Anda di halaman 1dari 2

Benteng utama untuk menghadapi pelbagai gejala sosial dewasa ini terletak pada pengukuhan institusi keluarga.

Berikan komen anda berkaitan dengan pandangan ini.

Institusi keluarga biasanya terbentuk daripada kelompok yang paling asas, iaitu ayah, ibu, dan anak-anak. Sementara itu, gejala sosial merujuk kepada perkara-perkara negatif yang dilakukan oleh sesiapa saja. Gejala sosial yang melanda masyarakat kita hari ini berkait rapat dengan nilai kehidupan dalam institusi keluarga. Banyak pihak yang berpendapat bahawa kanak-kanak yang dididik dengan baik dapat meryerapkan nilai-nilai murni sebagai persiapan untuk menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

Salah satu usaha pengukuhan institusi keluarga terletak pada usaha pemupukan semangat yang kental. Melalui cara ini, benteng bagi menangkis sebarang masalah
sosial yang melanda masyarakat kita dewasa ini akan wujud. Antara masalah sosial itu termasuklah masalah penyalahgunaan dadah, perlakuan sumbang mahram, kes pembuangan bayi, jenayah perogolan yang membabitkan pelajar, dan gejala laku musnah. Oleh itu, setiap anggota keluarga perlulah berganding bahu untuk

memastikan bahawa semangat yang kental terjelma dalam kalangan anggota keluarga dan akhirnya dapat mengelak daripada gejala-gejala sosial.
Selain itu, melalui usaha pengukuhan institusi keluarga, ibu bapa perlu diberi pendedahan tentang kemahiran keibubapaan. Hal ini demikian kerana kemahiran keibubapaan bagi sesesetengah ibu bapa amat terhad. Antara kemahiran yang dapat diterapkan termasuklah komunikasi efektif, mesra keluarga, nilai kekeluargaan, toleransi, keibubapaan cemerlang, dan kasih sayang. Penerapan ciri-ciri tersebut dalam kehidupan alam rumah tangga dapat membentuk keluarga bahagia. Oleh yang demikian, dengan

sendirinya anak-anak remaja tidak akan terdorong untuk keluar rumah mencari keseronokan yang berkemungkibnan mendedahkan gejala-gejala negatif kepada mereka.
Selanjutnya, pemupukan nilai-nilai murni mampu mengukuhkan institusi keluarga. Dengan berlandaskan anggapan bahawa daya kekuatan sesebuah keluarga itu bermula dari rumah, yang penting kini ialah usaha mencurahkan segala tenaga kita untuk mengukuhkan institusi tersebut. Dalam konteks ini, ibu bapa yang berjaya ialah ibu bapa yang dapat menerapkan nilai-nilai murni sosial dan kekeluargaan di kalangan anak mereka. Lantaran itu, saranan

agar ibu bapa memberikan perhatian yang sewajarnya untuk mengawasi segala tindak-tanduk anak-anak mereka perlu disambut oleh semua ibu bapa agar anakanak mereka tidak terperangkap dalam gejala penyalahgunaan dadah dan keruntuhan moral.
Kesimpulannya, masalah sosial perlu ditangani segera. Jika tidak ditangani segera,

masalah ini pasti akan menggugat kestabilan masyarakat dan negara. Peranan ibu bapa dan anggota keluarga amat penting untuk melahirkan anak yang mampu menangani segala dugaan dan cabaran ini. Tegasnya, pengukuhan institusi keluarga tetap menjadi benteng utama demi menghadapi pelbagai masalah sosial dewasa ini.

Anda mungkin juga menyukai