Anda di halaman 1dari 5

Punca-punca Berlakunya Penderaan Kanak-kanak

Marcapada ini, sering meniti dari bibir ke bibir seantero rakyat Malaysia mengenai kes
penderaan kanak-kanak yang semakin mencatatkan angka yang membimbangkan. Bagaikan
cendawan tumbuh selepas hujan. Media massa tidak pernah terlepas daripada memaparkan
isu penderaan yang sering dilakukan oleh ibu bapa kandung anak itu sendiri. Mengapakah
fenomena ini berlaku? Wajarkah kita menyalahkan anak-anak yang tidak tahu apa-apa
dalam hal ini? Terdapat beberapa faktor yang boleh kita kaitkan dengan kes penderaan
kanak-kanak.
Tekanan di tempat kerja merupakan salah satu pemangkin berlakunya kes penderaan
kanak-kanak. Bagi ibu bapa yang bekerja, mereka pastinya menghadapi tekanan di tempat
kerja. Ibu bapa yang tidak dapat mengawal emosi mereka akan menjadikan anak-anak
sebagai medium melepaskan geram dan tekanan yang mereka hadapi. Ibu bapa yang tidak
berfikir panjang berisiko tinggi melakukan kes penderaan ke atas anak-anak seperti
menerajang, mencucuk puntung rokok atau sebagainya. Patutkah anak-anak yang tidak
berdosa ini diperlakukan seperti binatang? Tepuk dada tanyalah selera.
Kes penderaan kanak-kanak turut ditunjangi oleh faktor tekanan ekonomi yang dihadapi
oleh para orang tua. Kes hidup yang semakin meningkat pada masa ini, memaksa golongan
ini berhutang demi memastikan kelangsungan hidup seisi keluarga. Masalah yang kewangan
sering berlaku menyebabkan para ibu bapa berasa terbeban. Semua ini dilepaskan kepada
sang kecil yang saat itu membutuhkan kasih sayang daripada kedua-dua insan mulia ini.
Keadaan ini pasti menyedihkan sesiapa sahaja yang mendengar kes penderaan ini. Anak
yang sepatutnya diberi perlindungan dan dibelai oleh ibu bapa, kini menjadi mangsa sepak
terajak mereka yang terbeban dengan krisis kewangan yang dihadapi.
Kurangnya didikan gama dalam kalangan ibu bapa turut menyumbang kepada berlakunya
masalah penderaan kanak-kanak. Ilmu agama merupakan tunggak utama yang menjamin
kepada keutuhan serta perpaduan sesebuah institusi kekeluargaan. Ia juga memberi
panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Bengkok bayang bengkoklah batangnya.
Kedangkalan ilmu agama akan menyebabkan sesebuah keluarga itu dipandu dengan cara
yang kontra dengan didikan agama. Hal ini yang menyebabkan terdapat segelintir ibu bapa
yang menghukum anaknya sehingga meninggalkan kesan seperti luka, lebam dan mungkin
juga berlaku pendarahan dalam otak. Di sini kita dapat lihat betapa didikan agama
mementaskan peranan yang signifikan dalam kehidupan seharian kita.
Intihanya, penderaan kanak-kanak merupakan suatu tindakan yang keji dan sangat ditegah
oleh mana-mana agama pun. Semua pihak harus bekerjasama menggalas obligasi
membendung fenomena ini demi mewujudkan masyarakan madani menjelang tahun 2020.
Kanak-kanak hari ini harus dipelihara dan diberikan sepenuh perhatian keranan mereka
merupakan aset dan pewaris negara yang akan menerajui tampuk kepimpinan negara di hari
muka. Oleh itu, hargailah anugerah Ilahi yang tidak ternilai ini.

Esei Pengajian Am: Penderaan Kanak-kanak


Penderaan kanak-kanak bermaksud sebarang perbuatan yang boleh mencederakan kanak-kanak
secara sengaja atau tidak sengaja daripada segi fizikal, mental, emosi dan perkembangan kanakkanak. Apakah faktor berlakunya penderaan kanak-kanak?

Kemiskinan dalam sesebuah keluarga


Ibu bapa yang miskin mengalami tekanan ekonomi, tekanan dari tempat kerja oleh majikan dan juga
keperluan keluarga
Tiada tempat bagi mereka melepaskan rasa geram kecuali kepada anak-anak mereka.
Majoriti golongan ini berpendidikan rendah dan tidak memahami psikologi anak mereka.
Anak-anak sebagai tempat melepaskan marah kepada ibu bapa mereka.

Faktor persekitaran
Cara bagaimana ibu bapa membesarkan anak-anak mereka menentukan sikap anak-anak pada masa
hadapan.
Ibu bapa yang pernah dibesarkan dengan cara kekerasan berpendapat bahawa cara tersebut
merupakan cara terbaik mereka mendisiplinkan anak-anak.
Kanak-kanak yang nakal dibelasah dan menjadi lebih degil mengakibatkan ibu bapa hilang
pertimbangan lantas melakukan sesuatu yang boleh mencederakan si anak mereka.
Hal ini demikian akan membawa kepada kes pencederaan yang serius

Ibu bapa kahwin terlalu muda


Pasangan muda yang berkahwin muda kurang bersedia untuk memikul tanggungjawab mereka.
Terutamanya di bandar, suami yang pulang lewat bekerja akan meletakkan segala tanggungjawab
kepada isterinya yang muda dan tidak berpengalaman untuk menjaga anak-anak yang nakal.
Tanpa ajaran daripada golongan tua, isteri yang muda tersebut akan mendidik anaknya tidak lain tidak
bukan dengan memukul sahaja.
Akhirnya, kes penganiayaan yang serius boleh berlaku.

Faktor pengasuh
Kes pencederaan boleh berlaku akibat ibu bapa yang meletakkan tanggungjawab mereka terhadap
anak sendiri kepada penjaga atau pengasuh yang diupah.
Pengasuh yang tidak bertanggungjawab tidak diberi latihan atau kerap melakukan kesilapan dalam
penjagaan kanak-kanak.
Sebagai contohnya, punca-punca seperti kelewatan membayar upah akan menyebabkan pengasuh
melepaskan geram mereka ke atas kanak-kanak tersebut.

Penyakit sosial
Penyakit sosial adalah seperti mabuk dan judi juga mengakibatkan pencederaan kanak-kanak.
Bapa yang pulang ke rumah dalam keadaan mabuh dan tambahan pula kalah berjudi , tidak akan
kenal siapa anak dan isteri.
Kerap kali anak-anaknya dijadikan sasaran nutuk melepaskan perasaan geram hati.
Dalam keadaan yang tidak sedarkan diri itu, perkara yang lebuh serius pasti akan berlaku.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa terdapat banyak faktor yang boleh mengakibatkan berlakunya
pencederaan kanak-kanak. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama dalam membanteras gejala ini
demi masa depan kanak-kanak tersebut.

Punca-punca berlakunya penderaan kanak-kanak


Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap pasangan suami isteri.
Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris sesebuah keluarga. Adanya anak justeru
bertambahlah rezeki yang Allah berikan kepada setiap pasangan yang telah berkahwin. Mereka
juga sebagai penghibur di dalam rumah tangga dengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa
memerlukan belaian kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa. Namun, sekarang kita telah
mendengar pelbagai keg penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa
sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di televisyen. Pendera-pendera ini
boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu
bapa

kandung

kepada

mangsa.

Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Antaranya
ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di tempat kerja. Masalah
dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut
kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang stika
merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang
melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan
sesuatu adalah merupakan satu tindakanyang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran
matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya.
Apalah

dosa

mereka

sehingga

diperlakukan

sebegitu.

Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah kewangan yang
dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan
menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja
atau keperluan lain, sudah semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka.
Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu
pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Jika masalah kewangan
melanda sesebuah keluarga janganlah dilepaskan kepada anak-anak dan fikirlah cara yang terbaik
untuk menyelesaikan masalah. Mintalah pertolongandaripada Allah supaya hati kita lebiHtenang.
Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga yang
berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar.
Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga
kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anakanak

pastinya

menjadi

mangsa

pergaduhan.

Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah kurangnya
pendidikan agama di kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana
ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang
berlaku pasti ada penyelesaiannya jika berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Islam telah
menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran

yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan
kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik seperti
juga

anak-anak

yang

merupakan

amanah

Allah

kepada

kita.

Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi dengan segera. Antara cara
untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen Keluarga Bahagia bagi menyedarkan
ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang
bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak
bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan
adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kespenderaan anakanak.
Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan
hukuman

yang

berat

bagi

ibu

bapa

atau

sesiapa

sahaja

yangmendera

kanak-kanak.

Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-pendera berasa


takut

akan

hukuman

yang

bakal

mereka

hadapi

akibat

perbuatan

sendiri

yang

tidak

berperikemanusiaan.
Pihak-pihakyang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan
pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan
ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang
besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka aka:n lebih jelas tentang cara-cara untuk
mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik. Dengan itu,
masalah

penderaan

kanak-kanak

akan

dapat

diatasi.

Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarang keras oleh
agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset
penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Ingatlah, anakanak merupakan amanah Allah yang sangat suci dan bersih. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita
untuk membentuknya menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka selalu diperlakukan
dengan tindakan negatif semasa kecilnya, tidak mustahil mereka akan menjadi lebih ganas apabila
meningkat dewasa. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia
tidak menguntungkan mana-mana pihak malah dosa yang akan kita dapat di akhirat nanti.

Anda mungkin juga menyukai