Anda di halaman 1dari 22

LAPORAN AKTIVITI

PROGRAM PROGRAM PELESTARIAN TEKNOLOGI HIJAU BERSAMA TADIKA


KEMAS PSP DAN PELAJAR JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

12 Julai 2016

1. Latar belakang program:

Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta
sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau
mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Maklumat berkaitan dengan
Teknologi Hijau ini perlu diperluaskan bukan sahaja kepada pelajar-pelajar di Institusi
Pengajian Tinggi tetapi juga kepada pelajar-pelajar tadika.

Program Pelestarian Teknologi Hijau bersama Tadika Kemas PSP dan Pelajar
Kejuruteraan Elektrik ini dirancang untuk memberikan pendedahan kepada teknologi
hijau seawal usia awal kanak-kanak. Pengisian program melibatkan kuiz dan sukaneka
yang bertemakan teknologi hijau. Melalui program ini pelajar dapat memantapkan
personaliti diri, kemahiran berkomunikasi, pengurusan majlis dan etika professional.
Melalui ini juga diharap dapat membina semangat dan peribadi pelajar untuk menjadi
pelajar yang proaktif dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi bagi melahirkan individu
yang berkarisma dan cemerlang.

Pelajar-pelajar yang terlibat dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan


nilai-nilai murni yang dipelajari secara teori dalam situasi yang sebenar. Pelajar dapat
merasakan dirinya adalah sebahagian daripada anggota masyarakat yang
bertanggungjawab dan perihatin. Dengan ini, dapat membina martabat diri yang positif
seterusnya dapat memberi sumbangan kepada institusi dan masyarakat.

1
2. Objektif/Outcome:

Di akhir program ini, para peserta akan dapat :

2.1 Menyebarkan pengetahuan amalan hijau di kalangan kanak-kanak yang


meliputi pengetahuan penjimatan air dan penjimatan elektrik.

2.2 Memupuk kesedaran kepentingan pelaksanaan Teknologi Hijau seperti amalan


kitar semula (Recycle, Reduce dan Reuse (3R)).

2.3 Melahirkan pelajar yang berketerampilan dan dedikasi serta mempu menjadi
pemimpin yang berkaliber.

2.4 Memberikan peluang kepada murid-murid yang berminat untuk aktif dalam
bidang kokurikulum.

2.5 Menguasai kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah apabila berlaku


sesuatu keadaaan yang diluar jangka terutama apabila melibatkan kanak-
kanak.

2.6 Memperolehi pengalaman dan mengeratkan hubungan silatulrahim dengan


komuniti masyarakat

2.7 Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat,


bekerjasama dan bertanggungjawab kepada rakan sepasukan

3. Butiran aktiviti:

Berikut merupakan butiran aktiviti program:

 Tarikh : 21 April 2016

 Hari : Khamis

 Jabatan/Program/Kursus : Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik


Seberang Perai

 Tempat/lokasi : Dewan Seri Mutiara, Politeknik Seberang Perai

 Anjuran : Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Seberang Perai

 Bilangan peserta : 28 orang pelajar Tadika Kemas Elit PSP


15 orang Ibubapa pelajar Tadika Elit PSP
15 orang Pelajar JKE
5 Pensyarah JKE

2
4. Tentatif:

Masa Aktiviti

8.00 – 8.30 pagi Semua Pelajar JKE dan Kanak-kanak


Tadika Kemas berkumpul Dewan Seri
Mutiara
8.30 – 9.00 pagi Perasmian program

Bacaan doa

Nyayian lagu NegaraKu dan Negeri Pulau


Pinang
9.15 – 12.00 tengahari Senamrobik
Aktiviti Sukaneka bersama Kanak-Kanak
Tadika Kemas PSP
- Bowling Padang
- Jutaian Manik
- Asingkan Saya (Recycle, Reduce &
Reuse (3R))
- Pundi Kacang oh Pundi Kacang
- Sumi dalam Sudu
- Transformasi Botol
- Puzzle Hijau
- Muzik Berirama

Video Teknologi Hijau


Kuiz Teknologi Hijau
Penyampaian hadiah kepada pemenang

12.00 tengahari - 1.00 ptg Makan tengahari

1.00 ptg - 2.30 ptg Berkemas dan bersurai

3
5. Rumusan Pelaksanaan Aktiviti Dan Pencapaian:

Program melibatkan beberapa peringkat yang dikategorikan dengan sebelum


program, semasa program dan selepas program. Sebelum program berlangsung
pelajar-pelajar JKE yang terlibat telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan
utama iaitu Jawatankuasa aktiviti, Jawatankuasa persiapan tempat, Jawatankuasa
Muzik dan Video. Jawatankuasa Aktiviti telah menyenaraikan semua aktiviti dan
barang-barang yang diperlukan serta membuat Latihan bersama-sama dengan
Pelajar Tadika Kemas PSP terutamanya untuk aktiviti senamrobik. Koloborasi antara
Jawatankuasa Aktiviti serta Jawatankuasa Muzik dan Video amat baik. Jawatankuasa
Persiapan Tempat telah menceriakan Dewan Seri Mutiara untuk digunakan bagi
program ini serta membantu Jawatankuasa Aktiviti dalam penyediaan peralatan yang
diperlukan.
Semasa Program berlangsung semua Jawatankuasa bergabung dan telah
memainkan peranan masing-masing untuk melancarkan perjalanan program.
Program dimulakan setelah Tetamu Jemputan iaitu Timbalan Pengarah Sokongan
Akademik tiba. Program dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Pengerusi
Majlis, diikuti dengan bacaan doa dan nyayian Lagu Negaraku serta Lagu Pulau
Pinang oleh Pelajar-pelajar Tadika Kemas PSP. Majlis Perasmian telah disempurnakan
oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik. Program diteruskan dengan aktiviti
yang telah dirancang berasaskan kepada Teknologi Hijau seperti Video Teknologi
Hijau, Kuiz Teknologi Hijau, Asingkan Saya, Senamrobik, Bowling Padang, Puzzle,
Jutaian Manik, Transformasi Botol dan Kerusi Berirama.
Sesi Penyampaian hadiah telah dilakukan oleh Pengerusi Tadika Kemas PSP
iaitu Puan Sakinah. Semua kumpulan pelajar telah mendapat hadiah dalam bentuk
hamper dan juga cederahati juga telah diberikan kepada guru-guru Tadika Kemas
PSP. Jawatankuasa Pelajar yang terlibat juga mendapat hamper sebagai tanda
penghargaan daripada Jabatan kerana telah bertungkuslumus menjayakan Program
bersama Tadika Kemas PSP. Jawatankuasa Pelajar dan Pensyarah yang terlibat telah
bersama-sama mengemas dan menyusun semula Dewan Seri Mutiara. Pelajar-
pelajar bersemangat dan bermotivasi tinggi kerana telah Berjaya melaksanakan
Program Pertama mereka di PSP.

4
6. Maklumbalas peserta:

Berdasarkan Analisis Pasca Program dan juga sesi temubual bersama pelajar,
mereka menyatakan bahawa melalui program seperti ini dapat membuka minda
mereka untuk berfikir secara kreatif dan bertindakbalas dengan cepat apabila berlaku
sebarang masalah terutamanya melibatkan pelajar-pelajar tadika yang pelbagai
emosi. Banyak pengalaman baru yang diperolehi sepanjang merancang dan
melaksanakan program ini seperti pemilihan aktiviti yang bersesuaian, pemilihan
peralatan yang digunakan, cara pengurusan majilis, cara berhubung dengan
masyarakat sekitar dan bekerjasama dalam satu kumpulan.

Pelajar sangat bersetuju bahawa mereka lebih berkeyakinan selepas


mengikuti program ini. Beberapa pelajar memberikan komen agar program
seumpama ini perlu lebih diperbanyakkan di masa akan datang. Pelajar berasa amat
bersemangat untuk melibatkan diri dengan program-program bersama masyarakat
yang dapat mengubah diri mereka menjadi pelajar yang mantap dari segi sahsiah diri
dan Rohani.

Berdasarkan kepada maklumbalas daripada ibubapa kanak-kanak tadika


menyatakan pengisian aktiviti bersesuaian dengan usia kanak-kanak yang mana
melibatkan tayangan video teknologi hijau dan diperkukuhkan dengan adanya kuiz
yang berkaitan selepas video ditayangkan. Manakala penyebaran maklumat lebih
berkesan dengan menggunakan kaedah sukaneka yang dapat menarik minat pelajar.

7. Impak Program :

Berdasarkan Analisis Pasca Program, 87.5% pelajar sangat bersetuju bahawa


program ini telah Berjaya meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Selain daripada
itu, 93.8% daripada pelajar berpendapat mereka lebih berkeyakinan mengaplikasikan
apa yang telah dipelajari melalui program ini di dalam kehidupan seharian dan di
dalam kelas jika perlu.

Impak program ini kepada PSP adalah jaringan kerjasama antara politeknik
dan masyarakat sekitar akan dapat melahirkan graduan yang berkualiti.
Sesungguhnya program bersama komuniti ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warga kerja yang perihatin dan bertanggungjawab dalam mewujudkan suasana

5
yang harmoni serta dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Di
samping itu, penglibatan pelajar dalam program ini akan mengajar sesuatu yang
istimewa dan menjadi pengalaman baru kepada pelajar. Dengan ini , diharap para
pelajar dapat menjadikan program ini sebagai batu loncatan ke arah kemajuan diri
dan pemantapan sahsiah diri pelajar.

Melalui borang kaji selidik di kalangan ibubapa kanak-kanak tadika


menunjukkan mereka amat bersetuju Program Teknologi Hijau diteruskan pada masa
akan datang dalam memupuk dan menyuntik kesedaran berkaitan amalan hijau dari
awal persekolahan.

8. Cadangan penambahbaikan (CQI)

Beberapa cadangan penambahbaikan yang dicadangkan adalah seperti berikut :

a) Program bersama masyarakat seumpama ini perlu diperluaskan kepada semua


pelajar untuk memberikan pendedahan kepada mereka tentang tanggungjawab
mereka di dalam masyarakat

b) Kesedaran berkaitan dengan Teknologi Hijau perlu disemai dikalangan pelajar


melalui penganjuran program seperti ini selain daripada menyebarluas berkaitan
teknologi hijau menerusi kampen untuk memberikan imapak yang lebih besar.

c) Pelajar diberikan tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan program


dengan bimbingan yang minimum bagi mendidik mereka berdikari dan bijak
menyelesaikan masalah.

Laporan disediakan oleh :

(WAN SABARIAH BINTI WAN ISMAIL)

Penyelaras,
Unit Pegawai Lawatan Industri

6
Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE)
Politeknik Seberang Perai
Pulau Pinang

Tarikh : 3 Mei 2016

Lampiran:

 Senarai nama peserta Jabatan Kejuruteraan Elektrik :

BIL NO. PEND NAMA PELAJAR

1 10DEP15F2001 RASYIDAH BINTI JAMALUDIN

2 10DEP15F2002 NORHAFEZAH BT ABDUL RAHMAN

3 10DEP15F2003 NUR KHAIRUNISA BINTI ABDULLAH

4 10DEP15F2004 SITI SARAH BINTI MOHD AZHAR

5 10DEP15F2009 MUHAMMAD QUSYAIRI BIN ROSLAN

6 10DEP15F2013 NUR SYAHERA NABILA BINTI ZUNARUDIN

7 10DEP15F2016 ZAINUR AIN BINTI AZMI

8 10DEP15F2017 NURNADIRAH BINTI ABDUL AZIZ

9 10DEP15F2018 KRISHSELVAM A/L KARUPIAH

10 10DEP15F2019 NUR FARHANA BINTI IBRAHIM

11 10DEP15F2020 WAN ZULKEFLI ARIFFIN BIN MOHD ZAINI

12 10DEP15F2021 NURUL ASYIRAH BINTI ANUAR

13 10DEP15F2023 NUR QURRATU' AINI BINTI ABDUL LATIF

14 10DEP15F2024 SITI ZULAIKA BINTI JALAWI

15 10DEP15F2030 NUR SHAHIRAH BINTI RAHIMI FAISAL

7
 Gambar-gambar yang berkaitan:

8
Tadika Kemas PSP dan Pelajar-pelajar tadika

9
Sesi Latihan – Latihan dilaksanakan untuk memberikan pendedahan berkaitan aktiviti yang akan
dijalankan bersama-sama pelajar

10
Sesi Persiapan DSM- Pensyarah dan Pelajar yang terlibat berganding tangan membuat persiapan
yang merangkumi persiapan dewan dan persiapan untuk aktiviti yang akan dijalankan

11
Majlis Perasmian – Majlis dimulakan dengan bacaan Doa oleh pelajar tadika, nyayian Lagu
Negaraku dan Lagu Pulau Pinang seterusnya Majlis Dirasmikan oleh Timbalan Pengarah
Sokongan Akademik 12
Sokongan yang diberikan oleh Pihak Pengurusan PSP, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan
Ibubapa pelajar-pelajar Tadika Kemas PSP

13
Aktiviti Pertama – Senamrobik yang diketua oleh 2 pelajar DEP 1A
14
Aktiviti Kedua – Asingkan Saya dimana pelajar perlu berlari dan mengambil satu barang dan
mengasingkan barang tersebut mengikut Jenis dan diisikan dalam kotak yang bersesuaian iaitu
Plastik, Kaca dan Kertas. 15
Aktiviti Ketiga – Kuiz Teknologi Hijau yang dikendalikan oleh Puan Latifah untuk menguji
pengetahuan yang ada pada pelajar-pelajar tadika.

16
Aktiviti Keempat dan Kelima – Bawa Bola Ping Pong dalam Sudu dan Utaian Manik menguji
ketangkasan dan Psikomotor Jejari Pelajar Tadika.

17
Aktiviti Keenam dan Ketujuh – Puzzle Hijau dan Bowling Padang dapat membina kerjasama
dan bertolak ansur di kalangan Pelajar Tadika

18
Aktiviti Kelapan – Kerusi Berirama dapat menguji ketangkasan dan melatih pelajar peka kepada
arahan yang diberikan

19
Pengiraan Markah dan Penyampaian Hadiah kepada Guru-Guru yang terlibat, Pelajar –Pelajar
yang mengambil bahagian dan juga AJK yang terlibat

20
Wajah-wajah ceria sepanjang Program berlangsung

21
NAMA KURSUS / PROGRAM PELESTARIAN TEKNOLOGI HIJAU BERSAMA
PROGRAM/LATIHAN: TADIKA KEMAS PSP DAN PELAJAR JKE
PENGANJUR: JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
TARIKH: 21 APRIL 2016
TEMPAT: DEWAN SERI MUTIARA

Analisa Pasca Kursus/Program/Latihan

Tujuan analisa ini adalah untuk menentukan keberkesanan Kursus/Program/Latihan yang telah
dilaksanakan. Kejujuran tuan/puan dalam menjawab analisa ini adalah penting bagi kami untuk
menentukan. keperluan melaksanakan Kursus/Program/Latihan pada masa-masa hadapan. Terima
kasih atas kerjasama anda.

Sila tandakan (/) pada ruang yang sesuai berpandukan kepada skor dibawah:

GRED SKOR
Sangat Tidak Setuju 1
Tidak Setuju 2
Setuju 3
Sangat Setuju 4

Bil Item 1 2 3 4
1 Program ini tercapai. - - - 100%

2 Program ini telah meningkatkan ilmu/kemahiran saya. - - 12.5% 87.5%

3 Program ini telah meningkatkan nilai-nilai murni dalam diri saya. - - - 100 %

4 Saya lebih berkeyakinan selepas mengikuti Program ini. - - - 100%

Hubungan saya bertambah akrab diantara rakan-rakan dan lebih mesra


5 - - 6.2% 93.8%
dengan pensyarah terlibat selepas mengikuti Program ini .
Pihak penganjur telah menyempurnakan Program ini mengikut
6 - - - 100%
perancangan yang telah ditetapkan.
Masa Program ini dijalankan adalah sesuai dengan kandungan yang telah
7 - - 12.5% 87.5%
ditetapkan.
8 Kandungan Program ini berjaya dilaksanakan dengan sempurna. - - - 100%

Saya lebih berkeyakinan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari melalui


9 - - 6.2% 93.8%
Program ini melalui kehidupan seharian dan di dalam kelas jika perlu

10 Pada keseluruhannya Program ini adalah berjaya dan bermanfaat - - - 100%

Ulasan Peserta

- Program ini wajib untuk setiap semester


- Best
- Banyakkan lagi aktiviti (seperti ini)

*Berdasarkan dapatan 100% responden/ peserta program iaitu 20 orang pelajar.

22

Anda mungkin juga menyukai