Anda di halaman 1dari 1

Penderaan kanak-kanak

Kes penderaan kanak-kanak bukan sesuatu yang asing bagi masyarakat kita. Kita sering
mendengar pelbagai kes penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini, sama ada melalui siaran
akhbar ataupun siaran berita di televisyen. Sebenarnya ada banyak faktor yang menyebabkan
berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini.
Salah satu daripadanya ialah berpunca daripada ibu bapa yang menghadapi tekanan di tempat
kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan
tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Mereka perlu mengamalkan nilai rasional
bagi tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang
merengek adalah suatu tindakan yang tidak masuk akal.Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini
mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk punting rokok, atau sebagainya.
Satu lagi punca berlakunya penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah kewangan yang
dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan
menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Ibu bapa perlu mengamalkan nilai
tanggungjawab terhadap keluarga.Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah
semestinya anak tersebut akan menjadi mangsa sepak terajang mereka.
Di samping itu, mereka juga perlu mengamalkan nilai hormat dan taat kepada anggota
keluarga bagi ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga yang berlaku
seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya,
suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana
mempunyai kekasih baru. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak
pastinya menjadi mangsa pergaduhan.
Selain itu, masalah penderaan anak-anak ini juga berpunca daripada kurangnya pendidikan
agama di kalangan ibu bapa. Nilai kepercayaan kepada tuhan perlu diamalkan. Ajaran agama
amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh member panduan yang terbaik dalam
menguruskan keluarga. Malangnya, pada masa ini ada sesetengah ibu bapa yang
membelakangkan ajaran agama sehingga mereka sanggup melakukan perkara yang sememangnya
tidak direstui oleh mana-mana agama di dunia ini.
Memandangkan kes penderaan kanak-kanak semakin meningkat, maka ia perlu dibendung dan
diatasi dengan segera. Salah satu daripada cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan
kempen“Keluarga Bahagia” bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka.
Semestinya setiap orang mengidam-idamkan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah
segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita
memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit
sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kes penderaan kanak-kanak.
Di samping itu, pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas
seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yang mendera kanak-
kanak. Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-pendera
berasa takut akan hukuman yang bakal mereka
hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan.

Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarang keras oleh
agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan asset
penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Oleh yang
demikian, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak
menguntungkan mana-mana pihak.

Anda mungkin juga menyukai