakan perkataan Melayu main, dan ini kedengaran agak janggal. Penukaran ejaan ke "Infotenmen" pula tidak diterima sebagai piawai DPB dan kerajaan disaran menggantikannya dengan perkataan lain seperti "Infohibur" tetapi Kementerian Penerangan yang mengendalikan stesen televisyen kerajaan Radio Televisyen Malaysia enggan menuruti saranan berkenaan. Pada tahun 2006 tema ini ditukarkan ke Saluran Inforia.(Inggeris) Lebih mengenai pengaruh bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu
33

Definisi bahasa Melayu tinggi dan bahasa Melayu baku Konsep bahasa Melayu tinggi merujuk kepada penggunaan bahasa Melayu dalam konteks wacana ilmiah dan berkaitan dengan ketamadunan.Bahasa Melayu tinggi sering dirujuk sebagai wahana bagi melahirkan idea dan wawasan yang berkaitan dengan kesarjanaan dan kebudayaan. Bahasa Melayu tinggi lazimnya digunakan dalam seminar, persidangan atau kongres yang berkaitan dengan bahasa, budaya ataupun bidang ilmiah yang lain. Bahasa Melayu baku pula ialah bahasa Melayu yang sempurna dari segi penggunaan aspek bahasanya, iaitu ejaan, tatabahasa, istilah, penggunaan kata, laras bahasa dan sebutan. Frasa mudah dalam Bahasa Melayu Di Malaysia, biasanya masyarakat Melayu bertegur sapa sesama sendiri dengan ucapan salam, tetapi ucapan formal seperti "Selamat pagi" atau "Selamat sejahtera" turut digunakan bagi penutur bukan Islam. Ucapan "Hai" juga sering digunakan apabila bertegur sama sesama rakan-rakan, sebagaimana perkataan "Bye-bye" semasa meminta diri untuk beredar. Frasa bahasa Melayu Selamat datang Selamat jalan Selamat tinggal Terima kasih Sama-sama Selamat pagi Selamat petang Selamat sejahtera Selamat malam Jumpa lagi IPA /slamat data/ /slamat dalan/ /slamat tigal/ /trima kasih/ /sama sama/ /slamat pagi/ /slamat pta/ /slamat sdahtra/ /slamat malam/ /dumpa lagi/
34

Siapakah nama awak? awak siapa/ Nama saya ... Apa khabar? Khabar baik Saya sakit Ya Tidak (bukan formal: "tak")

/Nama awak siapa?

/siapakah nama awak/ atau /nama

/nama saja/ /apa kabar/ /kabar baik/ /saja sakit/ /ja/

(diikuti dengan nama)

/tidak/ atau /tak/ /ibu saja kau/ /aku tinta pada mu/ /saja benti awak/

Ibu sayang engkau/kamu (awak) Aku (Saya) cinta pada mu (awak) Saya benci awak

Saya tidak faham (tidak formal: "tak faham")/saja tidak faham/ Saya tidak tahu (tidak formal: "tak tau" ataupun "sik tau" di Sarawak) (Minta) maaf / Tumpang tanya (Minta) tolong Apa Tiada Bahasa pasar serta penggunaan kontemporari Melayu Pasar turut termasuk sebilangan perkataan slanga, terbentuk daripada pengubahsuaian daripada perkataan dalam Bahasa Melayu Piawai ataupun dicedok daripada bahasa lain, sering digunakan terutamanya di kalangan masyarakat bandar, yang mungkin sukar difahami di kalangan generasi terdahulu, contohnya awek (gadis); balak (jejaka); usha (perhati); skodeng (intai); cun (cantik); poyo/slenge (buruk) dll. Kata ganti nama yang baru turut direka dengan menggunakan gabungan kata ganti nama sedia ada dengan perkataan
35

/saja tidak tahu/

minta ma'af/ /tumpa taa/ /tolo/ /apa/ /tiada/

orang, contohnya kitorang (kita + orang, menggantikan perkataan kami); korang (kau + orang, bagi merujuk kepada ramai orang); diorang or derang (dia + orang, menggantikan perkataan mereka). Sebilangan penutur bahasa Melayu, terutamanya di Kuala Lumpur, juga sering menukar bahasa (beralih kod) antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, yang seterusnya membentuk bahasa rojak. Contoh pinjaman kata yang digunakan ialah: Bestlah tempat ni (Baguslah tempat ni); kau ni terror lah (Kau ni hebatlah). Akibatnya, fenomena ini melahirkan rasa kurang senang di kalangan pencinta bahasa di Malaysia, yang sering memperjuangkan penggunaan bahasa kebangsaan dengan betul. Berikut merupakan beberapa kependekan yang sering digunakan oleh remaja Melayu: Perkataan tidakformal Perkataan bleh ko nape kat ne tau je awek balak skodeng cun jom poyo/selenge formal boleh engkau pergi dekat/di mana tahu sahaja gadis pemuda mengintai cantik mari buruk
36

Perkataan Jawi /

blah meh apsal tak yah pastu amik Galeri Kesimpulan

beredar mari apa pasal tidak payah selepas itu ambil

Daripada apa yang telah diperkatakan di atas jelas menunjukkan bahawa pembahagian zaman-zaman bahasa Melayu di atas adalah berdasarkan ciri-ciri yang khas bagi setiap zaman perkembangan bahasa Melayu. Ia tidak menekankan kepada satu-satu unsur atau sumber seperti bahasa Melayu zaman Hindu, zaman Islam atau yang lain-lain, atau bahasa Melayu zaman pra-Hindu, pra-Islam, pasca-Hindu, atau pasca-Islam. Jika dibuat deinikian akan memojokkan pengaruh-pengaruh yang lain. Jadi pembahagian zaman bahasa Melayu kepada tiga, iaitu zaman prakolonial, zaman kolonial dan zaman pascakolonial adalah tidak relevan sama sekali, dan tidak ilmiah Kedudukan Bahasa Melayu di negara kita amat tinggi sehinggakan bahasa ini dijadikan bahasa rasmi negara kita. Maka sebagai rakyat Malaysia yang sejati dan cinta akan negara, kitaseharusnya menganggap subjek ini sebagai satu subjek yang sangat penting demi memartabatkan bahasa kita pada masa akan datang.Sistem Bahasa Melayu adalah lengkap dan mempunyai sistemnya yang tersendiri yangmenampakkan menjadi lengkap dan tepat.Susunan perkataan serta ayat melambangkan bahawaBahasa Melayu sebenarnya sangat sistematik terutamanya dari aspek tatabahasa.Bahasa Melayukini menunjukkan perubahan dan perkembangan yang pesat terutamanya dalam bidang kosa katadan yang melibatkan perubahan bentuk-bentuk kata. Kemajuan ini sangat dibanggakan bagi pencinta ilmu Bahasa Melayu agar ianya tidak akan lupus kelak.Kebudayaan Melayu dianggap remeh oleh kebanyakan remaja sekarang.Namun, tidak sewajarnya para remaja memikirkan yang sedemikian kerana keindahan bangsa Melayu terletak pada kebudayaan dan kesusateraan Melayu yang telah lahir sejak lama dahulu sejak zaman Kerajaan Melayu Melaka
37

lagi.Malaysia ialah sebuah negara yang berbilang kaum dan bangsa.Maka sebab itulah Malaysia kaya dengan adat resam serta kepercayaan yang dianggapunik oleh negara luar terutamanya dari segi aspek kebudayaan Melayu.Sebagai warga Malaysia kita haruslah sentiasa berusaha untuk memartabatkan danmendaulatkan bahasa kita ini agar ianya sentiasa hidup dalam kalangan masyarakat di negarakita sekarang dan pada masa akan datang.

38

Bibliografi 1. Awang Sariyan. Isu-isu Bahasa Malaysia, m.s. (v). Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. (1984) ISBN 967-933-190-3. 2. Dr. Nik Safiah Karim, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya: 1. m.s. (v) 3.Abdullah Hassan. Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia, 1987, m.s. 6, Dewan Bahasa dan Pustaka Laman web Penerbit USM: Bahasa Melayu 4, 2.0 2.1 2.2 2.3 Nik Safiah Karim dan dll. Tatabahasa Dewan, Edisi Baharu. Dewan Bahasa dan Pustaka 2006 5.Dewan Bahasa dan Pustaka - Jilid 4 Bil.4 Disember 2004 - Halaman 705-723 Jurnal Bahasa - ISSN 1511-9084. 7. Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaludin (2002) Bahasa Melayu STPM Kertas 1 dan2. Ipoh: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.Sulaiman Masri (1995). 8. Penulisan dalam Bahasa Melayu Baku (edisi ke-2), KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 9. http: //www1.bharian.com.my/Misc/DBP/Artikel/Berita/20070620104951/ didapatipada 5 September 200 10. http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayuhtm didapati pada 5 September 2008 11. http://www.penerbit.usm.my/pen2006/DAH/DAH.html didapati pada 6 September 2008 12. http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu didapati pada 7 September 2008 13. http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/fonologi/Fonologi.htm didapati pada 7 September 2008 14. http://www.geocities.com/uthayasb2001/bahaza.htm didapati pada 8 September 2008

39

Anda mungkin juga menyukai